πŠπ„π„π 𝐇𝐄𝐑 Β©

By Hanysfrh

71.1K 6.7K 882

Mystery | Romance π€π²π«πš 𝐗 π…πšπ«π‘πšπ§ "I Accepted Her" β€’β€’β€’ AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... More

AYRA X FARHAN
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10πŸ’
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

Bab 48

813 99 31
By Hanysfrh

"FARHAN!"

Ayra berlari anak menyaingi langkah Farhan yang menonong naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan dia yang membawa beg berat dan buku-buku tebal ditangan. Pinggang sudah terasa longgar dan hampir hendak tercabut!

Farhan berhenti melangkah. Matanya dijamu dengan kelibat Ayra yang termengah-mengah meletakkan buku di atas meja makan berhampiran mereka. Kali ini, tiada rasa serba salah dalam dirinya. Hati kosong, tak tahu hendak rasa apa. Sepanjang pemanduan tadi pun, dia hanya diam. Begitu juga dengan Ayra. Lancar perang dingin.

"Awak nak marah-marah kenapa?"

"Saya nampak marah ke?"

Orang buta aje yang tak nampak awak marah sekarang ni!

"Bagilah saya explain dulu"

Farhan palingkan semula ke hadapan, kaki mendaki anak tangga tanpa mempedulikan namanya yang diseru berkali-kali. Sesampai sahaja dibilik, stokin dibuka dan tuala dicapai. Kemudian, terus masuk ke bilik air.

Ayra termanggu sendiri diluar. Kaki mengacah hendak menyepak pintu tandas dihadapannya. Rengusan terlepas dibibir. Tudung dibuka, pin-pin dicampak bersahaja ke atas meja solek. Punggung dihenyak kasar, di atas katil. Gebar ditarik menutup seluruh badan hingga kepala.

Ingat drama melayu ke main 'tak nak dengar penjelasan' ? Pigidah!

Tidak lama kemudian, telinga menangkap bunyi pintu tandas terbuka. Farhan sudah selesai mandi mungkin. Ayra masih diam dalam balutan gebar, sementara menunggu azan maghrib yang bakal masuk beberapa minit saja lagi.

"Bangun"

Gebarnya ditarik kasar. Sah,
lelaki ni period!

"Tak nak" gebar ditarik semula namun ditahan oleh lelaki itu. Mereka bergelut sesama sendiri, menarik-narik gebar putih itu. Farhan jeling Ayra dengan jelingan tajam. Pegangan pada gebar terlepas setelah lama bergelut. Pinggang terasa lenguh semula, badan dibaringkan kembali.

"Ada rasa nak muntah tak? Sakit kepala?"

"Sakit hati" jawabnya seraya menahan lengan Farhan yang mula mengurut pinggangnya. Pandangan mereka bersabung.

"Tariq, kawan lama saya. Kitorang baru aje jumpa..."

"He touch you"

"Almost. Dia tak sengaja mungkin?"

"Heh, isn't obvious? He likes you"

"Apa kena mengena? Awak rasa tercabar? Cemburu?"

Farhan bangun dari duduknya. Tangan Ayra ditepis dari lengannya. Perasannya bercampur aduk, setelah apa yang dibincangkan mengenai kes Ayra siang tadi dan drama tujuh petang bersama 'kawan lama' isterinya tadi, dia ragu-ragu. Meragui Ayra? Mungkin.

"Suami mana aje tak tercabar? Memang kena jumpa sorok-sorok ke? You hiding something from me, right? I knew it. I was just a man who came into your life and mess up everything. Because, you know what? I saw everything Ayra Hijanna. You were investigate me. Awak tak percaya saya. Nokhtah" Ayra rasa tertampar. Tergamam saat matanya menangkap baur-baur amarah dalam mata kelabu itu. Bibir terketar-ketar hendak memberi jawapan.

Dia percayakan Farhan.
Tapi...

"Laughing like a happy family under a tree. Talking to my child and what you called 'almost' touch your bump. What a beautiful scene. I was willing to capture it. Buat frame letak bawah bantal awak. Malam-malam, boleh hadap" terlopong luas bibirnya saat ditembak dengan jawapan pedas itu.

"Sometimes, I ask myself. Where did I go wrong? Kenapa saya sentiasa rasa yang saya menyemakkan hidup awak? Pasal anak ni, maybe somehow you we're right. It's not even my child, kan?"

Pang!

"Yang lain boleh. Pasal anak ni jangan. Saya nampak murah sangat ke? Saya tak sempat nak halang pun dia pegang saya. Well, dia tak sempat sentuh pun. Kenapa nak tuduh-tuduh macam saya buat hina dengan dia?"

"Ayra yang saya kenal, she know her limit. Berdua-duaan dengan lelaki tu salah, berdiri rapat-rapat is also salah. But when you with him, lupa dah semua benda? Hilang ke mana? Terbang ke kayangan cinta lama? Bahagia sangat ke tahu kawan mengandung sampai siap bongkok, cakap-cakap macam dia bapa budak tu pula, nak pegang pula perut maknya. Saya pun tak buat macam tu. Tak rasa something wrong kat situ?"

"Farhan, pleaselah. Jangan jadi budak-budak. Takkan sebab apa yang terhidang depan mata awak tu, awak nak terus percaya. Kalau awak nampak saya dengan Aniq, awak nak kata saya sumbang mahram dengan adik saya pula? Macam tu?" Kaki berdiri teguh dihadapan Farhan yang masih tak lepas menatapnya dengan pandangan dingin. Farhan lepaskan keluhan.

"That's your brother. Different faham tak?" Tertahan-tahan suaranya agar tidak meninggikan suafa dihadapan isterinya. Hormon amarah meningkat dari satu aras ke suatu aras.

"Then, you we're my husband. Tak ada siapa yang boleh sentuh saya selain awak. Pasal Tariq tu, saya tak perasan dia nak sentuh saya dan tak sempat nak tegur dia dah tarik tangan dia semula. Lepas tu, tepat-tepat awak datang. Sekarang, awak nak buat assumption merepek-merepek pula. Mana common sense? Hilang?"

Bahu lelaki itu dirempuh kasar. Perut melonjak naik ingin memuntahkan isi. Baguslah, tepat pada masanya. Dibiarkan sahaja Farhan yang masih kaku ditempatnya. Entah apa yang berada dalam fikiran lelaki itu, sehinggakan emosi terlebih berbanding dia yang mengandung ini.

•••

Nasi goreng cina menjadi hidangan makan malam. Masing-masing masih dalam mod perang dingin. Senyap sahaja ruang makan malam itu, hanya bunyi kipas dan sudu garfu berlaga.

"Esok nikah Tiara pergi tak? Ke nak pergi majlis bersanding je?" Farhan bersuara memecah kesunyian diantara mereka. Mata masih lekat pada pinggan.

"Pergi. Saya boleh pergi seorang kalau awak tak nak pergi"

"Tiara kawan saya juga, mestilah pergi"

Senyap semula. Ayra panggung kepala, menjamah wajah Farhan dihadapannya. Jelas ketegangan yang dilihat pada dahi lelaki itu. Tak pernah dia lihat Farhan begitu marah sebelum ini, tekanan yang melanda suaminya itu pasti berat sehinggakan emosi juga tidak terkawal. Tetapi, itu bukan alasan untuk dia maafkan kelakuan dan bicara kasar tadi. Tak perlulah lepas pada dia, pergi cari dinding dan tumbuk. Selesaikan masalah tanpa melibatkan orang lain.

Mata turun pula pada kesan merah yang masih nyala dipipi kiri Farhan. Ada rasa serba salah yang membendung diri. Tapi, dalam pada masa yang sama dia rasa sakit tatkala anaknya tak bersalah ini dituduh bukan-bukan oleh bapanya sendiri.

Usai makan, Farhan berlalu ke ruang tamu buat menonton televisyen. Manakala, Ayra masih didapur menguruskan barangan dapur yang bersepah di atas kabinet-kabinet. Mata tertancap pada kotak first aid kit di atas peti ais. Lama berkira-kira sebelum dia mencapai juga kotak tersebut.

"Duduk diam-diam" pek ais kecil ditekap pada kesan memerah itu. Farhan kerling Ayra disebelahnya, kemudian mengalihkan semula pandangan ke kaca tv.

"You don't have too, pergi tidur"

"Nak kena lagi sebelah tak?"

Farhan mengalah dan membiarkan sahaja pipinya 'dikerjakan semula' oleh Ayra. Siaran ulangan bola sepak Manchester menentang Liverpool dikaca tv langsung tidak menarik perhatiannya. Lebih tertarik pada sentuhan lembut dipipinya. Ego menahan dari mengoyak senyuman.

"Auch, sakitlah!"

"Jangan tegangkan rahanglah. Nak senyum, senyum cepat. Walaupun saya tak tahu kenapa awak nak senyum. Saya tambah lagi dua kali ganda merahnya nanti" Farhan kendurkan semula ketapan pada rahang. Mana mungkin dia boleh senyum saat-saat seperti ini. Ada juga dia menyedari akan keterlanjuran bicaranya tadi. Tapi, rasa sakit yang masih membengkak dihati memangkah untuk memujuk gadis itu.

"Sorry"

"Hmm?" Dia salah dengar agaknya. Ayra ada berkata sesuatu.

"Sorry. Minta maaf" dingin sahaja ucapan maaf itu. Kornea matanya menyinggah pada wajah kosong tak beriak itu, entah ikhlas entah tak perempuan ni minta maaf?

"Kenapa?"

"Sebab tampar awaklah"

"Jadi, jangan buat lagi. Tak cium bau syurga" balas Farhan selamba. Ayra mencebik.

"Tapi, awak memang melampau. Saya pun tak dapat nak cium bau syurga kalau 'syurga' saya pergi bawa bau neraka! Sudahlah, tuduh anak dan isteri macam-macam. Jangan nak tuding jari, macam saya seorang aje yang salah" kotak first aid kit tadi dikemas semula. Kemudian berlalu ke dapur.

"Hey, I'm still your husband. Watch you mouth"

"Girl" panggil Farhan lagi.

"Apa?" Langkah Ayra mati.

"Pasal tu, I'm sorry. I can't hold it. My bad, I mess up everything today. Pasal Tariq, kawan lama yang mana ye?" Kepala masih tak beranjak dari tv, hanya suara sahaja yang sayup-sayup menyapa atmosfera.

"Sepupu saya"

"Sepupu?"

"Haah, kenapa? Pelik ke?"

"Sepupu belah?" Makin bertambah tanda soal dalam kepalanya saat ini.

Ayra tarik nafas dalam sebelum menjawab. Sebaiknya, dia tak mahu Farhan tahu yang dia punya sepupu. Kemungkinan, ia bakal menjejaskan misi penjejakannya dan mula memberi jalan mudah kepada lelaki itu untuk terus dengan 'rahsianya'.

"Belah ayah. But, saya tak rapat pun dengan dia dulu. Saya kahwin ke apa ke, memang dia tahu. Sebab, kami...tak rapat" kekok terselimut dibalik kedinginan suara.

"So you have a cousin and I never know?"

"Family kami... bermasalah. Sangat-sangat. Base on apa yang awak tahu jadi pada saya dan ayah saya, awak boleh buat spesikualasi dari situ. Satu keluarga kami memang bermasalah. Walaupun, ayah saya ada dua beradik je.

Dah bertahun lepas Tariq pergi dan dihalau keluarga, demi tak membangkitkan semula permaslahan keluarga ini, saya jalani kehidupan saya yang tak berapa nak indah ni sampai saya lupa semua benda even Tariq dan i don't know, everything I guess. Macam orang baru lepas amnesia gitu. Fresh otak tapi sakitnya datang dari masa ke masa"

Wajah Farhan dikerling sekilas dari belakang sofa. Kaku sahaja wajah itu, mungkin kata-katanya tadi tak berkesan. Oh well, tunggu nanti.

"Anything else that I don't know about him?" Mendengarkan itu, Ayra carik sengihan. Tak sabar nak tengok riaksi Farhan!

"Tariq ex classmates Theo masa belajar di Ireland. Plus, dia bakal suami...Tiara" Farhan terus bangkit dari sofa. Jadi, inilah punca Theo telefon dia minta tolong cari tahu lelaki bernama Tariq Ammar ini, beberapa hari lalu sambil-sambik dia menyelesaikan kes Ayra.

What a plot.



TBC

Tah. Saya pun tak faham apa yang saya tulis (╥﹏╥)

Continue Reading

You'll Also Like

745K 30.5K 89
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
187K 12.6K 36
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
56.3K 2K 48
Tengku Ayaaz Γ— Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuany...
115K 3.8K 32
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...