C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTER...

Autorstwa ItsRealAtiqah

85.1K 4.6K 2.2K

( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah... Więcej

CAST ❗❗❗
Prolog
S.E.B.I.C.M. 1️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣
S.E.B.I.C.M. 7️⃣
S.E.B.I.C.M.8️⃣
S.E.B.I.C.M.9️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣3️⃣
F.I.N.A.L.6️⃣4️⃣
SPECIAL CHAPTER 1️⃣✨❤️
SPECIAL CHAPTER 2️⃣✨❤️
SPECIAL CHAPTER 3️⃣✨❤️
PROMOTE STORY ✨❤️

S.E.B.I.C.M.3️⃣0️⃣

933 56 26
Autorstwa ItsRealAtiqah

Berdenyut kepala Zafran sebaik saja dia mula sedarkan diri. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang terjadi menyebabkan kepalanya semakin sakit. Lelaki itu berdesis perlahan.

"Argh." Tangan cuba untuk naik menyentuh kepala namun pergerakannya terbatas. Terasa seperti ada sesuatu yang menghalang pergerakannya.

Zafran memerhati keadaan sekelilingnya yang hanya ditemani oleh satu cahaya dari lampu kecil yang agak malap. Sekali lagi dia memaksa otaknya untuk mengingati bagaimana dia boleh berada disini.

Flashback.

The Florist Empire.

Zafran memperlahankan keretanya untuk memasuki parkir kereta dihadapan kedainya. Sebaii sahaja kereta dimasukkan elok ke dalam petak parkir, lelaki itu berjalan keluar menuju ke kedai.

Baru sahaja ingin berjalan meninggalkan kawasan itu, ada sesuatu yang keras menghentak kepalanya dengan kuat. Menyebabkan dia pengsan tidak sedarkan diri.

End Flashback.

"Woi! Lepaskan aku lah! Kenapa pulak korang ikat aku ni ha?!" Jeritnya geram. Berombak dada lelaki itu menahan amarah.

Tidak lama kemudian, pintu bilik yang menempatkan Zafran itu dibuka perlahan dari luar. Masuk seorang lelaki yang agak dikenali oleh Zafran.

Terbuntang mata Zafran. Lelaki itu tersenyum sinis. Zafran yang sedang diikat diatas kerusi, didekatinya.

"Remember me?" Soalnya berbisik. Zafran tidak menjawab, dia hanya memandang tajam kearah Ray. Ray berjalan kebelakang Zafran, matanya menangkap cecair merah yang mengalir dari belakang kepala lelaki dihadapannya.

"Nampak macam kau ingat aku. Lepas setahun Zafran, lepas setahun kau masuk ke bilik ni lagi." Senyuman sinis masih setia terukir diwajahnya.

"Apa kau nak?"

Ray berjalan kehadapan Zafran. Wajahnya kini menghadap wajah Zafran. Jelas kebencian buatnya melalui anak mata kecil Zafran.

"Laura." Ringkasnya. Cukup untuk membuat Zafran ketawa.

Ray hanya beriak tenang. Sudah diagak memang ini tindak balas Zafran. Dengan sisa ketawa yang masih ada, Zafran memberanikan diri untuk menyoal.

"Kau gila? Laura dah mati. 2 tahun dia dah takde. Korang jugak yang bunuh dia." Katanya sinis.

Giliran Ray pula mengetwakan Zafran.

"Bodoh!" Jeritnya lalu mencengkam kuat rambut Zafran menyebabkan lelaki itu terdongak keatas. Berkerut dahi Zafran menahan perit dikepala.

"Laura masih hidup, sebab tu aku perlukan korang berdua." Bisiknya.

"Berdua?" Serentak dengan itu, Ray melepaskan cengkamannya dalam kepala Zafran.

"Приведи его. ( Bawa dia. )" arah Ray kepada seorang lelaki yang menjaga pintu.

Lelaki itu menganggukan kepalanya dan berlalu pergi. Kemudian datang pula dengan mengheret seorang lelaki yang berlumuran darah. Lelaki itu dihumbankan kehadapan Zafran.

Zafran terkedu.

"Dia kawan kau, kenapa kau buat macam ni? Kau gila ke?!" Marah Zafran. Walaupun lelaki itu menjadi musuh mereka, dia masih lagi manusia yang mempunyai belas kasihan. Wajah Jay yang bengkak dan lebam dipandang kesian.

"Dia bukan kawan aku. Dia adik kepada Lourist Angela. Louis Austin." Wajah Austin dipandangnya.

Austin mengengsot perlahan mendekati Zafran. Sungguh dia tidak larat untuk melawan Ray dengan keadaannya sekarang.

Tiba tiba masuk beberapa orang lelaki sambil membawa peralatan seperti kamera dan beberapa barang lain.

"Kau nak buat apa, Ray?" Soal Austin.

Ray berpaling kebelakang dengan senyuman sinis.

"Buat apa? It's video call time. Your Laura and your sister." Sinisnya.

Austin dan Zafran berpaling antara satu sama lain sebelum kembali menoleh kearah Ray.

💦💦💦💦💦

Lourist memandang telefon bimbit miliknya yang berdering. Nombor telefon yang tidak dikenali jelas menghiasi matanya. Tanpa ragu ragu butang hijau ditekan untuk mengangkat panggilan video tersebut.

"Hello Lourist!!"

Terbuntang mata Lourist melihat Austin selaku adiknya dan Zafran yang terkulai layu diatas kerusi bersama tangan dan kaki diikat serta berlumuran darah.

"Austin! Zafran! Apa kau nak ni gila?!"

Ray ketawa jahat apabila wajah Lourist yang berang menyapa matanya. Dia mendekati dua lelaki itu bersama sebilah pisau.

"Tengku Hamdan, Dato Afzan dan Zamri. Diorang cuba untuk bunuh daddy aku. Tak salah rasanya aku pulak yang cuba untuk bunuh anak diorang."

"Jangan nak buat kerja gila la, David! Jangan sentuh diorang kalau tak nak nasib kau sama dengan lelaki tua tu!"

"Ada aku kesah? Aku nak kau bagitahu Laura tentang ni. Aku tahu, Laura masih hidupkan?"

Lourist terkedu. Macam mana dia tahu?

"Kau tak payah bimbang. Kalau kau ikut apa yang aku cakap, dua budak hingusan ni takkan apa apa, aku janji."

"David, bagi aku cakap dengan Austin kejap, please." Rayu Lourist dengan air mata. Tidak tahan melihat darah dagingnya yang bertahun terpisah, akhirnya dilihat dalam keadaan yang menyakitkan.

Ray hanya menurut. Dia memberikan peluang selama 5 minit untuk pasangan kembar itu bercakap.

"Austin! Austin! Bangun la, aku ni, Angela. Austin!" Jerit Lourist.

Perlahan lahan mata Louis Austin terbuka apabila terdengar suara yang amat dirinduinya. Perlahan saja dia mengangkat kepalanya untuk dihadapkan ke hadapan.

"Angela?" Setitis air mata mengalir melalui tubir mata. Wajah itu, suara itu. Lourist Angela. Insan yang dirinduinya selama ini.

"Austin, kau tunggu aku. Aku akan selamatkan kau."

Austin menggelengkan kepalanya.

"Tak, jangan selamatkan aku. Selamatkan Zafran. Aku minta maaf sebab tak percayakan kau Angela. Aku bodoh, kalau aku percaya cakap kau, yang Bryant bunuh family kita, mesti sekarang ni aku dengan kau kan?"

"Benda tu dah lepas, aku tak kesah. Kau sabar, okay? Ak-"

Tut. Panggilan dimatikan.

Lourist mengenggam kuat telefon itu. Tangannya naik mencengkam dada. Jarinya lekas mendail nombor Laura.

"Laura, kau kena tolong aku."

Berkerut dahi Laura mendengar suara Lourist seperti menangis.

"Lourist? Kau nangis ke? Kenapa?" Soalnya bimbang.

"Adik aku, Laura. Austin--" Lourist menceritakan tentang panggilan video yang didapatinya tadi.

Laura mengancingkan giginya sehingga mengeluarkan bunyi yang berkeriuk akibat perlagaan gigi atas dan bawah.

Dia menoleh kearah Tengku Laila, Aidda dan Aisya yang sedang bergelak ketawa sambil bergurau.

Mungkin, ni kali terakhir kita jumpa. I'm sorry mommy. Andai ini kali terakhir kami bersua muka, kau jagakan lah keluargaku ya Allah. Doanya dalam hati.

"Kau call yang lain. Kita jumpa tempat biasa. Waktu yang sama." Setelah itu panggilan dimatikan.

Dia berjalan mendekati Tengku Laila. Aisya yang tidak tahan digeletek oleh Aidda dan Tengku Laila, pantas berlari ke belakang Laura.

Aidda mengejar adiknya dari belakang. Dua kanak kanak itu berlari mengelilingi Laura.

"Tak nak! Tak nak! Geli la!" Jeritnya sambil ketawa.

Laura hanya tersenyum sebelum mengangkat Aisya dan dibawa lari sekeliling rumah. Terkedek kedek Aidda berlari mengejar Laura yang menggendong Aisya dari atas belakang.

Tengku Laila hanya membiarkan ketiga tiga anaknya bergurau senda. Tidak larat untuk mengejar mereka bersama.

Bagi Laura pula, biarlah dia menikmati masa ini untuk saat ini. Agar dapat menjadi kenangan yang indah buat kedua adiknya, jika tiada hari esok untuknya.

------

Thanks dekat Syeeda-Shi04  sebab dah edit cover untuk Iqa cantik cantik gila😂. Thanks.

Cuba teka apa jadi next chapter.

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote dan komen!!

See you next chapter!!

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

46.4K 1.4K 90
Coming Into Your World I Fell In Love With You| "I'm...In love with someone who's in a TV show?! And he's not even in the show he's supposed to be a...
86.5K 4.6K 31
Pluto thai gl novel မြန်မာဘာသာပြန်
205K 7.4K 26
[Short Story] What is was like, being the second wife... Based in Bali, Indonesia. Ranked #52 in short story! 29.9.2015