Love You Mr Hot (Completed✔)

By cikcoconut

881K 28.6K 982

Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 9
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
NEW!
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 63
Bab 64
Bab 65
THANK YOU SEMUA!

Bab 62

12.6K 405 23
By cikcoconut

2 bulan berlalu, Keadaan sudah kembali seperti sedia kala.

Bahagia.

Auliya sudah pun berhenti kerja di hotel dan mengikut Fayadh pulang semula ke rumah.

Kakinya juga sudah pulih.

Tetapi Fayadh masih tidak membenarkannya untuk berkerja di mana-mana syarikat walaupun syarikatnya sendiri. Dia mahu Auliya berehat.

Haih bosannya!

Lama dia termenung melihat syiling rumah mewah itu.

Kepala berpusing melihat Fayadh yang masih tidur di sebelah. Lelaki itu sedang memeluknya erat. Kepala pula dilentokkan di atas bahu Auliya.

Dia nak bergerak sikit pun tak boleh.

Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.

Muncul idea jahat untuk mengenakan Fayadh.

Handphone di atas meja sebelahnya dia capai.

Dia menekan butang camera. Beberapa keping gambar Fayadh sedang tidur dia ambil.

Dia menahan ketawa melihat semua gambar suaminya bagitu.

Aplikasi WhatsApp ditekan. Dia pergi ke bahagian Status. Sekeping gambar Lelaki itu sedang tidur lena di bahu Auliya ditekan.

Auliya menaip caption.

'Good morning from your bos😜'

Sempat dia ketawa sebelum menekan butang send.

Dia dah lah bagi tengok status dia dekat semua staff di syarikat. Takpelah.

Dia memang nak tunjuk dekat diorang semua pun. Jahat tak Auliya?

Handphone di letak semula di atas meja.

Rambut Fayadh diusap. Tidur lelaki itu nampak sedikit terganggu.

"Sayang, bangunlah. Awak nak pergi kerja kan harini" kejut Auliya.

"Emmm" itu sahaja suara yang keluar dari mulutnya.

"Sayang, bangunlah" Auliya menepuk bahu Fayadh perlahan.

"Dah pukul berapa?" Katanya dengan suara garau. Mata masih terpejam.

"7.30 pagi dah ni. Lagi 30 minit nak masuk office"

"Lama lagi. 7.45 kejut saya okey" kata Fayadh lalu dia senyap. Sambung tidurlah tu.

"Saya tak buat sarapan lagi tau. Baju awak tak gosok lagi. Lepas tu...." ayatnya terhenti apabila Fayadh menutup mulutnya.

"Shuuu, sokey, saya kan bos, datang lewat takde siapa nak marah. Awak boleh sambung tidur" kata Fayadh. Matanya masih terpejam. Dia pula yang menepuk bahu Auliya perlahan.

Fayadh masih memeluknya erat.

Auliya tepuk dahi. Sejak bila pula dia yang nak tidur. Sabar je lah.

Dia kembali memganbil handphonenya di sebelah.

Aplikasi WhatsApp ditekan. Ada beberapa chat yang masuk.

Nama Siti ditekan.

'OMG bos HAHAHA' dia membalas kepada status yang Auliya hantar tadi.

'Bos korang ni masuk lambat sikit. Kau tengok la tu masih kat dalam alam di sebalik mata' balas Auliya.

Ada beberapa lagi chat dari staff lain. Semuanya menghantar emoji ketawa kapadanya.

Nama Faliq pula di tekan.

Dia juga membalas status yang Auliya hantar tadi.

'Dah lah aku pun nak kahwin lah kalau macam ni🙃'

Sempat Auliya ketawa melihat chat yang di hantar oleh Faliq. Haih Faliq ni ada-ada je lah.

'Kahwin lah cepat. Siti masih single tu' balasnya.

Selepas itu dia terus keluar dari aplikasi berkenaan. Kini Aplikasi instagram pula di tekan.

Setelah beberapa minit meluangkan masa bersama aplikasi itu dia melihat jam. Sudah jam 7.45 pagi.

Dia segera mengejutkan Fayadh yang masih lena.

Fayadh bangun dari tidurnya dan terus pergi ke bilik air. Auliya pula bangun untuk menggosok baju Fayadh.

Ni semua salah Fayadh. Tengok sekarang ni dah kelam-kabut.

Baju kemeja berwarna putih di gosok kemas. Setelah itu dia letak di atas katil dengan rapi.

Kaki berjalan menuju kearah ruang pakaian di bilik besar itu.

Kot berwarna biru tua di ambil begitu juga dengan sehelai seluar yang sudag siap digosok olehnya kelmarin.

Dia meletakkan baju yang perlu di pakai oleh Fayadh di atas katil sebelum keluar.

Dia pergi ke bilik sebelah. Dia juga perlu mencuci muka dan memberus gigi.

Setelah itu, dia turun ke dapur untuk membuat sarapan.

Jam di dinding di pandang.

Sudah pukul 8.10 a.m.

Alamatnya lambat sampai office lah laki aku hari ni. Haih. Apa punya bos lah.

Auliya hanya sempat menyediakan roti telur untuk suaminya hari ini. Takpelah lunch nanti dia masak special untuk Fayadh. Boleh tak macam tu?

Hot chocolate di letak di sebelah pinggan.

Dia melihat Fayadh turun dengan tergesa-gesa sambil memakai tie di leher.

Dia duduk dan makan dengan cepat. Sesekali melihat kearah jam di tangan.
Walaupun dia tahu dia sudah betul-betul lambat.

"Tu lah. Tadi saya kejut awal-awal tak nak" ujar Auliya.

"Hehe. Takpe, Saya kan CEO. Takde yang nak marah pun saya datang lambat. Sayang je yang marah" sengih Fayadh.

"Memanglah saya marah, awak tu mana boleh suka-suka je datang lewat. Tak elok pekerja nampak nanti" dah mula dah Auliya ni nak membebel.

"Sorry okey. Saya penat lah. Entah kenapa. Dua tiga hari ni rasa macam nak tidur je" ujar Fayadh.

"Awak penat sangat lah kot. Jangan kerja kuat sangat"

"Okey sayang"

"Dah 8.30 dah ni. Cepatlah pergi kerja tu" halau Auliya.

"Nak halau ke macam mana ni" Fayadh tunjuk muka tak puas hati.

"Bukanlah abang sayang, awak kan dah lambat. Nanti masa lunch saya datang office awak okey" ujar Auliya.

"Ye lah kalau macam tu, sayang awak ni nak jalan dulu tau. Salam" Fayadh menghulurkan tangannya.

Auliya mengambut salaman itu.

Fayadh senyum manis.

Auliya menghantar suaminya sehingga ke depan pintu. Menunggu sehingga Fayadh keluar dari perkarangan rumah mewah itu.

Dia melambai kearah Fayadh.

Haihlah Fayadh. Pelik-pelik je dua tiga hari ni. Mengada pun ada. Rasa macam nak hempuk je kepala dia.

Mana entah Fayadh Omar yang dia kenal dulu. Garang, muka ketat, tak suka layan orang. Mana perginya perangai dia tu dulu.

*****

Fayadh masuk ke dalam bangunan.

Kaca mata hitam dipakai kemas. Dia berjalan dengan penuh berkarisma.

Baru sahaja dia ingin menekan butang pada lift, tiba-tiba muncul Faliq.

Faliq hanya berdiri di depan pintu lift. Dia membiarkan Fayadh naik dulu. Memang sebelum ini tiada siapa yang berani untuk naik lift bersama bos besar.

Walaupun Faliq sering berjumpa dengan Fayadh, dia tetap harus menghormati Fayadh semasa di office.

"Eh Faliq. Takpe jom lah join sekali" ajak Fayadh.

Faliq angkat kening. Apa ke pelik naw bos aku ni. Selalu takdenya dia nak ajak naik lift sama-sama.

"Em, boleh ke bos? Segan pula saya"

"Segan apanya. Kita sekarangkan dah kawan. Takpe jom" ujar Fayadh.

Faliq berjalan masuk ke dalam lift. Fail merah setia di tangan. Dia turun tadi pun nak ambil fail ni dalan kereta tadi.

Butang tingkat 9 pada lift di tekan.

Faliq melihat muka Fayadh.

Tenang sahaja muka lelaki itu.

"Best ke tidur tadi bos?" Tanya Faliq. Dia ni ada je lah nak di tanya. Haih. Faliq oh Faliq.

Fayadh angkat kening. Tidur?

"Ha best-best" jawab Fayadh tanpa memahami apa yang dikatakan oleh Faliq.

"Oh baguslah. Baru semangat sikit nak pergi kerja kan?" katanya lagi.

"Betul tu" jawabnya ringkas.

Lift mereka sudah sampai ke tingkat 9.

Fayadh dan Faliq keluar.

Faliq berjalan dan duduk di mejanya.

"Morning bos" ucap staff yang lain apabila melihat Fayadh.

Ada yang senyum.

Ada yang muka tahan gelak.

Keadaan itu membuatkan Fayadh semakin pelik. Apa yang dah jadi ni. Kenapa diorang ni pelik semacam je.

Selalu kalau dia jalan, semua sopan je.

Fayadh memberhentikan langkahnya. Dia melihat kearah semua staff.

"Ada apa-apa yang saya terlepas ke?" Tanya Fayadh. Dan yes! Ini merupakan kali pertama dia bermesra dengan staffnya begini.

Walaupun setiap tahun ada family day sama-sama, tapi dia taklah berapa mesra dengan staff.

Jika ada urusan kerja baru dia akan bercakap dengan mereka.

"Takde bos" jawab Siti.

"Betul?" Fayadh inginkan kepastian.

"Betul bos. By the way, comel muka bos tidur tadi" sampuk Faliq.

Semakin berkerut muka Fayadh.

Tak, yang si Faliq ni dari tadi cakap pasal tidur dah kenapa. Aku tidurkan dia dalam tanah baru tau.

Geram betul Fayadh.

"Korang ni pelil-pelik lah. Dah semua buat kerja" Arah Fayadh.

Semua staff apa lagi, terus buat-buat sibuk.

Fayadh berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia duduk bersandar di kerusi.

Sesekali mengeluh. Haih penatnya!

Kepala di urut. Tiba-tiba sahaja kepalanya menjadi pening. Entah kenapa.

Handphone di poket di keluarkan.

Dia menekan aplikasi WhatsApp.

Gambar selfi dihantar kepada Auliya dengan caption.

'I miss you sayang'

Selepas itu dia beralih ke bahagian status WhatsApp.

Matanya terus tertumpu kearah nama Auliya.

Cepat-cepat dia tekan status itu.

Muncul mukanya yang sedang nyenyak tidur tadi. Ala-ala baby face gitu.

Dia tepuk dahi.

Patutlah semua orang tengok dia macam tu tadi. Aduh malunya.

Jatuh saham!

Mesti lepas ni kalau dia marah staff lain dah tak takut.

Cepat-cepat dia mendail nombor handphone Auliya.

Baru beberapa saat, panggilan itu sudah disambut.

"Sayang, delete please" ujar Fayadh.

Auliya ketawa.

"Oh, awak dah nampak eh? Tak nak lah delete. Comel apa gambar tu"

"Sayang, janganlah macam ni. Semua staff tengok saya lain tau" rayunya.

"Okey-okey saya delete" Auliya ketawa di hujung talian.

"Siap eh kalau tak delete. Derhaka betul eh buat suami macam tu" Fayadh tak puas hati.

"Janganlah marah. Sorry okey"

"Tak marah pun lah. Sayang..." panggil Fayadh. Dia meletakkan kepalanya di atas meja. Kepalanya betul-betul pening sekarang.

"Yes? Kenapa? Awak okey ke tu?" Tanya Auliya.

"Entah lah. Tiba-tiba kepala ni makin pening. Rasa macam nak pengsan pun ada" adunya.

"Lah kenapa pulak ni. Tadi awak ada sarapankan. Takpe nanti saya suruh Siti hantar makanan dekat awak. Mungkin sarapan tadi tak cukup kot" kata Auliya.

"Okeylah kalau macam tu. Nanti suruh je dia masuk. Saya ada kat dalam" jawab Fayadh.

"Ok sayangku. Apa-apa call saya okey"

"Okey sayang. Bye"

Fayadh menamatkan panggilan.

Dia kembali mengurut kepalanya. Tak boleh jadi ni dia kena baring jugak.

Dia berjalan ke sofa. Dia berbaring sambil memejamkan mata.

Sungguh sekarang dia rasa penat. Tak bermaya. Kenapalah agaknya ni.

******

Auliya mendail nombor Siti.

Dia memberitahu supaya membawa makanan untuk suaminya.

Nasib baiklah Siti ada bawa nasi lemak lebih hari ni. Boleh dia bagi bos sebungkus.

Dia saja je beli lebih sikit nak bagi kat Faliq. Mamat tu bukan boleh makan sebungkus. Dua bungkus baru boleh kenyang.

Tapi takpelah. Demi bos, kita bagi Faliq sebungkus, Bos sebungkus. Baru adil.

Siti meletakkan nasi lemak itu di atas pinggan.

Setelah itu, dia membawa masuk ke dalam bilik Fayadh.

3 kali pintu di ketuk, masih tiada sahutan yang membenarkannya untuk masuk.

Tiba-tiba dia teringat pesan Auliya tadi. Dia kata masuk je.

So apa lagi Siti pun masuk je lah.

Lepas pintu di buka, dia melihat Fayadh berbaring dia atas sofa.

"Lah bos ni tak puas lagi ke tidur" kata Siti sendirian.

Dia cuba untuk mengejutkan Fayadh. Tetapi dia tidak bangun.

Siti semakin pelik. Kenapa bos tak bangun ni.

Jantungnya pula semakin berdegup laju.

Siti keluar memanggil Faliq.

Faliq terus berlari ke dalam bilik itu.

Dia juga cuba mengejutkan Fayadh.

Nadi di periksa. Masih ada. Alhamdulillah.

"Bos pengsan ni. Badan dia pun panas" kata Faliq.

"Call ambulans" sambung Faliq lagi.

.
.
.
.
.
.
.

Continue Reading

You'll Also Like

49.8K 3.2K 56
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
21.9K 2K 25
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
45.2K 4.5K 24
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
839K 84.8K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...