Ziyad Hayder

Bởi _EISHA

848K 85K 13.9K

⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tun... Xem Thêm

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐘𝐀𝐃 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑
𝐏 𝐑 𝐎 𝐋 𝐎 𝐆 𝐔 𝐄
Chapter -1
Chapter -2
Chapter -3
Chapter -4
Chapter -5
Chapter -6
Chapter -8
Chapter -9
Chapter -10
Chapter -11
Chapter -12
Chapter -13
Chapter -14
Chapter -15
Chapter -16
Chapter -17
Chapter -18
Chapter -19
Chapter -20
Chapter -21
Chapter -22
Chapter -23
Chapter -24
Chapter -25
Chapter -26
Chapter -27
Chapter -28
Chapter -29
Chapter -30
Chapter -31
Chapter -32
Chapter -33
Chapter -34
Chapter - 35
Chapter -36
Chapter -37
Chapter -38
Chapter -39
Chapter -40
Chapter -41
Chapter -42
Chapter -43
Chapter -44
Chapter -45
Chapter -46
Chapter -47
Chapter -48
Chapter -49
Chapter -50
Chapter -51
Chapter -52
Chapter -53
Chapter -54
Chapter -55
Chapter -56
Chapter -57
Chapter -58
Chapter -59
Chapter -60
Chapter -61
Chapter -62
Chapter -63
Chapter -64
Chapter -65
Chapter -66
Chapter -67
Chapter -68
Chapter -69
Chapter -70

Chapter -7

17K 1.6K 173
Bởi _EISHA

Sarah keluar dari bilik dengan wajah yang ceria. Yes! Akhirnya dapat juga dia keluar dari rumah ini walaupun sementara.

"Sarah, nak pergi mana pagi-pagi macam ni?"

"Nak pergi rumah kawan pa... abang-abang dia semua kerja. Ibu ayah dia baru berangkat ke Dubai semalam, Sarah nak teman dia."

"Ouh... ibu dah bagitau dekat Sarah-"

"Dah pa... hati-hati tau dekat sana! Tempat orang..." Sempat Sarah berpesan kepada ayahnya itu. Dia memeluk erat tubuh Dato' Hashim.

"Iyalah nak... kamu tu hati-hati. Pergi dengan Pak Mad?" Sarah mengangguk, "haah... Sarah belum dapat lesen memandu dekat sini. Tengok lah dua tiga minggu lagi."

"Okaylah kalau macamtu, lepas dah dapat lesen kereta. Bagitau papa, nanti kita pergi beli kereta untuk Sarah." Mata Sarah bersinar.

Yeay! Papa nak belanja kereta! Yahoo! "Ohoh nice pa... apa-apa kereta Sarah boleh minta kan?" Dato' Hashim mengangguk.

"Boleh... you're my one and only daughter. Papa akan penuhi segala permintaan Sarah selagi hayat di kandung badan."

"Thank you pa!"

"Sama-sama... jom sarapan dulu. Lepastu nanti baru Sarah boleh pergi rumah kawan Sarah, nanti sampaikan salam papa dengan ibu pada dia."

"Okay pa!"

Datin Rosa tersenyum manis memandang suaminya yang sedang berjalan ke arah meja makan. Bersama Sarah. Dia meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng di atas meja.

"Ibu masak ke?" Soal Sarah teruja. Okay Sarah, ibu baik. Jadi, kau kena buat baik juga pada ibu! "Iya... ibu masak." Jawab Datin Rosa. Senada.

Tangannya menggeletar hendak menarik kerusi, "Ros... awak okay tak ni?" Soal Dato' Hashim. "O...okay je bang..." Dato' Hashim mengecilkan matanya.

"Abang tau awak tak okay. Dah duduk. Kita makan sama-sama, pukul 10 pagi nanti dah nak gerak ke airport." Datin Rosa sekadar mengangguk mendengar ujaran si suami.

"Sarah, tiup dulu. Panas nasi goreng tu, i...ibu baru angkat dari kuali." Tegur Datin Rosa apabila dia melihat wajah Sarah seperti hendak masuk ke dalam pinggan.

Khusyuk betul makan. Sampai tak sedar orang sekeliling, "sedaplah ibu! Nanti ajar Sarah masak tau! Sarah tak reti masak... hehe. Dulu, selalu juga minta mama ajar. Tapi mama asyik sibuk je. Lagilah dah ada Uncle Smith tu, bukannya nak layan Sarah."

Dato' Hashim tersenyum kecil mendengar rungutan yang keluar dari mulut Sarah. Dia meletakkan sudunya lalu dia memandang Sarah yang sedang menjuih bibir.

"Lepasni... ibu ajar Sarah masak macam-macam. Kan ibu?" Datin Rosa tersentak apabila tiba-tiba suaminya memandang dia.

Dia meletakkan cawan yang berisi teh susu panas di atas meja. Tisu di ambil lalu dia mengelap mulutnya, "y...ya... Nanti ibu ajar Sarah masak."

"Yeay! Thank you Ibu! Love you!"

***

"Kes covid makin tersebar luas..." Gumam Ziyad seorang diri. Di China, sudah total lockdown. Haritu, ramai penumpang dari China datang ke Malaysia.

Dan tidak mustahil penumpang itu semua membawa wabak covid-19 di negara Malaysia. Dia mengeluh perlahan lalu dia menutup telefonnya.

Dia memandang sebuah banglo yang besar di hadapannya itu. Rumah bekas mertuanya. Beg kertas di ambil lalu dia keluar dari perut kereta.

Dia menekan loceng rumah. Selang beberapa saat, pintu rumah di buka dari dalam. "Ibu..." Sapa Ziyad mesra di hadapan Puan Mariana.

"Ha Ziyad... lama ibu tunggu. Meh lah masuk. Bawa Eryan sekali ke?" Soal Puan Mariana sambil matanya memandang Ziyad.

"Tak bawa dia ibu. Dia ada online class. Zayra dengan kawan dia yang jaga Eryan dekat rumah sana." Puan Mariana mengangguk faham. Dia membuka pintu lebih luas, membenarkan Ziyad untuk masuk.

"Mana abah?" Soal Ziyad. "Ouh ni ibu... Ziyad beli buah sikit. Macam tak manis pula datang rumah ibu dengan abah, tangan kosong."

Puan Mariana tersenyum manis. Beg kertas huluran daripada Ziyad di ambil, "terima kasih. Duduk lah dulu. Ibu buat air. Abah sekejap lagi turun. Solat zohor dia tu."

Ziyad melabuhkan punggung di atas sofa. Corak dan rekaan sofa dan segala perabot di dalam rumah banglo bekas mertuanya ini sememangnya menarik perhatian Ziyad.

Look rich and classic.

"Bila sampai Ziyad?" Ziyad mendongak wajahnya. Dia menyambut huluran Tuan Azhar, "baru je abah. Duduklah..."

Macam dia pula tuan rumah. Hm. Tersedar ketelanjurannya kerana memperlawa si tuan rumah duduk. Dia menggaru kepalanya, "takpe Ziyad. Bukan senang kan...?"

Ziyad terpinga-pinga. "Tak bawa Eryan ke mari?" Ziyad menggeleng perlahan. "Tak bah... dia ada class online hari ni. Tu tak bawa dia."

"Dayana memang tak dapat hak jagaan Eryan?" Ziyad menggeleng perlahan. Tangan Tuan Azhar di raih, "Ziyad bukan apa bah... tapi abah pun tahukan macam mana perangai Dayana?"

Tuan Azhar gelak kecil. Melihat wajah Ziyad dan lenggok tubuh Ziyad yang kelihatan resah, dia menepuk bahu Ziyad. Menenangkan.

"Iya abah tahu perangai Dayana tu. Bagus jugalah Ziyad buat keputusan tu, sekurang-kurangnya cucu abah tak sakit duduk dengan dia."

Cucu abah.

Tiba-tiba sahaja rasa serba salah menyelubungi dada. Ya Allah, berdosa kah aku? Memisahkan anak kecil yang tidak bersalah dari ibunya? Ibu kandungnya?

"Ziyad cuma tak boleh terima apa yang Dayana buat pada Eryan bah. Bukti semua dah ada. Cuma, Ziyad tak mahu besarkan kes ni. Cukup Dayana tak dapat hak jagaan Eryan."

"Iya abah tahu tu." Tuan Azhar mengeluh perlahan, "apa khabar cucu abah yang sorang tu? Mesti dah hensem kan? Macam daddy dia."

Masing-masing menoleh apabila terdengar bunyi dulang berlaga dengan kaca meja. "Minum dulu... ibu amik kuih dekat dapur."

"Minum Yad..." Ziyad mengangguk perlahan. "Abah cuma nak Ziyad berhati-hati. Bermula dari sekarang, berhati-hati." Baru sahaja Ziyad hendak mencapai gelas yang berisi jus oren itu, segala perbuatannya terhenti.

"Dayana... dia nak fight lagi kes di mahkamah dan menyatakan dia tidak bersalah walhal sudah terang lagi bersuluh sudah ada bukti." Ujar Tuan Azhar. Serius.

"Ziyad perlu siap sedia dengan wang dan juga peguam. Bila-bila masa sahaja Dayana akan buka balik kes. Abah pun tak tahu apa yang Dayana mahukan sebenarnya. Semua yang dia nak abah dah ikutkan."

Jelas menunjukkan riak wajah yang kesal, terukir di wajah tua itu. Memikirkan tentang puterinya yang satu itu. "Abah, jangan fikir apa-apa. Ziyad akan uruskan."

"Jaga cucu abah baik-baik." Ziyad sekadar tersenyum mendengar permintaan dari Tuan Azhar itu. Iya abah, Eryan akan ku jaga.

Meskipun perlu menggadaikan nyawa Ziyad.

***

Sarah memandang sekejap sebuah mansion mewah yang jelas kelihatan klasik dan gah. Hampir jatuh rahangnya, "gila Zayra!"

"Ini rumah kawan cik?" Sarah sekadar mengangguk. Caramel Macchiato yang dibelinya dari Starbucks khas untuk rakannya itu di ambil.

"Pak Mad balik je dulu. Nanti kalau Sarah nak balik, Sarah telefon." Ujar Sarah sambil dia membuka pintu kereta. Rambutnya di kemaskan.

"Okay Sarah. Hati-hati." Sarah mengangguk lalu dia hanya memandang kereta yang dipandu Pak Mad laju membelah jalan.

Dia menghela nafas panjang. Dia berjalan mendekati pintu pagar mansion mewah itu, "siapa cik?"

"Saya kawan Zayra. Sarah Sofea." Pengawal itu mengerutkan dahinya. "Sarah Sofea... Ouh! Cik Sarah!"

Sarah berkerut dahi. Eh? Kenal aku ke? Nak kata aku popular, takdelah sangat. Followers Instagram cuma 50 orang sahaja. Itupun kawan-kawan sahaja.

Tiktok? Tak reti main. Twitter? Download sekadar mahu tahu isu semasa. Isu yang hangat di dalam dan luar negara. Facebook? Kirim salam.

Sampai sahaja Sarah di hadapan muka pintu rumah itu, dia mengetuk sebanyak 3 kali bersama salam. "Assalamualaikum!"

Dia mengundur selangkah apabila pintu rumah terbuka dari dalam, "Sarah! Kenapa lambat nyah? Haih kau ni! Jom masuk! Panas kat luar tu."

Sarah menyusun kasutnya di rak kasut yang tersedia di situ. Jejak sahaja kakinya di dalam mansion mewah itu, Sarah terpegun.

"Kau tak pernah cakap pun kau anak orang kaya selama ni. Ish ish ish.." Sarah menggelengkan kepalanya. Konon kesal dengan perangai kawannya.

"Bukan gitu... aku memang saje tak bagitahu. Aku nak tengok mana yang ikhlas kawan dengan aku. Takat kawan dengan aku sebab harta, heh. Malas aku." Mulalah si Zayra ini hendak mengomel itu ini.

Dan mangsa yang terpaksa menadah telinganya mendengar segala omelan Zayra itu, semestinya Sarah Sofea. "Aku tengok kau je yang ikhlas kawan dengan aku. Kau tak pandang harta. Saluted aku dengan kau."

"Come on babe..." Sarah tersenyum bangga. Ceh! "By the way, mana anak buah kau?"

"Dekat dalam bilik dia. Ada class online... lagi setengah jam habis."

"Okay kalau macam tu. Rumah takde maid ke?" Zayra menggeleng perlahan, "The park? Habistu, siapa yang bersihkan rumah macam istana ni?"

"Aku dengan mummy aku. Kadang abang Ziyad pun tolong juga." Sarah membuat muka yang menjengkelkan apabila mendengar nama jejaka itu.

Benci betul!

"Huh mamat tu. Mana berambus dia?" Zayra menahan dirinya dari gelak. Sah! Sarah Sofea memang sudah anti dengan abangnya yang Ziyad itu.

Haih jangan benci-benci, nanti suka kang. "Dia keluar. Ada hal katanya." Sarah menjuih bibir. Hal-hal, entah-entah jumpa girlfriend.

Eh Sarah, cemburu?

"Kau cakap anak buah kan? Dia anak siapa? Anak kakak kau?" Zayra menggeleng.

"Tak. Dia anak abang Ziyad."

"What?!"

To Be Continued

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

1.4M 47.1K 28
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil seriu...
1.3M 65.9K 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
2.8M 121K 51
"Daddy always said not all the people in your life will stay with you, he was right. Cause he was the first to leave." **** Bella Najwa. Kisah kanak...
8.9M 468K 68
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang...