𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

By Hwayuqiii

58.7K 6.6K 722

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

CHAPTER 26

765 93 2
By Hwayuqiii

Keesokan harinya..

Hari ini, ujian diteruskan semula. Kazuke sudah membuka mata namun tubuhnya masih dalam keadaan yang kurang baik, manakala Ace masih tidak sedarkan diri.

Di ruangan medis..

"Ace mana?" Tanya Kazuke.

"Dia ada kat katil sebelah masih tak sedarkan diri." Jawab Raizo.

"Yang lain kat mana?" Tanya nya lagi.

"Dorang kat stadium lagi sebab ujian masih diteruskan." Ujar Raizo.

Kazuke diam..

"Apa yang jadi sebenarnya dengan Ace?" Tanya Raizo secara tiba tiba.

"Entahlah.." jawab Kazuke ringkas kemudian membalikkan tubuh nya dan menutup mata.

"Kau rehat lah dulu, kalau ada apa apa panggil aku." Ucap Raizo kemudian keluar dari ruangan medis.

****

Masa berlalu dengan pantas, ujian telah tamat dengan keputusan Gesshoku menang 21 perlawanan manakala Auzora memenangi 14 perlawanan dan selebihnya adalah seri.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, mereka kembali ke kediaman untuk bersiap berangkat pulang kerana sepatutnya mereka berangkat pada pagi hari namun sekarang sudah hampir tengahari.

****

Di istana kerajaan Gesshoku.

"Gadis yang mampu menyerap energi Mangetsu?" Ujar Raja Eito.

"Iya Yang Mulia, gadis itu tidak mempunyai energi shizen tapi dia dapat membangkitkan energi Mangetsu seperti beberapa anggota Klan kita." Balas Jouda.

"Bukan kah itu sudah jelas? Gadis itu adalah keturunan Klan Tsukiko." Kata Raja Eito.

"Apa yang harus kita lakukan Yang Mulia? Saya pasti kerajaan Aozora tidak akan menyerahkan gadis itu begitu sahaja." Ujar Jouda.

"Kalau mereka tidak mahu menyerahkan nya, kita harus mengambil nya secara paksa. Aku tidak boleh membiarkan keturunan Klan Tsukiko dimiliki kerajaan lain. Itu adalah peraturan kerajaan kita.", Balas Raja Eito.

"Tapi, bukan kah itu boleh mencetuskan masalah diplomatik antara kerajaan? " Ujar Jouda.

"Keberadaan anggota Klan kita di kerajaan lain boleh mencetus masalah yang lebih besar di masa akan datang." Kata Raja Eito.

"Hmm benar juga apa Yang Mulia katakan.. tapi siapa orang tua gadis itu? Setahu saya, dia dijaga oleh pemimpin Klan Kiyomizu. "

"Kemungkinan ibunya adalah gadis yang lari dari kerajaan kita 25 tahun yang lalu." Ujar Raja Eito.

"Gadis itu..? Maksud Yang Mulia gadis yang telah dihukum mati oleh Raja terdahulu kerana telah menikahi bangsawan Murni kerajaan Auzora."

"Iya benar, Raja terdahulu telah mengirim beberapa Hunters kerajaan ke Aozora untuk membunuh gadis itu dan berkemungkinan gadis yang memiliki energi mangetsu itu adalah puterinya." Balas Raja Eito.

"Bukan kah ini bermakna, gadis itu terlahir dengan kekuatan yang mengerikan." Ujar Jouda ketakutan.

"Iya benar, perkahwinan antara manusia yang memiliki kekuatan Raja Hwanung serta Puteri Hwayuki (Bangsawan Murni Aozora) dan manusia yang memiliki kekuatan Putera Hwangko (keturunan Klan Tsukiko) adalah dilarang dalam peraturan Klan kita kerana anak yang terlahir akan memiliki kekuatan yang mengerikan... tapi nampak nya, apa yang kita takutkan selama ini telah berlaku." Kata Raja Eito.

"Kita tidak boleh membiarkan nya, bila bila sahaja kekuatan mengerikan itu akan bangkit." Ujar Jouda.

"Oleh kerana itu kita harus mendapatkannya walau bagaimana pun caranya." Balas Raja Eito.

"Kalau begitu, serahkan kepada ku. Aku tidak akan membiarkan gadis itu pulang ke kerajaan Auzora." Kata Jouda.

"Baiklah, aku percayakan hal itu kepada mu dan kalau boleh, hal ini jangan terlalu dibuka kepada hunters lain terlebih dahulu." Balas Raja Eito.

"Baik yang Mulia."

Jouda menunduk kemudian melangkah pergi.

****

Jouda menemui 5 petinggi hunters kerajaan Aozora serta Kawaze ke ruangan medis yang terletak di bangunan organisasi Hunters kerajaan Gesshoku.

"Ada apa Tuan Jouda memanggil kami ke sini?" Tanya Hasyuki iaitu salah satu petinggi Hunters.

"Sebelum nya saya ingin meminta maaf kerana memanggil kalian secara tiba tiba. Tapi ada hal penting yang harus saya sampaikan." Ujar Jouda.

"Hal penting? Apa itu?" Tanya Wayami.

"Ehem begini.. seperti yang kalian sudah sedia maklum, kami Klan Tsukiko tidak pernah membiarkan anggota Klan kami keluar dari kerajaan ini tanpa keizinan Raja." Jouda memula pembicaraan nya.

"Iya, kami sudah tahu akan hal itu. Tapi apa yang kamu cuba sampaikan sebenarnya?" Tanya Hasyuki.

Ruangan itu sepi seketika..

"Gadis yang bernama Kiyomizu Ace itu adalah anggota Klan kami." Ujar Jouda.

Para petinggi Aozora memandang nya serentak.

"Apa maksud kamu? Itu mustahil!!" Balas Wayami.

"Sebenarnya, anggota Klan kami memiliki kekuatan lain yang di sebut sebagai energi Mangetsu.." Ujar Jouda lagi.

"Energi Mangetsu? Kekuatan yang bangkit akibat penderitaan? Aku pernah mendengar nya dari khabar angin tapi adakah berita itu benar."

"Tidak, itu bukan hanya khabar angin. Energi mengetsu adalah kekuatan besar yang terbangkit dari dalam diri apabila seseorang itu mengalami penderitaan yang terlalu besar. Namun ia hanya berlaku pada Klan Tsukiko." Ujar Jouda.

"Tapi, apa kaitan nya dengan pelajar saya?" Kawaze mula membuka suara.

"Gadis itu memiliki energi Mangetsu." Balas Jouda.

Mereka terdiam seribu bahasa...

"Apa buktinya?" Tanya Kawaze.

"Ikut saya" ujar Jouda lantas berdiri.

Mereka menuju ke ruangan yang menempatkan Ace dan Kazuke.

****

Ace diangkat keluar dari ruangan itu secara tiba tiba. Dan Kazuke terjaga dari tidur nya.

"Kau nak bawa dia pergi mana?" Tanya Kazuke kepada lelaki yang membawa Ace.

"Tuan Jouda mengarahkan agar gadis ini dipindahkan keruangan yang lain." Balas lelaki itu.

Kazuke pun hanya mampu diam sembari melihat Ace dibawa pergi.

Tiba di ruangan lain, Ace dibaringkan di sebuah katil. Jouda, Kawaze serta para petinggi hunter Aozora sudah berada di ruangan itu terlebih dahulu.

"Gadis ini bahkan tidak meiliki energi Shizen, jadi bagaimana dia boleh memiliki energi lain yang disebut sebagai energi Mangetsu itu." Ujar Wayami.

"Untuk saat ini energi Mangetsu yang ada pada tubuh nya hanya sedikit berbanding waktu kejadian kemarin." Kata Jouda.

"Kejadian kemarin? Adakah hal itu ada kaitan nya dengan energi yang kamu maksudkan?" Tanya Hasyuki.

"Iya benar, bukan kah kamu juga merasakan kekuatan yang berpunca dari gadis ini pada waktu itu?" Ujar Jouda.

"Iya, aku merasakan sebuah tekanan yang luar biasa mengelilingi gadis itu." Balas Wayami.

"Itu adalah kaze kekkai  yang menyebabkan tekanan energi dilepaskan dalam jumlah yang besar sehingga orang yang mendekati nya terasa sakit. Namun pada masa ini energi Mangetsu yang tersisa di tubuh nya cuma sedikit." Ujar Jouda.

*Kaze kekkai ( angin penghalang/ pelindung)

Mereka pun lantas terdiam setelah mendengar penjelasan Jouda.

"Tapi, tidak mungkin kami akan mempercayai ucapan mu begitu sahaja. Gadis ini adalah cucu kepada Tuan Kagura, pemimpin Klan Kiyomizu .. kami tidak mungkin akan menyerahkan nya seperti yang kamu mahu." Ujar Hasyuki.

"Ini adalah perintah dari Yang Mulia Raja Eito, gadis ini tidak akan dibenarkan dibawa keluar dari kerajaan Gesshoku." Balas Jouda.

"Apa yang Tuan mengarut ni, Kiyomizu Ace akan saya bawa pulang bersama pelajar yang lain hari ini kerana dia di bawah tanggungjawab saya." Ujar Kawaze.

"Tidak!! Kami tidak akan membiarkan hal itu!!" Jouda mula bertegas.

Kawaze lantas berdiri namun ditahan oleh Wayami.

"Sebaiknya kamu jangan menimbulkan masalah di sini untuk mengelakkan pelajar lain terlibat dalam masalah ini. Kamu boleh keluar dan urus perjalanan pulang pelajar lain. Kami akan menyelesaikan hal gadis itu." Ujar Wayami.

Kawaze menahan diri nya kemudian keluar dari ruangan itu dalam keadaan marah.

****

Kawaze masuk ke ruangan Kazuke yang berada tidak jauh dari ruangan tadi.

"Kau kenapa?" Tanya Kazuke apabila melihat wajah abang nya yang dalam keadaan tidak baik.

"Takde.. kau dah okay kan?" Ujar Kawaze.

"Ha arh.." balas Kazuke ringkas.

"Kalau macam tu, kita balik tempat penginapan sekarang. Kita pulang petang ni." Kata Kawaze.

"Petang ni? Jadi Ace macam mana?" Tanya Kazuke.

Kawaze terdiam..

"oi.. kau dah kenapa?" Tanya Kazuke kehairanan kerana sikap abangnya yang berbeza hari ini.

"Takde lah.. Tuan Wayami akan urus Ace." Balas Kawaze.

Kazuke hanya terangguk angguk kemudian berdiri untuk kembali ke penginapan.

****

Pukul 3 petang..

Kesemua pelajar telah bersiap dengan beg pakaian masing masing untuk berangkat pulang ke kerajaan Aozora. Namun yang masih tiada di sana adalah Ace.

"Sensei, Ace mana?" Tanya Rin.

"Ace akan pulang dengan Tuan Wayami kalau dia dah sedar nanti." Kawaze terpaksa membohongi yang lain.

"Kenapa pula? Ace kan cuma tak sedar.. kenapa tak bawa sekali? Lagipun kita pulang dengan pintu teleportasi sensei kan." Ujar Asyura.

Kawaze tersentak dengan persoalan itu, entah apa yang harus dikatakan nya lagi.

Kazuke, Raizo, Shiro dan Sai merasa ada sesuatu yang aneh.

"Ace kat mana? Aku nak jumpa dia sebelum kita pulang." Ujar Kazuke secara tiba tiba.

"Kita kena pulang sekarang, lagipun Ace masih perlu rehat." Balas Kawaze dengan alasan yang dibuat buat.

"Kalau macam tu aku tinggal sekali kat sini." Kata Kazuke lagi.

Kawaze terdiam seribu bahasa...

"Sensei ada rahsiakan apa apa ke dari kitaorang?" Tanya Rin.

"Mana ada apa apa." Kata Kawaze namun wajah nya sudah cuak seperti orang pecah tembelang.

Tiba tiba, salah satu petinggi hunters iaitu Miura Gama menghampiri mereka.

"Kamu harus berangkat pulang sekarang. Tentang teman kamu.. Tuan Wayami akan menguruskan nya jadi tidak perlu membuang masa di sini lagi, Yang Mulia mungkin sudah menanti kepulangan kamu." Ujar Gama.

Mereka pun pasrah pulang ke kerajaan Aozora dan meninggalkan Ace di kerajaan Gesshoku.

****

Mereka berangkat keluar gerbang Kerajaan Gesshoku dan sebaik sahaja tiba di sana, Kawaze membuka pintu teleportasi nya untuk pulang ke Aozora.

"Berikan surat ini kepada Yang Mulia sebaik sahaja kamu tiba di kerajaan." Ujar Gama yang mengiringi mereka keluar Gerbang kerajaan bersama Awabe.

"Baiklah, saya akan serahkan surat ni. " Balas Kawaze.

"Kami balik dulu Tuan Awabe." Sapa Kawaze sambil menundukkan diri.

"Baiklah, saya harap kita akan bertemu lagi nanti."  Ujar Awabe.

Kawaze hanya senyum terpaksa kemudian mengundurkan diri.

Setelah para pelajar dan hunter pengawal memasuki pintu teleportasi, dia pun menyusul dan pintu itu terus menghilang.

Gama dan Awabe juga turut masuk kembali ke dalam kerajaan dan terus pergi ke bangunan organisasi Hunter kerajaan Gesshoku.

See next chapter

Continue Reading

You'll Also Like

7.3K 1.7K 21
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
59.8K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...