C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTER...

Door ItsRealAtiqah

85.2K 4.6K 2.2K

( 𝕄𝕣. 𝕒𝕟𝕕 𝕄𝕣𝕤. 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) Kisah persahabatan yang bermula diantara Zafran dan Laura berubah... Meer

CAST ❗❗❗
Prolog
S.E.B.I.C.M. 1️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣
S.E.B.I.C.M. 7️⃣
S.E.B.I.C.M.8️⃣
S.E.B.I.C.M.9️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.1️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.2️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.3️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.4️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣3️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣4️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣5️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣6️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣7️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣8️⃣
S.E.B.I.C.M.5️⃣9️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣0️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣1️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣2️⃣
S.E.B.I.C.M.6️⃣3️⃣
F.I.N.A.L.6️⃣4️⃣
SPECIAL CHAPTER 1️⃣✨❤️
SPECIAL CHAPTER 2️⃣✨❤️
SPECIAL CHAPTER 3️⃣✨❤️
PROMOTE STORY ✨❤️

S.E.B.I.C.M.5️⃣

1.5K 103 47
Door ItsRealAtiqah

Seminggu kemudian...

"mak tolong Rizal mak!!" Jerit seorang budak yang berada di dalam cengkaman seorang lintah darat.

"Lepaskan anak aku!! Kami berdua dah tak ada apa apa kaitan lagi dengan jantan tu! Dia yang berhutang patutnya dia yang kau cari!! Bukan kami!!"

Lelaki itu mencengkam leher Rizal. Rizal mengerang kesakitan apabila terasa seperti sesuatu yang tajam ditoreh dilehernya.

"Kau nak bayar hutang tu ataupun kau nak nyawa anak kau melayang?"

Wanita itu mula panik ketika matanya melihat cecair merah mengalir dari leher anaknya.

"Ak-aku tak ada duit. To-tolong bagi aku masa"

"Masa? Aihh, kau kan pelacur? Takkan takde duit se-sen pun?"

"Sumpah! Memang aku takde duit sekarang ni. Tolong la bagi aku masa untuk aku selesaikan hutang tu. Lepaskan anak aku, dia tak berkait pun dengan hal ni. Dia masih muda. Umur dia pun baru cecah 15 tahun."

Lelaki itu mengetuk ngetuk jari telunjuk ke dagunya. Seolah olah sedang berfikir dengan rayuan wanita tadi.

Matanya mula memerhati dari bawah keatas, kemudian beralih pula ke muka wanita itu. Cantik. Omelnya.

Beberapa detik kemudian, dia mendapat idea kejam.

"Berapa umur kau?"

Wanita itu terdiam. Pahal tanya umur aku pulak ni? Omelnya.

"28 tahun, ke-kenapa?"

"Aku boleh lepaskan budak ni..." Mata mengerling kearah Rizal. Senyuman senget terukir dibibirnya.

"...dengan syarat kau layan aku" bisiknya perlahan. Cukup dia dan wanita itu sahaja yang mendengarnya.

Dalam keterpaksaan, wanita itu mengangguk setuju dengan aliran air mata dipipinya.

"O-ookay"

Senyuman sinis terukir dibibirnya lalu lelaki itu menarik kasar tangan wanita tadi memasuki bilik tidur di dalam rumah kayu itu. Rizal mula meronta ronta agar terlepas dari pegangan anak buah lelaki kejam tadi. Tapi malangnya itu adalah sia sia.

"Mak!! Jangan mak!! Rizal merayu dengan mak!! Mak!!" Laju air mata mengalir membasahi pipinya. Akhirnya rontaannya terhenti kerana lelah.

"Makkk Rizal sayang mak. Jangan.." rintih Rizal.

Setelah beberapa jam, akhirnya lelaki tadi keluar daripada bilik tidur. Matanya mengerling kearah orang kanannya sambil mulut dimuncungkan kearah dalam bilik.

Orang kanan lelaki tadi mengangguk perlahan sebelum dia membawa 2 orang lelaki lain bersamanya memasuki bilik tidur tadi.

"Korang nak pergi mana?! Woi!! Tu bilik mak aku lah!! Keluar!!" Jerit Rizal.

"Korang nak apa lagi ni?!" Jerit mak Rizal pula.

Beberapa saat kemudian..

Bang!

Bang!

Bunyi 2 das tembakan menyapa telinga Rizal. Rizal diam terkaku diatas lantai. Pegangan dilepaskan apabila 3 orang lelaki keluar dari bilik itu. Pantas Rizal bangun dan meluru masuk.

Sebaik sahaja memasuki bilik maknya, dia tergamam. Perlahan lahan badannya melorot jatuh ke lantai. Air mata kembali berlinang di kelopak mata.

"M-mak? Mak?! Ya Allah!! MAK!!!" Rizal meraung raung diatas lantai sambil matanya tak lepas dari memandang mayat maknya yang dibaluti selimut.

"MAK!! MAK!! MAK AKU!! KENAPA KORANG BUNUH MAK AKU?! KENAPA?! Kenapa?! KENAPA!! MAK BANGUN MAK!! RIZAL PERLUKAN MAK!! RIZAL SAYANGKAN MAK!! MAK BANGUN LA!! MAK!!" meraung raung Rizal diatas lantai bilik itu tanpa henti.

Malah lelaki tadi hanya tersenyum sinis. Kemudian dia mendekati Rizal. Bahu Rizal disentuh perlahan, namun lekas lekas ditepis oleh Rizal. Dia tersenyum sinis.

"Kau tak dengar ke apa yang mak kau cakap tadi? Dia cakap 'Lepaskan anak aku!' dan dia tak cakap pula yang 'Lepaskan aku dan anak aku!' "

Rizal menatap tajam wajah lelaki itu. Tapi ada dia kesah? Setakat budak mentah macam ni, apa yang dia boleh buat? Omelnya dalam hati.

"Kau pergi dari sini!! KAU PERGI!! AKU TAK NAK TENGOK MUKA ORANG YANG BUNUH MAK AKU!! PERGI!! AKU KATA PERGI!!"

BUKKK

"Argh!" Rizal mengerang perlahan sambil menahan rasa senak diperutnya.

"Shoun... Kau ni... Kesian budak ni. Mak dia dah la baru je mati"

"Dia ni kurang ajar bos! Nak mampus awal kot rasanya" balas lelaki bernama Shoun itu.

"Takpe takpe. Dia tak sengaja tinggi suara dengan aku, untuk sekarang ni aku maafkan. Aku nak kau angkat dia bawa berkumpul dengan budak budak yang nak lawan dengan Ace. Aku nak dia mati kena bunuh dengan budak budak Ace kat situ."

"Baik bos" lantas dia menarik kasar tangan Rizal. Sekali lagi Rizal meronta ronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku la sial!! Kau nak bawa aku pergi mana ni, hah?! Lepaskan aku!!"

"Bising la kau ni"

PAKK!!

Shoun memekul kuat belakang leher Rizal sehingga dia pengsan.

"Diam pun. Memekak je kerja."

Kereta audi hitam itu mula bergerak meninggalkan kawasan rumah usang Rizal.

🧡🧡🧡🧡🧡

Laura memerhati kesemua anak buahnya yang bersiap sedia dengan pelbagai senjata dikiri dan kanan badan mereka.

Matanya beralih pula kearah Leonard yang sedang berpeluk tubuh dikeretanya. Nasib baik luka pada badan Leonard hanya kesan torehan dan 2 das tembakan yang terkena pada bahu serta lengan kanan lelaki tegap itu.

Tapi kesemua luka itu langsung tidak menjejaskan semangat mafia Leonard yang selalu ingin bertarung dalam setiap pertempuran. Buktinya, dia masih berdiri teguh disebelah Laura.

Matanya bergerak pula kearah Light dan seorang anak buahnya yang berada tidak jauh darinya. Kepala mula menggeleng perlahan, tangan pula naik memicit kepala yang terasa sedikit pening.

"Aaaaku budak girl yang pantang menyerah~

...takkan berundur sebelum berjaya~..."

Dengan riang sekali Light bernyanyi dan menggelek bontotnya.

"Ketua gelek lagi ketua, ewahh! Eiii haa, gelek gelek" sorak seorang anak buah Light sambil memegang telefon bimbit milik ketuanya. Bontotnya juga digoyangkan ke kiri dan kanan. Mengikut rentak lagu tiktok di telefon itu.

Kesemua anak buah Laura mengemam bibir mereka agar tidak mengeluarkan sebarang suara.

Laura yang tidak tahan dengan lagu yang dinyanyikan mengeluarkan pistol yang terselit di belakangnya dan dihalakan ke langit malam.

BANGG

"MAK KAU HIJAU!!" Light melatah.

"Asal? Kau jeles mak kau takde kaler?" Sinis Laura kemudian berlalu ke dalam kereta Lamborgini Aventador miliknya.

Leonard memandang sekilas mereka berdua, lalu menggeleng perlahan.

"Haihh, Light kau punya bangang tu simpan untuk anak cucu sikit. Jangan nak melantak untuk diri kau sorang je" lalu dia memboloskan diri ke dalam lamborgini dibahagian pemandu.

"Heh!! Jeles la tu takde tiktok!" Dengus Light.

"TERCEGAT APA LAGI?! MASUK LA!!" Jerit Laura dari tingkap keretanya.

Pantas anak buahnya yang lain berlari masuk ke dalam alphard hitam yang dikhaskan untuk kegunaan mereka. Termasuk juga dengan Light.

Kereta alphard itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah rehat lalu menuju ke destinasi untuk pertempuran mereka.

💚💚💚💚💚

Hampir sejam perjalanan mereka, akhirnya tiba juga ditempat untuk menumpahkan darah masing masing.

"Bergerak ke tempat masing masing" arah Laura melalui earbuds yang dipakai di telinga kanannya.

Light dan Leonard diarahkan untuk melawan anak anak buah Henry. Manakala dia bergerak ke arah satu lorong yang sunyi sepi dan gelap gelita.

Senyuman sinis Laura terukir disebalik topeng muka yang dipakainya, sebaik sahaja dia melihat wajah Henry yang tajam memandang kearahnya.

Sedikit pun dia tidak gentar dengan pandangan itu. Malah dia berasa geli hati dengan wajah Henry. Dia sedikit membongkok lalu kedua belah tangannya ditongkatkan diatas lututnya sendiri.

"Uit!! Cik abang nak bunuh saya ke?" Ejek Laura.

Berombak dada Henry apabila diejek Laura. Ego lelakinya terasa seperti dipijak pijak dan tercabar.

"Memang!! Memang aku nak bunuh kau!! Sebab kau dah bunuh adik aku!!"

PAPP

Laura menepuk tangannya sendiri dan ketawa. Entah mengapa dia terasa seperti lucu dengan kata kata Henry.

"Henry? Henry ke tu? Alahai comelnya. Kau marah ke aku bunuh Tiger? Ala tak best la macam ni. Tiger bunuh anak buah aku, takde pun aku nak bising macam kau?"

"Aku tak nak cakap banyak dengan kau Ace. Yang aku tau aku nak bunuh kau"

Tanpa membuang masa dia terus mengeluarkan pisau yang terselit dikiri kanan poketnya lalu menerkam kearah Laura.

Laura hanya mengelak dan menepis serangan Henry. Pertarungan mereka masih awal jadi dia ingin bermain dahulu dengan Henry, baru bunuh.

Setelah beberapa minit, Henry mula lelah. Dia berhenti sambil menarik nafas lalu berdecit kecil.

"Penat ke cik abang sayang? Meh la, Kekanda ku sayang! Adinda mu disini baru je panaskan badan tadi!!" Jerit Laura walaupun jarak mereka takde la jauh mana.

Tergelak gelak dia melihat Henry yang tercungap cungap menarik nafas.

"Ace? Budak Henry ni nak settle kan semua ke? Sebab ada yang dibawah umur ni. Dalam lingkungan bawah 18." Suara Leonard menyapa telinganya melalui earbuds.

Laura memandang kearah Henry yang bersedia untuk menerkam kearahnya.

"Simpan budak tu untuk dibawa ke torture room." Arah Laura.

"Jom la, habis kan cepat! Aku nak balik mandi"

Henry tersenyum sinis.

"Kesah pulak aku, kau nak balik mandi ke apa. Tapi takpe, aku boleh tolong mandikan kau. Mandi mayat!!"

Pisau rambo kiri kanan dilibasnya.

ZAPP

ZAPP

Satu libasan terkena pada bahu kanan dan paha kiri Laura.

"Argh!"

"Ala adinda ku! Baru sikit dah menjerit?" Sinis Henry.

Laura memandang Henry.

"Alahai kekanda ku sayang. Baru menjerit sikit dah caring? Sawitnya. Geram geram je nak tikam."

Henry terus melibaskan kaki kearah kepala Laura, Laura sedikit menunduk lalu menusukkan pisau itu ke dalam betis Henry.

Laura tersenyum sinis apabila Henry menjerit kesakitan. Dengan tenaga yang masih tersisa dia berlari kearah Henry.

Henry mengelak dengan pantas terhadap setiap serangan Laura.

ZAPP

Pisau Henry terbenam ke dalam paha kanan Laura. Laura pula pantas mengambil peluang untuk menusuk belakang Henry. Sakit yang terasa, diabaikan.

ZAPP

ZAPP

ZAPP

Henry jatuh terduduk kerana kesakitan. Dia berundur kebelakang sambil mengesot perlahan.

Tidak berdaya untuk melarikan diri dengan betisnya yang mengeluarkan darah dengan membuak buak.

Laura melepaskan pisau rambo yang berlumuran darah lalu matanya melilau ke seluruh kawasan lorong itu. Mata Laura berhenti kearah satu sudut yang mempunyai kayu agak panjang.

Dia berjalan ke sudut itu dan tangan mencapai kayu tersebut. Sengaja dia menyeret kayu tadi keatas jalan tar di lorong itu.

Tersenyum sinis dia melihat wajah Henry yang ketakutan.

SRRRREEEETTTTT SRRREEETTTTTT

"To-tolong jan-gan bunuh ak-aku..."tergagap gagap Henry itu merayu.

Kini Laura itu yang tegak berdiri di hadapan Henry itu menunduk ke hadapan sedikit untuk melihat wajah sang lawan.

"Haa? Apa? Jangan bunuh kau?" Laur itu ketawa. Ketawa yang cukup menggerunkan bagi Henry.

"Kenapa kau takut sangat dengan aku ni? Haa? Tadi time konco konco kau ramai, bukan main lagi kau berlagak dengan aku. And now bila semua dah mampus and just left me and you...kau merayu ke??" Kayu yang dipegang telah diangkat, sedia untuk menamatkan riwayat Henry.

"Anything before..." Henry itu memegang kaki Laura.

"Tolong tolong aku merayu Ace"

DUBB!!

"Huh!! Dah kacau hidup aku ada hati nak merayu?!" Jerkah Laura

"Ace?" panggil Leonard. Ace berpaling kebelakang.

"Macam yang kau arahkan, aku tinggalkan sorang budak dorang untuk dibawa ke torture room"

Laura memandang wajah budak itu. Dia berjalan perlahan ke arah budak itu.

"Apa nama kau? Kenapa buat kerja ni? Umur berapa?"soal Ace.

"R-Riz-Rizal se-b-bab ter-pak-sa. Umur 15" jawabnya.

Laura mengangguk perlahan. Tangan kanannya naik mengusap perlahan rambut hitam pekat milik Rizal. Mask dibuka dan dia memberikan senyuman manis buat Rizal untuk menghilangkan rasa takut terhadapnya.

"Kau ni muda lagi. Apa kata kalau join dengan geng aku? Sekurang kurangnya kitorang jaga korang lagi baik dari ketua kau sekarang" Laura cuba menghasut fikiran Rizal.

"Kalau sa-saya ikut, apa saya dapat?"

"Kitorang sediakan tempat tinggal, makan minum dan korang akan ada latihan seni mempertahankan diri setiap hari"

Rizal diam. Tidak lama dan akhirnya dia mengangguk setuju.

"Ri-Rizal ikut"jawapan Rizal mengundang senyuman Laura. Laura mengangguk.

"Keputusan yang tepat budak. Leo, bawak dia balik ke rumah rehat. Esok pagi kau bawak dia pergi hall" arah Laura.

Leo hanya menganggukkan kepalanya sambil menarik perlahan tangan Rizal supaya mengikutinya.

Laura memandang Henry yang dipukulnya tadi. Dah mati pun. Omel hatinya. Kemudian memandang muka konco konconya.

"Korang bersihkan tempat ni, aku nak balik. Dah siap bersih, korang balik rehat. Yang kerja malam ni, aku bagi cuti esok"seusai berkata kata dia berlalu meninggalkan kawasan itu.

Jam tangan rolex miliknya, dipandang sekilas.

"Dah pukul 3 pagi? Argh!! Mengantuknya!!" Kata Laura sambil menggeliat perlahan lalu menekan pedal minyak meninggalkan kawasan tadi.

TINGG!!

Telefon Laura berbunyi. Kereta diberhentikan di bahu jalan, lalu mencapai telefon pintar miliknya.

27 missed call from Zirafah💕

14 message from Zirafah💕

Laura tersenyum. Notifikasi ditekan dan serta merta Laura memasuki ruang sembang bersama Zafran.

Zirafah💕

Woi!! Mana kau!

Dasar koala!!

Call aku balik!!

Dey tambi mana kau?!

Seminggu kau hilang, kau pergi mana?!

Dah la, aku malas nak ambil kesah pasal kau!

Malas aku nak rindu kau!

Jangan chat aku lagi!!

Baik kau call aku sekarang!!

Kau jangan cari aku!

Laura mana kau?

Kenapa tak angkat call aku?

Aku ada buat salah dengan kau ke?

Aku rindu kau, wahai Koala!!

Laura tersenyum membaca pesanan dari Zafran. Kemudian dia berdecit kecil.

"Ceh! Tak guna punya Amir!"

Jarinya mula menaip sesuatu untuk Zafran.

Koala💗

Wahai Zirafah ku sayang!!! Esok kita dating tau!! Aku datang kedai kau esok!! Kita kan nak kahwin tak lama lagi!! Aku sayang kau wahai Zirafah annoying!! Nah mini love💓💗💖💕💞❣️💔💝💚💛💙🧡💜❤️🤎♥️🖤🤍

"Send!"

Serentak dengan itu, butang send ditekan dengan ibu jari. Tersengih sengih dia membaca pesanan yang dihantar kepada Zafran.

Telefon diletakkan disebelah kerusi pemandu, tangan kembali memegang stereng kereta kemudian kaki menekan pedal.

Kereta lamborgini Laura kembali bergerak menuju ke rumahnya.

----------

Enjoy your read!!

Jangan lupa untuk vote dan komen banyak banyak tau!!

See you next chapter!! 😉✌🏻

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

25.5K 1K 24
[ C O M P L E T E D ] Apabila dua hati terserempak tanpa sengaja, apa yang bakal terjadi? Apabila hati mula terpaut dan terjalin satu kasih sewaktu m...
30.6K 2.1K 39
people read the book trust me on this one
23K 1.1K 18
إن كُتِب قدر شخصين معاً فسيتقاطع طريقهما ذات يوم حتماً ليحوما حول الدنيا إذا ارادا للعثور على بعض وليختبئا للهروب من البعض وهجنا وثابتنا دكاترنا ا...
73.6K 1.6K 25
Alissa was sent away after being framed by her mother and twin sister. But when she gets arrested for the 4th time that week her family is called. Sh...