The Bad Boy's Wife | OG

By pnuz_maa

80.1K 3.9K 1K

Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwa... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 10

2.5K 121 20
By pnuz_maa

[ Jangan Tekan lagi, Sabar sat]

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."

Hari Perkahwinan Harris & Sara

Sara memandang inai di jari-jemarinya yang runcing itu. Dia mengalihkan pandangan ke arah khemah-khemah kanopi yang tersusun di halaman Banglo Tengku Azhar. Tanggannya yang sedikit mengigil digosok perlahan.

" Okay Sara, Tarik nafas... lepas, tarik... lepas." Nafas berat dihela panjang. Dia melirik pada Tengku Azhar dan Tengku Hasni yang nampak ceria melayan tetamu-tetamu yang hadir.

Pintu bilik di kuak sedikit. Sara tersenyum kepada rakan-rakannya, mereka juga turut melemparkan senyuman kepadanya.

" Kau dah siap? Kalau sudah, marilah turun. Pengantin lelaki dah sampai."

Sara mengangguk. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Dress putih yang elok tersarung dibadannya dibetulkan sedikit. Bunga tangan yang terletak di atas meja diambil sebelum mereka melangkah turun.

Mereka berempat menuruni tangga menuju ke arah ruang tamu. Satu persatu anak tangga dituruni oleh mereka. Sara menghadiahkan senyuman kepada para tetamu yang hadir.

Saat itu, matanya bertaut dengan sepasang mata kelabu milik Harris. Bertempiaran lari rentak jantungnya ketika itu.

Silaun flash kamera dari segenap arah sudah mengaburi matanya. Segera dia mengalihkan pandangannya ke arah tetamu-tetamu yang hadir.

Sara melabuhkan duduk di atas pelamin ditemani Tengku Hasni. Tangan Tengku Hasni digenggamnya. Hatinya berdebar-debar ketika ini.

" Tengku Harris Iskandar bin Tengku Hassan...."

" Ya, Saya..." jawab Harris. Kini dia duduk di hadapan Tengku Azhar.

" Aku Nikahkan akan dikau dengan anakku Tengku Sara Irdina binti Tengku Azhar dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit beserta barang kelengkap solat dan Senaskah Al-quran dibayar tunai..."

Saat Harris mahu melafazkan ayat keramat itu, semakin erat Tangan Sara mengenggam tangan Tengku Hasni.

Bismillahirahmanirrahim....

Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum, " Aku terima nikahnya Tengku Sara Irdina binti Tengku Azhar dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit beserta barang kelengkap solat dan senaskah Al-quran dibayar tunai..."

" Sah? "

" Sah."

" Sah."

Kedua-dua saksi memberi kesaksian.

" Alhamdulillah..."

Tangan diangkat memanjatkan syukur ke hadrat ilahi. Dengan sekali lafaz, Tengku Sara Irdina sudah sah menjadi Isteri kepada Tengku Harris Iskandar.

" Amiin..."

Tengku Hasni memeluk anak gadisnya sebelum berbisik. " Sara dah jadi Isteri Harris. Jaga dia baik-baik, Jangan lupa tanggungjawab Sara sebagai seorang Isteri." pelukan dileraikan.

Kata-kata itu disambut Sara dengan perasaan yang berbaur. Dia sendiri masih tidak percaya yang dirinya kini sudah pun bergelar Isteri kepada Harris. Dalam diam, dia mengangguk perlahan.

Perlahan-lahan Harris bangun dari duduknya dan melangkah menghampiri Sara dengan penuh tertib.

Hati Sara berdegup kencang menanti lelaki yang telah sah menjadi suaminya itu tiba. Mata mereka bersambung pandang.

Harris melabuhkan duduk di sebelah Sara. Dia meletak kan tangannya keatas kepala Sara sebelum membaca doa. Sara hanya diam mendengar bacaan merdu Harris di tepi kepalanya.

Jari-jemari Isterinya dicapai untuk disarungkan cincin. Harris tergelak kecil bila merasakan tanggan Isterinya masih mengigil. Perlahan-lahan Harris menyarungkan cincin ke jari manis Sara.

Tangan dihulur menyambut salam si Suami, belakang tapak tanggan Harris dicium. Bibir Harris mengukir senyuman manis.

Sara menyarungkan cincin ke tangan Harris pula. Diangkat sedikit dagu Sara sebelum sebuah kucupan lembut diberikan di dahi gadis yang telah sah menjadi Isterinya.

Tengku Sara Irdina.

|...|...|...|...|...|

T

epat pada pukul sebelas pagi tadi, Sara telah sah menjadi Isteri kepada Tengku Harris Iskandar. Hotel yang mewah dan gah itu menjadi pilihan untuk malam reception mereka.

Pada mulanya, Sara dan Harris menolak cadangan Ibu Bapa mereka untuk mengadakan malam reception di Hotel. Lagipun Perkahwinan mereka berdua hanya atas dasar perjanjian keluarga, cukuplah majlis akad nikah sahaja. Tapi Tengku Amanda dan Tengku Hasni sudah menguruskan semua itu. Mahu atau tidak majlis tetap perlu diteruskan.

Cermin di hadapannya dikerling. Bulu-bulu berus alat solek yang dipegang oleh Mia masih ligat menari-nari di atas kulit mukanya. Rambutnya yang panjang dibiarkan melepasi bahu, Dress putih elok disarung ditubuh langsing miliknya. Simple but nice.

" Okay, done." Mia tersenyum. Alat-alat makeup yang berada di atas meja di susun sebelum dimasukkan ke dalam beg makeup miliknya.

" Thank you, Mia. Cantik Sangat! " Puji Sara jujur. Makeupnya tak terlalu tebal, tak terlalu nipis. Biasa-biasa je tapi cantik!

" Welcome..." kembang kempis hidung Mia ketika dipuji.

" Wah! Cantiknya Kau..." Sara tersenyum kecil apabila mendengar pujian dari Yana dan Farra.

" Thanks, korang pun cantik." Mereka bertiga memakai Dress yang sama berwarna pink. Bak kata Yana, Pengantin cantik, bridesmaid pun kena lah Cantik.

Pintu dikuak sedikit, Tengku Azhar dan Tengku Hasni tersenyum sebelum melangkah mendekati mereka.

" Sara..."

Mereka berempat menoleh serentak.

" Urm... Sara, kitaorang keluar dulu eh? " Bisik Yana ditelingi Sara. Tanggan Farra dan Mia ditarik berlalu pergi. sempat mereka bertiga menghadiahkan senyuman kepada Tengku Azhar dan Tengku Hasni. Pintu bilik ditutup perlahan.

" Finally I got a chance to see you get married today. I have no more words to say how happy I am, dear." Ujar Tengku Hasni sambil mengusap pipi Sara. Air matanya menitis.

Tersentuh hati Sara waktu itu. Hati yang sayu dan sebak cuba ditangani sebaik mungkin, Tetapi dia gagal. Mata Sara mula berkaca-kaca. Tangan Tengku Hasni yang masih berada dipipinya dipegang.

Dia cuba mengukir senyuman walaupun senyuman itu nampak hambar. Air matanya mula menitis.

Empang yang ditahan akhirnya pecah mengalir ke pipi Tengku Azhar. Dirinya diselubungi rasa sebak. Tengku Azhar memeluk Sara disertai dengan Tengku Hasni.

" Please don't cry... Harris akan jaga Sara macam mana Papa dan Mama jaga Sara. Papa tak kuat bila tengok anak perempuan Papa menangis..."

Jarang sekali Seorang Ayah akan mengalirkan air matanya didepan keluarga, tapi hari ini Seorang bapa bernama Tengku Azhar mengalirkan air matanya di depan Keluarga.

Semasa Majlis akad nikah anak gadisnya, dia cuba untuk menahan diri dari mengalirkan air mata dan Ya, Tengku Azhar berjaya tapi pada malam ini dia tak dapat menahan air matanya dari mengalir.

Anak perempuannya yang ditantang bagai minyak yang penuh kini telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang Isteri.

Seakan baru semalam dia melihat anak gadisnya belajar berjalan tapi kini telah menjadi Seorang Isteri pada usia yang terlalu muda. Berat hatinya mahu melepaskan satu-satunya anak perempuan yang dia miliki. Tapi dia tahu yang Harris akan menjaga Sara dengan sebaiknya.

Sara membalas pelukan kedua Ibu bapanya dengan linangan air mata. Lama mereka berada dalam keadaan sebegitu sebelum bilik pintu dibuka dari luar.

" Urmm... Majlis dah nak start." Ujar Syafiq. Perlahan-lahan pintu ditutup semula. Air mata yang gugur membasahi pipi Syafik Imran diseka perlahan sebelum menuruni tangga.

Ya, dia dengar apa yang mereka katakan. Menipulah kalau dia kata dia tak sedih tapi dia tahu perancangan Allah itu baik.

Air mata Sara diseka perlahan . Beriringi dengan Tengku Azhar dan Tengku Hasni, mereka bertiga menuju ke arah lobby Hotel mewah itu. Kelihatan beberapa orang yang menunggu ketibaanya termasuklah Harris, Danish dan Farra.

|...|...|...|...|...|

" Weh, tu Isteri Kau! " bisik Danish perlahan.

Anak mata Harris terarah pada Sara yang sedang menuruni tangga. Subhanallah! Cantiknya. Mata kelabu miliknya terpaku melihat susuk tubuh itu. Penampilannya lain dari biasa.

" Harris! "

" Hah? " baru dia sedar Sara kini berada dihadapannya. Harris berdeham kecil. Sara ditepinya dikerling. " Nervous? "

Sara angguk laju.

Tanggan Isterinya yang mengigil kecil diletakkan dilengan sasa miliknya. Muka sara berona merah.

" Don't worry, Aku ada."

Mereka hanya mendiamkan diri sementara menunggu pintu dewan dibuka.

[ Tekan lagu Di atas]

" Dipersilakan kedua mempelai untuk masuk ke dalam dewan! " kedengaran Suara Yana dan Iqbal di Mic sebelum Pintu dewan dibuka.

Seiringi langkah kaki diayun memasuki dewan dengan diiringi lagu perfect. Bunyi kamera sana sini dipetik bagi merakam kenangan terindah mereka.

Senyuman manis diberi kepada tetamu-tetamu yang hadir. Makin erat pegangan dilengan Sasa milik Suaminya. Naik berpinar biji mata Sara dek silaun flash kamera yang berebut-rebut menangkap gambar mereka. Senyuman masih kekal di bibir Harris dan Sara.

" You look beautiful..."

Sara menoleh, cepat-cepat Harris melarikan pandangannya ke arah tetamu-tetamu yang hadir.

" T-thanks, Kau pun...." kepalanya ditundukkan sedikit. Malu! Lama pula nak sampai pelaminnya pun. Harris memakai suit berwarna hitam walaupun simple but still handsome!

Perlahan-lahan mereka berdua melabuhkan duduk di atas singahsana yang telah terhias cantik. Farra dan Danish menjadi pengapit mereka berdua, Yana dan Iqbal pula Pengacara Majlis manakala Mia dan Aqil menolong mereka berdua bersiap sebentar tadi.

Iqbal, Danish dan Aqil juga memakai suit yang sama. #Sahabatsejati tiberr.

" Sebelum memulakan Majlis pada hari ini, diminta tetamu-tetamu yang hadir untuk menadahkan tangan bagi bacaan doa..." Ujar Yana sejurus menadahkan tangan diikuti oleh para-para tetamu yang hadir. Doa dibaca oleh Iqbal.

Atas bantuan rakan-rakannya dan keluarga mereka, akhirnya Majlis berjalan dengan lancar. Sana-sini kedengaran riuh-rendah suara tetamu yang hadir memeriahkan Majlis.


To Be Continue

Congrats Harris dan Sara!

Sorry sebab dalam bab ni banyak pakai gambar, enjoy!

1430 Words

Don't forget to vote and comment

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Continue Reading

You'll Also Like

523K 19.7K 33
Herida dalam bahasa spanyol artinya luka. Sama seperti yang dijalani gadis tangguh bernama Kiara Velovi, bukan hanya menghadapi sikap acuh dari kelua...
GEOGRA By Ice

Teen Fiction

2.4M 99.2K 57
Pertemuan yang tidak disengaja karena berniat menolong seorang pemuda yang terjatuh dari motor malah membuat hidup Zeyra menjadi semakin rumit. Berha...
ALZELVIN By Diazepam

Teen Fiction

5.6M 309K 34
"Sekalipun hamil anak gue, lo pikir gue bakal peduli?" Ucapan terakhir sebelum cowok brengsek itu pergi. Gadis sebatang kara itu pun akhirnya berj...
2.5M 137K 62
"Walaupun وَاَخْبَرُوا بِاسْنَيْنِ اَوْبِاَكْثَرَ عَنْ وَاحِدِ Ulama' nahwu mempperbolehkan mubtada' satu mempunyai dua khobar bahkan lebih, Tapi aku...