Princess of Alfa Kingdom

By DemiRoseff

133K 12.1K 1K

Princess Diana, puteri yang dibesarkan sepenuhnya di istana. Semua rakyat mengenalinya tapi hanya mengenali n... More

Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
author
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
author 2
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
author 3
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
author 4 (last)
Thank you
Special Chapter
Special Chapter 2

bab 42

1.6K 172 9
By DemiRoseff

    "Kita pergi dulu rumah Aaron, aku yang suruh dia ikut." Semua mengangguk patut la, mereka tidak menggunakan jalan yang selalu mereka gunakan. Diana pandang rumah Aaron yang gah itu, dia sudah berada di hadapan pagar rumahnya. Diana menyuruh pemandu bukak pintu kereta, dia tidak perlu keluar dia hanya perlu tekan satu suis dan pintu pun terbuka dengan sendirinya. Aaron masuk perut kereta dengan kelam kabut.

    "Tuanku, cuba tuanku cakap apa yang berlaku sebenarnya?" Diana hanya mengeluh dan dia menghulurkan pisto itu kepada Aaron. Aaron terkejut bukan kerana dia tidak pernah nampak pistol cuma dia sudah dapat agak apa yang akan berlaku.

    "Apa sebenarnya yang terjadi tuanku?! Saya tak faham la. Cik Leona?" Leona sendiri pun masih lagi tak faham.

    "Cikgu Marcus."

    "Kenapa dengan cikgu Marcus tuanku?"

    "Dia la punca semua ni." 

    "Maksud tuanku?"

    "Dia lah yang hantar surat. Aku tahu dia ada pelan lain yang mungkin boleh menyebabkan Alfa Kingdom jatuh ditangan Beta Kingdom." Terang Diana.

    "Maksud tuanku, kita mungkin akan ada peperangan?" Aaron telan air liur.

    "Ye. Dah jangan tanya soalan lagi." Aaron mengangguk. Kereta yang dipandu oleh pemandu ini memang sangat laju. Sepatutnya dari rumah Aaron ke asrama Royal of Alfa Kingdom mengambil masa sekurang-kurangnya 40 minit tapi kali ini hanya 20 minit sahaja. Diana pandang ke luar tingkap. Diana, Leona, Leo, Lewis dan Aaron keluar dari kereta bersama pistol di tangan.

    "Okay, kita berpecah. Leo dengan Aaron, Leona dengan Lewis." Arah Diana.

    "Pastu kau?" Soal Leona.

    "Aku sorang. Tak apa aku lagi suka buat sorang-sorang. Leo dengan Aaron kau pergi check semua bilik. Tengok sahaja kalau ada orang tak dalam bilik, kalau tak ada kau tekan benda yang kat telinga kau tu lepastu kau cakap." Leo dan Aaron mengangguk. Mereka semua dapat sesuatu dari Diana, dia seperti earphone wireless tapi hanya connect dengan another earphone sahaja. 

    "Leona dan Lewis, kau check kelas. Kalau tak ada kau buat macam mana aku suruh Leo dan Aaron buat tadi."

    "Okay." Balas Leona. "Jadi kau Diana?" 

    "Aku check kat bawah ni."

    "Okay. Gerak sekarang." Mereka semua pergi tempat yang sudah ditetapkan. Diana berjalan berlahan-lahan, kerana dia menggunakan high heel yang tidak terlalu tinggi membuatkan kasutnya tidak menghasilkan bunyi yang kuat. Tapak kasut Diana itu agak rata dan tapaknya juga menggunakan getah yang anti licin kalau berlari pun tidak menghasilkan bunyi. Tapi itu bukan alasan dia berjalan perlahan. Dia tidak tahu dimana penjahat itu berada sebab itu dia berjalan berhati-hati.

    Diana perasaan ada satu benda yang tidak kena, sekolah itu sunyi sangat seperti tiada orang di dalamnya. Diana berjalan sambil perhati setiap sudut di dalam sekolah dia tersenyum sendiri. Dia tahu ada mata memerhati dia dari belakang. Diana toleh dan menangkap tangan yang cuba menumbuknya dari belakang. Lelaki itu berlawan bersungguh-sungguh sampai berkerut wajahnya bila ditumbuk oleh Diana. Diana kekal tenang sampailah lelaki itu jatuh. Diana mengambil pisau dan kerat lehernya. Menggelupur lelaki itu, Diana hanya tengok sambil tersenyum. Diana lihat lelaki itu pandang dia sambil cuba menarik nafas buat kali terakhir. Diana jalan pergi dari situ.

    "Diana." Diana tekan satu suis di telinganya supaya boleh dia bercakap kembali.

    "Dalam bilik tak ada."

    "Dalam kelas juga tak ada." 

    "Okay." Diana berlari dari situ menuju ke dewan. Diana tidak rasa dia bawa semua pelajar, guru atau kakitangan asrama keluar dari asrama. Tidak cukup masa. Baru pagi tadi Diana check rekod untuk kedatangan cikgu di asrama itu. Diana buka pintu bilik dewan itu perlahan-lahan. Semua mata di dalam dewan itu perhatikan dia sambil berbisik-bisik. Ada juga yang menangis.

    Diana mencari kelibat Adrian, Malique, Juli dan Jasmin. Juli hanya disaman dia masih boleh pergi ke sekolah. Diana sudah nampak, dia kelam kabut berlari untuk buka ikatan tali di tangan Adrian. Diana berdiri betul-betul dihadapan mereka sebelum dia mencangkuk. 

    "Kau buat apa kat sini, Eryna? Nak jadi hero?" Soal Malique sinis. Tangan Diana laju cuba membuka ikatan tali di tangan Adrian.

    "Blah la wey, Eryna! Sampai hati kau saman Juli sebab Juli suka Aaron." Cakap Malique. Diana yang tadi fokus dengan ikatan itu berubah. Dia pandang Malique pula.

    "Apa maksud kau?"

    "Aku tahu la kau rapat dengan kerabat diraja atasan tapi kau bukannya sebahagian daripada mereka. Kau pujuk Princess Diana kan supaya saman Juli. Aku tahu la kau suka Aaron tapi apa  hak kau untuk tidak benarkan hati orang lain suka kat orang yang kau suka. Perempuan yang tidak kenal erti malu. SIAL!"Jerit Malique. Diana kembali fokus membuka ikatan tali di tangan Adrian, akhirnya berjaya. 

    "Terima kasih." Diana buka pula di tangan Jasmin manakala Adrian buka di tangan Malique. Diana sudah faham bagaimana orang jahat itu ikat tali itu jadi agak mudah dia buka ikatan tali itu. Dia pergi pula kat Juli, Juli pandangnya dengan wajah yang bangga.

    "Sedih, bila orang tu tak sedar pangkat dia macam ni la jadinya. Memalukan. Kalau dah princess of Blue State, tak perlu la berlakon macam princess of Alfa Kingdom." Ujar Juli sinis. Diana hanya tersenyum, dia sudah berjaya buka ikatan tali di tangan Juli pula. Kemudian, dia berdiri untuk beredr dari situ. Dia perlu cari cikgu Marcus. Diana langsung tidak menjawabkan tuduhan yang bagi dia memang kelakar. Mereka yang tidak sedar diri. Nampak sangat mereka masih lagi memandang rendah terhadap Blue State. Diana memerhati setiap sudut ruang dalam dewan itu.

    "AHHH SAKIT LA GILA!" 

    Diana pusing ke belakang, dia terkejut bila melihat tangan Aaron diikat dan mukanya penuh dengan darah. Mungkin kerana mereka baharu sahaja lepas menumbuk. 

    "KAU BOLEH DIAM TAK!" Jerit lelaki itu. Dia kemudian pusing ke hadapan dan mendapati Diana sedang menatap wajah lelaki itu. Selama ini orang yang dia nak rapat ialah orang yang nak bunuh dia. "Ehh, hero dah sampai. Hero? Sekejap. Kau perempuan jadi, Heroin la kan?" Cikgu Marcus sepak Aaron ke hadapan dan Aaron jatuh betul-betul di hadapan Diana. Belum sempat Diana ingin menolong Aaron, Leo sudah sampai sebagai penyelamat.

    "What is going on, Leo? I told you, jangan berpisah." Marah Diana. 

    "Ada sesuatu yang berlaku." Lewis tolong Aaron untuk bangun dan mereka cepat-cepat pergi dari situ tapi tidak bagi Diana. Diana hanya memerhati cikgu Marcus yang tenang sambil bibir dibetukkan senyuman. Diana suka dengan ketenangan itu. Sebelum cikgu Marcus mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu. Diana malas nak bergaduh di hadapan khayalak ramai lagi-lagi pelajar asrama itu. Diana tutup matanya memikirkan segala kemungkinan.

    "TUANKU!" Tercelik mata Diana bila mendengar suara itu. Itu kan suara Princess Eryna.

    "Kalau yang ni Princess Eryna, so yang tu siapa?! HAHAHA. Ohh, sekejap aku dah ingat yang tu bukan ke Princess Diana of Alfa Kingdom." Tutur Cikgu Marcus. Diana sudah agak dia akan membongkarkan rahsia teragung Diana itu. Diana terdengar ramai yang menutup mulut mereka kerana terkejut, siapa sahaja yang tidak terkejut bila dapat tahu kawan yang kau hina kerana darjat sebenarnya lebih tinggi pangkatnya dari mereka. Malique dan Juli sudah pandang sesama sendiri. Mereka sudah banyak kali memperlekehkan Diana. Adrian tidak berhenti dari pandang Diana yang berada beberapa meter daripadanya. 

    Diana tersenyum mendengarnya dan mengeluh, kelakar pula melihat melihat seseorang yang cuba jatuhkan kau tapi tahu caranya. 

    "Kau nak apa sebenarnya, Marcus?" Soal Diana. Rambut Princess Eryna dicengkam kuat oleh cikgu Marcus. 

    "Aku nak balas dendam." 

    "Boleh, tapi kau kena lepaskan dulu Eryna." 

    "Baik." Cikgu Marcus menolak Princess Eryna membuatkan badan Princess Eryna terdorong ke hadapan. Diana berlari untuk menangkap badan Princess Eryna. Diana memandang Leona supaya Leona datang ke sini untuk membantunya. Leona kelam kabut berlari membantu Diana. Leona bantu Princess Eryna berdiri dan bawa dia ke pergi dari situ.

    "So, now aku dah lepaskan dia. Aku nak kau terima permintaan aku."

    "I can't promise that. Tapi kalau permintaan kau tu masuk akal aku akan terima."

    "Fine, aku nak buat benda kembar aku pernah buat." Cikgu Marcus tersenyum sinis. Siapa kembar Cikgu Marcus? Mesti nama dia Carcus. 

    "Siapa twin kau?" 

    "Manusia yang kau bunuh 99 tahun yang lepas." Diana tahu apa yang cikgu Marcus cakapkan, peperangan Blue State. Dia mahukan peperangan lagi sekalii, Diana mengelengkan kepala. Kalau benda itu berlaku pelbagai yang mungkin boleh jadi. Macam mana kalau dia kalah? Apa akan jadi dengan rakyatnya, kingdom? Rakyatnya kan sengsara, Beta Kingdom mesti akan jadikan Alfa Kingdom sebahagian daripada kingdom jijik itu. Dia tidak boleh katakan tidak, dia juga tidak boleh katakan ye. 

    "Jadi, boleh, Princess Diana?" Sinis Cikgu Marcus. Hanya satu perkara sahaja yang boleh Diana lakukan. Dia tidak boleh libatkan kawanya, kingdomnya dan juga keluarganya dalam hal ini. Diana mengeluh.

    "Apa kata kau bunuh je aku, Marcus?" Semua terkejut dengan apa yang Diana cakapkan. King Dean pernah cakap kalau dia nak ambil jantung Diana, dia kena ambil hidup-hidup tidak boleh dibunuh dahulu. Ikat mangsa dan belah dia hidup-hidup. Cikgu Marcus sudah agak apa yang Diana ingin cakapkan. 

    "Tak nak." Diana mengeluh. Apa yang patut dia lakukan? "Senang cakap macam ni la, Diana. Apa kata kau setuju je? Senang sikit kerja kau. Tak perlu fikir-fikir lagi. Chio." Diana tidak sempat berkata apa lagi cikgu Marcus dengan orangnya hilang bergitu sahaja. Diana terbeliak memahami apa yang sedang berlaku. Marcus dan orangnya sudah ada kuasa sakti. Kemungkinan besar, semua askarnya ada kuasa sakti. 

    Diana mengeluh memikirkannya. Bila dia cuba ingatkan kembali cebisan memori di peperangan itu, dia sedar Beta Kingdom memang dah ada kuasa sakti sejak dulu tapi kerajaannya tidak. Diana gelisah memikirkan yang Alfa Kingdom boleh kalah dalam peperangan ini. Apa teknik dia lakukan untuk kalahkan Beta Kingdom? Macam mana dia kalahkan? 

    "Diana!" Leona menjerit memanggil Diana. Semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah sudah tidak diikat lagi tangannya dengan tali. "Diana, kau okay tak?" Diana kekal berdiri fikir apa yang patut dia lakukan. 

    "Leona, kau suruh semua orang dalam dewan ni balik rumah masing-masing. Aku nak pergi bilik bawah tanah." Leona mengangguk. Leona menjerit dan cuba menenangkan semua orang dalam dewan itu. Diana jalan keluar dari dewan dan tiba-tiba bahunya disentuh. Dia terkejut.

    "Tuanku, tuanku nak pergi mana?"

    "Kau nak pergi mana, Diana?" Aaron dan Lewis menyoalkan benda yang sama. Diana tahu diaorang tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Leona dan Leo berjalan ke arah Diana, Aaron dan Lewis.

    "Aku nak pergi bilik bawah tanah." Mereka semua ikut Diana turun ke bilik bawah tanah, Diana tidak membantahnya. Lantak la semua orang dalam dewan tu tahu jalan dan tahu selok belok asrama tu. Pandai pandai la dia keluar dari asrama tu sendiri. Diana turun tangga dituruti dengan kawan-kawannya kemudian dia tekan pin di pintu itu.

    "Wah! Cantiknya bilik bawah tanah ni. Aku ingatkan buruk je." Cakap Leona. Diana masuk sahaja dalam bilik itu dia terus cari sejarah peperangan Blue State. Semua pandang dia pelik. Diana mengeluh, tak ada satu pun file tentang peperangan Blue State tu. Dia jatuh terduduk. 

    "Diana, boleh tak kau terangkan apa yang berlaku?" Soal Leona. Dia risau tengok Diana yang nampak sangat gelisah. 

    "Betul tu, tuanku. Apa yang berlaku 99 tahun yang lalu?" 

    "Peperangan Blue State berlaku 99 tahun yang lalu." Semua pelik mendengarnya.

    "Bukan peperangan Blue State tu sudah lebih 100 tahun ke berlaku?" Soal Leo pula.

    "Bukan, sejarawan yang bertanggungjawab mengurus sejarah  itu memutar belitkan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka saja menukarkan sejarah kerana King Albert menyuruh mereka lakukan sebergitu. Semua rakyat pada masa itu diubah memori mereka oleh ahli sihir." Terang Diana. 

    "Maksud kau, Marcus nak buat..?"

    "Ye, Leo! Dia nak buat war! WAR!" Jerit Diana sekuat hatinya. 

    "Tapi, kenapa?"

    "Sebab aku bunuh kembar dia."

    "Siapa kembar dia?"

    "Manusia yang aku paling percaya dahulu sebelum dia dikhianat aku." Diana pernah terfikir siapa manusia yang jerit "TUANKU!". Penat dia berfikir kemudian dia teringat akan wajah manusia yang ingin membunuhnya. Wajah mereka sama, sangat sama. 

    Diana pernah terfikir, adakah dia mempunyai kawan baik masa dia hidup sebagai Princess Diana George dan ternyata dia ada. Seseorang yang digelar Matthew. Pada umur dia 15 tahun ada seseorang guru yang bertugas mengantikan tempat cikgu tetapnya. Dan Matthew ialah orangnya. Seseorang yang baik, lemah lembut dan sangat bersopan santun. Dia menjadi antara manusia yang Diana percaya. Kemudian, Dia terus menjadi guru Diana kerana guru tetapnya hilang entah kemana. 

    Sampailah satu hari, Xavier muncul sebagai pengawal peribadi. Dia menjadi seseorang yang lain. Diana perasan Matthew waktu itu selalu rasuknya supaya jangan dekatkan diri dengan Xavier dan Diana ikut. Sebab itu dia selalu dingin dengan Xavier, tapi siapa lah dia nak berlawan dengan takdir. Diana dapat tahu Matthew membunuh cikgu tetapnya dan tanam mayat itu di tanah kubur. Bijak tidak boleh ditidakkan lagi. Pada mulanya Diana tidak percaya sampailah Matthew cakap sendiri. Matthew hanya lah datang berpura-pura menjadi rapat dengannya, berlakon rupanya. 

    Dan benda yang paling meyedihkan, dia lah manusia yang ingin membunuh Diana di medan peperangan. Seseorang yang mengajar dia erti sabar dan menerima ialah manusia yang ingin membunuhnya. 

    Diana tidak ingat macam mana dia dibunuh tapi Diana dapat rasa sedih, bila kau kena bunuh seseorang yang kau anggap seperti kawan tapi dia rasa sebaliknya. Dia masih lagi dapat rasakan air mata yang jatuh membasahi bumi kerana membunuh  kawan di tengah-tengah medan peperangan. Beribu-ribu saksikan pertumpahan darah itu dan juga air mata yang mengalir kerana rasa sedih yang tak dapat diucapkan lagi. Sedih kerana kehilangan kekasih dan juga kawan. Dan juga sedih kerana tak dapat selamatkan diri sendiri untuk bahagia nanti.

    Siapa sangka kali ini dia akan bertarung dengan kembar kawannya? 

    Siapa sangka yang dia akan kembali bertarung selepas 99 tahun tidak bertarung?

    Dan kali ini dia akan pastikan tiada penyesalan.

    Diana akan pastikan mereka mati kali ini. Diana tersenyum keseorangan memikirkan yang dia langsung tidak ingat semua perkara yang berlaku dahulu tetapi dia boleh merasai perasaan itu. Betul lah, sedih itu mungkin semetara tapi kita masih boleh merasai perasaan itu. 

    Stop expecting loyalty from people who can't even give you honesty

    Those who don't know the value of loyalty can never appreciate the cost of betrayal

    "Korang jom balik istana."

    "Okay, Diana." 

    Mereka pulang ke istana tapi mereka hantar dahulu Aaron di hospital kerana dia perlukan rawatan. Diana masih perlu ke asrama lepas ni kerana dia ada lagi perkara yang perlu dia lakukan. 

    "Tuanku." Bisik Aaron, tak apa mereka dalam bilik yang agak bersembunyi.

    "Apa?"

    "Saya nak bagi satu benda ni."

    "Apa dia?"

    "Dekat sikit." Aaron suruh Diana dekatkan diri dengannya. Entah mecam mana dia hanya ikut. Aaron pegang tangan Diana. Diana terkejut. Aaron memakai satu gelang berwarna merah jambu. Design gelang itu menggunakan nama Diana. Cantik, Diana suka. Dia tersenyum melihatnya, dia pernah ingin membelinya tapi kebanyakkan tempat selalu tempah dahulu.

    Jadi, dia tidak dapat membelinya.

    "Tuanku, suka?" 

   "Suka." Ujar Diana riang. 

   "Baguslah kalau tuanku suka." Aaron mengawal senyumannya bila melihat Diana tidak henti-henti membelek gelang itu.

    "Diana." Dengan tidak ketuk pintunya, Leona terus masuk bilik itu. 

    "Apa?"

    "Jom balik istana." 

   "Okay. Aaron kau stay sini sampai keluarga kau ambik kau faham."

   "Faham."

   "Aku pergi dulu, bye."

  "Bye, tuanku."

_____________________________________

Saya minta maaf sekiranya bab ini tidak seperti yang kamu semua harapkan. Saya harap kamu semua suka la. Saya tidak berapa sihat sejak kemenjak ni jadi idea tu pun agak kurang kerana sikit-sikit fikirkan sakit sahaja. Bab seterusnya bukan persambungan cerita itu tapi ada satu benda yang saya nak katakan.



Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
271K 22.7K 39
Ini bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kis...
1M 54.4K 70
Tak payah bacalah.Cerita ni mengarut .Serius tak tipu. Tapiii buat siapa yang degil,Sis ucapkan : Selamat membaca Vote and comment P/s :typo...