The Bad Boy's Wife | OG

By pnuz_maa

80.1K 3.9K 1K

Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwa... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 08

2.2K 119 12
By pnuz_maa

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."


Harris sekadar menguis makanan yang dibelinya sebentar tadi. Nasi Ayam yang berada diatas meja ditolak ketepi. Entah mengapa tiba-tiba seleranya hilang. Terimbas kembali perbualan dia dan ayahnya pada malam semalam.

" Daddy nak Harris kahwin dengan cucu kawan baik atuk." ujar Tengku Hassan memecahkan kesunyian pada malam itu.

Kahwin?!

Butang mata Harris bila mendengar kata-kata daddy nya. Dia silap dengar atau Tengku Hassan memang memaksudkannya?

" What?!" tiba-tiba tangan Harris menghentak meja kuat, mengejutkan Tengku Hassan dan Tengku Amanda yang turut berada di situ.

Tengku Hanania keluar dari bilik apabila mendengar bunyi hentakan yang kuat. Anak mata kelabu itu memandang kearah ahli keluarganya. " Kenapa ni? "

Tengku Amanda bingkas bangkit dari duduk. Wajah puterinya dipandang lembut. " Tak ada apalah. Hana masuk bilik ya sayang. " Lembut sahaja Tengku Amanda menuturkan kata.

Hana angguk kepala sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia mengeluh perlahan. Haih, bukan dia tak dengar apa yang mereka bincangkan tapi dia malas nak masuk campur.

Buku Sejarah Tingkatan tiganya diambil sebelum dia menyambung bacaanya yang terganggu akibat hentakan meja yang kuat itu.

" Malam esok kita ada dinner dengan keluarga bakal istri kamu. Keputusan Daddy muktamad! " Tengku Hassan dan Tengku Amanda bangkit dari duduknya , meninggalkan Harris seorang diri.

" Nak aku suapkan ke? " Harris tersentak dari lamunan. Satu tumbukan dilepaskan ke perut lelaki yang menegurnya tadi.

" Sakitlah bodoh! " marah lelaki itu. Orang nak gurau pun tak boleh. Danish mengerang kesakitan. Perutnya yang di tumbuk Harris sebentar tadi di usap perlahan.

" Asal ni? " soal Tengku Iqbal Aieman. Pinggan yang berisi Nasi Ayam dan Satu air kotak diletakkan diatas meja. Pandangannya beralih kearah Tengku Iman Danish yang masih mengerang kesakitan.

Harris menjongkitkan bahu. Malas nak layan. Orang tumbuk perlahan je tapi gedik mengalahkan perempuan!

" Kau--"

" Wei! Kau pukul dia tak ajak aku pun!" ujar Tengku Aqil Nazwan yang tiba-tiba muncul.  Tanpa mengendahkan Danish yang masih kesakitan , bahu jejaka itu ditumbuk geram. " Hah! Baru best pukul ramai-ramai."

" Kau nak ni?!" tangan yang dikepal dilayang kedepan mata Aqil.

Tangan Danish yang berada didepannya dibelek sebelum dia melepaskan tanggan rakannya. " Tak nak lah, tanggan aku lagi cantik." ujar Aqil penuh bangga.

Tangan putihnya dicium beberapa kali , saja mahu menaikkan amarah rakannya. Kerusi kosong disebelah Harris ditarik sebelum dia melabuhkan duduk.

Danish memandang Aqil dengan pandangan tidak puas hati. Sakit hati bila tangannya ditolak mentah-mentah. Wei! nak dibandingkan tangan aku dengan dia, tanggan aku lagi putih.

Pecah tawa Iqbal apabila melihat muka benggang rakannya. Danish dan Iqbal melabuhkan duduk didepan Harris dan Aqil.

" Kau asal? " Danish mula menyoal.

Hairan dengan sikap Harris yang tiba-tiba menjadi Seorang yang pendiam. Suara pekikan Harris dan Sara juga tak didengari dan bukan mereka tidak perasan bila Harris dan Sara terserempak pasti mereka akan mengelak.

Harris diam seribu bahasa. Fikirannya serabut bila memikirkan tentang apa yang Tengku Hassan katakan. Tanpa sedar Harris mengeluh perlahan.

Keluhannya menarik perhatian Danish, Aqil dan Iqbal yang turut berada disitu.

" Kau ni dari dalam kelas mengeluh, sini mengeluh, sana mengeluh. Asal? terfikir nak kahwin ke? " Danish dan Aqil tertawa mendengar lawak hambar rakannya. Termati gelak tawa mereka bila Harris bersuara.

" Daddy aku paksa aku kahwin. "

|...|...|...|...|...|

" What?! " Mia terbangun dari duduk. Tidak diendahkan dengan berpasang-pasang mata yang memerhati dirinya yang menjerit bagai orang gila. Anak mata berwarna hazel itu ditatap dengan penuh terkejut.

Farra dan Yana turut berpandangan sesama sendiri. Mereka juga terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir Sara.

Farra yang perasan akan beberapa mata pelajar yang masih tertumpu pada mereka, segera dia menarik lengan Mia yang masih berdiri ditepinya. " Duduk! "

Mia hanya menurut.

" Sara? " Panggil Yana lembut. Tangan Sara dipegang lembut.

Sara tersentak apabila bahunya ditepuk. Dia mendongak, wajah rakan-rakannya dipandang.

" Kau setuju? "

Lidah Sara mengelu keras. Hilang suaranya untuk berkata-kata. Soalan Farra dibiarkan tidak berbalas. Dia sendiri pun keliru, mahu setuju ataupun tidak. Semua yang berlaku ini terlalu awal baginya. Tapi apakan daya, Sara tidak sanggup untuk mengecewakan Papa dan Mamanya.

" Entah." jawabnya perlahan. Akhirnya mereka diam tak terkata.

Menyedari akan kebisuan rakan-rakannya, Yana mula bersuara. " Jom masuk pertandingan menyanyi? "

" Aku nak join! "

Yana tersenyum. Wajah Farra dan Sara dipandang menunggu kata putus dari mereka berdua. Farra menganguk sahaja.

Makin lebar senyuman yang diukir oleh Yana. Wajah Sara ditepinya dipandang.

" Aku okey je kalau korang nak masuk pertandingan tu." apabila difikirkan kembali, apasalahnya kalau mereka berempat mencuba perkara baru. Lagipun tahun ini tahun terakhir mereka di sekolah ini. Apasalahnya mencuba , kan?

" Nice!"

Akhirnya terpecah tawa mereka berempat. Terhibur dengan sikap masing - masing.

|...|...|...|...|...|

Sepasang kaki berhenti dihadapan Sara yang masih termenung, tiba-tiba Sara terdengar suara orang berdeham dihadapannya. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala. Wajah Harris memenuhi ruang mata.

" Dah nak balik ke? " soal Harris sebelum melabuhkan duduk diatas bangku panjang bersebelahan dengan Sara. Dia mengesot sedikit ketepi meninggalkan beberapa ruang ditengah mereka.

Sara menganguk kecil. Mereka hanya mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing.

" Aku..."

" Aku..."

Buat seketika , mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum Sara cepat - cepat mengalihkan pandangannya.

Harris diam. Dia memandang Sara dengan pandangan tidak mengerti. Perlahan-lahan Sara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cuba buang jauh - jauh perasaan yang mula bertenggek di ranting jiwa.

" Kau ni cantik juga , macam Erika."

Memerah pipi Sara apabila mendengar bait kata dari Harris. Wajah itu dipandang sebelum keningnya berkerut hairan.

" Siapa Erika?"

Eh eh itu soalan ke cemburu?

" Anjing jiran aku."

Pecah tawa Harris. Wajah bengang gadis di tepinya dipandang sambil bibirnya melorek senyum.

" Kau ni memang bab--"

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta membuat Harris kembali ke alam nyata. Segera dia mengalihkan pandangan. Dia berdeham kecil.

" Dah lah kau." tutur Sara sebelum bangkit dari duduknya.

" Aku gurau lah Sara.."

Sara guling mata ke atas. Kakinya hanya melangkah ke arah kereta Syafiq Imran. Tanpa sedar , bibir itu mengukir senyum kecil. " Tak nak dengar. Bye , assalamualaikum."

Langkah Sara dihantar sehingga gadis itu hilang di balik pintu kereta. Pipinya yang memerah di usap perlahan.

Gadis itu..

Cantik.

" Waalaikummusalam."

|...|...|...|...|...|

Tengku Sara Irdina

Minyak wangi disembur ke badan. Dress berwarna Hitam di atas katil disarung ke badan langsingnya. Rambut panjang miliknya disikat rapi sebelum dibirakan melepasi bahu.

Sara mengeluh perlahan. Hatinya berdebar. Dia masih keliru dengan keputusannya, mahu setuju ataupun tidak. Telefon diatas meja diambil sebelum dia bergerak menuruni tangga.

" Along! " Panggil Sara sebaik sahaja kelibat Alongnya di ruang tamu kelihatan. Segera dia menarik lenggan Syafiq. " Diaorang dah sampai ke? "

Syafik mengurut dada. Terkejut dengan sergahan secara tiba-tiba. Mati-mati dia ingat dia kena culik sebab dia handsome sangat. #DonePerasan "Belum."

Sara menghebus nafas lega. Dia berpaling ke sisi sekilas sebelum berkalih semula ke hadapan. " Along macam mana ni?" lengan Syafiq Imran digoncang beberapa kali.

" Macam tu lah." balas Syafiq ringkas.

Sara mendengus geram. Lengan abang sulungnya digoncang perlahan. " Along..."

Loceng rumah mereka bergema menandakan ada tetamu di luar banglo milik Tengku Azhar. Butang anak mata berwarna hazel itu.

Syafiq yang perasan wajah adiknya berubah lagi giat dia menyakat. Berlari - lari anak jejaka itu menuju ke pintu utama Banglo Tengku Azhar. Dia tersenyum mengejek sebelum membuka pintu.

" Alon--" tak sempat menghabiskan ayat, Sara sudah ditarik oleh Tengku Hasni menuju ke pintu utama.

Sebaik saja mereka tiba , matanya disapa figura empat orang yang tidak dikenalinya. Seorang lelaki yang tidak dapat dia lihat wajah lelaki itu , seorang gadis belasan tahun dan sepasang suami isteri.

" Waalaikumussalam." jawab Tengku Azhar. lama mereka berpeluk kerana sudah lama mereka tidak bertemu.

Tengku Azhar menjemput mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah. Anak mata Sara mengerling sekilas kearah lelaki yang berada di belakang sepasang suami isteri itu.

Tengku Hassan berdeham perlahan. Jelas terdengar keluhan dari jejaka itu sebelum telefon jejaka itu dimasukkan kedalam poket seluar. Tangan segera dihulur untuk berjabat.

" Here my son, Tengku Harris Iskandar and your future husband dear." kata Tengku Hassan sambil matanya memandang Sara. Bibir lelaki tua itu mengukir senyum manis buat bakal menantunya.

Sara dan Harris memandang satu sama lain.

Sara terbeliak.

Harris terganga.

" What?! "

" What?! "

Serentak kedua suara itu memecahkan kesunyian banglo Tengku Azhar.


To Be Continue


1350 Words

Ada yang saya tambah

Don't forget to vote and comment

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞

Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW







Continue Reading

You'll Also Like

6.8M 286K 59
On Going [Revisi] Argala yang di jebak oleh musuhnya. Di sebuah bar ia di datangi oleh seorang pelayan yang membawakan sebuah minuman, di keadaan ya...
5.5M 396K 55
โ—Part terbaru akan muncul kalau kalian sudah follow โ— Hazel Auristela, perempuan cantik yang hobi membuat kue. Dia punya impian ingin memiliki toko k...
852K 64.5K 31
ace, bocah imut yang kehadirannya disembunyikan oleh kedua orangtuanya hingga keluarga besarnya pun tidak mengetahui bahwa mereka memiliki cucu, adik...
1.4M 102K 44
Aneta Almeera. Seorang penulis novel terkenal yang harus kehilangan nyawanya karena tertembak oleh polisi yang salah sasaran. Bagaimana jika jiwanya...