Princess of Alfa Kingdom

Galing kay DemiRoseff

133K 12.1K 1K

Princess Diana, puteri yang dibesarkan sepenuhnya di istana. Semua rakyat mengenalinya tapi hanya mengenali n... Higit pa

Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
author
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
author 2
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 42
author 3
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
author 4 (last)
Thank you
Special Chapter
Special Chapter 2

bab 41

1.8K 172 12
Galing kay DemiRoseff

    "Tuanku." Dia panggil aku dengan nada yang amat lembut sekali. Alahai, lemahnya jantung.

    "Nak apa?" Balas aku dingin. Aku kena kekal dalam character aku. Kalau tak nanti senang la dia tahu kelemahan aku.

    "Tak ada apa-apa. Kenapa tuanku sikit serious je?" Dia duduk di kerusi di hadapanku dan memandang aku sambil tersenyum. Habis aku hilang fokus bila dia senyum bergitu, dah lah senyuman dia tu yang membuatkan aku jatuh cinta.

    "Kena serious, aku kan jaga beberapa state kat kingdom ni. Kalau aku buat salah nanti, habislah state tu." Dia hanya mengangguk faham.

    "Tapi tuanku, saya bosan la. Jom, kita pergi makan!" Ujar dia bahagia. Aku pandang dia dan dia terus tersenyum bila dia melihat aku memerhati dia. Aku tersenyum bila dia senyum kat aku.

    "Kerja kau memang makan je. Cuma la tolong aku, tolong aku kirakan berapa jumlah wang dah keluar bulan ni kan bagus. Ni makan sahaja." Dia memuncungkan bibir tanda protes dengan idea itu.

    "Tak nak! Saya mana reti buat semua tu."

    "Kalau macam tu, kau pergi la makan dulu. Aku kena siapkan dulu benda ni."

    "Tak nak!" Dia mengeleng kepalanya banyak kali sambil buat muka comel. Kadang-kadang aku sendiri pun tak tahu perangai dia yang mana satu, kadang-kadang dingin kalau tengok sekali pun dah seram. Kadang-kadang comel sampaikan aku yang heartless ni pun boleh cair.

    "Kalau macam tu, duduk situ dulu. Aku dah dekat nak siap dah ni." Aku pandang kerusi sofa yang berada disebelah kirinya. 

    "Boleh tapi saya nak kiss dulu." Aku terpana. Sejak bila pulak mamat ni perangai macam ni.

    "Tak boleh, pergi sana. Nanti-nanti baru aku bagi."

    "Ala, baiklah." Dia berdiri dan berjalan ke arah sofa itu. 

    Aku terleka dengan kerja aku dalam beberapa puluh minit, aku sibuk berfikir dengan apa yang patut aku lakukan untuk tolong perniagaan Mi Company. Aku mengeluh dan sandarkan badan aku ke kerusi. Baru la aku perasaan aku terlupa untuk makan tengah hari dengan dia. 

    "Xavier, jom makan." Tuturku tapi perbualan aku tidak disambut. Aku jalan ke arah sofa yang di duduki oleh kekasihku itu. Aku tersenyum, dia tertidur rupanya. Aku ingin mengecutkan dia tapi entah lah aku rasa aku ingin melihat wajahnya dahulu. 

    Aku duduk di atas lantai sambil badan menghadap dia yang tengah baring di atas sofa. Mukanya bersih tiada langsung jerawat,  bagilah tips. Aku bermain dengan rambutnya, lembut dan harum. Aku terbuai dengan haruman rambutnya sampaikan aku tidak sedar ada mata memerhati aku sambil tersenyum.

    "Tuanku, tuanku buat apa tu?" 

    "AHH!" Aku memegang jantungku yang berdegup kencang selepas terkejut tadi. Aku pandang dia tajam tapi dia kekal dengan senyumannya.

    "Tuanku, kenapa tuanku tak kejut saya?" Dia kemudian duduk sambil mengosok matanya. Aku tidak tahu kenapa aku tenggelam dalam suaranya. Aku tersenyum sendiri. Betullah apa orang kata, kalau kita sukakan seseorang itu dia punya keburukan pun akan jadi kesukaan kita. Masalahnya, apa keburukan dia ni, macam tak ada sahaja.

    "Mana ada, aku dah kejutkan kau tau. Kau tu je yang tak bangun. Dah la jom pergi makan." Aku berdiri sambil menarik tangannya agar dia bangun. Dia berdiri, aku tengok rambutnya yang agak serabai itu. Aku betul-betulkan sedikit, aku tahu dia terkesima sekejap dengan apa yang aku lakukan.

    "Baru la kacak. Jom." 

   "Jom!"

   Diana celikkan mata selepas jam loceng berdering. Mimpi yang indah disertai dengan memori yang memedihkan. Kenapa dia selalu memikirkan tentang dia? Lupakan sahaja dia Diana, dia sudah tiada dalam bumi ini. Baik dia move on dan cari orang lain yang lebih layak bersama dengannya. Diana berdiri dari baringannya dan terus merenggangkan otot. Dia mencapai tuala dan segera ke bilik air. Selepas siap membersihkan diri, dia mencari pakaian yang dia ingin pakai pada hari yang lain baginya. 

    Dua hari yang lepas, selepas dia dapat tahu tentang dirinya yang sebenar, dia rasa sangat bahagia seperti dia lebih suka dirinya yang dulu dari yang sekarang walaupun dirinya yang dulu dan sekarang tiada beza. Dia hanya menyarungkan pakaian formal dia di istana. Dress labuh berwarna hitam dan coraknya bunga-bunga kecil berwarna putih dan merah jambu. Rambutnya diikat ekor kuda dan dia mengambil rantai yang berwarna silver itu dan memakainya. Ringkas sahaja.

    Dia keluar dari biliknya dan jalan menuju ke bilik makan. Dia dapat tahu bilik larangan itu sebenarnya mempunyai pintu lain daripada yang lain. Kerana pintu itu hanya boleh dibuka dari dalam, pintu itu tidak pernah dikunci cuma memang macam itu cara ingin buka pintu itu dari luar. Menggunakan kunci.

    Diana sudah sampai di hadapan pintu bilik makan  pengawal itu pula jalankan tanggungjawabnya untuk membuka pintu itu. Diana masuk ke dalam bilik itu dan duduk di tempatnya. Walaupun Diana sudah tahu tentang kebenaran tentang dirinya, dia masih memanggil King Dean dan Queen Dona, ayahda dan bonda. Mungkin sudah terbiasa. Dayang itu meletakkan makanan di dalam pinggan Diana dan Diana terus menyuapkan makanan itu di dalam mulut. 

    "Diana." Panggil Lewis.

    "Apa?"

    "Lepas ni jumpa kitaorang kat tempat biasa."

    "Okay." Semua kembali menjamu selera seperti biasa. 

    "Di." Panggil King Dean.

    "Ye, ayahda?" Dah kenapa semua panggil namanya.

    "Di, dah fikirkan ke apa yang patut kita lakukan untuk Nevera State?" Soal King Dean. Diana meletakkan kembali sudu dan garfunya kerana dia ingin menjelaskan apa yang patut kita lakukan untuk state itu. Nevera State sekarang mengalami musim panas yang agak teruk. State itu ialah punca utama makanan di Alfa Kingdom. Nevera State selalu mengeluarkan beras, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Jadi susah kalau Nevera State tidak berada dalam keadaan yang baik. Nanti Alfa Kingdom kena beli di Kingdom lain dan menyebabkan kerugian yang besar.

    Diana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah itu kerana kerabat diraja Nevera State agak sibuk keluar kingdom mencari baja.

    "Di fikirkan, kita cari tanah atau pun satu tempat yang luas untuk tanam makananan. Untuk sementara waktu. Kalau kita beli mesin untuk menyiram pokok kemudian besar juga satu kingdom akan kekurangan air dan kita lagi banyak kerugian yang akan berlaku. Jadi, Di dengan team  berfikir kita patut cari tanah yang besar di mana-mana state dan tanam apa yang patut dahulu. Di tahu nak tumbuh itu ambil masa yang agak lama, jadi Di suruh team Di mintak kat ahli sihir di Blue State reka satu air yang boleh membuatkan pokok itu tumbuh dengan cepat tapi dia kekal dengan khasiat yang sama. So, what do you think?" 

    "I love your idea but risiko dia besar tau Di. Apa yang Di nak buat untuk Nevera State? Apa pula yang berlaku kat tanaman di sana?"

    "Yang tu ayahda tidak perlu risau. Di dah suruh team Di juga kira berapa banyak kerugian dekat situ dan kami akan cuba buat sebaik yang boleh. Di masih lagi tidak mempunyai idea untuk selesaikan hal tu. Kami mungkin kena cari dulu apa yang patut kami beli."

    "Baiklah. Ayahda dengan bonda ada hal sikit kat Gold State kalau ada apa-apa cakap kat ayahda tahu."

    "Baik ayahda." King Dean dan Queen Dona bangun dan berjalan keluar dari bilik makan itu. Diana sambung kembali menjamu selera. Mereka kembali senyap. Diana sudah habis makan dan toleh ke sebelah lihat tiga adik-beradik yang tidak henti-henti menjamah makanan atas meja. Kenapalah kawan dia sebergitu? Tapi kawannya tidak pun gemuk malah bentuk badan ideal lagi. Price Damien dan Prince Danish sudah jalan keluar dari bilik makan, mereka ada hal masing-masing.

    "Korang, sudah-sudah la tu makan. Cuma lah kawal sikit nafsu makan tu."

    "Ala, makan je pun." Balas Leona. Diana mencebik, malas dah nak nasihat lepas ni.

    "Dah la aku pergi bilik rahsia dulu. Malas aku nak tunggu korang makan." Diana keluar dari bilik makan itu dan berjalan menuju ke sungai buatan itu. Bukan nak pergi bilik rahsia lagi sebenarnya, saja tipu. Diana lah yang menyuruh orang bawahnya carikan seseorang yang boleh membina sungai buatan. Sungai itu direka khas, Diana lah yang merekanya. Diana duduk di situ, dulu waktu dia terfikir ingin membina sungai itu dia bermimpi ada seseorang meluahkan cintanya di atas air. Dan bangun dari tidur sahaja dia terus ingin membina sungai buatan.  

    Mana la dia tahu memang betul ada yang meluahkan cintanya di atas air. Kalau Xavier masih hidup, adakah dia masih menyanyangi Diana? Sakit putus cinta tidak sesakit cinta yang terbalas tetapi perlu dilepaskan. Diana tahu Xavier sudah tiada tapi hati ini tetap menidakkan seperti tidak mahu menerima takdir. Diana pandang bayang-bayangnya, dia tersenyum. Wajah Xavier pun dia tidak ingat. 

    Tenggelam dalam memori yang tidak lengkap membuatkan dia sedar banyak perkara yang dia terlepas kerana tidur dalam jangka masa yang panjang. Hidup selama 117 tahun tapi 84 tahun dibuangkan masa dengan tidur. Life is something we wish we can control but we can't. We don't even can predict our future even though one second after. Diana belajar satu perkara sepanjang hidup ini, kita tidak boleh berserah dengan sesuatu yang kita tidak perlu mengalah kerana hidup ini penuh dengan perkataan putus asa dan kepenatan. 

    Diana berdiri dari situ dan berjalan menuju ke bilik rahsia. "Ada apa korang minta jumpa aku kat sini?"

    "Aku dah tahu siapa yang buang sampul surat tu." Tutur Lewis.

    "Finally, siapa?"

    "Cikgu Rachel." Diana mengerut kening. Rachel? 

    "Tapi cikgu Rachel mana ada keturunan noble tak silap aku." Ujar Leona.

    "Itu lah masalahnya. Macam mana dia boleh beli sampul surat tu dan buang. Dia pakai pun tidak. Orang bawah aku cakap dalam rakaman cctv tu dia kelam kabut buang sampul surat tu dan dalam beberapa minit sebelum Diana perasan ada sampul surat tu dalam tong sampah tu dia cepat-cepat masuk dalam bilik guru. Bila Diana nampak sampul surat tu, dia keluar dari bilik guru dan pura-pura marah korang." 

    "Dia macam tak nak ada sesiapa syak dia lah yang buang sampul surat tu dalam tong sampah." Tutur Diana.

    "Exactly." Lewis petik jari menandakan dia setuju dengan apa yang Diana cakapkan.

    "Lewis, aku nak kau cari latar belakang suami dia."

    "Suami siapa, Diana?" Soal Leo. Dia pulak yang tidak faham.

    "Suami cikgu Rachel la takkan suami kau." Balas Leona.

    "EHH, aku lelaki tau buat apa aku nak ada suami." 

    "Mana tahu kau ni tak ada girlfriend je dari dulu, aku ingatkan gay." Balas Leona bersahaja.

    "Dah tak perlu gaduh." Diana ingin berhentikan pergaduhan itu dari jadi lebih teruk. Diana pandang Lewis yang seperti dia sedang berfikirkan sesuatu.

    "Tapi kan Diana, aku baru terfikir aku tak pernah tahu dia berkhawin. Dia berkhawin dengan siapa agaknya." Lewis duduk di atas kerusi sambil memeluk tubuh.

    "Tu la aku pelik, aku pernah selamatkan anak dia dulu daripada pembuli. Terkejut juga aku bila aku dapat tahu yang dia ada anak. Dia macam simpan rahsia siapa yang dia sudah berkhawin."

    "Tak apa, Diana. Lepas ni aku check."

    "So, kita dah tak ada apa-apa kan nak bincang." Diana soal Leo dan Lewis. Mereka berdua menggelengkan kepala. "So we're done here."

    "Aku ada satu soalan."

    "Apa dia, Leona?" Soal Lewis.

    "Diana, kau ingat lagi tak last sekali surat yang kita dapat?" Diana berfikir sejenak sebelum dia membulatkan mata. Dia pandang Leona dan menggelengkan kepala.

    "Surat yang terakhir kita dapat dia ada tulis 117 tapi dia sembunyikan 117 tu. Dia tulis nombor tu kemudian dia padam. 117 tu bukan ke umur kau Diana?" Soal Leona. Diana terdiam. 

    "Macam mana kalau sebenarnya dia kenal kau dari dulu?" Soal Leona lagi.

    "Kalau dia kenal diri aku yang dulu, dia mesti bencikan aku dari dulu. Aku rasa dia mesti ada kena mengena dengan peperangan Blue State. 117 tu umur aku dan 117 itu jugak menujukkan 7 hari Blue State dijajah dan 11 menujukkan sebelas pucuk surat yang dia sudah bagi. Aku rasa dia masih lagi berdendam dengan aku sebab aku tewaskan Beta Kingdom. Macam tu?" 

    "Boleh jugak jadi." Leona juga fikir benda yang sama. Mesti ada sebab dia lakukan sebergitu. 

    "Damn. This is more serious than I thought will be." Ujar Leo.

    "Macam mana kalau dia nak wujudkan perang kali kedua, Diana? Macam mana kalau dia sudah siap sediakan askar untuk serang Alfa Kingdm?" Diana menelan air liur, dia juga fikir bergitu. Leo dan Lewis mengurut kepalanya dan mengeluh.

    "Kalau betul la dia nak buat macam tu kita perlu lakukan sesuatu."

    "Nak buat apa, Leo?"

    "Lawan balik, Diana."

    "Masalahnya, Beta Kingdom terkenal dengan kehebatan tenteranya sejak dari dulu lagi."

    "Tapi kau pernah kalahkan diaorang kan Diana." Diana pandang Leo yang sedang tekun memerhati Diana yang sudah gelabah memikirkan apa yang patut dia lakukan.

    "Tapi aku tak ingat caranya." Leo mengeluh. Kalau betul macam tu, habislah mereka. Mereka kena bersedia untuk berperang pula. 

   "Sekarang ni, kita rehatkan dulu otak. Fikir elok-elok." Lewis pun takut juga tapi suasana agak tegang dia kena lakukan sesuatu.

    "Betul apa yang Lewis cakap tu. Kita balik bilik dulu dan fikirkan cara dia kemudian." Leona keluar dari bilik itu, macam nak pitam dibuatnya. Diana, Leo dan Lewis turut keluar dari bilik itu. Diana, Leona, Leo dan Lewis sudah berjanji tidak akan beritahu Aaron dahulu pasal hal ini. Biar dia yang settle kan bila semua dah kembali pada normal barulah dia ceritakan kat Aaron.

    Diana jalan menuju ke biliknya, dia perlu memikirkan sesuatu cara. Diana masuk ke dalam biliknya dan terus masuk ke dalam bilik. Dia memang  bergitu, dia perlu tenangkan fikiran untuk berfikir. Dia penuhkan bath tab nya dengan air dan dia masuk ke dalam. Dia perlu  tenang dalam segi fisikal dan mental.

    "Apa yang patut aku lakukan?" Satu kebiasaan bagi Diana, dia akan bercakap seorang bila dia fikirkan tentang sesuatu yang serious.

   "What should I do? Macam mana aku nak ingat muka orang yang nak bunuh aku tu?" Diana tenggelamkan dirinya cuma rambut sahaja yang diikat bun tidak termasuk dalam air. 

    "Tuanku!" 

    "Ahhhh!" Diana keluarkan wajahnya dari air tersebut. Muka tu! Muka tu! Diana capai bath towel miliknya dan terus keluar dari bilik air. Dia mencapai baju yang elok untuk dipakai. Kelam kabut dia bila dia teringat akan wajah itu. Wajah itu mungkin penyebab semua ini berlaku. Diana mencapai dahulu telefon miliknya dan menghubungi Leona.

    "Leona!"

    "Ye?" Leona seperti baru sahaja bangun tidur.

    "Panggil Leo dan Lewis. kita pergi asrama Royal of Alfa Kingdom."

    "Kenapa?!" Leona terus segar dan sudah pergi ke bilik pakaiannya.

    "Aku dah teringat wajah orang jahat tu. Cepat! Call kan sekali driver." Panggilan itu dimatikan. Patutkah Diana menghubungi Aaron? Dia rasa dia patut. Dia menghubungi Aaron pula.

    "Helo."

    "Aaron aku nak kau bersiap dalam 10 minit nanti aku ambil kau."

    "Tapi ke..."Panggilan dimatikan. Diana tak suka soalan. Dia sudah siap menyarungkan pakaian yang senang untuk dia berlawan nanti. Diana keluar dari biliknya dan terus jalan keluar dari istana. Dia mengikat rambutnya tinggi. Dia jug perlu mengambil pistol berserta peluru yang banyak.

    "Pengawal!" Diana menjerit panggil pengawal yang berada di hadapan pintu bilik pertahanan.

    "Aku nak lima pistol berserta dengan peluru. Pastu, bawakan ke kereta."

    "Baik tuanku." Dia masuk ke dalam bilik itu dan dia keluar bersama senjata yang Diana inginkan. Diana mengangguk dan jalan diikuti dengan pengawal itu. Diana berjalan pantas, dia sudah berfikir pelbagai kemungkinan. Dia sudah berada di hadapan kereta miliknya, Leo, Lewis dan Leona juga sudah berada di dalam kereta. Mereka terkejut bila melihat Diana menyuruh pengawal letakkan senjata bukan di bonet tapi di tangan masing-masing. 

    Diana masuk ke dalam perut kereta dan kereta bergerak dari istana Alfa Kingdom itu. 

    "Diana, cuma kau explain apa yang tengah berlaku ni?!" Jerit Leo.

    "Kita akan pergi berperang." Leo tersentak.

    "Kau kata kau dah ingatkan wajah dia. So tell me. Who?" Soal Leona.

    "Cikgu Marcus." Leona tersentak.

    "WTF!" 

    

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

1.1M 52.9K 50
Puteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seo...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
320K 13.2K 48
Sebaik sahaja 8 orang wanita memasuki Sekolah Kebangsaan Diraja Malaysia,mereka menjadi sahabat baik dan menubuhkan satu grup yang bernama 'Young Lad...
823K 41.3K 50
Nur Hanim Azhan. Seorang gadis tomboy sejak kecil lagi. Cara pemakaian semuanya seperti lelaki. Dia sudah selesa dengan caranya. Dia juga lebih diken...