𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©

By Hanysfrh

72.6K 6.8K 882

Mystery | Romance 𝐀𝐲𝐫𝐚 𝐗 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 "I Accepted Her" ••• AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... More

AYRA X FARHAN
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10💍
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

Bab 21

1.1K 125 9
By Hanysfrh

BILIK yang gelap. samar samar wajahnya dibiasi cahaya komputer. Jemari panjang kurusnya lincah bermain pada papan kekunci. Bilik itu sekadar diterangi dengan tingkap yang memaparkan cahaya malam dibandar dan siling rendah yang hanya terdapat sebiji mentol.

Video hasil tangkapannya dilihat sepintas lalu. Bibirnya mula mengukir jungkit dihujung. Hati mula berasa puas setelah berjaya menggodam sistem CCTV yang dia ingini. Lepasni, boleh apply kerja jadi hacker.

From unknown: Video

Add to pendrive.

Loading buat seketika

dan

complete!

Jam didinding ditilik seketika sebelum kembali meneliti skrin komputer canggih yang memeparkan beberapa kod akses ke satu laman godaman. Setelah lama meniskus diskrin komputer, telefonnya berdering. Mata mengerling pada nama yang tertera.

Dia mengeluh. Mahu tak mahu, ikon hijau diseret dan telefon dilekap ke telinga. Tidak sampai beberapa saat, suara si pemanggil menyapanya.

"How?"

"What?" Buat kesekian kalinya, dia rasa putus asa dengan orang ini. Sudah berapa kali dia menolak tawaran yang dihulur orang ini. Namun, jangan disangka kata 'tidak' itu bakal diterima dengan mudah.

"Process?"

"Non of your business. Told you, aku tak nak ada kena mengena dengan kau. Boleh pergi mampus dengan idea haram kau tu" perlahan dan keras suaranya. Tidak mahu mengejutkan ahli keluarganya yang sedang lena.

"Heh, haram? Tak payah cakap pasal haram. Kau pun, menggodam sistem terkuat negara. Tak nak cakap pasal kesalahan kau pula?"

"Kau tak tau apa apa. Aku sanggup masuk penjara dan diikat jamin dari biar diorang mati" kerusi dipusingkan menghadap tingkap lutsinar besar.

"Wow. Nak jadi hero lah ni?" Penumbuk dikepal sebaik mendengar sinisan tawa si pemanggil.

"Sudahlah"

Belum sempat ikon merah ditekan, suara itu menyeru lagi.

"Aku tak banyak masa. Batalkan semua projek persendirian kau. Aku tak suka nak bunuh orang, tapi kalau kau nak rasa...aku okay je"

Api kemarahan memuncak tinggi. Biarkan apa yang jadi, dia tak boleh mati selagi 'perkara' belum selesai.

"Aku dengar kau dah kahwin?" Serta merta jiwa terasa direntap. Lama merahsiakan hal itu, bagaimana pula boleh terbongkar? Siapa yang berani menconteng arang dimukanya?

"Sial! Jangan dekat dengan famili aku. Selangkah kau kedepan, berlari aku kerjakan kau!" Punggung diangkat berdiri. Meja dihentak kuat, bahang naik ke muka. Merah tangannya hingga terasa kuku yang mencengkam kulit. Dengusan kasar dilepaskan.

"Hentikan projek tu! Ini antara aku dengan perempuan tu. Duduk diam diam, dekat tempat kau" talian dimatikan. Nafas mula tidak teratur. Rambut dikuak kebelakang. Bahang dimuka mulai jelas akibat merah menahan amarah.

"Abang?"

•••

Tit! Tit! Tit!

Mata dibuka perlahan. Sinaran matahari yang masuk mencucuk cucuk mata. Tangan keluar dari selimut meraba raba disebelahnya. Kosong. Kepala diangkat mengerling kesebelah. Kelibat isteri yang dicari tiada dipandangan.

"Farhan Khairi. Bangun"

Pulang sahaja dari rumah Puan Hafidah dan Encik Faizal malam semalam, mereka singgah sebentar dirumah Puan Marina dan rumah lama keluarganya untuk mengambil sisa baju dan barangan penting yang mungkin ketinggalan di sana. Sesampai saja dirumah baru mereka, masing masing sudah tidak nampak apa apa selain katil. Hari pertama tinggal berdua agak mendebarkan bagi Ayra dan agak mencabar dengan adanya Farhan yang tidak henti henti buat 'perangai' dia yang satu itu. Mengusik.

"Alright" keluhan dilepaskan. Kaki dibawa menjejak lantai. Bingkas dari katil dan mencapai tuala baru di dalam almari. Memberi kenyitan mata pada Ayra yang berpeluk tubuh diambang pintu bilik mereka.

Seperti yang dikatakan, nak minta bilik asing dengan Farhan? Memang tidaklah lelaki tu nak kasi.

"Gatal"

"Wink pun kira gatal ke?" Kini Farhan pula berpeluk tubuh menyandar belakang badannya pada pintu tandas.

"Kalau awak yang wink, ya. Definisinya hanya satu iaitu gatal. Nanti turun makan, saya masak cincai aje tau" sempat menitip pesanan kemudian berlalu turun ke pantri yang berada satu tingkat dibawah bilik mereka.

"Baik puan"

Farhan dijeling sekilas. Sebelum betul betul berlalu turun kebawah.

Usai membersihkan diri, tubuh dibawa kehadapan cermin. Kemeja putih dan slack hitam menjadi pilihan. Jam tangan yang terletak kemas didalam laci diambil lalu dikunci di pergelangan tangan. Rambutnya disikat rapi. Tali leher hitam yang tersangkut didalam wardrobe ditenung lama. Satu satunya benda yang dia tak reti pakai dari dulu sampai sekarang.

Manja? Mestilah, dia anak bongsu. Apa apa cari mama. Tapi, sekarang Puan Hafidah tiada. Siapa lagi yang boleh tolong?

"Farhan!" Teriakan nyaring itu menyentakkan lamunannya. Briefcase dicapai, tali leher hitam itu turut direntap lalu disangkut ke bahu. Kaki dibawa turun kebawah mendekati Ayra yang sibuk membancuh air di meja pantri.

"Ye sayang. Saya turun ni" briefcase diletak keatas sofa sebelum kembali melangkah mendekati kitchen island.

"Saya masak ni aje tau. Saya tak tahu awak makan apa pagi pagi, jadi saya hentam aje benda yang saya selalu masak untuk umi dengan kembar" pinggan dihulur kehadapan. Farhan menyambut dengan senyuman.

Matanya dijamu dengan pelbagai juadah pagi yang lazat. Kali terakhir dia makan nasi, bihun dan makanan berat pagi pagi ialah sewaktu dirumah opahnya dua tahun lalu. Selain itu, hanya English breakfast dan roti sahaja menjadi santapan pagi.

"This is more than enough. Terima kasih bidadari saya"

Ayra menayang riak selamba. Kononnya, tidak terkesan dengan ulah manis lelaki itu. Namun jauh disudut hatinya, sudah menggelupur bagai cacing kepanasan di pagi hari.

Ok. Merepek.

"Sama sama" kekok yang dirasakan tika ini. Berdua dengan lelaki 'luar', walaupun sudah halal tetap tidak biasa dirasakan. Tubuhnya kaku sebaik saja duduk berhadapan dengan lelaki itu. Telinga menangkap tawa halus manusia dihadapannya.

"Apa?"

"Makanlah. Awak kena biasakan diri hidup berdua dengan saya" Farhan tersenyum manis. Teh dicicip lalu bangun mencapai briefcase diikuti Ayra yang belum sempat menjamah apa apa.

"Sorry tak boleh lama lama. Saya kena masuk awal, kena bagi briefing bulanan untuk staff pagi ni" usai membasuh tangan, tali leher dihulur pada Ayra yang bersandar pada kabinet singki. Dia tersengih seraya menarik Ayra mendekatinya.

"Tolong pakaikan"

Ayra mengangguk seraya mencapai huluran tali leher itu. Punggung dilabuhkan pada kabinet lalu tangan naik menyarungkan tali leher itu. Simpulan hadapan diperbetulkan dan diperkemaskan. Mata tertancap pada jenama dibelakang tali leher itu.

"Pakai tie pun jenama mahal mahal. Kalah duit biasiswa saya dulu" Ayra menarik muka seraya menepuk perlahan bahu Farhan tanda siap.

"Terima kasih" dagu Ayra diceput manja. Blazer hitam diatas kerusi disarung pada tubuh tegapnya. Kaki dibawa melangkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah .

Terasa dirinya diikuti dari belakang. Terus langkah dihentikan lalu berpaling kebelakang. Ayra memandangnya dengan kerutan didahi.

"Kenapa ikut?"

"Bukan ke...kalau dalam drama isteri kena hantar suami sampai depan pintu?" Ayra tersenyum senget. Farhan ketawa lalu naik satu tangga, mendekati isterinya. Kepala gadis itu ditarik merapat, satu kucupan berlabuh didahi licin itu.

"Tak payah. Pergilah kemas kemas ke, apa ajelah. Apa apa call. Kalau ada org datang intai dulu. Bye, assalamualaikum" Tangan Ayra dicapai lalu dirapatkan pada bibir gadis itu. Nampak terkaku sangat itu. Nasib baik, comel!

"O...okay. Bye" pemergian Farhan dihantar menggunakan hujung mata. Jantung laju mengempam darah manakala nafas dirasakan tersekat dikerongkong.

"I'm done!"

Keluhan dilepaskan. Badan dipusingkan semula, menjauhi tangga. Kini dia merasakan tubuhnya longlai dan hendak jatuh. Barangkali juga, seperti hatinya.

Eh?

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

9.7K 665 48
"Awak ni mesti terpengaruh dengan cerita action kan sampai nak kaitkan benda tu semua dengan realiti, awak perlukan rawatan lah Jibreel" - Hanah Bahi...
122K 5.8K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
73K 2.5K 66
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3K 249 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒕𝒏𝒂, 𝒔𝒊𝒏𝒂𝒓 𝒓𝒐𝒎𝒂𝒏𝒎𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒖𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒂𝒋𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈...