Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

5.8K 630 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25

Chapter 16

108 19 0
By -Akio-Akeichi-

Tiba waktu malam, kelihatannya para penduduk kampung telah berkumpul di sebuah dewan yang terletak di tengah-tengah kampung. Dewan yang dinamakan sebagai Dewan Empat Sekampung merupakan dewan yang dibina untuk melakukan perbincangan penting berkaitan dengan kampung. Dewan besar ini terletak di tengah-tengah yang menghubungkan empat buah kampung yang ada. Oleh kerana itulah dewan ini dinamakan sebagai Dewan Empat Sekampung. Dan pada saat ini, dewan besar ini telah dibanjiri oleh penduduk-penduduk dari empat kampung, termasuk jugalah ketua kampung yang terlibat. Eira dan rakan-rakannya sedang melakukan persediaan bagi mensyuarat tersebut.

Sepuluh minit kemudian~

"Tes, tes!" Ucap Haikal yang memeriksa mikrofon bagi pihak Kemy yang sedang menguruskan masalah teknikal.

"Dah okay dah ni!" Ujar Syahiril yang memberi isyarat bahawa tidak ada sebarang masalah terhadap peralatan teknikal yang sedia ada.

"Baiklah!" Sahut Haikal yang langsung memberikan mikrofon tersebut kepada Tok Ketua.

"Assalammualaikum para penduduk empat sekampung yang hadir pada malam ini, termasuk jawatankuasa besar empat sekampung kita ni!" Ucap Tok Ketua kepada seluruh penduduk yang hadir pada malam itu.

"Waalaikumsalam!" Sahut para penduduk.

"Terima kasih kerana sanggup menghadiri mesyuarat tergempar kita pada malam ini! Walaupun makluman yang diberikan adalah secara mendadak, ditambah pula dengan situasi kita pada saat ini.. tentu sahaja membuat para penduduk semua gelisah! Tetapi, saya selaku ketua kampung kepada salah sebuah kampung ingin membentangkan perkara penting dalam mesyuarat kita pada malam ini! Tujuan mengapa mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi berita gembira kepada semua penduduk kampung bahawa kita berjaya menerima sebuah bantuan yang mampu mengatasi masalah besar yang melanda kampung kita ini!" Jelas Tok Ketua dengan semangat, dan langsung membuat para penduduk menjadi gembira.

"Apa betul kita akan menerima bantuan Awal?" Tanya Ketua Kampung dari Kampung Selasih.

"Benar, Sya'ari! Kita telah menerima penyelamat yang akan menyelamatkan kampung kita dari bencana yang sedang kita alami saat ini! Dan penyelamat kita tidak lain dan tidak bukan adalah pewaris dari Suhaira sendiri!" Jawab Tok Ketua dengan nada senang.

"Pewaris Suhaira?"

"Suhaira ada pewaris?"

"Bila masa Suhaira lantik pewaris??"

Kedengaran dari suara-suara bisikan dari para penduduk kampung yang mempersoalkan kata-kata dari Ketua Kampung Kasturi tersebut. Namun, yang berbisikan hanyalah penduduk kampung dari tiga buah kampung lain sahaja. Hanya penduduk kampung dari Kampung Kasturi sahaja yang tersenyum lega apabila mendengar fakta bahawa pewaris kepada lagenda mereka, iaitu Perantara Suhairalah yang akan menyelamatkan kampung mereka ini. Penduduk Kampung Kasturi sangat mengenal Eira dengan jelas, maka tentu sahaja mereka mengetahui siapa pewaris yang disebutkan oleh ketua kampung mereka itu. Namun, penduduk kampung dari tiga buah kampung lain tidak mengetahui fakta tersebut, ditambah Eira bukanlah penduduk tetap Kampung Kasturi.

"Suhaira ada pewaris, Awal?" Tegur Ketua Kampung dari Kampung Dahlia ditengah-tengah keriuhan yang dibuat oleh para penduduk kampung di sekitar mereka.

"Betul tu! Setahu akulah, Awal! Anak arwah tidak memiliki keistimewaan seperti Suhaira sendiri! Jadi mana datangnya pewaris yang disebut-sebutkan itu?" Sampuk Ketua Kampung Cempaka yang menambahkan lagi keriuhan dari penduduk kampung yang telah mengetahui fakta tersebut.

"Ouh! Memandangkan tiga buah kampung yang lain jarang mendengar nama pewaris kepada Suhaira, tentu sahaja mengundang rasa kebingungan di antara semua! Tetapi bagi kami.. Kampung Kasturi sudah lama mengetahui akan fakta pewaris Suhaira!" Ujar Tok Ketua.

"Assalammualaikum kepada semua penduduk Persatuan Empat Sekampung! Saya cucu kepada Tok Wan Suhaira! Nama saya Eira Syahira!" Celah Eira yang mula mengambil alih ditengah-tengah keriuhan tersebut.

Hening~~~

"Cucu?" Sela salah seorang penduduk kampung yang bersuara setelah suasana menjadi hening disebabkan kemunculan Eira.

"Benar! Saya cucu kepada tok wan! Pewaris yang mewarisi keistimewaan sebagai seorang perantara! Semenjak dari kecil saya berada di bawah bimbingan tok wan! Hanya sahaja saya jarang berada di kampung memandangkan saya bersekolah di bandar kerana menetap bersama ibu dan ayah di sana! Saya kembali hanya setiap akhir tahun di mana cuti sekolah bermula sebelum memasuki semester baru pendidikan!" Jelas Eira dengan sopan.

"Benar! Eira jarang kembali ke kampung! Jadi jarang orang tahu akan identiti Eira sebagai pewaris kepada arwah tok wan! Eira juga berada di dalam latihan sepanjang ia kembali ke kampung! Jadi, tak ramai yang tahu akan kewujudan Eira di Persatuan Empat Sekampung ni!" Sampuk Syahiril.

"Baiklah! Sebenarnya malam ini ada tujuan penting yang ingin disampaikan oleh Eira kepada semua penduduk terhadap isu yang melanda kampung kita ini! Jadi, saya sebagai Ketua Kampung Kasturi akan menyerahkan sepenuhnya kendali mesyuarat pada malam ini kepada Eira dan rakan-rakan!" Ucap Tok Ketua.

"Terima kasih akan sokongan yang diberikan kepada kami, tok ketua! Baiklah! Saya akan membentangkan beberapa perkara penting yang berkait dengan isu panas Empat Sekampung ini, termasuk jugalah apa yang perlu dilakukan oleh seluruh penduduk sepanjang kami melakukan penyiasatan!" Ujar Eira yang langsung mula membentangkan perkara penting yang ia rancang untuk penduduk kampung di sana.

Para penduduk, termasuk empat ketua kampung hanya mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Eira yang disokong oleh Rafia di sebelahnya. Haikal membantu Kemy untuk memastikan bahawa tidak berlaku sebarang masalah teknikal sepanjang Eira membentangkan beberapa usul penting di dalam mesyuarat tersebut. Hadwan dan Fiqah berdiri di luar dewan bagi memantau keselamatan penduduk kampung yang berada di dalam dewan, manakala ahli yang selebihnya sedang mengedarkan sesuatu kepada semua penduduk yang hadir di sana. Eira kekal fokus dengan pembentangan yang ia sampaikan. Pembentangannya berisi ;

Keselamatan penduduk sepanjang penyiasatan berlaku,
Tugas yang perlu dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi dalam menjaga keselamatan penduduk kampung masing-masing,
Hak pemberian akses dalam melakukan penyiasatan kepada setiap kampung jika perlu,
Kerjasama dalam memantau keselamatan anak-anak,
Dan,
Pemasangan pagar, serta pantang-larang yang perlu dijaga ketat sepanjang penyiasatan dijalankan.

"Baiklah! Itu sahaja yang perlu dilakukan oleh penduduk dan jawatankuasa tertinggi bagi setiap kampung! Kami akan memasang pagar bagi setiap penjuru utama kampung iaitu dari Timur, Barat, Selatan, dan Utara! Jadi, penduduk kampung dilarang untuk melintasi pagar yang telah kami pasang hingga selesai penyiasatan ini! Seperti yang saya beritahu! Kes sekolah tahfiz ini melibatkan sumpahan! Jadi, untuk keselamatan penduduk! Saya nasihatkan untuk kekal berada dalam pagar yang telah dipasang! Aktiviti masih boleh dijalankan seperti biasa! Tetapi tolong patuhi setiap syarat yang telah saya sampaikan!" Jelas Eira.

"Benar! Ini untuk keselamatan semua orang! Sepanjang kami mengunci sekolah tahfiz.. para penduduk diminta untuk sentiasa berwaspada! Ini sangat penting dalam menjamin keselamatan semua orang!" Tambah Rafia.

"Baiklah, kami akan lakukan seperti apa yang kamu, anak muda minta!" Sahut Ketua Kampung Dahlia.

"Benar! Jika ini semua membantu dalam menyelesaikan masalah yang dialami pada saat ini.. kami dan seluruh penduduk akan menerima setiap syarat yang ada!" Sokong Ketua Kampung Cempaka.

"Kami dari Kampung Selasih juga tidak memiliki komen dan akan mengikuti setiap syarat dan akan memberikan kerjasama yang diinginkan dari pihak Eira dan rakan-rakan!" Ucap Ketua Kampung Selasih.

"Benar! Kami Setuju!" Sahut Para Penduduk.

"Baguslah! Pihak kami juga akan cuba menyelesaikan masalah yang ada dengan segera! Semoga setiap kesabaran dan usaha yang dilakukan oleh penduduk di sini akan dibalas oleh Allah!" Ucap Eira dengan senyuman lega, begitu juga sahabatnya yang lain.

Setelahnya, mesyuarat pada malam itu berakhir dengan acara penutupan di mana Eira memperkenalkan setiap anggota kumpulan yang akan membantunya dalam penyiasatan ini. Tepat jam 11 malam, para penduduk mula bersurai setelah mengucapkan terima kasih dan berinteraksi dengan setiap anggota penyelamat kampung mereka. Tentu sahaja mereka ingin berterima kasih ditambah para penduduk sudah berada di dalam dilema yang tinggi kerana masalah yang menghantui kampung ini tidak terselesaikan. Kehadiran Eira dan para sahabatnya memberikan cahaya dan harapan bagi para penduduk Empat Sekampung pada saat ini. Inilah yang menyebabkan Eira yang melihat harapan di setiap mata para penduduk mula bersemangat untuk menyelesaikan kes yang ada dengan secepat mungkin.

ooooo

Pada keesokan pagi, kumpulan Eira sudah mula bergerak pagi-pagi menuju ke lokasi masing-masing. Bersama pasangan yang telah ditetapkan, mereka semua berpecah ke arah yang telah ditetapkan bagi memasang pagar. Seperti yang telah dirancang, Eira bersama Fiqah akan menuju ke Timur Kampung Kasturi, Rafia bersama Fatin menuju ke Selatan Kampung Selasih, Harraz bersama Haikal menuju ke Barat Kampung Dahlia, dan Hadwan bersama Syahiril akan menuju ke arah Utara Kampung Cempaka. Kemy pula akan kekal di rumah tok ketua bagi memantau setiap pergerakan ahli kumpulan. Tugas komunikasi, pemantauan, dan keselamatan diserahkan sepenuhnya kepada Kemy.

Di Timur, Kampung Kasturi~

"Hmm.. aku rasa kita berhenti dekat sini sajelaa!" Fikir Eira yang memberhentikan motor yang ditunggangnya.

"Kita dah masuk betul-betul dekat Timurkan?" Tanya Fiqah sambil melihat hutan sekitar mereka.

"Menurut jam tangan yang Kemy buat ni.. memang kita dah ada tepat-tepat di destinasi kita! Tambah pula lepas kita imbas peta lokasi seluruh kampung menggunakan kaca mata ni.. memang dah tepat untuk lokasi Timur!" Jawab Eira yang sibuk melihat fungsi kompas di jam tangannya sambil mengaktifkan gambaran peta visual melalui kaca matanya.

"Kalau macam tu.. kita kena tunggu ahli yang lain balas sahajalah!" Ucap Fiqah.

"Okay!" Sahut Eira.

Lima minit kemudian,

"Kawasan Selatan bercakap! Yang lain dah sampai ke?" Ucap suara Fatin yang muncul dari intercom milik Fiqah dan Eira.

"Kawasan Timur bercakap! Kami dah sampai lima minit yang lalu!" Sahut Fiqah.

"Kawasan Utara juga sudah sampai!" Ujar suara Haikal dibalik intercom.

"Kawasan Barat sedia!" Sahut suara Syahiril pula.

"Bagus! Sekarang kita boleh mulakan operasi memasang pagar! Kemy! Tolong pastikan posisi setiap team sejajar dengan arah dan point yang tepat!" Ujar Eira.

"Posisi setiap team berada di lokasi yang tepat! Jadi takde sebarang masalah!" Lapor Kemy.

"Baiklah! Kita akan mula memasang pagar! Mulakan dengan lafaz al-Fatihah, lalu diikuti dengan Ayatul Kursi 3 kali, Surah tiga Qul iaitu An-Nas, Al-Falaq, dan Al-Ikhlas sebanyak tiga kali untuk tiap-tiap surah! Manakala untuk Syahiril, Senior Haikal, Fiqah, dan Fatin jangan berhenti dari beristigfar dan berdoa agar urusan kita dipermudahkan, begitu juga dengan Kemy! Selebihnya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya pada Allah s.w.t!" Jelas Eira.

"Baik!" Sahut mereka yang lain.

"Mula!" Arah Eira.

Di Selatan, Kampung Selasih~

"Audzubillahi minas-syaitānir-rajim.. Bismillahirrahmanirrahim~ Alhamdulillahi rabbil alamin, Arrahmaanirrahiim, Maaliki yaumiddiin, Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin, Ihdinashirratal mustaqim, Shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin..." Lafaz Rafia.

Di Utara, Kampung Cempaka~

"Bismillahirrahmanirrahim.. Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum.. La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard. Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a~ Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem!!!" Lafaz Hadwan.

Di Barat, Kampung Dahlia~

"Bismillahirrahmanirrahim~ Qul a-'uuzu birabbil falaq. Min syar-rimaa khalaq. Waminn syar-ri ghaa-siqin izaa waqab. Waminn syar-rinn naffaa-tsaati fil 'uqad. Waminn syar-rihaa sidin izaa hasad.." Lafaz Harraz sambil menutup matanya.

Di Timur, Kampung Kasturi~

"Bismillahirrahmanirrahim~ Qul a-'uuzu birabbinn-naas. Malikinn-naas. Ilaa-hinn-naas. Min syar-ril waswaasil khannas. Alla-zii yuwas-wisu fii suduurin naas. Minal jinn-nati wann-naas!" Lafaz Eira sebanyak tiga kali.

"Astagfirullah al-azim! Astagfirullah al-azim! Astagfirullah al-azim!" Lafas Fiqah yang mengiringi lafaz Eira yang menghafaz surah-surah untuk memagar kawasan kampung tersebut.

"Bismillahirrahmanirrahim~ Qul huwallaahu ahad, Allaahus samad, Lam-yalid walam yuulad, Walam yaqul-lahuu ku-fuwan ahad!" Lafaz Eira yang mengulangnya sebanyak tiga kali.

Di Barat, Selatan, Timur, dan Utara! Eira, Harraz, Rafia, dan Hadwan melafazkan setiap surah yang disebutkan oleh Eira sebanyak tiga kali, manakala Fatin, Fiqah, Syahiril, dan Haikal berulang-ulang mengucapkan lafaz istigfar dan berdoa kepada Allah agar segalanya dipermudahkan. Kemy memantau keadaan setiap ahlinya tanpa berhenti dari berdoa terhadap perkara yang sama. Kemy mengekalkan komunikasi antara ahli berjalan dengan baik tanpa berlaku sebarang masalah yang tidak diinginkan. Ia berfokus kepada Eira yang mula menghela nafasnya secara perlahan-lahan, berusaha untuk fokus dan kekal tenang di saat-saat seperti ini. 

(p.s : masa ni intercom mereka semua tak menyala okay! Setiap dialog mereka semuanya sama di lokasi masing-masing! Hanya Akio pisahkan supaya nampak apa yang Eira dan yang lain buat di setiap kawasan mereka! Selebihnya, terserah pada imaginasi para readers yang lain!)

"Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha penyayang!" Ucap Eira.

"Tuhan sekian alam, pemilik seluruh semesta!" Ungkap Rafia.

"Tuhan yang melindungi kami, makluk-Nya dari perbuatan segala kejahatan yang ada di dunia!" Sambung Harraz.

"Aku memohon kepada-Mu! Bantulah dan permudahkanlah urusan kami dalam memagar seluruh persatuan kampung dari sihir, ilmu hitam, makhluk halus, jin kafir, dan segala perbuatan jahat sama ada sedar atau tidak sedar!" Lafaz Hadwan.

"Tidak ada pertolongan yang lebih baik dari-Mu, Ya Allah! Tuhanku! Tuhan manusia! Tuhan seluruh alam! Tuhan yang memberi perlindungan! Tuhan yang memberi keberkatan! Tuhan yang memelihara hamba-Nya! Hanya pada Engkau kami memohon dan hanya pada Engkau kami berserah! Tunduk dan patuh! Bantulah hamba-Mu yang satu ini dalam menyelesaikan segala urusan pada hari ini dan hari sekiannya!" Pinta Eira yang lalu merunduk ke tanah dan menggali tanah tersebut menggunakan tangannya, begitu juga dengan yang lain turut melakukan hal yang sama.

"Pagar yang aku buat pada hari ini Ya Allah! Adalah pagar yang khusus dibuat untuk melindungi para penduduk dari gangguan sihir yang sesungguhnya Engkau laknat! Perkuatkanlah pagar ini! Lindungilah penduduk di sini! Hindarkanlah mereka dari kejahatan sihir yang laknat ini, Ya Allah!" Ungkap Harraz yang menabur garam ke dalam lubang yang ia buat.

"Ku pagar kampung ini, Ya Allah! Ku pagar kampung ini, Ya Allah!" Ucap Rafia dengan bersungguh-sungguh.

"Kuatkanlah pagar ini, Ya Allah! Perkuatkanlah pagar ini, Ya Allah! Perkuatkanlah, Ya Allah!" Pinta Hadwan.

"Perkuatkanlah, Ya Allah!" Sela Syahiril, Haikal, Fatin, dan Fiqah yang memohon dibelakang setiap rakan-rakan yang sedang memperkuat pagar.

"Ayyuha ma'syaral jin.. Iza 'ahada sulaiman an izhabuu watarhalu kullukum min baitina! Ayyuha ma'syaral jin.. Iza 'ahada sulaiman an izhabuu watarhalu kullukum min baitina! Ayyuha ma'syaral jin.. Iza 'ahada sulaiman an izhabuu watarhalu kullukum min baitina!" Lafaz Eira yang menimbus tanah yang diletakkan garam dan limau kasturi di dalamnya itu.

Dengan ayat terakhir yang dilafazkan oleh Eira, Hadwan, Harraz, dan Rafia dengan serentak, mereka menutup bacaannya dengan zikir. Mereka semua berzikir di lokasi masing-masing dan berdoa dengan penuh harapan agar segalanya dipermudahkan urusan. Mereka bertawakal dan menyerahkan segala perlindungan terhadap Tuhan mereka yang satu, iaitu Allah s.w.t. Selesai sahaja mereka mengucapkan lafaz 'Alhamdulillah' sebagai tanda segalanya telah selesai. Eira langsung bangun daripada tanah lalu menatap ke arah Fiqah sambil bernafas lega.

"Alhamdulillah! Selesai sudah kita memagar setiap kawasan!" Ucap Fiqah dengan senyuman lega.

"Macam mana yang lain?" Tanya Eira yang kembali menyalakan intercom miliknya.

"Done!" Sahut Fatin yang memberi laporan.

"Sini juga!" Sahut Haikal dengan semangat.

"Alhamdulillah sini juga selesai!" Jawab Syahiril.

"Alhamdulillah! Syukur kepada Allah! Kalau macam tu.. mari kita berangkat pulang!" Ucap Eira dengan senang hati.

"Okay! Jumpa dekat rumah tok ketua!" Sahut Rafia.

"Bye!" Ucap Haikal.

"Hm!" Gumam Hadwan.

"Jom, Fiqah! Kita kembali sekarang! Ada banyak lagi benda nak dilakukan!" Ajak Eira.

"Okay!" Sahut Fiqah.

Eira langsung menaiki motorsikal yang dibawanya. Ia langsung menunggang motorsikal dengan Fiqah yang duduk dibelakangnya. Mereka kembali ke rumah ketua kampung bersama yang lain. Mujur sahaja mereka mampu meminjam motorsikal tersebut dari penduduk sekitar. Untuk masuk ke dalam hutan tebal seperti ini, mustahil bagi mereka untuk menggunakan kereta, terutama denah hutan terlalu sempit dan berliku-liku. Maka, mereka awal-awal pagi lagi sudah meminjam motor dari penduduk yang sudi membantu mereka. Jadi, kerana itulah urusan mereka dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Di rumah tok ketua,

"Assalammualaikum!" Ucap Eira yang memasuki rumah ketua kampung bersama Fiqah.

"Waalaikumsalam! Good work, Eira! Fiqah!" Jawab Kemy yang sedang berada di hadapan laptopnya bersama Nek Mah yang berada disamping Kemy daripada awal.

"Yang lain mana? Belum sampai lagi ke?" Tanya Fiqah.

"Belum lagi! Dorangkan ke kampung-kampung sebelah! So, tentu ambil masa sikit nak sampai ke sini!" Jawab Kemy.

"Kejap lagi mereka sampailah tu!" Ujar Eira yang langsung mengambil tempat di sudut pintu masuk untuk berehat.

"Kamu berdua nak apa-apa? Biar Nek Mah sediakan!" Tanya Nek Mah yang langsung bangun.

"Cukup air kosong je, Nek Mah! Nak hilangkan dahaga!" Jawab Eira dengan lembut.

"Mana boleh air kosong sahaja! Biar Nek Mah buatkan sesuatu yang sejuk dan manis!" Ucap Nek Mah yang langsung ke dapur.

"Baik! Terima kasih Nek Mah!" Sahut Fiqah.

"Hmm.. kau buat apa tu, Kemy?" Tanya Eira apabila melihat Kemy masih lagi sibuk melakukan sesuatu dengan gadjet miliknya, sedangkan operasi memasang pagar baru sahaja selesai.

"Ouh.. aku tengah collect data-data sampingan tentang kes kita!" Jawab Kemy.

"Data? Data apa tu?" Tanya Fiqah.

"Maklumat peribadi Amirul dan Amiril serta Puan Watie! Ada juga aku cari tentang kes kematian mereka! Memandangkan kes ni dah berlaku empat tahun yang lalu! Sambil-sambil tu.. aku collect berita-berita tentang kes pembunuhan mereka serta kes kehilangan kanak-kanak tu!" Jawab Kemy.

"Hmm.. suspek utama kes tu.. pakcik merekakan?" Teka Eira.

"Yup!" Sahut Kemy.

"Pelik.." Gumam Eira.

"Apa yang kau pelikkan tu, Eira?" Tegur seseorang yang muncul dari balik pintu bersama sekelompok orang.

"Fatin! Bila sampai?" Sahut Eira yang langsung bertanya apabila melihat rakan-rakannya yang lain sudah pulang.

"Kami baru sampai!" Jawab Fatin.

"Assalammualaikum!" Ucap Harraz sebaik sahaja memasuki rumah tersebut.

"W-waalaikumsalam!" Jawab Eira dengan kekok.

"Haha! Senior Harraz sahaja yang beri salam sebaik sahaja masuk rumah! Yang lain hanya tahu masuk macam tu sahaja!" Tawa Kemy dalam nada menyindir.

"Cih! Kitorang cuma terlupa jelaa!" Decih Rafia yang menahan rasa geram apabila mendengar kata-kata sindiran dari Kemy.

"Well~ hanya memperingatkan!" Jawab Kemy dengan santai.

"Haha.. bertenang, bertenang! Senior beri salam sebagai wakil semua orang juga! Tak perlu kamu semua nak bergaduh!" Celah Harraz dengan segera apabila melihat Rafia dan Fatin seolah-olah ingin menerkam Kemy.

"Cih! Nasib baik ada senior! Kalau tidak..." Ujar Rafia yang menatap ke arah Kemy dengan tajam.

"Okay! Sudah-sudahlah tu! Yang dah sampai ni.. boleh terus duduk! Nek Mah tengah buat air untuk kita semua! So, kamu semua berehatlah!" Pelawa Eira.

Mendengar sang ketua mula bersuara, mereka semua tidak mampu untuk membantah kata-kata Eira. Maka, mereka semua memilih untuk menuruti kata-kata sang gadis sebagai tanda mereka menghormati ketua mereka yang satu itu. Eira yang melihat mereka semua menuruti kata-katanya langsung beralih kepada Kemy semula. Kembali ia teringat perkara yang mereka bualkan sebentar tadi, dan ia kembali jatuh ke dalam pemikirannya semula. Reaksinya sungguh serius membuat semua orang menatap sang gadis dengan wajah yang bingung. Namun, itu semua terganggu apabila Nek Mah muncul dari dapur bersama dengan sedulang air untuk mereka semua.

"Ouh, kamu semua dah balik rupanya!" Ucap Nek Mah sebaik sahaja melihat mereka semua.

"Dah, Nek Mah! Baru sahaja!" Jawab Syahiril dengan sopan.

"Tok mana Nek Mah?" Tanya Rafia.

"Tentu sahaja menunaikan tugas yang diberikan kepada dia! So, atok kamu tu dah pergi meronda bersama ketua kampung yang lain untuk memastikan keselamatan para penduduk terjamin!" Jawab Nek Mah sambil menuang air buah yang baru sahaja diperah ke dalam setiap cawan.

"Nampaknya, takde yang perlu dirisaukan untuk keselamatan orang kampung ni!" Gumam Hadwan.

"Betul tu, Abang Hadwan! Kerja kita hanya berfokus pada sekolah tu sahaja lagi!" Sokong Syahiril.

"Wehy, Eira!" Tegur Rafia apabila melihat sang sahabat yang masih dalam posisi berfikir.

"Ada apa?" Sahut Eira yang mengalihkan fokusnya kepada Rafia.

"Apa yang kau fikirkan sampai fokus macam tu sekali, hah?" Tanya Rafia.

"Hm! Takde.. aku cuma musykil satu perkara! Kalaulah.. pakcik Amirul dan Amiril merupakan suspek pembunuhan dalam kes ni.. kenapa perlu ada ritual kesesatan?" Fikir Eira.

"Maksud?" Tanya Fatin dengan wajah yang bingung.

"Well~ kalau mengikut siasatan pihak polis.. pakcik mereka, iaitu Rizky Suhaimi, membunuh kakak ipar dan dua orang anak buahnya kerana ingin mendapatkan hak warisan sekolah tahfiz tu! Akibat dengki dengan warisan yang jatuh pada tangan abangnya.. So, Pakcik Rizky melakukan pembunuhan terhadap kakak ipar dan dua orang anak buahnya! And.. aku rasalahkan.. banyak benda tak logik dalam fakta pembunuhan ni!" Jelas Eira.

"Apa yang tak logiknya tu? Well~ kalau orang betul-betul tamakkan warisan.. mereka boleh lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka nak! Termasuk membunuh!" Ujar Fiqah.

"Hmm.. aku rasa apa yang Eira katakan ada betulnya juga!" Sampuk Haikal.

"Maksud kau?" Tanya Kemy.

"Well~ kes ni memang nampak menyakinkan! Tetapi terlalu banyak kecacatan yang boleh dilihat melalui kes ni!" Jawab Haikal.

"?????"

"First! Adanya ritual kesesatan! Kalaulah tentang harta dan warisan yang Encik Rizky inginkan.. kenapa perlu ada kesan sampingan seperti kes makhluk halus ni? Kenapa effect orang-orang kampung?" Soal Haikal.

"Well~ maybe sebab berlaku masalah pada ritual tu sampai beri effect pada semua orang?" Fikir Fatin yang berpendapat.

"Okay! Apa yang jadi pada Encik Rizky saat ni? Dia sakit ke dekat penjara?" Tanya Haikal.

"Umm.. menurut maklumat yang aku dapat dari pihak polis.. Encik Rizky baik-baik sahaja! Takde sebarang masalah sepanjang ia dipenjara! Hanya sahaja ia sentiasa menangis.. seolah-olah menyesali sesuatu?" Jawab Kemy sambil membaca laporan tentang keadaan Encik Rizky yang ia dapatkan dari jabatan pihak polis.

"Kau boleh akses detail maklumat dia ke?" Tanya Rafia.

"Well~ akukan bahagian dari anggota polis! The hidden agent! So, tentulah aku boleh request maklumat simple macam ni!" Jawab Kemy dengan santai.

"Aku lupa!" Ungkap Rafia sambil menggaru pipinya dengan gaya kekok.

"Sebab tu aku serahkan segala kerja berkaitan data tambahan pada Kemy! Memandangkan dia adalah white hacker yang bekerjasama dengan pihak kerajaan.. Jadi, takde masalah kalau dia yang mengumpul segala maklumat tentang kes-kes di kampung ni!" Ujar Eira sambil melihat beberapa dokumen kes penting yang ia dapatkan dari Kemy.

"Okay! Tadi Kemy kata kalau Encik Rizky baik-baik sahaja di penjara! Tapi.. bukan ke itu aneh?" Celah Haikal yang kembali ke topik perbualan mereka yang asal.

"Kenapa macam tu?" Tanya Syahiril.

"Sepatutnya dia sengsara!" Sampuk Hadwan yang mula membuka suara setelah berdiam diri daripada awal.

"Betul tu! Kalau dia yang memulakan ritual ni semua.. bukan sepatutnya dia ke yang lebih terkena dampaknya kalau ritual ni gagal? Kenapa dia baik-baik sahaja? Mengapa dia perlu rasa bersalah? Dan mengapa kes kehilangan kanak-kanak boleh terjadi? Ini seolah-olah macam ada sesuatu yang tak kena dengan kes ni!" Jelas Haikal yang mengemukakan hipotesis miliknya.

"Dan.. kalau bukan beliau sendiri yang memulakan ritual tersebut.. sepatutnya tidak akan berlaku kes misteri yang berkaitan gangguan makhluk seperti ini! Ditambah lagi.. bagaimana kanak-kanak boleh hilang dan guru disiplin sentiasa menemui ajal mereka?" Fikir Hadwan.

"And kalau betullah sebab harta dan pusaka serta hak sekolah tu.. why bunuh kakak ipar dan anak buah sahaja? Kenapa tak bunuh satu keluarga sekaligus? Sebab nak buat Tuan Suhaiman sengsara? Tapi kenyataannya.. Tuan Suhaiman masih boleh memiliki keluarga baru dan hukum adik dia lalu undang-undang! So why tak bunuh semua? Why?" Sambung Haikal dengan bersungguh-sungguh.

"Hmm.. terlalu banyak kejanggalan yang berlaku!" Gumam Syahiril.

"Saya setuju dengan apa yang Abang Hadwan dan Senior Haikal katakan tu! Jika betullah apa yang Senior Haikal dan Abang Hadwan katakan.. kemungkinan ada sesuatu yang semua orang terlepas pandang! Itulah kenapa aku rasa kes ni sangat aneh!" Sokong Eira yang jatuh dalam pemikirannya.

"Seolah-olah ada dalang yang tersembunyi di balik kegelapan..." Gumam Harraz.

"Exactly! Itulah apa yang aku fikirkan! Seolah-olah ada suspek lain dibelakang semua permasalahan ni!" Tempik Haikal.

"Kalau itu betul-betul terjadi.. mungkin ke.. Encik Rizky Suhaimi adalah mangsa fitnah?" Fikir Rafia dengan sangat serius.

"Mungkin ya atau mungkin tidak! Mungkin Encik Rizky adalah dalang dan mungkin juga dia adalah mangsa! Kita tak boleh pastikan semua ni selagi kita tak dapatkan keterangan yang jelas dari dia!" Ujar Fiqah.

"By the way, Kemy! Apa alibi Encik Rizky semasa ia ditangkap?" Tanya Fatin.

"Dia mengaku kalau dia yang bersalah! Nothing more!" Jawab Kemy dengan wajah lelah.

"..........."

"Haaahhh~ aku sendiri pun tak tahu nak buat apa bila lihat laporan keterangan dari pesalah! Semasa ia ditangkap sahaja.. ia sudah berada di sisi Amirul yang berlumuran darah. Amiril tidak ditemukan keberadaannya. Dan mayat Puan Watie ditemukan tidak jauh dari tempat Encik Rizky dan mayat Amirul berada! Apa yang dilaporkan adalah.. Encik Rizky hanya menangis dan berkata bahawa ini salah dia! Berulang-kali ia mengatakan perkara yang sama dan mengatakan dia patut mati!" Keluh Kemy sambil membaca laporan yang ia dapatkan kepada mereka yang lain.

"Mayat Amiril.. tak ditemukan?" Ujar Eira dengan wajah terkejut.

"Yeah~ dalam laporan ni.. mayat Amiril dilaporkan hilang! Tetapi.. kematian dia sudah disahkan! Aku sendiri pun pelik kenapa benda ni dilaporkan macam tu!" Jawab Kemy dengan wajah yang bingung.

"Pelik! Kalau Amiril dikatakan hilang.. patutnya laporan yang ditulis adalah dia hilang! Bukannya mati!" Fikir Haikal.

"Ouh, itu! Tuan Suhaiman sendiri yang sahkan kematian Amiril!" Sampuk Syahiril.

"Hah? Tuan Suhaiman yang sahkan? Kenapa pulak macam tu?" Tempik Fatin dengan wajah terkejut.

"Tuan Suhaiman kata tak guna mencari lagi! Dia yakin kalau anak keduanya itu sudah mati! Alasan beliau berbuat sedemikian adalah kerana Tuan Suhaiman yakin jika Amirul mati.. maka Amiril juga sudah mati! Mereka berdua adalah kembar tak terpisahkan.. jadi, di mana Amirul berada maka Amiril juga di sana!" Jelas Syahiril.

Mendengar penjelasan Syahiril membuat majoriti yang berada di sana berasa terkejut. Hadwan yang sentiasa memasang wajah tanpa perasaan itu juga tidak lepas dari menampilkan wajah terkejutnya. Sungguh apa yang dikatakan oleh Syahiril membuat ia merasa terkejut. Eira pula jatuh ke dalam pemikirannya. Apa yang ia dengar memang sesuatu yang sangat mengejutkan. Namun, terdapat sesuatu yang mengganggu fikirannya, dan perkara tersebut lebih membuat ia gelisah daripada perkara yang lain. Firasatnya mengatakan bahawa ada sesuatu yang besar akan berlaku, dan rasa gelisah yang ia rasakan sama seperti saat-saat ia menghadapi kes Puan Hidayah dahulu.

"Aku harap.. kes kali ni tak sama dengan Kes Puan Hidayah dulu! Ajaran sesat dan Ritual Kesesatan adalah dua perkara yang sama! Aku takut.. sesuatu yang besar akan berlaku sepanjang siasatan kes ni berjalan! Aku berharap tidak akan ada sesiapa tercedera sepanjang proses penyiasatan ni berlaku!" Batin Eira sambil menatap ke arah suaminya yang sedang berbincang dengan Haikal pada saat ini.

Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 83.9K 37
| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 �...
27.3K 1.7K 11
"We met again. Do you still remember me?"
59.2K 5.6K 39
Kisah ini betul - betul terjadi kepada kawan saya. Berminat untuk tahu kisah ini? Baca setiap chapter dan anda akan tahu apa yang dia nampak!
6 0 2
Kisah seram [OG]