Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

5.8K 630 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25

Chapter 15

111 19 2
By -Akio-Akeichi-

Pada keesokan paginya, Eira dan yang lain sudah berkumpul di bilik mesyuarat sekolah tahfiz tersebut. Mereka kini sedang berhadapan dengan Ustaz Qairul dan seorang paruh baya yang dikenali sebagai pengasas utama sekolah tahfiz tersebut. Tuan Suhaiman! Sesuai dengan nama dan jawatannya sebagai pengasas sekolah, Eira dapat merasakan aura ketegasan dan penuh wibawa dari sosok lelaki dewasa tersebut. Hanya sahaja Tuan Suhaiman memancarkan aura kesedihan dan kelesuan. Wajahnya terlihat tegas, namun sangat pucat. Kantung matanya juga sangat gelap seolah-olah lelaki dewasa dihadapannya ini kurang tidur atau sering menangis. Dan jika dibanding dengan apa yang ia lihat melalui potret Tuan Suhaiman yang tergantung di dinding sebagai pengasas tahfiz, sangat jauh berbeza dengan apa yang ia lihat sekarang. 

Itu kerana di dalam potret, Tuan Suhaiman terlihat segak dengan penampilannya yang kemas, ditambah raut wajah yang tegas tanpa bermisai dan berjanggut. Warna rambutnya masih hitam bersinar, mata hitamnya menunjukkan kewibawaan yang tegas, dan tubuhnya juga sangat kuat kerana seringnya bersukan. Namun, apa yang ia lihat saat ini. Tuan Suhaiman lebih terlihat seperti pengemis tua? Tentu sahaja itu kerana penampilan Tuan Suhaiman yang tidak terurus, dan wajahnya dipenuhi misai dan janggut yang tidak dijaga. Rambutnya juga sudah memanjang tanpa dipotong, dan pucat serta hitamnya kantung matanya membuat Tuan Suhaiman terlihat sangat menakutkan, bahkan tubuhnya juga semakin kurus dari penampilan asli yang ada di dalam potret tersebut.

"Mungkin.. sebab tak sanggup menanggung sedih kerana kehilangan isteri dan dua anak tercinta.. Tuan Suhaiman jadi macam ni!" Batin Eira yang bersimpati akan nasib dari lelaki dewasa yang sedang ia hadapkan saat ini.

Bagi Eira, tentu sahaja ia faham apa itu maksud kehilangan! Dia sendiri sahaja sudah mengalaminya. Perasaan saat kehilangan tok wan tercinta cukup membuat hatinya sakit. Tetapi, apa yang boleh ia lakukan? Itu semua sudah lumrah kehidupan! Ditambah pula, dunia ini hanya tempat persinggahan sementara kerana pada akhirnya semua makhluk akan berhadapan dengan sang Pencipta jua. Jadi, kerana itulah Eira tidak bersedih terlalu lama dan menerima sahaja ujian yang telah diberikan dengan hati yang terbuka. Dan Eira berharap bahawa Tuan Suhaiman juga akan menerima apa yang telah berlaku dan memulakan hidup yang baru walaupun sukar.

"Baiklah! Seperti apa yang sudah dipersetujui dari lembaga pendidikan, Tuan Suhaiman, dan juga pihak sekolah serta wakil ibu bapa.. maka sekolah ini akan ditutup dalam dua hari lagi! Kamu semua boleh jalankan siasatan seperti mana yang telah dibentangkan melalui proposal ini! Dan pihak tahfiz berharap kalau kes ini dapat diselesaikan dalam waktu sebulan! Sebab pihak pendidikan hanya beri tempoh penutupan selama sebulan sahaja!" Ucap Ustaz Qairul.

"Takde masalah! Kami akan berusaha untuk selesaikan kes ni dalam masa yang diberi! Semoga atas keizinan dari Allah, semuanya berjalan dengan lancar!" Sahut Eira.

"Untuk urusan kawasan terlarang akan diserahkan kepada Hadwan! Pihak sekolah percaya akan Hadwan untuk hal ini! Manakala untuk data penting akan diserahkan kepada Syahiril kerana dia memiliki akses sebagai guru di sini!" Ujar Ustaz Qairul.

"Baiklah, ustaz! Serahkan sahaja kepada saya!" Sahut Syahiril.

"Hn!" Gumam Hadwan dengan wajah tanpa sebarang emosi.

"Kalau semuanya sudah selesai, kami akan memulakan kerja-kerja pemasangan peralatan yang dicipta oleh Kemy, disekitar sekolah tahfiz setelah proses penutupan sekolah dilakukan!" Ujar Rafia.

"Baiklah kalau macam tu!" Sahut Ustaz Qairul dan dibalas dengan anggukan kepala sahaja oleh Tuan Suhaiman.

"And bagi untuk tok ketua! Eira nak minta untuk tok adakan sebuah mesyuarat khas persatuan kampung! Ada yang perlu Eira sampaikan kepada semua! Kalau boleh, Eira nak ketua kampung bagi setiap kampung yang ada juga turut hadir dalam mesyuarat ini! Eira perlukan kerjasama semua penduduk dari keempat-empat buah kampung yang ada! Minta juga wakil pihak sekolah untuk turut hadir ke mesyuarat ini!" Ujar Eira sambil memperhatikan Rafia yang sedang fokus mencatat setiap perkara penting yang ia ucapkan.

"Baiklah! Tok akan lakukan seperti yang kamu minta! Tapi.. bila kamu nak semua orang berkumpul?" Jawab Tok Ketua yang lantas bertanya pada masa yang sama.

"Hmm.. kalau boleh malam ni? Sebab kami akan sibuk dengan segala persiapan yang memungkinkan!" Ucap Eira.

"Tak bahaya ke? Lagipun penduduk kampung takut keluar malam!" Tanya Syahiril.

"Baiklah! Akan tok usahakan! Lagipun, penduduk kampung kena berani untuk selesaikan perkara ni! Kalau tidak.. sampai bila-bila pun benda ni tak akan selesai!" Sahut Tok Ketua dengan tegas.

"Terima kasih tok!" Ucap Eira dengan senyuman lembut.

"And untuk wakil sekolah tu.. jangan risau! Saya sendiri yang akan hadir ke mesyuarat ni!" Sampuk Ustaz Qairul.

"Baguslah!" Sahut Eira dengan senang hati.

"So? Ada apa-apa lagi yang kau perlukan ke, Eira?" Tanya Syahiril.

"Hmmm... rasanya tidak ada untuk masa sekarang! Cuma sepanjang tempoh persiapan kita dalam dua hari ini.. setiap team akan jalankan tugas masing-masing! Team Syahiril akan berada di sekolah ni sepanjang tempoh sebelum penutupan sekolah! Korang boleh mula untuk teliti dokumen yang ada memandangkan dokumen-dokumen yang nak diteliti tu banyak! Asingkan perkara penting dan tak penting! Kalau boleh dokumen berkaitan dengan data kehilangan pelajar dan juga kejadian-kejadian kes yang pernah berlaku sepanjang gangguan ini bermula!" Jawab Eira.

"Baiklah!" Sahut Syahiril.

"So, kiranya abang, Syahiril, dan Haikal akan menetap di sekolah inilah, ya?" Tanya Harraz.

"Lebih kurang macam tulah!" Jawab Eira.

"Baiklah, kalau begitu!" Sahut Harraz sambil tersenyum.

"And Abang Hadwan dah tahukan apa tugas abang dan siapa partner abang dalam siasatan ni?" Tanya Eira yang beralih kepada Hadwan.

"Sudah!" Sahut Hadwan dengan singkat.

"Baguslah! So, sepanjang Team Syahiril melakukan siasatan selama dua hari, Fiqah dan Abang Hadwan juga akan berada di sekolah ini untuk memantau kawasan sekitar! Abang Hadwan tolong tunjukkan setiap kawasan sekolah kepada Fiqah. Memandangkan kamu berdua akan bertindak sebagai team keselamatan, maka mengetahui setiap route sekolah ni.. sangat penting untuk tindakan semua team!" Ujar Eira.

"Okay! Aku akan menetap di sekolah ni dengan Abang Hadwan!" Sahut Fiqah dengan santai.

"Hn!" Gumam Hadwan.

"Tolong pimpin saya dengan baik, Abang Hadwan!" Ucap Fiqah dengan sopan.

"Baiklah!" Sahut Hadwan.

"Bagus! So, hanya dua team ni sahaja yang akan berada di sekolah sepanjang dua hari ini untuk lakukan tugas korang! Untuk Rafia, Fatin, dan Kemy! Korang akan bantu aku untuk persediaan peralatan, dan mesyuarat yang akan dilakukan nanti! Kita perlu kumpulkan penduduk kampung secepat mungkin supaya siasatan boleh dilakukan dengan aman dan tidak membahayakan sesiapa!" Tambah Eira.

"Got it!" Sahut Kemy.

"No problem, Eira!" Ucap Fatin.

"Hmm.. kumpulkan orang kampung, eh? Kerja mudah!" Ungkap Rafia dengan santai.

Eira tersenyum apabila melihat mereka yang lain menerima segala arahannya dengan patuh. Permulaan yang sangat baik untuk mereka semua sebelum siasatan dilakukan. Kini, Eira yang bertindak sebagai ketua hanya perlu memikirkan langkah seterusnya dalam melakukan persiapan yang cukup sebelum siasatan bermula. Hanya persiapan yang baik sahajalah dapat membantu mereka untuk melakukan siasatan dengan lancar tanpa membahayakan sesiapa. Memandangkan masalah yang mereka hadapi adalah berkaitan dengan sumpahan, maka tentu sahaja itu akan sangat berbahaya bagi penduduk sekitar. 

"Senior?" Tegur Eira sebaik sahaja ia menyedari sesuatu yang tidak kena pada Haikal.

"Huh? Y-ya?" Sahut Haikal dengan gagap seolah-olah ia terkejut akan panggilan dari Eira.

"Senior.. okay?" Tanya Eira dengan risau apabila melihat Haikal yang hanya berdiam diri sepanjang mesyuarat mereka diadakan.

"........."

"Haikal! Kau sakit lagi ke?" Tanya Harraz yang turut risau akan keadaan Haikal.

"Errr.. a-aku.. o-okay!" Sahut Haikal dengan nada suara yang bergetar.

"Betul kau okay ni?" Tanya Kemy yang tidak senang akan jawapan tunangnya itu.

"........."

"Senior! Eira tengok.. macam senior cuba sembunyikan sesuatu dari kami semua! Semalam pun senior bertingkah macam ni! Ada apa-apa yang tak kena ke?" Tanya Eira dengan wajah serius.

"........"

"Kalau ada yang tak kena.. tolong beritahu kami! Kita kena atasi benda ni sama-sama!" Tegas Eira.

"T-takde apa-apa! Betul!" Jawab Haikal dengan bersungguh-sungguh.

"......."

"Hey, ini Haikallah! S-so.. tak perlu risau!" Tambah Haikal apabila melihat tatapan tidak percaya dari semua orang akan pernyataan dirinya itu.

"Hmm.. baiklah kalau betul senior tak apa-apa! Tapi, tolong! Tolong beritahu kalau ada sesuatu yang tak kena pada senior! Kita perlu jaga keselamatan semua orang!" Pinta Eira dengan bersungguh-sungguh.

"B-baiklah!" Sahut Haikal.

Mereka semua langsung terdiam apabila mendengar sahutan Haikal. Terlihat sangat jelas bahawa ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh sang jejaka dari mereka semua. Buktinya, sikap sang senior yang sentiasa bersemangat, ceria, dan aktif.. entah mengapa berubah menjadi pasif dan pendiam secara tiba-tiba. Ditambah pula, wajahnya memucat dan peluh dingin tidak henti membasahi kening milik Haikal. Tubuhnya juga menggigil seolah-olah ia takut atau cemaskan sesuatu. Perkara itu sangat terlihat jelas di mata Eira dan mereka yang lain. Namun, ingin memaksa Haikal untuk mengungkapkan perkara sebenar juga tidak mungkin apabila sang jejaka sendiri sentiasa mengelak dari berkata jujur. Belum lagi, tatapan mata Tuan Suhaiman tidak lepas dari terus menatap ke arah Haikal.

Ya! Eira dari awal memang menyedari perkara tersebut. Walaupun mereka yang lain mungkin tidak menyedari tatapan mata Tuan Suhaiman, namun Eira yang daripada awal memperhatikan Tuan Suhaiman, sedar bahawa lelaki dewasa itu tiada henti mencuri pandang ke arah seniornya itu. Tuan Suhaiman kekal berdiam diri sepanjang mesyuarat tersebut, namun tatapannya tidak berhenti dari menatap ke arah Haikal. Hal itulah yang membuat Eira merasa musykil dan mula syak akan sesuatu yang tidak kena dengan atmosfera antara Haikal dan Tuan Suhaiman. Namun, ia tidak tahu apa itu! Hanya dengan siasatan lebih lanjut sahajalah, baru ia boleh mendapatkan jawapan yang ia inginkan.

"Buat masa sekarang... aku kena perhatikan senior secara diam-diam!" Batin Eira yang beralih untuk menatap sang suami.

Harraz yang merisaukan sang sahabat hanya mengeluh sahaja apabila melihat sikap Haikal. Namun, ia merasakan seolah-olah ada seseorang yang menatap dirinya dengan lama. Maka, dialihkan pandangan kesekitar dan mendapati bahawa sang isterilah yang menatap ke arahnya. Kelihatannya, Eira seolah-olah memberikan ia isyarat mata kepadanya. Isyarat yang ditujukan adalah kepada Haikal, dan Harraz dapat merasakan bahawa Eira ingin ia memperhatikan Haikal dengan lebih lagi memandangkan ia sendiri berada di dalam satu kumpulan siasatan yang sama dengan sang sahabat. Memahami isyarat tersebut, Harraz tersenyum lalu mengangguk kepada sang isteri, dan itu membuat Eira menghela nafas lega.

"Baiklah! Kalau takde apa-apa lagi.. kita tamatkan sahajalah mesyuarat ni!" Ucap Eira dengan serta merta dan dibalas dengan anggukan dari semua orang.

"Semoga siasatan kamu semua berjalan lancar! Ustaz serahkan tahfiz ni kepada kamu semua!" Ucap Ustaz Qairul yang langsung bangun bersama yang lain.

"Insyaallah, ustaz! Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah! Lagipun, ini merupakan tugas kami semua dalam membantu masalah yang seperti ini!" Ujar Eira dengan sopan.

"Kalau ada apa-apa yang kamu perlukan.. kamu beritahu sahaja kepada ustaz!" Ucap Ustaz Qairul.

"Begitu juga dengan kami para penduduk kampung, Eira!" Tambah Tok Ketua.

"Baik! Terima kasih atas bantuannya!" Sahut Eira dengan senyuman lembut.

"Tuan Suhaiman! Anda tidak ada apa-apa yang nak dikatakan kepada mereka semua, ke?" Tanya Ustaz Qairul yang beralih kepada Tuan Suhaiman.

"Moga berjaya!" Ucap Tuan Suhaiman dengan suara yang parau dan terdengar sangat dingin.

"Terima kasih, Tuan Suhaiman! Kami berharap bahawa ketenangan sekolah ni akan kembali seperti sedia kala!" Ucap Eira dengan lembut walaupun sikap Tuan Suhaiman terkesan dingin dan menakutkan.

"Kalau begitu, kami minta diri dulu!" Ucap Ustaz Qairul yang mengiringi Tuan Suhaiman keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

"Tok akan ikut mereka dulu!" Tambah Tok Ketua yang mengikuti jejak Ustaz Qairul dan Tuan Suhaiman.

Setelah orang dewasa meninggalkan bilik mesyuarat~~~

"Hmmm.. so Team Syahiril dan team aku akan menetap dekat sinilahkan?" Tanya Fiqah.

"Yup! And kalau boleh balik sebelum petang ni! Aku nak semua team terlibat dalam mesyuarat yang akan diadakan malam ni juga! Then, pagi esok kita akan menuju ke empat-empat buah kampung!" Jawab Eira.

"Nak buat apa?" Tanya Fatin.

"Kita akan pasang pagar bagi setiap kampung! Ini semua untuk menjamin keselamatan para penduduk! Lagipun, kita kena elakkan sebarang kemalangan daripada berlaku! Ditambah pula, apa yang kita hadapkan sekarang ini bukanlah ritual kesesatan yang biasa-biasa! Ini melibatkan sumpahan! Dan berdasarkan apa yang aku lihat, setiap murid, dan staff sekolah memiliki tanda hitam di tubuh mereka! Ibarat mereka sudah ditanda untuk ritual kesesatan ini! Jadi, untuk mengelakkan masalah, kita akan pagar setiap penjuru empat kampung agar iblis tak boleh masuk untuk cederakan mereka-mereka yang ditanda oleh sumpahan ni!" Jelas Eira.

"Baiklah!" Sahut mereka semua.

"So, esok pagi-pagi! Lepas Subuh kalau boleh! Eira nak Abang Hadwan, Abang Harraz, dan Rafia pergi ke tiga buah kampung lagi dan berdiri di setiap penjuru yang ada mengikut arah mata angin! Rafia ke Selatan, Abang Hadwan ke utara, Abang Harraz ke Barat, dan Eira akan berada di Timur! Sebab apa nama-nama ni yang Eira sebut adalah sebab kamu semua berpengalaman dalam hal-hal ini! Kita akan pagar setiap penjuru dengan serentak! Kemy akan menjadi pusat kepada setiap kawalan komunikasi! Fatin backup Rafia, Fiqah backup aku, Syahiril backup Abang Hadwan, dan Senior Haikal akan backup Abang Harraz. Rumah Tok Ketua akan jadi pusat kepada segala kawalan komunikasi! Untuk yang backup.. apa yang akan korang lakukan adalah simple! Jangan putus mengucapkan kalimah 'Lailaha illallah' (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله). Ingat!" Jelas Eira dengan serius.

"Baiklah, kami faham!" Sahut Kemy yang mewakilkan semua orang.

"Hmm.. lama aku tak buat pagar!" Gumam Rafia.

"Tapi.. bukan ke setiap tempat yang kau sebutkan tu adalah hutan?" Tanya Syahiril.

"Nak buat macam mana! Kampung ni sebelum didirikan adalah hutan tebal! Jadi memandangkan setiap kampung berada dalam satu kelompok yang sama, dan hanya dibatasi dengan satu batu pembatas, maka sangat mudah untuk mengambil arah mata angin untuk memagar empat buah kampung sekaligus! Hanya sahaja kita terpaksa naik kenderaan untuk menuju setiap penjuru kampung-kampung ni!" Jawab Eira.

"Hmm.. betul juga apa yang Eira kata! Dari ambil masa yang banyak untuk pagar satu-satu.. baik kita buat satu pagar sekaligus!" Ujar Fiqah.

"By the way! Untuk pengetahuan korang.. kampung yang akan korang tuju tu bernama Kasturi, Dahlia, Selasih, dan Cempaka! Memang signboard luar kampung menunjukkan nama Persatuan Empat Sekampung, tetapi nama original bagi setiap kampung adalah Kasturi, Dahlia, Selasih, dan Cempaka! Kampung Eira bernama Kasturi, dan kampung yang akan aku tuju adalah Kampung Selasih. Senior Harraz akan memasuki Kampung Dahlia, manakala Abang Hadwan akan menuju ke Kampung Cempaka! Bagi mengelakkan semua sesat, so aku inform benda ni awal-awal!" Celah Rafia.

"Hmm.. kenapa tak letak je signboard nama kampung?" Tanya Fiqah.

"Kampung sekitar kawasan ni.. kecil sahaja! Jadi, pihak kerajaan gabungkan empat buah kampung menjadi satu buah kampung dengan nama Persatuan Empat Sekampung. Tetapi, disebabkan nak mengekalkan tradisi awal kampung ni.. maka empat kampung masih dikekalkan walaupun kerajaan sudah menggabungkan empat-empat buah kampung ni! That's why dalam location menunjukkan nama Persatuan Empat Sekampung berbanding nama Kampung Kasturi! And Sekolah Tahfiz Ajang Sari menjadi satu-satunya sekolah yang berdekatan untuk penduduk kampung di sini!" Jelas Rafia.

"Macam tu! Patutlah aku pelik! Eira sebelum ni kata ada empat kampung! Tapi, kenapa nama-nama kampung tak nampak! So, macam tu rupanya! Kerajaan gabungkan empat kampung! Tapi nak kekalkan tradisi.. empat kampung masih diasingkan mengikut perspektif para penduduk!" Ujar Fatin yang membuat kesimpulannya sendiri.

"Ya! Tapi para penduduk empat sekampung tetap rapat walaupun kampung ni masih terpisah mengikut tradisi!" Sahut Syahiril.

"Faham, faham!" Sahut Haikal.

"Kemy! Kau dah siap ke peralatan yang kau buat?" Celah Eira secara tiba-tiba.

"Hohohohoho~ ini Kemylah~ tentu sahaja aku dah siap!!!" Sahut Kemy dengan bangga.

"Whoot~ whoot~" Sorak Rafia yang turut senang apabila mendengar jawapan Kemy.

"Baiklah~~" Ucap Kemy yang langsung mengeluarkan sebuah beg besi yang dibawa bersamanya daripada awal.

".........."

"Okay! Memandangkan para gadis sudah ada barang-barang ni, so aku hanya buat untuk para jejaka! Jadi, mudahlah untuk kita semua nak berkomunikasi!" Ujar Kemy.

"Hmm... fungsi dia tetap samakan?" Tanya Fatin.

"Of course tetap sama! Jam yang sama, intercom yang sama, juga kaca mata khas yang sama! So, takde masalah!" Sahut Kemy dengan penuh semangat.

"Ooo.. ni barang yang kamu pakai masa jadi skuad dulukan?" Teka Harraz apabila melihat barang-barang yang ada di dalam beg besi kepunyaan Kemy.

"Ya, abang! Memandangkan masa tu abang dan senior join aktiviti siasatan kami sangat lambat, so Kemy tak sempat nak buat peralatan ni untuk abang dan senior! Kemy sempat reka beberapa untuk Skuad Saintis Muda dengan Skuad Wartawan Glamour sahaja masa tu! Selebihnya, kita bergantung pada kamera pengintip cctv milik Kemy, dan laptop canggih milik dia sahaja masa tu!" Jawab Eira.

"Tapi sekarang jangan risau! Atas perintah dari Eira.. Kemy bekerja keras untuk siapkan alat-alat ini! So, mudah untuk kita nak lakukan kerja-kerja siasatan tanpa putus berkomunikasi!" Sampuk Kemy yang mula mengedarkan peralatan tersebut kepada para jejaka.

"Hm? Kenapa kita perlukan jam tangan, kaca mata, dan intercom macam ni? Kita nak layan customer ke?" Tanya Syahiril dengan wajah penuh kebingungan.

"Pffttt~ hahahahaha!! Awak mungkin tak tahu! Tapi Kemy ni.. selain mahir dengan hacker, dia juga pandai reka barang-barang tahu! Dia kuat terpengaruh dengan film spy! Sebab tulaa kalau boleh dia nak belajar di bidang engineering, even sekarang pun dia bantu polis dalam kerja-kerja penggodaman!" Tawa Rafia.

"Fuhhh~ jadi ni peralatan yang mirip macam spylaa ya?" Ucap Syahiril dengan wajah penuh rasa kagum.

"Lebih kepada ghost hunter! Budak ni terlalu gila nak jejak hantu! Sebab tulaa dia cipta alat-alat khusus untuk kesan entiti panas, alat penjejak hantu, dan alat berkomunikasi dengan mereka! Hadeh~" Keluh Fatin yang langsung membuat Kemy tersengih malu.

"Betul, betul! Dari dulu hobi dia memang macam tu!" Sokong Fiqah.

"Tapi sebabkan peralatan Kemy juga.. kerja-kerja siasatan masa tu dapat dipermudahkan! Kami tak perlu susah-susah guna telefon untuk berkomunikasi antara satu sama lain! Kami juga tak perlukan lampu suluh bila meronda pada waktu malam! Kira banyak kerja dipermudahkan melalui peralatan yang Kemy cipta!" Ujar Eira sambil tersenyum lembut apabila reaksi wajah Kemy berubah menjadi terharu.

"Begitu.." Sahut Syahiril sambil mengangguk tanda faham.

"Jadi, apa fungsi setiap peralatan dan bagaimana cara menggunakannya?" Tanya Hadwan yang akhirnya bersuara.

"Baiklah, akan aku jelaskan! Jam tangan yang disediakan itu memiliki multifungsional! Ada banyak fungsi di sana! Selain daripada melihat masa, di sana juga aku selitkan fungsi rakaman suara, video call, voice note, penghantaran mesej, cip penjejak, radar pengesan entiti hantu, kompas, dan lampu suluh! Jam tu versi update terbaru!" Jelas Kemy sambil menunjukkan fungsi dan cara penggunaan jam tersebut kepada para jejaka.

"Aik? Kau kata fungsi jam para jejaka ni sama macam kami semua! Tapi, kenapa kau kata upgrade? Setahu aku.. jam asal takde fungsi video call, voice note, penghantaran mesej,  kompas, cip penjejak, dan rakaman suara!" Tanya Fiqah.

"Mana perginya fungsi kalkulator?" Celah Fatin.

"Hahahahaha.. aku lupa pulak nak beritahu dekat korang! Ingat tak sebelum keputusan SPM diumumkan? Kira-kira dua bulan lepas.. aku ada minta peralatan yang aku bagi dekat korang tu balik! Time tu aku upgrade semua peralatan yang aku bagi dekat korang! Maklumlah, sebagai anggota sulit kerjasama dengan pihak polis.. aku banyak belajar benda baru dan come up dengan idea baru! So, untuk keselamatan yang lebih baik, aku add fungsi baru, dan buang fungsi yang tak berguna! Bukan korang punya sahaja yang aku upgrade, barang yang aku beri pada Nisa and the gang dengan Iqa and the gang.. semua aku upgrade!" Jawab Kemy.

"Oooo.. sorry! Kitorang tak check fungsi-fungsi tu! Maklumlah busy dengan part time.. jadi barang ciptaan kau tersimpan macam tu jer!" Ucap Rafia dengan kekok.

"Hmm.. takpe! Aku faham! So, melalui apa yang aku jelas tadi.. semua fungsi yang ada pada jam ciptaan para jejaka ni.. semua sama sahaja dengan korang!" Ujar Kemy.

"Kaca mata ni.. untuk apa pulak?" Tanya Hadwan.

"Kaca mata ini direka dengan ciri khas! Jika seseorang memiliki masalah rabun mata, maka kaca mata ini sendiri akan adjust mengikut kesesuaian pemilik dia! Kira untuk keselesaan sang pemilik! Jadi, kaca mata ini juga memiliki fungsi yang berbagai. Ia memiliki fungsi infra-red yang membantu kita bergerak di kawasan gelap tanpa memerlukan lampu suluh! Then ia dapat mengesan entiti atau titik panas makhluk halus, dan makhluk hidup yang berada di sekitar! Selain itu, ia juga berfungsi sebagai penjejak lokasi setiap ahli berada! Contoh, titik merah adalah Fiqah! So, kita dengan mudah boleh tahu lokasi Fiqah kerana setiap jam yang diberikan sudah dipasang dengan cip penjejak! And cip tu bersambung dengan kaca mata ni! Seterusnya, ia juga memiliki fungsi sebagai pengimbas barang, kawasan, dan sebagainya lalu dibentangkan melalui gambaran visual! Contoh, imbaslaa sekolah tahfiz ni.. maka ia akan langsung buat persembahan yang menunjukkan peta lengkap setiap kawasan sekolah tahfiz!" Jawab Kemy dengan panjang lebar.

"Secara singkatnya.. kaca mata ni memiliki fungsi kesesuaian pemilik, pemandangan nampak malam atau infra-red, pengesan titik panas, penjejak, dan alat pengimbas yang membentuk gambaran visual!" Simpul Harraz.

"Betul! Ah, sebelum terlupa! Kaca mata ni juga ada fungsi perakam video! So, mudah untuk kita semua nak rakam bukti sesuatu peristiwa penting!" Sahut Kemy.

"Hmm.. menarik!" Gumam Harraz dengan nada kagum.

"Baiklah! Itu untuk kaca mata dan jam! Sekarang fungsi intercom ni pula! Intercom ni memiliki fungsi sebagai walkie talkie, dan pemberi amaran bahaya! Jika ada sesuatu benda tak kena atau bahaya yang akan datang.. maka ia akan segera memberikan amaran bahaya!" Jelas Kemy.

"Jadi senang kita nak berkomunikasi tanpa perlu pegang walkie talkie selalu!" Sorak Fiqah.

"Betul! And peralatan yang aku cipta hanya berfungsi khas untuk kita sahaja! Dia tidak boleh disambungkan dengan peralatan umum yang lain! Sebab ia memiliki data khas yang menggambarkan pencipta dia sahaja!" Tegas Kemy.

"Baik, Kemy! Kami faham!" Sahut Harraz sambil tersenyum.

"Fuhh~ rasa jadi spy betul-betul pulak!" Ucap Syahiril yang masih lagi takjub dengan apa yang ia lihat.

"Itu baru sikit! Kemy ada banyak lagi peralatan canggih!" Sampuk Haikal yang akhirnya bersuara.

"Senior dah okay?" Tanya Eira.

"Sudah! Tadi agak rasa pening sedikit!" Jawab Haikal sambil tersenyum canggung.

"Baguslah!" Desah Eira dengan sangat lega.

"Ehem! Senior baik-baik sahaja! Tak perlu sangat nak risau!" Ujar Haikal dengan sangat kekok.

"Baiklah kalau senior baik-baik sahaja! Tapi kalau ada apa-apa yang tak kena.. tolong maklumkan pada kami semua! Perkara yang sebegini bukannya boleh bawa main!" Pesan Rafia.

"Dengar tak tu?" Tegas Kemy.

"Ya, ya! Baik!!" Sahut Haikal.

"So, kalau semua dah faham.. bolehlah jalankan tugas masing-masing!" Ujar Eira.

"Okay!" Sahut mereka semua kecuali Hadwan yang hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Eira, Rafia, Fatin, dan Kemy segera meminta diri untuk pulang, dan membiarkan dua kumpulan yang bertugas untuk menetap di sekolah tahfiz tersebut. Banyak lagi perkara yang perlu mereka selesaikan di kampung, terutama untuk persediaan mesyuarat yang akan diadakan pada malam ini juga. Maka, sebaik sahaja empat orang gadis itu beredar, kumpulan Syahiril dan kumpulan Hadwan langsung memulakan kerja mereka. Disaat Syahiril, Haikal, dan Harraz menuju ke bilik data sekolah, Fiqah hanya mengikuti langkah Hadwan tanpa berkata apa-apa. Itu juga kerana ia sendiri tidak tahu ingin berkata apa dengan jejaka yang lebih tua darinya itu. Sepanjang hari itu, ia hanya mengikuti ke mana sahaja Hadwan pergi, walaupun pada kenyataannya dirinya tidak dilayan oleh sang jejaka. *Seriously~ Akio rasa kesian dengan watak Fiqah! Tapi, nak buat macam mana.. watak Hadwan dah macam tu! Huhu~*


Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 68 11
√ Kisah PARANORMAL √ Kisah Benar √ Bukan calang calang cerita √ Boleh dipercayai √ Malay Vote and share! Thanks!
4.4K 139 5
Tanpa adanya bicara, Mahupun sentuhan yang lara, Pasti ada yang peka, Menzahirkan yang telah tiada. Aku. Masih. Wujud.
8.4K 382 33
Rank 1 #in Misteri Rank 1 #in Movie Rank 1 #in Hantu Rank 1 #in teka-teki Rank 1 #in Kampus Rank 1 #in Jiwa Rank 1 #in Universitas Rank 1 #in sunyi R...
235K 15.8K 75
Safiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .M...