𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©

By Hanysfrh

69.1K 6.6K 882

Mystery | Romance 𝐀𝐲𝐫𝐚 𝐗 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 "I Accepted Her" ••• AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... More

AYRA X FARHAN
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10💍
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

bab 20

1.1K 125 7
By Hanysfrh

MACAM mana kalau ada dua jalan. Tapi, penuh dilitupi penipuan?

Jalan yang benar adalah gelap, berapi, panas dan penuh liku.

Manakala, jalan yang salah adalah terang, dingin dan lurus?

Detik itu, tiada apa teori yang mampu kau hafal, tiada Al Quran yang mampu kau rujuk, tiada nota yang mampu kau imbas. Hanya ada satu, cahaya yang tersimpan didada.

Iman.

•••

Mata yang ralit tertancap pada barisan ayat itu, tidak berkelip. Ingatan mula mengimbau kembali kata kata madah si sahabat.

Tiara.

"Kadang kadang, benda yang kita baca, tengok dan dengar bukan suka suka. Bilamana hati, mula tersentap dan terasa tusukan keinsafan tu, itulah tanda hidayah dari Allah. Allah tak boleh bercakap dengan kita. Tapi, dia maha berkuasa dari segalanya. Apa yang dia nak buat, pasti akan jadi dam bersebab. Dah namanya pun hamba, dalam diam Allah guna sesiapa dari kita untuk jadi penyampai 'pesanan'nya"

Tangan baik mengusap dada. Iman, masih adakah engkau? Masih terangkah engkau? Masih kukuhkah engkau?

"Ayra Hijanna"

Serta merta matanya berkelip semula. Lamunannya tersentap tatkala namanya diseru kuat. Kepala berkalih kebelakang. Farhan sudah berdiri tegak dibelakangnya.

"Buat apa?" Mata kembali tertalih pada buku ditangan. Aduh, emo apa malam malam ni.

"Tak ada apa apa, nak kemas buku ni. Tak perasan pula terbawa banyak" Ayra dan buku tak boleh dipisahkan. Otak kata bawa satu, tangan kata bawa sepuluh.

"Emm, dah dah. Jom, teman saya atas katil" tangan disua kehadapan. Ayra merenung kosong. Dia bangun sendiri bergerak masuk ke dalam selimut diatas katil. Telefon iphone yang diberi Farhan diawal perkahwinan dulu dicapai dan mula ralit dengan telefon instead of ralit dengan Farhan.

"Ehem"

"Ye?"

"Taulah tak solat. Tapi, takkan langsung tak nak buat pahala ringan langsung kut" Farhan berjalan mendekati isterinya yang berselubung dibawah selimut. Baru pukul 9 malam dan Ayra dah masuk dalam selimut?

"Saya zikirlah juga tadi, awak apa tau" jari runcing itu lincah menari nari diatas skrin telefon. Farhan mengeluh dan duduk bersila menghadap isterinya. Telefon itu dirampas, jemari Ayra ditarik lalu diseliratkan diantara jemarinya.

Cringe-nya...

"Yang itu satu, my mean pahala dengan suami. Just...look into my eyes, smile and feel the air" Farhan tersenyum penuh makna. Ayra masih beriak kosong tidak faham dengan kata katanya. Alahai, nasib comel.

"Okaylah, i fed up" tangan Ayra dilepas dan badan direbahkan diatas katil. Bukan nak mengada, tapi memang dia tengah penat sekarang ni. Penat layan tetamu dan mengemas hingga malam. Harapnya Ayra bakal membantu dia 'menghilangkan penatnya' namun dia salah, tak mungkinlah Ayra akan buat begitu.

"Laa, merajuk ke?" Ayra ketawa melayan karenah bukan bukan Farhan. Macam manalah dia boleh nampak macho sebelum kahwin? Lepas kahwin terus mengada ngada kalah perempuan desperate yang nak lelaki orang?

Fikirannya mula terbayangkan Anayra. Perempuan desperate yang nak dekat lelaki orang.

"Okaylah, sorry. Jangan merajuk, saya tak reti pujuk" dia mengiring menghadap Farhan yang menelentang memandang siling. Jurang diantara mereka masih luas dan tidak terusik. Farhan tersenyum dan Ayra mula berasa seram.

"Kenapa senyum macam tu?"

"Saya teringat isteri saya ni, dia nangis pasal ayahnya masa malam pertama" Ketawa meledak. Ayra yang sedar akan topik yang dibualkan oleh Farhan terus menampar bahu lelaki itu. Dia mencebik.

Malu mengingatkan hal itu.

"Lepastu saya peluk dia. Dia tak melawan, saya kiss dia terus diam dan tertidur" Farhan ketawa lagi. Lagi galak dan lagi kuat. Perut yang dicubit cubit sudah tidak terasa akibat gegaran tubuh yang menjadi jadi kerana terlalu galak ketawa.

"Dah hambar Farhan"

"I love that memory. Kind of precious, but at the same point, it's sad. Sebab malam pertama kita dihuni dengan kesyahduan..."

"Emm" malas mahu mengingatkan semula peristiwa itu. Dia diam dan tidak menyedari bahawa jurang diantara mereka mula berkurang.

"Ayra"

"Ye, Farhan Khairi. Apa lagi?"

"Mind to share apa mimpi yang ganggu awak malam semalam?" Terbias sinar prihatin dalam mata kelabu itu. Mahu tak mahu, dia membuka cerita. Farhan orang pertama yang tau akan perihal mimpinya ini. Malah, dengan Tiara sekalipun tidak pernah dikongsikan.

"Saya dalam kereta, ada lelaki sebelah saya. Dia tengking tengking, marah marah and also at the time bunyi hon tak henti henti menyalak. Bila terpandangkan side mirror, I can see that there is one guy trying to speak something to me and keep staring at me. Creepy" Ayra jeda seketika dan mengambil nafas.

Farhan diam menghadam satu persatu penetilian dan klu klu penting dari memori gadis itu.

"Tiba tiba bunyi hentaman. Kereta bergerak, saya mula menggigil. Lelaki sebelah saya tu pun mula menggelabah. Hentakan makin kuat, kereta makin menyenget dan tak terkawal. Then, we fall" Ayra bangun dari baringan. Tangan naik memicit kepala. Terasa tangan Farhan turut menepuk belakangnya.

"Sometimes, saya malas nak tidur. Especially, malam. It will always the same dream? Come on, apa kaitannya dengan saya. I'm normal, healthy and happy. Wait..no not really happy" dia baring semula secara drastik. Kepalanya menghempap lengan Farhan tanpa sengaja.

Dia terkejut lalu cepat cepat cuba untuk bangun dari baringan. Namun, pantas lengannya ditahan lalu ditarik baring semula. Farhan tersengih dan dia turut ketawa.

"Saya rasa kalau cerita kita buat novel-"

"Mesti cringe" Farhan menyambung. Kepala disembamkan pada celaham rambut Ayra. Wangian yang menenangkan. Dia tersenyum mendengar Ayra ketawa.

"Pandai pun" pipi Farhan ditampar perlahan. Tangan yang melingkar dipinggangnya dibiarkan. Dia sedar dia banyak songeh, malas cari gaduh. Farhan nampak penat, better not to buat perangai. Kalau tak, tak adanya dia rela dalam kedudukan macam ni.

"Siapa lelaki tu?" Farhan bersuara setelah lama berdiam. Ayra menjungkit keningnya.

"Might be my ex boyfriend. Maybe lah. Sebab, ayah cerita dia lari ikut perempuan lain sebab rasa saya ni naive" Terasa gegeran dikepalanya. Farhan ketawa terlalu kuat. Apa yang lawak?

"Lari ikut perempuan lain ye? Wow"

"Nampak 'amazing' ke?" Ayra menyoal. Polos.

"Tak adalah. Macam...rugi je lelaki tu" pelukan dieratkan. Tak sangka Haji Anuar sanggup beri anaknya alasan sebegitu rupa. Apa dia redha sangat anak dia hilang ingatan?

"Lelaki...kalau awak nak kahwin lagi satu pun, saya okay je"

"Berani ke saya?"

"Ask yourself lah"

"No no. inshaAllah, just you..."

"Tidurlah"

"Tak nak. Cerita satu fakta tentang diri awak baru saya tidur or I'll kiss you nonstop" biji mata diputarkan seiring dengan muka menyampah.

"Saya dah hidup for 24 years. Tapi, kenapa saya rasa lost for 4 years. Saya tak ingat apa apa since saya umur 20. Gambar graduation dan results pointer diploma pun saya rasa macam tak pernah tengok dan pernah 'rasa' "
Ayra termenung seketika. Farhan yang perasan akan itu terus menutup mata isterinya. Bagi comfort sleep lah kononya.

"Maybe you just, tak ingat. Tak ada apa pun. Saya pun ingat ingat lupa pasal zaman universiti saya-"

"Kadang saya rasa macam kena amnesia" Ayra tertawa sendiri. Rasa kelakar, selalu benda macam ni jadi dalam novel aje. Realiti memang ada, tapi tak mungkin dia.

Farhan tersentak mendengarkan itu.

"Dah cukuplah berhalusinasi, awak ingat Allah, ingat nabi, ingat saya and that's enough" jantungnya sudah berkerja keras. Janganlah sekarang...

"Baik. Tapi esok masa awak solat tahajjud, kejut saya tau" sempat Ayra menitipkan pesanan.Dia selalu perasan Farhan bangun dari awal dari dia.

" Nak mandi wajib ye? Okay. Now, sleep" arahan berbaur ketegasan yang dicapumpurkan sedikit dengan minyak keprihatinan.

Tidak lama kemudian dua dua terlelap, tenang melayari bahtera alam mimpi.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

53.6K 2K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...
19.2K 932 35
Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal isteri yang mahu dijodohkan dengannya...
31.5K 1.3K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...