Jodoh Next Door

By mjqish

278K 8.8K 200

"Kau kena ingat kita akan jadi suami isteri nanti mana boleh gaduh-gaduh macam masa sekolah dulu, ye sayang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17

BAB 5

10.6K 515 13
By mjqish

Amylia masuk ke kelas dan meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi. Tatkala dia nak meletakkan bukunya di dalam laci meja , terdapat bungkusan coklat bersama sekeping nota yang dilekatkan di atas pembalut coklat itu.

I think I fall in love with you at the first sight

- Your future

"Siapa punya coklat tu ?" Suara itu datangnya dari pintu kelas.

"Eh dia ni kan. Kat mana-mana , mesti dia datang menyibuk"

Aqil menuju ke arah meja Amylia dan mengambil coklat itu. Amylia hanya mampu terlopong dengan tindakan drastik itu.

"Dah pandai kau kan nak main cinta-cinta ni ?"

"Aku pun taknak pun lah terima coklat ni. Entah siapa-siapa yang letak bawah meja ni" Amylia menyilangkan tangannya ke dada.

Aqil mengoyakkan bungkusan coklat itu.

"Nanti cair. Baik makan sekarang" Dengan selambanya , Aqil menyuapkan secebis coklat itu ke mulutnya sendiri tanpa berfikir panjang. Sekali lagi Amylia terkejut dengan kelakuan selamba badak sumbu Aqil itu.

"Nak ? Ni coklat kau" Pelawa Aqil.

"Taknak lah. Kau je lah makan"

"Eleh dalam hati nak sebenarnya"

"Taknak pun. Entah-entah ada racun dalam coklat tu"

Aqil terus menyuapkan secebis coklat lagi ke mulut Amylia.

"Aku dah makan. Aku nak kau makan juga. Mati sama-sama" Aqil terus mentertawakan Amylia yang terkejut dengan kata-katanya.

"Celuparnyaaaa mulut kau !" Lengan Aqil dipukul dengan buku teks di tangannya.

"Ehh kau ni. Takkan tak pernah dengar kot ayat 'sehidup semati' tu ?"

"Apa kena mengena ?"

"Takde apa lah" Aqil keluar dari kelas Amylia bersama coklat ditangannya.

"Coklat ni aku ambil ye ?"

Amylia hanya membalas dengan menjelirkan lidah sahaja.

***

Amylia tidak pulang bersama-sama rakan-rakannya kerana dia ingin mengulangkaji pelajaran di pusat sumber sekolahnya. Dia tidak mengajak rakan-rakannya kerana dia tidak mahu masa belajarnya dibazirkan dengan berbual kosong.

Sedang khusyuk dia menelaah pelajaran , kerusi dihadapannya ditarik oleh seseorang.

"Alahaiii mamat ni lagiii"

"Hai" Tegur Firdaus , pelajar baru dalam kelasnya.

Amylia buat tidak endah sahaja dengan sapaan Firdaus.

Suasana kembali sunyi seperti sebelumnya.

"Awak dari tadi sorang-sorang je ke ?" Firdaus memulakan perbualan.

"Awak nampak ada orang lain ke dalam ni ?"

"Nampak"

"Siapa ?"

"Pengawas yang bertugas kat kaunter tu" Amylia merenung tajam ke arah Firdaus.

"Okay okay awak sorang je. Gurau je"

Amylia bangun meninggalkan Firdaus di situ untuk mengambil buku rujukan di rak-rak buku yang tersusun rapi di situ manakala Firdaus hanya memerhati dengan ekor matanya.

***

Selesai sahaja menelaah pelajaran di pusat sumber sekolah , Amylia berjalan kaki pulang ke rumah kerana berasa malas untuk menunggu ayahnya dan pulang bersama.

Fikirannya menerawang entah ke mana. Tidak jauh dari kawasan dia berjalan kaki , terdapat sebuah kereta yang dipandu agak laju. Namun Amylia tidak menyedari tentang perkara itu. Kereta yang dipandu laju itu semakin menghampiri Amylia namun Amylia masih leka dalan dunianya sendiri.

Apabila kereta tersebut semakin menghampiri Amylia , dia menoleh kebelakang kerana berasa tidak enak. Kereta yang dipandu laju itu hanya beberapa meter dari tempatnya berdiri.

Amylia hanya memejamkan matanya dan terserah kepada takdir apa yang akan terjadi kepada dirinya.

Lama dia memejamkan matanya tetapi dia langsung tidak merasai seperti dilanggar dengan apa-apa ke atas dirinya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

"Aqil ?!"

Aqil hanya memandang Amylia yang kini dihimpit oleh tubuh sasa Aqil di dinding tembok berdekatan.

Cepat-cepat Amylia menolak tubuh Aqil jauh dari dirinya.

"APA KAU BUAT NI ?!" Dadanya turun naik menahan kemarahan.

"Maaf. Darurat. Kalau tak , kau dah lama tersepit kat tengah-tengah kereta dengan tiang elektrik tu tahu tak ?".

"Wait ? KERETA ? TIANG ELEKTRIK ?" Amylia tercari-cari kereta yang hampir meragut nyawanya itu. Ya kereta itu kini remuk akibat terbabas ke tiang elektrik berdekatan.

Mulutnya terlopong dan akhirnya pengsan. Aqil mulai cemas.

"Amy ? Kau jangan main-main. Amy ? Amylia ? Amylia Qistina !" Bahu Amylia digoyang lembut.

"Aduhhh aku nak mintak tolong kat siapa niiii" Dia cuba mengangkat Amylia untuk dialihkan ke tepi jalan dan menunggu orang yang lalu lalang untuk meminta bantuan.

Kawasan kemalangan itu mula dikerumun oleh orang ramai.

Nasibnya baik apabila ternampak sebuah kereta yang dinaiki oleh Nabilah yang baru pulang dari entah mana bersama ibunya melalui kawasan itu.

Kelihatan Aqil menahan sedang menahan kereta tersebut. Perlahan-lahan kereta ibu Nabilah berhenti ke tepi jalan dan menurunkan cermin tingkap kereta.

Nabilah yang berada di sebelah tempat duduk pemandu menelengkan kepalanya untuk melihat siapakah yang menahan kereta ibunya.

"Aqil ?"

"Bella. Tolong..."

Ibu Nabilah memotong kata-kata Aqil.

"Apa jadi ni ? Ada kemalangan ?"

"Aqil ! Apa jadi ? Siapa kemalangan ? Kau okay ? Kau cedera tak ?"

"I'm okay... Tapi tolong... Amy..." belum sempat Aqil menghabiskan ayatnya , Nabilah sudah memotong terlebih dahulu.

"AMY YANG KEMALANGAN ??? YA ALLAH"

"Ahhh bukan ! Amylia tak kemalangan. Tolong tumpangkan kami ke hospital. Nak tunggu ambulans macam lambat"

"Okay okay jom jom. Bella. Tolong angkat masuk kereta. Kita bawak ke hospital"

"Okay ma" Nabilah turun dari keretanya dan membantu Aqil mengangkat tubuh Amylia masuk ke tempat duduk belakang.

"Aqil. Kau duduk depan lah. Biar aku yang duduk belakang okay ?"

Aqil hanya mengangguk dan terus masuk ke tempat sebelah pemandu.

Ibu Nabilah mendail sesuatu dan meletakkan telefonnya ke telinga. Ibu Nabilah menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kemalangan itu. Setelah ketibaan ambulans , pemandu kereta yang kemalangan tersebut telah disahkan mati ditempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala dan kehilangan banyak darah.

Ibu Nabilah terus memandukan keretanya menuju ke hospital untuk memeriksa keadaan Amylia yang pengsan ketika itu.

***

Amylia tesedar daripada pengsannya dan kini dia berada di atas katil di sebuah hospital.

Nabilah yang berada di sisi katilnya turut terkejut.

"Kau dah bangun ? Kau okay tak ? Kalau kau dah okay , kau dah boleh balik dah. Tapi kita tunggu mama dengan Aqil jap"

"Aduh Aqil lagi. Takde nama lain ke ?"

"Hah kau nak apa-apa ? Nanti aku whatsapp kat Aqil."

"Eh tak payah. Aku takde selera"

Tidak lama selepas itu, Aqil bersama mama Nabilah tiba.

"Amy dah bangun dah ?" Soalan itu yang pertama keluar dari mulut mama Sarah.

"Dah ma. Baru je" Sarah memberikan tempat duduknya kepada ibunya lalu duduk di birai katil. Aqil hanya bersandar di dinding memerhati dari jauh.

Sesekali Amylia memerhati Aqil dengan ekor matanya.

***

Amylia dan Aqil dihantar pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran hospital untuk pulang ke rumah.

Mereka masih dalam pakaian seragam sekolah - pengawas sekolah.

"Hah dah sampai. Baliklah rumah kau"

"Belum lagi. Aku nak cerita dulu kat ibu kau pasal tadi" Tanpa teragak-agak , Aqil terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah Amylia.

"Assalammualaikum"

Ucapan salam di sambut oleh penduduk di dalamnya.

"Waalaikumussalam" Pintu dibuka.

"Eh Aqil. Amy pun ada. Lambatnya balik."

"Hahhhh panjang cerita dia makcik. Tapi saya dah summary kan" Jawab Aqil dengan sengihan di wajahnya.

"Lahhh cerita apa pulak ni ? Meh masuk dulu" Ibu Amylia menjemput Aqil masuk ke rumah manakala Amylia masih tercegat di luar pintu.

"Hmm Amy ni kenapa pulak ? Tercegat apa lagi ? Masuklah" Amylia terus tergesa-gesa masuk ke dalam rumah dan terus naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Continue Reading

You'll Also Like

661K 24.3K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
594K 22.2K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...
235K 696 2
Known as Harzan's Cure. - In Editing Progress - [ Under Obsessions : SYAITAN Series ]
574K 27.7K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...