Only You [C]

By Mshalia__

128K 8.2K 1.3K

Previously known as Si Pemilik Hati Tengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini beker... More

SPH 1
SPH 2
SPH 3
SPH 4
SPH 5
SPH 6
SPH 7
SPH 8
TEASER
SPH 9
SPH 10
SPH 11
SPH 12
SPH 13
SPH 14
SPH 15
SPH 16
SPH 17
SPH 18
SPH 19
SPH 20
SPH 21
SPH 22
SPH 23
SPH 24
SPH 25
SPH 26
TEASER
SPH 27
SPH 28
SPH 29
SPH 30
SPH 31
SPH 32
SPH 33
SPH 34
SPH 35
SPH 36
SPH 37
SPH 38
SPH 39
SPH 40
SPH 41
SPH 43
SPH 44
SPH 45
SPH 46
SPH 47
SPH 48
SPH 49 - LAST
SPH SPECIAL ARIL 1
SPH SPECIAL ARIL 2
SPH SPECIAL ARIL 3
SPH SPECIAL ARIL LAST
NEW STORY
SPH BONUS CHAPTER

SPH 42

2.9K 155 49
By Mshalia__

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Selalunya waktu ni Ariz dah balik. Mungkin dalam perjalanan lagi.

Darweena menghidangkan makan malam yang disediakannya sebelum solat maghrib tadi. Tak banyak. Hanya ayam masak merah, sayur kailan ikan masin, ikan goreng dan air teh o suam.

Darweena duduk di kerusi menunggu kepulangan Ariz. Satu jam sudah berlalu namun Ariz masih lagi belum pulang.

"Mana Ariz ni."

Darweena membuat keputusan untuk menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Dia melangkah naik ke tingkat atas.

Usai solat. Dia kembali turun untuk menanti kepulangan Ariz. Tiba di anak tangga terakhir, dia terdengar pintu rumah dibuka. Dia yakin Ariz telah pun pulang ke rumah.

Darweena berjalan ke pintu rumah. Wajah kosong diberikan kepada Ariz. Beg bimbit dan kot Ariz diambil lalu diletakkan di sofa.

"Jom makan." kata Darweena tanpa nada.

"Kenapa kau tak makan je dulu?" balas Ariz.

Darweena tidak membalas.

Ariz memandang pelik. Ada sesuatu ke yang terjadi pada Darweena? Erm. Mungkin mood angin monsun kot.

Sampai di meja makan, Darweena seperti biasa mencedokkan nasi ke dalam pinggan Ariz. Lauk-lauk juga disertakan di atas pinggan Ariz.

Setelah itu, baru lah Darweena mencedokkan untuk dirinya sendiri.

"Kau kenapa? Ada masalah. Masam je muka." tanya Ariz.

Darweena langsung tak menjawab pertanyaan itu. Hanya dia menyuapkan nasinya ke dalam mulut.

"Woi. Aku tanya ni."

Darweena menyisip air yang dibuatnya.

"Bekal yang saya buat awak dah makan?" Darweena bersuara.

'Bekal?' Ariz mula cuak. Dari tengah hari sampai malam dia tak masuk office. Dia keluar bersama Airina.

"Erm... Dah. Tapi... Aku tertinggal bekas makanan tu dekat pantri. Esok lah aku bawa balik." jawab Ariz teragak-agak.

"Tipu." jawab Darweena sepatah.

Ariz pula sudah tergamam. Mulutnya bagaikan terkunci. Dia memandang Darweena yang menunduk.

"Awak ada apa-apa dengan Airina?" tanya Darweena dengan serius.

'Dia tahu ke aku keluar dengan Airina?'

"Takde. Aku dengan dia cuma kawan." jawab Ariz.

"Jujur."

"Aku jujur lah ni. Kenapa? Kau jealous?"

Darweena dia menjawab. Dia menunduk memandang pinggannya yang masih berisi nasi. Seleranya telah hilang.

"Saya takde hak ke nak jealous bila suami saya layan perempuan lain lebih baik dari layan isteri sendiri?" soalan dibalas soalan.

Keadaan semakin tegang di antara mereka. Darweena mengangkat kepalanya.

"Saya isteri awak, Ariz. Tapi awak tak pernah layan saya macam isteri awak. Awak buat macam saya ni orang gaji awak. Lebih teruk, awak macam tak hiraukan kewujudan saya dalam rumah ni selama saya dekat sini."

Ariz diam memandang Darweena. Masing-masing membuat wajah tegang. Ariz dapat melihat mata Darweena yang seperti berkaca-kaca.

"Macam mana pula kau dengan Aril? Kau cintakan dia kan?" soalan Ariz kedengaran sinis.

"Saya dengan Aril kawan baik dari dulu lagi. Takde istilah cinta dalam hidup saya dan dia."

"See. Sama juga macam aku."

Darweena mengetap bibirnya.

"Saya tak kisah awak nak berkawan dengan Airina. Tapi please jangan buat macam saya ni tak wujud. Saya isteri awak. Saya perlukan perhatian awak."

Darweena bangun dari kerusi lalu menuju ke singki. Pinggan dibasuh. Tanpa kata, dia terus naik ke bilik mereka.

Katil dituju. Kepalanya sudah mulai terasa pening. Dia perlukan rehat.

Ariz menghembus nafas panjang. Sebenarnya dia baru saja ingin berbaik dengan Darweena.

Tak sangka jadi begini. Benar, sepanjang hampir tiga minggu perkahwinannya bersama Darweena. Dia hanya menganggap wanita itu tidak wujud.

Segala yang disiapkan oleh Darweena hanya diguna pakainya. Namun sedikit pun perhatian tidak diberikan kepada Darweena.

"Aish. Bodohnya kau Ariz."

🌼🌼🌼🌼🌼

Kaki menapak ke bilik gelap yang hanya diterangi oleh lampu tidur. Matanya memandang tubuh Darweena yang berbaring di atas katil.

Dia menghampiri. Melihat wajah Darweena yang terlena membuatkan dia rasa bersalah.

"Aku minta maaf." ucap Ariz.

Dia melangkah menjauhi katil. Tuala dicapai lalu masuk ke dalam bilik air. Badannya yang terasa berlengas ingin dibersihkan.

Apabila mendengar bunyi pancuran air, Darweena membuka matanya. Dia masih belum tidur. Dia mendengar ucapan maaf dari Ariz.

Air mata yang mengalir dilap. Dah lama dia ingin meluahkan perasaannya tentang layan Ariz kepadanya.

Pada awalnya dia faham. Mungkin kerana Ariz baru saja kehilangan Haura dan hatinya masih terselit rasa sedih.

Selepas melihat dia melayan Airina dengan baik, Darweena merasa geram. Siapa Airina kalau nak dibandingkan dengan Darweena yang merupakan isteri Ariz.

Darweena memejam rapat matanya. Air mata diseka apabila terdengar bunyi pancuran air terhenti menandakan Ariz telah selesai mandi.

Darweena menutup kepalanya menggunakan selimut. Tak sepenuhnya. Hingga ke paras dahi sahaja.

Tidak lama kemudian, dia merasakan tilam bergerak. Pasti Ariz naik ke atas katil. Selimut juga ditarik menyelimuti tubuh.

"Good night."

Ariz menutup lampu tidur di sebelahnya.

Setelah mendengar dengkuran dari Ariz, Darweena menarik selimutnya turun. Dia memandang wajah Ariz dari tepi.

"Saya rindu awak yang dulu, Ariz. Diri awak yang sebelum kita kahwin." kata Darweena sangat perlahan.

"Awak yang nakal. Selalu buat saya senyum. Awak juga yang buat saya rasa geram dengan perangai awak. Annoying. Tapi comel."

"Aku tak sangka Darweena. Tak sangka. Aku fikir kau lain dari perempuan yang lain. Tapi kau sama je." Ariz menjerkah kuat.

"Apa maksud awak ni?" tanya Darweena.

"Kau pergi kelab malam dengan lelaki tu kan. Kau ingat aku tak tahu ke? Dan hari ni, depan mata aku sendiri kau berpelukan dengan lelaki lain."

"Bila masa saya pergi kelab malam dengan Dafi? Saya tak pernah keluar dengan lelaki lain selain awak."

"Kau jangan nak tipu aku, Darweena."

"Saya tak tipu. Awak yang fitnah saya." Darweena cuba menahan air matanya dari mengalir.

"Aku tak fitnah, Darweena. Aku ada bukti." suara Ariz keras. Dapat dilihat air mata yang bertakung pada matanya.

Ariz menyeluk poketnya lalu gambar-gambar Darweena dihulur secara kasar. Darweena menekup mulut tidak percaya. Siapa yang tangkap gambar.

"Tu kau kan Darweena."

"Ya. Ni saya tapi tak bermaksud saya masuk kelab malam dengan dia. Awak tak boleh tuduh sebarangan, Ariz. Dengar dulu penjelasan saya."

"Sudah lah Darweena. Aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Kau perempuan murahan. Entah-entah kau tu dah kena tebuk dengan orang lain."

PANG

"Jaga mulut awak Tengku Ariz. Saya bukan perempuan macam tu. Dengar dulu penjelasan saya."

"Aku tak perlukan apa-apa penjelasan dari perempuan jijik macam kau. Semua dah jelas. Kau perempuan murahan." jerit Ariz sekuat hati.

"Ariz."

"Sakit. Tapi... Semua kebenaran dah terungkap. Untuk apa disimpan lagi."

Continue Reading

You'll Also Like

375K 19.6K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...
102K 4.6K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
286K 15K 75
( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya...