Princess of Alfa Kingdom

By DemiRoseff

133K 12.1K 1K

Princess Diana, puteri yang dibesarkan sepenuhnya di istana. Semua rakyat mengenalinya tapi hanya mengenali n... More

Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
author
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
author 2
bab 34
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42
author 3
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
author 4 (last)
Thank you
Special Chapter
Special Chapter 2

bab 35

1.8K 189 25
By DemiRoseff

    "Lewis, aku nak cakap sikit dengan kau lepas ni. Leo aku nak kau join sekali." Lewis yang masih menjamu selera itu mengangguk sahaja. Leo mengeluh dan mengangguk. Tak ada sebab dia nak berkata tidak boleh kat Diana. King Dean tidak bersembang langsung dengan Diana sejak Diana berkata hal yang sebenarnya.

    30 minit menunggu tiga beradik menghabiskan makanan, akhirnya sendawa juga mereka. Diana menyuruh mereka menunggunya di bilik rahsia. Diana perlu melakukan sesuatu dahulu. Diana pergi ke bilik larangan yang sepatutnya dia tidak boleh memasuki. Dia cuma ingin membuka pintu itu tetapi tidak boleh. Tapi kunci yang Diana pegang ialah kunci bilik itu. Maksudnya kunci ni bukan kunci yang sebenarnya jadi kunci sebenar itu mesti dipegang oleh seseorang di dalam istana itu.

    Diana rasa di dalam bilik itu ada rahsia yang dia ingin mengetahui walaupun dia pun tidak tahu rahsia apa yang dia nak tahu. Pelik, bukan? Diana dapat rasa ada sesuatu ahli keluarganya simpan di dalam bilik itu. Diana memilih untuk bergerak dari bilik rahsia itu. Satu hari nanti mesti dia akan tahu juga kebenarannya. Diana berjalan pergi dari tempat itu. Hampir 10 minit berjalan dia sampai di bilik rahsia itu.

    "Asal kau lambat sangat? Penat aku tunggu." Rugut Leona. Lambat sikit pun nak marah.

    "Aku ada hal tadi."

    "Hal apa?" Soal Leona lagi.

    "Kau tak payah nak sibuk. Lewis, ada apa-apa yang kau dapat tak?" 

    "Ada. Aku dah siasat. Aku tengok ada seseorang perempuan yang mengintip kau. Tapi aku tak nampak muka dia, dia pakai hoodie tapi aku ada suruh orang bawah pergi tanya ketua news kat asrama tu dan dia cakap ada seseorang yang send artikel pada hari kejadian tu. Nanti dia bagitau aku kemudian aku bagitau kau." Terang Lewis panjang lebar.

    "Baiklah. Aku ada kerja baru untuk koranng aku nak korang masukkan sesorang manusia jahanam ni dalam penjara." Ujar Diana. Diana memandang Leo yang tengah menhirup teh itu.

    "Kau nak suruh aku ke yang buat kerja tu?" Soal Leo.

    "Aku ada pandang orang lain ke? Ada orang lain ke kat belakang kau tu? Tak ada kan." Leo mencebik. 

    "Siapa?" Soal Leo selepas dia penat merajuk. Merajuk manja-manja je. 

    "Cikgu Tom." Leo mengangguk banyak kali. "Dan Syakira Atilia." Leo mengerut kening. Siapa pulak minah tu? Tak kenal pun.

    "Okay, Diana. Aku faham kenapa kau suruh aku masukkan Cikgu Tom dalam penjara tapi yang perempuan tu, kenapa pulak. Dia buat salah apa?" 

    "Dia lah yang ejek kerabat diraja atasan. Depan semua orang pulak tu. And aku nak kau cari kesalahan dia, aku tak kira aku nak dia merempat dalam penjara tu jugak."

    "Aku tak faham. Kalau rakyat kau tahu pasal hal ni, kau tak rasa ke diaorang akan benci kau. Yelah, kau nak masukkan rakyat kau yang tak bersalah kot."

    "Aku dapat rasa, Leo. Dia buat benda yang tidak sepatutnya dia buat. Aku tak kira kau cari segala kesalahan dia dan masukkan dia dalam penjara. Full Stop." Leo hanya mengangguk tanda mengalah.

    "Tu sahaja ke benda yang kau nak cakap, Diana?" Lewis menyoalkan soalan. Leona tak rasa Diana nak cakap hal itu sahaja.

    "Kau mesti ada hal lain kau nak cakap kan, Diana." Duga Leona. Diana mengeluh, perlu ke dia memberitahu hal itu atau dia siasat sendiri. Tapi dia ada masa ke untuk semua itu. Dia tidak pergi ke Asrama Royal of Alfa Kingdom lagi mesti dia kena buat kerja kingdom. Diana perlu bukak buku bank semula untuk pastikan  setiap state yang di perlu jaga tidak ada masalah kewangan.

    "Aku ada benda yang lagi penting daripada semua tadi tu." Diana memejam mata erat-erat.

    "What is it?" Soal Leona dengan keadaan tertanya-tanya.

    "Tengah hari tadi selepas aku keluar dari bilik disiplin aku ternampak sesuatu dalam tong sampah berhadapan dengan pejabat." Ujar Diana pelahan-pelahan.

    "Ohhh, pasal tong sampah tu ke. Barang apa dalam tong sampah tu?" Leona tahu Diana akan bercakap hal ini.

    "Surat. Kau ingat lagi tak aku dengan Aaron dapat surat daripada stranger? Aku jumpa banyak gila sampul surat sama dalam tong sampah depan pejabat tu." 

    "Tapi tak semestinya kalau sampul surat tu sama, orang yang buang tu ialah orang jahat itu. Sebab sampul surat tu ramai sahaja orang pakai." Lewis memeluk tubuh memikirkan hal itu. Betul la apa yang dia cakap.

    "Satu benda yang korang tak tahu pasal surat itu. Jenis kertas dia berbeza." Diana menarik kerusi dan duduk diatasnya. Diana memerhati seorang demi seorang reaksi terhadap apa yang dia cuba sampaikan. Lewis, Leo dan Leona mengerut kening. 

    "Wait, wait what do you mean jenis kertas? What kind of kertas? Sand paper? Kardbod?" Leona pula yang kelam kabut memikirkan apa yang Diana cakapkan. 

    "Sampul surat tu menggunakan kertas uncoated. Sampul surat uncoated ni harga sepeket lebih kurang 100 lebih. Hanya orang noble sahaja yang mampu beli sampul surat uncoated ni. Tapi semalam aku tak nampak dengan betul sampul surat tu tapi aku boleh pastikan yang  sampul surat sama dengan orang jahat tu bagi kat aku and Aaron."

    "So, if memang betul sampul surat tu uncoated kau nak suruh kitaorang siasat siapa yang buang sampul tu?" Soal Leo. Diana mengangguk.

    " Yep. Just like Lewis and pengetua Henry said, penjahat tu mesti dia dekat sahaja dengan kita. Cuma kita sahaja tak perasaan. Kalau kita dah tahu siapa, kita akan tanya dia. Aku tak rasa para guru atau pekerja sekolah tu mampu beli sampul surat uncoated ni. Melainkan dia berkhawin dengan golongan noble. Kalau dia tidak, maksudnya ada something strange dengan dia." 

   "Diana, kalau dia dilahirkan kaya pulak macam mana? Kau tau kan banyak je keluarga noble muflis dan jadi rakyat biasa. Dan keluarga mereka masih tinggalkan duit yang sampai tujuh keterunan pun tak habis." Ujar Leo.

    "Kau ingat semua noble kaya raya sampai kalau muflis pun duit diaorang bergepuk-gepuk. Bila diaorang hampir muflis, mereka akan menggunakan duit dengan sejumlah yang agak banyak untuk membeli projek-projek dari company yang lain. Jadi, sekiraya mereka muflis, duit yang tinggal tidak akan jadi sebanyak itu. Mungkin diaorang ada duit muflis yang agak banyak tapi diaorang tidak akan menghabiskan duit itu dengan benda yang tida berfaedah." Panjang lebar Diana berhujah. Duit muflis itu ialah duit dari kerajaan untuk golongan noble yang muflis. Mereka boleh sahaja nak menerima tetapi disebabkan ego kebanyakkan noble tak akan ambil. Jaga nama keluarga la konon, sekarang keluarga hidup merempat.

    "Aku tahu tapi kau tak rasa ke macam agak bahaya untuk kitaorang siasat hal ni?" Lewis memandang Diana.

    "Lewis, listen. Aku nak korang buat senyap-senyap. Aku tak nak asrama tu jadi huru-hara. Kalau sampah tu sudah dibuang, aku nak kau check rakaman cctv tengok siapa yang buang."

    "Baiklah. Kau nak suruh aku buat kan, Diana?" Lewis menanyakan untuk dapatkan kepastian. Yelah siapa lagi yang nak buat, Leo dah ada kerja lain.

    "Ahah, aku nak kau take over. Okay our meeting is done. I don't want any question. Okay bye." Diana keluar dari bilik rahsia itu Leona mengekori Diana. Leona rasa ada sesuatu yang Diana tidak bagitau kepadanya. Petang tadi bila dia ingin beritahu pasal King Dean ajak dinner, Leona nampak Diana macam baru lepas nangis. 

    Diana langsung tidak sedar Leona mengekorinya, Diana jalan menuju ke taman bunga menjadi tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran. "Diana ni okay ke?" Omel Leona.

    "Leona, kau fikir aku tak tahu ke kau ikut aku dari tadi?"

    "Opocot mak kau sherk!" Leona memegang jantungnya, sesak nafas.

    "Padan muka. Siapa suruh ikut orang."

    "Aku just nak pastikan kau okay je." 

    "Okay je. Kenapa?" Leona duduk di kerusi dan menghirup teh yang disediakan oleh tea lady. Memang sudah menjadi tatatertib dalam istana untuk menghidangkan air di mana-mana sahaja di dalam istana. Bila ada ahli keluarga kerabat diraja atasan duduk dekat tempat tu la, kalau tempat tu kosong tidak la tea lady sediakan air.

    "Kau fikir aku ni bodoh ke, Diana?"

    "Maksud kau?" Diana juga turut menghirup teh itu. Aroma yang menyelerakan itu membuatkan Diana tidak boleh abaikan air kegemarannya itu. 

    "I told you, kita kawan sejak kecik Diana. Aku kenal kau. Sedingin mana pun kau, kau tak boleh sorokkan perasaan kau." Leona menyilangkan kaki dan memeluk tubuh.

    "Kau salah. Tidak ada sesiapa pun dalam muka bumi ni kenal diri sebenar aku." Leona terkejut dengan apa yang Diana cakapkan. 

    "What do you mean, Diana?"

    "Sometimes I don't even understand myself. I tried Leona, I tried but I still don't understand." Leona pandang wajah Diana yang menunjukkan riak wajah yang sedih. Leona tidak pernah nampak Diana macam ni, jarang sekali untuk nampak Diana menangis. 11 tahun dia mengenali Diana, Leona perasan Diana sangat pandai sorokkan perasaan.

    "Asal kau tengok aku macam tu, Leona?" Leona mengelengkan kepala.

    "Apa yang kau tak faham, Diana?" 

    "Aku sendiri tak tahu apa yang aku tak faham. Aku sebenarnya nak sangat hidup macam orang lain, bebas. Kadang-kadang aku selalu rasa aku dilahirkan untuk dijadikan aset kingdom. Jujur Leona, aku sedar aku dah jatuh cinta dengan Adrian. Aku nak sangat terima dia tapi aku tahu aku tak boleh. Why, Leona? Why? Is it because I don't deserve love? Is it because I'm not perfect?"

    "Kau mana boleh cakap macam tu. Kau perfect la." Diana menyapu air mata yang jatuh di pipi. Makin lama makin lebat air mata dia keluar. Selama ni dia tidak pernah menyoalkan perkara ini tetapi dia selalu tertanya-tanya. Leona tidak tahu nak buat apa bila Diana menangis. Leona menundukkan kepalanya.

    "Ayahda malu ke ada anak macam aku. Sampai dia kurung aku dalam istana. Selama ni aku cakap je aku tak kesah tapi aku teringin nak keluar jalan-jalan tengok kingdom sendiri. Aku tengok rakyat aku hina aku sebab aku tak pernah berjumpa diaorang, aku sedih aku tak pernah terfikir nak minta izin ayahda yang aku nak jumpa rakyat sebab aku takut ayahda akan marah. Bila aku pergi asrama Royal of Alfa Kingdom, aku seronok. Sebab aku boleh belajar berkawan, aku boleh rasa macam mana belajar dalam kelas, aku boleh rasa makan sama-sama dengan kawan-kawan. And now, it is just a piece of memory."

    Jujur, Leona tidak menyangka Diana akan berkata sebegitu. Leona rasa dia tidak mengenali Diana selama ini. Seseorang hati keras tetapi senang terluka. Sebenarnya, seseorang yang dingin ni dia lah seseorang yang paling senang terluka. Dia lah manusia yang takut akan reality, takut disakiti dan akhirnya menjadi seseorang yang pura-pura kuat. Leona juga selalu menyoalkan soalan terhadap diri sendiri. Adakah dia betul-betul ingin mejadi seseorang dayang? Padahal cita-citanya untuk menjadi askar. Dia berusaha keras belajar berlawan tetapi hanya menjadi seorang dayang.

    Leona menoleh melihat Diana yang tenggelam dalam lamunan sendiri. Selama ni dia berbangga berkawan dengan princess kingdom kerana pangkat Diana yang tinggi tetapi buat apa ada pangkat yang tinggi kalau bahagia tidak dikecapi. Diana tidak pernah ada masa untuk dirinya kadang-kadang. Sibuk dengan kerja kingdom. Diana mesti dah penat dengan semua tu. Tak apa lah Diana. Keep smiling and one day life will get tired of upsetting you. 

    "Kau kenapa Leona, senyap je?" Diana pula menoleh memandang Leona. Leona senyum, Leona tengok mata Diana sedalam-dalamnya. Betulkah kita akan dapat sesuatu yang kita nak dalam hidup ni, Diana? Soalan itu kekal berada di dalam mindanya. 

    "Tak ada apa-apa. Dah la jom masuk bilik, tidur lagi bagus." Diana tersenyum.

    "Kau dengan tidur mana boleh dilepaskan. Kalau boleh nak bawak je bantal tu kehulu-kehilir." 

    "Mana ada. Aku ngantok la." Leona memuncung bibir. Ingat comel ke tu? Eyuk.

    "Dah la jom." Diana dan Leona berdiri dan berjalan keluar dari taman bunga itu. Mereka tidak sedar ada telinga mendengar perbualan mereka. Dia juga keluar dari taman bunga dan menuju ke kerusi di luar taman itu.

    "Aku gagal. Aku gagal jaga dia. Maafkan Dean, moyang. Dean gagal." King Dean menangis sambil memandang langit yang tiada bintang itu. Agaknya bintang pun tak nak bersinar kerana kecewa dengan dirinya. 

    "Sayang." King Dean terkejut bila ada seseorang menegurnya.

    "Ohh, Dona. Terkejut saya."

    "Sorry. Sayang tengok apa tu?" Queen Dona memeluk King Dean. King Dean senyum. King Dean membalasnya.

    "Tengok langit. Cantik kan?"

    "Cantik walaupun tiada bintang." Queen Dona mengeratkan lagi perlukannya. Dia dengar apa yang King Dean luahkan tadi.

    "Sayang, awak tak gagal. Awak tak pernah gagal." King Dean terkejut bila Queen Dona berkata bergitu. 

    "Dona, awak dengar ke apa yang saya cakapkan tadi?" King Dean menarik dagu Queen Dona supaya memandang wajahnya. Queen Dona mengangguk. "Dona, awak salah. Saya memang gagal. Saya gagal bahagiakan dia." 

    "Dona tahu bila Diana mengetahui sebab utama kita kurungkan dia, dia akan berterima kasih dengan kita. Sayang, walaupun Diana tu bukan anak kandung kita tapi saya tahu awak sayangkan dia seperti anak awak sendiri. Sebab saya sayangkan Diana macam anak saya sendiri."

    "Betul. Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Saya sentiasa sayang dia macam anak saya sendiri sampai bila-bila. Itu janji saya terhadap moyang, janji."



Continue Reading

You'll Also Like

852K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
190K 10.5K 26
Sarah... Nerd, selalu ikat ponytail... Hanafi... Nakal, selalu kacau Sarah... Tapi... Satu kejadian telah berlaku... Sebelum tamat Sekolah Menengah...
73.3K 4.9K 35
[TeenFiction] Triple N? Sekumpulan gadis nerd yang sering dibuli kerana gaya pemakaian mereka yang agak serabut ditambah kaca mata bulat yang mereka...
36.6K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...