Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

6K 638 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 13
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25

Chapter 14

188 24 11
By -Akio-Akeichi-

Setelah masa berlalu dengan pantas, akhirnya makanan tengahari telah terhidang dengan cantik di atas lantai ruang tamu rumah ketua kampung. Kelihatan mereka semua sedang duduk mengelilingi masakan Nek Mah dan bersiap untuk menjamahnya. Sebaik sahaja lafaz bismillah dan doa makan dibacakan, mereka semua mula menjamah masakan Nek Mah dengan penuh nikmat dan kesyukuran kerana diberikan rezeki di tengahari itu untuk mereka makan. Jika tiada rezeki yang diberikan oleh Allah, maka tentu sahaja tengahari itu mustahil untuk mereka menjamah sebutir nasi yang dihidangkan. Itulah mengapa mereka merasa bersyukur kerana masih diberikan rezeki yang melimpah dari Allah.

"Ah, by the way! Senior Harraz orang Negeri Sembilankan?" Tanya Rafia yang membuka percakapan di tengah ia menjamah makanan miliknya.

"Hmm.. ya! Cuma senior campuran Minang dan Selangor! Ibu dari Negeri Sembilan, dan Ayah dari Selangor. Awalnya, senior menetap di Negeri Sembilan. Tapi, bila mereka meninggal di saat usia senior lima tahun, senior akhirnya menetap di Selangor bersama datuk belah ayah! Itu sahaja keluarga senior satu-satunya yang tinggal!" Jawab Harraz.

"Patutlah dialek senior tak macam orang negeri!" Ucap Rafia sambil mengangguk tanda faham.

"Tapi selera abang more kepada sana!" Sampuk Eira.

"Haha.. ya betul tu! Abang lebih suka masakan Minang dari masakan Melayu, terutama kalau masakan tu pedas! Lagi abang suka!" Ujar Harraz sambil tertawa kecil.

"Hmm.. memang sehati sejiwa betullah pasangan Eira dan Harraz ni! Eira ni pun suka sangat makan pedas! Hah, moleklah tu kamu berdua!" Ujar Nek Mah.

"Ya, banyak sangat sedondonnya tu!" Sokong Tok Ketua.

"Tapi.. kenapa kau tanya Rafia?" Tanya Eira.

"Ouh, takde! Masa kami petik sayur tadi.. tiba-tiba terbangkit pula isu pasal Senior Harraz! Sebab tu tanya tu!" Jelas Rafia dengan santai.

"Yeke!" Sahut Eira sambil mengangguk faham.

Rafia hanya meneruskan acara makannya tanpa berkata apa-apa lagi. Namun, matanya masih lurus ke arah Fiqah yang sedang menikmati masakan Nek Mah dengan girangnya. Kelihatannya gadis yang merupakan sahabatnya itu sangat suka dengan sayur segar yang baru sahaja dipetik oleh mereka tadi, bahkan sangat enak dijadikan sebagai ulam-ulaman. Setelahnya, pandangannya beralih kepada Nek Mah yang sedang menuangkan air ke dalam gelas sang suami di saat suaminya itu sedang berbual tentang isu kampung bersama tiga jejaka muda yang ada bersama dengan mereka. 

"Ouh, jadi kampung ni dulu sangat aktiflah ya!" Ujar Haikal yang membalas kata-kata ketua kampung.

"Tentu sahaja! Boleh dikatakan hampir tiap bulan kita akan adakan aktiviti yang boleh mengukuhkan hubungan sesama masyarakat di kampung ni! Tujuannya adalah merapatkan ukhuwah kita sebagai umat Islam!" Jawab Syahiril dengan bangga.

"Ya! Tapi tulah! Sejak apa yang berlaku sekarang ni.. banyak masalah yang berlaku! Hubungan antara orang kampung pun dah mula merenggang! Haahh~" Desah Tok Ketua dengan nada sedih.

"Tok dan orang kampung kena bawa banyak bersabar! Lagipun, ini semua ujian Allah! Insyaallah berkat kesabaran dari tok dan orang kampung semua.. Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih besar lagi!" Ujar Harraz.

"Insyaallah! Terima kasih Nak Harraz! Tok senang sangat bila Allah beri peluang kepada tok untuk bertemu dengan anak-anak muda seperti kamu semua!" Ucap Tok Ketua dengan senang hati.

"Hmm.. bercakap tentang kes tahfiz ni.. insyaallah kita akan dapat jawapan dari Ustaz Qairul malam ni juga! Tadi semasa uruskan urusan di sekolah, Ustaz Qairul bergegas untuk bertemu dengan Tuan Suhaiman bersama Abang Hadwan!" Sampuk Syahiril.

"Ustaz cakap ke kalau dia akan maklumkan malam ni?" Tanya Eira.

"Ustaz kata kalau cepat dapat keputusan.. maka cepatlah dia akan bagitahu! Sebab apa aku kata malam ni.. itupun sebab ustaz akan uruskan penutupan sekolah untuk sementara! Ini semua berkait dengan keselamatan para pelajar dan para pekerja!" Jelas Syahiril.

"Hmm.. bagus juga kalau sekolah akan ditutup! Kita boleh jalankan operasi secara penuh!" Fikir Fatin.

"Ya! Itu yang Ustaz Qairul sedang uruskan sekarang! Sebaik sahaja dapat persetujuan dari Tuan Suhaiman, maka ustaz akan terus ke jabatan pendidikan untuk uruskan penutupan sekolah! Kes pelajar hilang dan kematian guru disiplin serta rasa trauma dari para staf sekolah termasuk ibu bapa dah tak dapat dibendung! Jadi, sepatutnya kelulusan penutupan sementara pasti dapat dilakukan dengan serta merta!" Tambah Syahiril.

"Baguslah kalau kita boleh dapat jawapan dengan secepat mungkin! Kes ni pun dah lama, dan sudah tak boleh dibiarkan lagi! Sedangkan Syahiril juga hampir menjadi mangsa!" Ucap Tok Ketua.

"So, macam mana pula dengan Abang Hadwan?" Tanya Rafia.

"Kalau dilihat dari situasi tadi.. Abang Hadwan kemungkinan akan ikut dalam operasi kita! Tapi bergantung kepada rancangan Eira jugalah! Lagipun yang memimpin kes ni adalah Eira sendiri!" Jawab Syahiril lalu meneguk air dari cawan miliknya.

"Hmmm..." Gumam Eira yang tenggelam dalam pemikirannya.

"Nanti sahajalah kamu berbincang tentang rancangan tu! Sebaiknya kamu semua habiskan makanan tu dulu! Lepas makan baru sambung balik!" Celah Nek Mah.

"Baik, Nek Mah!" Sahut mereka semua dengan akur.

Setelahnya mereka semua kembali fokus dengan hidangan tengah hari yang disediakan oleh Nek Mah. Tidak membuang-buang masa, sebaik sahaja selesai makan, Fatin dan Eira segera membantu Nek Mah untuk mencuci pinggan. Manakala Kemy dan Rafia membantu dalam mengemas tempat makan. Fiqah pula menyediakan santapan ringan setelah makan bersama Nek Mah untuk para lelaki yang duduk berbual di ruang tamu. Mereka berbual ringan bersama Tok Ketua setelah makan. Disela perbicaraan mereka, tiba-tiba Harraz teringat akan sesuatu.

"Ouh, ya! Tadi masa Harraz beli barang dengan Eira.. kami dicegat oleh dua orang pemuda! Gaya mereka nak dikatakan macam samseng pun.. nampak lebih macam anak nakal! Tapi, Harraz lihat.. Eira macam takut sahaja dengan mereka berdua! Boleh Harraz tahu siapa mereka berdua?" Ucap Harraz dengan senyuman lembut.

"Ouh, itu pasti Suhairi Hasrullah dengan Afwan Ariffin!" Sahut Syahiril dengan serta merta.

"Huh? Siapa mereka tu?" Tanya Haikal.

"Mereka tu samseng kampung! Tapi tak nampak sangat macam samseng! Kerja mereka suka mengusik anak dara kampung ni, haa! Eira memang takut dengan mereka kerana Eira selalu sahaja diganggu oleh mereka! Tunang Syahiril dulu pun kena ganggu! Tapi dorang dah tak berani lepas hadap Syahiril! Lagi satu.. Rafia tu mahir ilmu silat! So, Syahiril takde risau mana! Cuma Eira jelaa masalahnya!" Jelas Syahiril.

"Hmm.. saya memang tak nafikan kalau Eira tu popular! Masa di sekolah pun.. ramai peminat dia lepas semua orang tahu kelebihan dia dalam paranormal! Saya sendiri juga suka Eira masa tu!" Fikir Haikal.

"Haih! Kalau Suhairi tu.. aku masih boleh tenang! Walaupun dia berkelakuan macam tu.. tetapi dia masih tahu hormatkan perempuan! Dia tahu martabat dan batas antara lelaki dan perempuan! Kira dia masih boleh dipercayai! Hanya sahaja.. aku paling risau kalau itu Ariffin! Aku tak tahulah kalau benda ni betul ataupun tidak! Tapi ramai yang mengatakan kalau Ariffin tak tahu batas antara lelaki dan perempuan! Itu jelaa yang aku dengar! Selebihnya, wallahualam! Hanya Allah sahaja yang tahu sama ada itu betul ataupun tidak!" Jelas Syahiril.

"Bincang apa ni?" Sampuk Rafia yang muncul bersama Fiqah yang datang membawa dulang air dan snek ringan.

"Tidak! Kami cuma berbual tentang Suhairi dan Afwan sahaja!" Jawab Syahiril.

"Hah? Apa lagi yang dua orang tu buat? Mesti dorang ganggu Eira lagikan!" Tanya Rafia yang sedikit melenting.

"Ya, Allah! Apa yang kau marahkan sangat ni, Rafia?" Tegur Eira yang turut muncul di sana setelah selesai melakukan pekerjaannya bersama yang lain.

"Dia melenting lepas sahaja dengan tentang dua jejaka nama Suhairi dan Afwan!" Jawab Fiqah yang sedang menghidangkan teh kepada para jejaka.

"Abang... cerita tentang apa yang berlaku masa kita beli barang tadi ke?" Tanya Eira dengan nada terkejut.

"Abang cuma bertanya! Belum bercerita lagi!" Jawab Harraz dengan senyuman lembut.

"Hah? Apa yang terjadi tadi?" Tanya Rafia yang masih panas hati.

"Astagfirullah al-azim! Cuba bawa bertenang, Rafia! Kau tahukan kalau sebagai Islam ni.. kita tak boleh marah! Banyakkan bersabar! Rasulullah sendiri pun pernah bersabda.. kalau kita nak masuk syurga.. salah satunya adalah menahan rasa marah kita! Kalau sukar sangat.. lakukan beberapa perkara untuk kita bertenang!" Pesan Fatin dalam nada memujuk.

"Bawa istigfar dan tarik nafas! Chill~ relax~~" Sampuk Fiqah sambil membuat gaya menarik nafas dalam keadaan tenang seperti yoga.

"Huft!" Desah Rafia yang kembali bertenang.

"Bagus!" Puji Fiqah.

"Hmm.. apa yang kau marahkan sangat dengan dua orang tu?" Tanya Kemy.

"Dua orang tu adalah penyangak yang selalu kacau anak dara dekat kampung ni! Boleh dikatakan semua anak dara dorang nak tackle.. Aku dan Eira selalu jadi mangsa! Tapi dorang tak berani ganggu aku sebab Syahiril! And lagi satu sebab aku ni kuat! Cuma Eira ni jelaa.. Dahlah lemah.. sopan.. tak suka gaduh! Comel dan popular pulak tu! Lagilah jadi mangsa utama dorang! Nak lagi Afwan Ariffin! Pemuda paling tak senonoh tingkah-laku dia!" Jelas Rafia yang sedikit mengeluh.

"Afwan sahaja? Suhairi tu apa cerita? Kalau mereka berdua tu.. penyangak terbesar!" Tanya Fiqah dengan wajah ingin tahunya itu.

"Suhairi masih boleh bawa bincang! Walaupun dia dua kali sama dengan Ariffin tu.. still dia masih hormatkan perempuan! Kalau Ariffin mula berkelakuan tak senonoh.. selalunya Suhairi tulah yang menghalang. Kira dia masih baguslah dari Ariffin!" Jawab Rafia.

"Yeah~ Suhairi masih tahu batas! Tak macam Ariffin! Ariffin selalu melampaui batas! Kalau bukan kerana Suhairi sebelum ni.. tak tahulah apa yang Afwan akan lakukan pada Eira masa tu!" Ujar Syahiril sambil memicit keningnya.

"Huish.. Eira hampir dilecehkan ke?" Tanya Kemy.

"Hampir! Tapi tak sempat sebab Suhairi yang menghalang! Masa tu.. Afwan cuba pegang tangan Eira! Then Suhairi cepat-cepat tepis!" Jawab Eira dengan nada lelah.

"Begitu.." Ucap Harraz sambil mengangguk tanda faham.

"Err.. sudahlah tu! Lagipun, tu perkara lama! Eira pun jarang balik kampung lepas tok wan dah takde! So, tak perlu difikirkan lagi!" Ujar Eira dengan kekok.

"Mana boleh macam tu! Suami kau kena tahu benda ni, Eira! Jadi, dia boleh buat langkah pencegahan daripada awal!" Tegas Syahiril.

"Entah! Kaukan sekarang dah sah jadi isteri kepada senior! Jadi, sebagai suami.. senior kena ambil tahu semua masalah yang pernah melanda isteri dia! Barulah itu dianggap sebagai bertanggungjawab!" Tambah Rafia.

"..........."

"Hmm.. apa yang dikatakan oleh Nak Syahiril dan Nak Rafia tu ada betulnya juga, Eira! Tok setuju kalau Harraz tahu benda ni! Lagipun, yang membuka pertanyaan ini adalah Harraz sendiri.. Bila sesuatu pada isteri dia.. tentu sahaja dia akan bertanya! Cuma yang lebih baiknya.. janganlah sesuatu aib itu keluar dari mulut orang-orang! Ada lebih baiknya kamu berdua selesaikan secara peribadi! Urusan rumah tangga seperti ini.. lebih baik kamu berdua sahaja yang selesaikan! Kalau dengar dari mulut orang takut menyebar fitnah dan aib! Macam yang kamu lakukan sekarang! Bergosip tentang dua orang jejaka sesuka hati! Entah benda betul atau salah! Tak ke itu mengundang fitnah?" Ujar Tok Ketua dengan tenang.

"Betul tu! Nek Mah setuju sangat  dengan apa yang suami Nek Mah katakan!" Sokong Nek Mah.

"Errr.. maafkan kami! Kami janji tak akan memburukkan sesiapa lagi!" Ucap mereka semua dengan nada serba salah.

"Baguslah kalau kamu semua sedar akan kesalahan kamu semua! Berfikir positiflah pada seseorang walaupun kita rasa mereka salah! Apa yang kau dengar kebanyakannya hanya rumor! Kalau nampak depan mata sendiri.. barulah dicegah dan dinasihati!" Pesan Tok Ketua.

"Baik tok!" Sahut mereka semua.

"Hmm.. nanti Eira akan cerita dekat abang tentang mereka, ya?" Ucap Eira.

"Baiklah!" Sahut Harraz lalu tersenyum.

"Ya! Dengar secara langsung dari isteri kamu tentang apa yang ia alami itu lebih bagus dari orang lain! Takutnya fakta yang disampaikan malah ditambah-tambah tanpa usul periksa! Yang alami perkara itu adalah isteri kamu! Moleklah kamu bertanya langsung dengan dia! Tok tahu kamu risau.. tapi perkara ini sangat serius! Islam sendiri juga berpesan.. jangan mengundang fitnah atau memfitnah orang! Jangan bercerita keburukan orang atau mendengar rumor tentang orang tanpa usul periksa! Itu sama dengan kita memakan daging saudara yang kita fitnah dan bualkan!" Nasihat Tok Ketua.

"Baiklah! Akan Harraz ingat pesanan tok!" Sahut Harraz yang menerima perkara itu dengan baik sehingga membuat ketua kampung itu tersenyum.

"Tapikan.. apa yang buat kau tiba-tiba sahaja bertanya akan perkara ni?" Tanya Haikal.

"Ouh, begini! Masa aku dengan Eira dalam perjalanan nak beli barang......" Cerita Harraz.

Mereka semua mendengar segara rincian cerita yang disampaikan oleh Harraz dengan saksama. Harraz hanya menceritakan apa yang terjadi, dan bagaimana tindakan dia dalam melindungi sang isteri daripada dua jejaka asing tersebut. Ada juga yang Harraz selitkan tentang reaksi kedua pemuda itu setelah mengetahui bahawa Eira sudah sah menjadi isterinya. Maka, berbagai reaksilah yang muncul di wajah mereka yang lain. Rafia dan Syahiril hanya tertawa apabila mendengar cerita itu. Fiqah, Fatin, dan Kemy duduk dalam kebingungan apabila mendengarnya. Manakala Haikal sendiri hanya duduk diam sambil tersenyum bangga kepada Harraz, dan tok ketua serta Nek Mah hanya bersikap biasa. Eira? Dia hanya terduduk diam dengan wajah memerah setelah mendengar rincian cerita dan maksud tersirat dari suaminya itu.

"Wah, wah! Ku tak menyangka kalau sahabatku yang baik dan alim ini.. ada sisi liciknya juga!" Ucap Haikal dengan nada bangga sekaligus mengusik.

"Hmph! Siapa suruh mereka ganggu isteri aku!" Dengus Harraz.

"Jadi.. maksudnya dekat sini.. senior cemburulah ni?" Teka Kemy.

"Tentulah! Suami siapa yang tak cemburu jika isterinya diusik oleh pemuda-pemuda lain!" Ungkap Rafia dengan senang hati.

"Haih~ nampaknya lepas ni.. mereka tak akan berani ganggu Eira! Dari kisah senior sendiri.. boleh nampak kalau mereka berdua syok berat! Kesian.." Ujar Syahiril yang turut berpuas hati dengan apa yang terjadi.

"So, dah fahamkan kenapa senior bertanya akan mereka berdua?" Ucap Harraz sambil menyisip teh yang dihidang oleh Fiqah sebentar tadi, dan diam-diam menyisipkan tangannya untuk menyentuh tangan sang isteri yang duduk disebelahnya.

Blush~~~

"Aik? Apahal wajah kau merah macam tu, Eira?" Tegur Fatin yang langsung membuat Eira gegabah.

"Hadeh~ macam tak tahu pulak! Tentu sahaja dia malu bila dengar kalau suami dia sengaja buli Afwan dan Suhairi gara-gara cemburu!" Keluh Fiqah.

"Hahahahaha.. biasalah! Mereka berduakan masih dalam kategori.. pengantin baru! Tentulah masih malu-malu!" Tawa Haikal.

"Kau ni.. kalau dalam mengusik orang memang nombor satu!" Sindir Kemy kepada tunangnya itu.

"Eiii~ of course! Kalau kita berdua dah sah pun.. awak yang saya selalu usik! So, jangan cemburu ya, sayang~~" Usik Haikal.

"Eeeeeeeeeee!!! Gelilah! Jangan panggil aku sayanglah! Ughhh~~" Tempik Kemy yang meremang bulu romanya apabila mendengar usikan dari Haikal.

"Haaahh~ sudah-sudahlah tu! Tutuplah topik berkaitan dengan benda-benda ni! Kita sepatutnya berbincang tentang masalah tahfiz tu! Then buat plan! Bukan benda ni kita kena fokuskan!" Keluh Eira yang sudah mula bertenang.

"Ahhh~ betul juga tu! Tadi kita memang nak bincang benda ni!" Sahut Syahiril.

"So, apa plan dia?" Tanya Fiqah.

"Hmm.. kalau boleh aku memang nak Abang Hadwan involve dalam siasatan ni! Even aku adalah guru sekalipun.. aku tak pernah masuk lagi area terlarang! And perkara pentingnya, takde yang berani ronda kawasan tu melainkan Abang Hadwan! Selama menjadi security di sekolah.. Abang Hadwan dah hafal betul setiap kawasan tu, terutama kawasan terlarang! Aku hanya mampu prepare data-data sekolah jer!" Ujar Syahiril.

"Aku memang nak masukkan Abang Hadwan dalam team! Lagipun, Abang Hadwan memang banyak pengalaman dalam benda-benda ni! Cuma abang takde keistimewaan macam aku dan Abang Harraz!" Ungkap Eira.

"Hmm.. molek juga tu!" Sahut Kemy.

"And kalau boleh aku nak bahagikan team! Setiap team akan berjaga untuk satu kawasan! Memandangkan kita ada sembilan orang termasuk Syahiril dan Abang Hadwan.. so tiga team akan ada dua orang, dan satu team akan ada tiga orang!" Tambah Eira sambil menatap Rafia yang tiba-tiba mengeluarkan sebuah buku catatan untuk mencatat setiap perkara penting yang disebut oleh dirinya.

"Hmm.." Gumam Rafia yang fokus dengan catatannya.

"Memang pembantu aku yang terbaik!" Batin Eira sambil tersenyum.

"So? Macam mana nak tentukan team?" Tanya Kemy.

"Kalau team lelaki perempuan.. memang bagus! Tapi kita meronda waktu malam.. jadi macam tak baik pula kalau berdua!" Fikir Haikal.

"Tapi kalau lelaki dan perempuan.. sekurang-kurangnya yang lelaki boleh lindungi perempuan! Sebab kawasan sekolah tu area yang paling berbahaya! Nak lagi area terlarang!" Ungkap Syahiril.

"Haish.. susah jugakan!" Keluh Fatin.

"Kalau Harraz dan Eira.. mereka takde masalah jadi satu team! Yang selebihnya sahaja yang akan jadi masalah!" Ujar Haikal.

"So, macam mana?" Tanya Fiqah yang menatap ke arah Eira.

"Senang! Fatin dan Rafia satu team! Rafia walaupun nampak macam ni.. tapi dia kuat! Abang Hadwan selalu kalah dengan Rafia kalau masuk bab-bab silat! So, takde masalah kalau biarkan dia untuk lindungi Fatin! Lagipun, Fatin selalu lemah!" Jawab Eira.

"Okay.. itu aku setuju!" Sahut Fiqah.

"Then, Abang Harraz, Senior Haikal, dan Syahiril akan jadi satu team! Seterusnya, Fiqah dan Abang Hadwan akan jadi satu team! Aku dan Kemy pula satu team!" Tambah Eira.

"Huh? Wait! Kenapa kau tak dengan Senior Harraz sahaja? Then biarkan Fiqah dan Kemy jadi satu team.. yang selebihnya Syahiril, Abang Hadwan, dan Senior Haikal jadi satu team!" Ujar Rafia dengan wajah bingung.

"Ada sebab kenapa aku buat pair macam tu! Aku dan Kemy akan jadi centre antara semua team! Kemy akan kawal pusat kepada semua kawalan! So, dia tak boleh banyak sangat bergerak! Aku pula akan berjaga-jaga di sisi dia! Sebab tu, aku perlu dengan Kemy! Untuk kenapa aku letak  Abang Harraz dengan Syahiril dan Senior Haikal adalah sebab abang boleh lindungi mereka berdua! Syahiril walaupun kuat.. tetapi sekarang dia sedang alami fasa kutukan ritual sesat! Jadi, kalau apa-apa jadi.. Abang Harraz boleh handle dengan ilmu dia! Senior Haikal pula boleh bantu dengan siasatan data-data sekolah memandangkan senior selalu jalankan tugas sebagai polis khas sekolah! Jadi mereka bertiga akan jadi team yang sesuai!" Jelas Eira.

"Begitu~ Aku faham sekarang! Sebab apa kau tempatkan Senior Harraz dengan team lain adalah supaya senior boleh lindungi Syahiril dan Senior Haikal! Kalau Senior Harraz dengan kau.. takut semuanya tak balance!" Ujar Fiqah yang mula faham akan rancangan dari ketua mereka itu.

"Baiklah! Untuk kenapa aku pasangkan Abang Hadwan dengan Fiqah pula adalah sebab mereka memang padan untuk jalankan tugas keselamatan. Aku tak kata kalau aku akan biarkan Fiqah meronda berdua dengan Abang Hadwan. Sebab untuk team meronda tak sama dengan team yang sekarang ni! Kita akan buat dua kumpulan untuk meronda! Ini aku akan jelaskan nanti! So, Fiqah dan Abang Hadwan sesuai dalam menjaga keselamatan kita semua. Fiqah pemegang tali pinggang hitam dalam karate, dan Abang Hadwan juga sama dalam silat! Mereka juga berani dan santai! Fiqah jenis yang santai dan tenang, manakala Abang Hadwan pula teliti dan serius dalam segala hal! So, aku rasa memang sesuai untuk biarkan mereka yang urus hal keselamatan kita semua! Itu tugas mereka!" Jelas Eira.

"Aku setuju untuk biarkan Abang Hadwan dan Fiqah settlekan urusan keselamatan!" Sokong Rafia.

"Then! Untuk urusan siasatan kes.. itu akan diserahkan pada team Syahiril! Memandangkan Syahiril memegang kunci data sekolah, dan Senior Haikal terbiasa dengan siasatan.. So, mereka sesuai berdua di mana Abang Harraz yang akan lindungi mereka dari perkara buruk! Manakala untuk team Rafia dan Fatin.. mereka akan bergerak untuk pemeriksaan! Kalau team Fiqah tadi tugas dalam memantau keselamatan, maka Rafia dan Fatin akan memeriksa kawasan! Fatin ada deria yang kuat terhadap tempat-tempat bermasalah! Manakala Rafia mahir dalam melawan jin dan iblis! So, mereka sesuai berdua! Aku dan Kemy akan jadi supporter! Kemy akan pantau seluruh aktiviti dan mengasingkan segala isu penting dan tak penting! Yeah~ pada hakikatnya, dia lebih mahir dalam urusan teknikal! Manakala aku pula akan memimpin korang semua, termasuk hal berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus!" Tambah Eira.

"Faham, faham!" Sahut mereka semua.

"Buat masa ni.. itu sahaja aku boleh sediakan dalam pembahagian team dan tugas! Setiap team memiliki peranan masing-masing! And korang juga akan dibahagikan lagi untuk team meronda! Team pertama adalah Fiqah, Syahiril, Kemy, dan Abang Hadwan! Manakala yang kedua adalah Senior Haikal, Abang Harraz, Fatin, dan Rafia! And aku akan duduk di bilik guru disiplin! Sebab segala pusat masalah dari semua perkara ini adalah bilik guru disiplin itu sendiri! Aku akan sentiasa berkomunikasi dan pantau korang semua dari sana!" Ungkap Eira.

"Tak bahaya ke kalau kau seorang je, Eira?" Tanya Fatin.

"Tidak! Apa yang abang boleh lihat dari rancangan Eira adalah.. semua team seimbang dengan Eira menjadi pusat! Jika diperhatikan susunan sekolah.. boleh dikatakan bahawa lokasi bilik disiplin berada di tengah-tengah sekolah, dan dikelilingi empat kawasan. Area terlarang, bangunan kelas, padang sekolah, dan kantin yang tersambung dengan makmal dan lokasi parking. Pejabat atau bilik disiplin berada di tengah-tengah lokasi ni semua! Jika dua team berpecah untuk mengawal dua kawasan, maka kita tetap akan sempat untuk menuju ke bilik guru disiplin jika berlaku sesuatu pada Eira. Sebabnya, setiap celah yang kita lalui pasti akan bersambung dengan bangunan tengah!" Jelas Harraz.

"Begitu.." Sahut mereka yang lain.

"Rancangan yang bagus! Kamu pertimbangkan semuanya dengan baik, Eira! Tak sia-sia Suhaira mendidik kamu!" Puji Tok Ketua yang dari tadi mendengar perbualan mereka.

"Eira dah fikirkan dari awal rancangan ni, tok! Tinggal menunggu kebenaran sahaja.. maka, operasi ni akan bermula!" Ucap Eira.

"Baguslah tu! Cuma Nek Mah nak pesan! Jaga diri dan berhati-hatilah ya! Jangan sampai terluka!" Pesan Nek Mah.

"Baik, Nek Mah!" Sahut mereka semua dengan semangat.

"Syahiril! Tolong hantar detail ni pada Abang Hadwan! Takut dia terlepas pulak!" Pinta Eira.

"Insyaallah~ akan aku lakukan!" Sahut Syahiril.

"So, kita tinggal tunggu waktu malam sahajalah! Harap semuanya dipermudahkan!" Ujar Harraz.

"Amin Ya Robbal Alamin.." Sahut mereka yang lain.

Setelah selesai perbincangan itu, mereka semua duduk bersantai. Para jejaka masih meneruskan perbualan di antara mereka. Manakala para gadis pula menyusun kembali setiap rancangan dan tugas yang diberikan oleh Eira. Kemy yang setelah menerima tugas dari sang ketua langsung bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab dalam urusan teknikal. Dia perlu menyediakan peralatan penting untuk memudahkan kerja mereka semua. Ditambah lagi ia perlu menyediakan beberapa buah jam tangan khas, kaca mata khas, dan peralatan yang pernah ia berikan kepada sahabatnya sepanjang penyelidikan di Sekolah Seri Setia sebagai ahli Skuad Penyiasat Paranormal dulu kepada para jejaka yang lain. Itu semua untuk memudahkan siasatan mereka semua, terutama melibatkan komunikasi antara semua kumpulan.

Malam hari, di rumah Tok Wan kepada Eira, sesudah Isyak~

Tting~

"Alhamdulillah! Ustaz Qairul dah hantar pesan! Semuanya berjalan lancar dan kelulusan sudah diberi! Esok kita semua akan ke sekolah untuk perbincangan lebih lanjut bersama Abang Hadwan dan Tuan Suhaiman. Setelah itu, dalam dua hari.. sekolah akan dikosongkan.. dan kita boleh buat persiapan pada hari tu!" Ucap Syahiril setelah melihat notis pesanan di telefon pintarnya.

"Bagus! Dengan kelulusan yang diberi.. maka bermulalah siasatan kita semua!" Sahut Eira.

"Yosh~ lamanya tak jadi anggota skuad! Sekarang kita semua akan menjadi Skuad Penyiasat Paranormal kembali~~" Sorak Kemy dengan semangat ditengah-tengah ia menyelesaikan ciptaan gadjet khas miliknya.

"Aku akan gerak untuk sediakan proposal untuk esok!" Ucap Rafia yang langsung mengeluarkan laptop miliknya.

"Aku akan bantu!" Sampuk Fatin.

"Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah!" Ucap Harraz dengan senyuman manis miliknya.

"Huahahahahaha.. aku tak sabar nak kembali bertugas!" Tawa Fiqah yang turut bersemangat sambil membantu Kemy.

"Baguslah! Nampaknya semuanya bersemangat untuk selesaikan kes ni! Aku berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin, dan semua orang dilindungi oleh Allah!" Batin Eira yang tersenyum disaat menatap mereka yang lain...

Tetapi, dibalik itu semua~~

"Aku harap sepanjang siasatan ni.. tidak ada yang menganggu aku! Suara yang aku dengar masa tu.. dan apa yang aku rasa.. aku harap tidak ada lagi yang seperti itu! Semoga Allah membantu!" Batin Haikal dengan sangat risau...


*Hey~~~ Akio di sini! Akio nak ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha! Akio nak minta maaf juga pada semua yang menunggu chapter ni update! Ingat nak update sebelum Aidiladha.. tapi kesihatan Akio pula yang menurun! Alhamdulillah Akio masih baik-baik sahaja sekarang! Semoga readers yang membaca kisah ini juga dilindungi oleh Allah, terutama dari wabak yang menyerang kita semua! So, everyone! Stay safe~~ ^^ ... *

Psst.. kisah ni pun dah masuk part yang berat! Siasatan pun dah nak mula! Part seram juga akan mula kelihatan.. so hope readers semua menanti dengan sabar ya~~ ^.<

Continue Reading

You'll Also Like

MANUSKRIP By M

Paranormal

35.3K 2.6K 45
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
122K 7.5K 55
Terikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal...
50.3K 1.8K 8
Aku budak asrama. Mesti semua mengharap aku seorang sixth sense untuk dapatkan cerita-cerita seram daripada aku. Maaf.Malangnya aku tidak. Tapi aku a...
435K 25K 89
Terima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli...