πŠπ„π„π 𝐇𝐄𝐑 Β©

Da Hanysfrh

72.8K 6.8K 882

Mystery | Romance π€π²π«πš 𝐗 π…πšπ«π‘πšπ§ "I Accepted Her" β€’β€’β€’ AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... Altro

AYRA X FARHAN
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10πŸ’
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

Bab 12

1.3K 135 5
Da Hanysfrh

MATAHARI kian menjengah ke bumi. Hari minggu yang biasa bertambah seri dengan kehadiran serta aura baru dek hari pertama anak daranya sebagai seorang isteri, menaikkan semangat paginya untuk memulakan rutin harian. Angin saling mengucup lembut kulit wajahnya. Senyuman tersimpul menikmati daunan hijau yang mengelilingi kawasan rumah.

"Umi" Puan Mariana berpaling. Kembar kesayangannya yang sudah bersiap untuk keluar pagi dipandang bersama senyuman.

"Ye?"

"Aniq dengan Aiman pergi jogging dulu tau. Nanti kitorang singgah beli kuih apa apa kat depan sana tu" Aniq tunduk mengikat tali kasutnya. Aiman sudah berdiri membuat beberapa regangan ringkas.

"Tak ajak Kak Ayra?"

"Abang Farhan kata dia belum bangun. Piyed katanya" Aiman menyampuk kemudian, berlari anak melepasi  ibunya.

"Bye!" Pipi Puan Mariana dikucup sekilas. Begitu juga dengan kembarnya.

"Hesy, tak payah cium ciumlah! Malu jiran tengok"

"Tak kisah!" Mereka ketawa. Tergeleng geleng kepalanya mengenangkan sikap anak anaknya. Senyuman tak lekang di bibir. Hari ini dia cuti menjual kuih untuk memberi ruang melepaskan lelah majlis semalam.

Srap...

Srap...

Srap...

Bunyi geseran kaki seseorang ditanah sedang mendekatinya. Senyuman mati tatkala badan di kalihkan kebelakang. Terlepas paip getah ditangan. Wajah bengis dihadapannya dipandang penuh gusar dan gelisah.

"Seronok ye kau buat majlis? Tak nak ajak aku? Aku pun nak dijemput juga" suara garau lagi dalam menyapa gegendang telinga. Semakin lelaki itu mendekat semakin dia mengundur.

"Dah lama aku perhatikan kau. Aku nak 'hutang' aku. Boleh?"

"Hu- hutang apa abang Mat ni? Saya tak ada hutang apa apalah" kaki tersadung dek batu lalu punggungnya jatuh mencium tanah. Lelaki dibgekar Mat itu mencangkung di hadapannya.

"Hutang apa? Heh, senangnya kau lupa. Dasar manusia tak kenang budi. Hey, kau lupa ke sayang...yang kau pernah janji nak bayar hutang laki kau tu? Hmm?"

"Saya...tengah kumpul duit. Saya tak nak duit menantu saya, saya akan usahakan. Saya bayar nanti" air mata mulai turun ke pipi.

"Tak perlu. Aku rasa aku tak nak duit kau. Aku nak kau. Sedap tengok kau ni. Aku terbayang apa yang berada berada di sebalik baju longgar kau tu" laju bahunya ditolak menyembah tanah. Air mata menjadi pemdamping setia, menanti apa saja yang bakap terjadi.

•••

"Morning!"

Farhan menyapa isterinya yang selesai keluar dari bilik mandi. Bilik mandi dekat dapur, kebetulan dia berada di dapur. Nasi goreng yang di masaknya di letakkan di atas meja. Rambut basah Ayra dipandang bersama kerutan di dahi.

"Mandi hadas eh?"

"Haah. Kenapa?"

"Tak ada apa apa"

Kaki di bawa mendekati Ayra yang sedang mengeringkan rambut dengan tualanya. Tuala itu di ambil dan di lilit di kepala gadis itu. Tangan Ayra ditarik ke meja makan.

"Eii, beratlah kepala saya dengan tuala ni"

"Tak pe. Nanti kering, lepas makan boleh terus cabut. Makan dulu" pinggan di ambil ingin mencedok nasi buat isterinya namun di halang Ayra. Isyarat mata diberikan, 'biar saya buat. Duduk.' Dia mengalah dan duduk bersahaja. Memerhati Ayra yang menghidang makanan untuknya.

"Kembar mana?"

"Jogging"

"Kenapa tak ikut?"

"Nanti rindu"

"Euw!" Bahu Farhan di pukul dengan sudu ditangannya sebelum meletakkan pinggan yang sudah terisi nasi goreng di hadapan lelaki itu.

"Betul betul lah"

"Betul lah ni"

"Hesy!"

"What?" Muka tak bersalah ditayang Farhan lalu ditatap penuh geram.

"Apa apa je lah. Umi mana?" Mata meliar mencari kelibat ibunya. Tiada.

"Tadi kat kat luar tengah siram pokok, lepas tu...tak masuk lagi"

"Pukul berapa umi keluar rumah?"

"8.30 pagi. Dah dekat satu jam lah umi kat luar" Farhan membalas selamba. Nasi goreng buatan sendiri di sua ke mulut.

"Lamanya" sudu mengaut nasi dan di hampirkan ke mulut.

"Aaaaa!"

Suapan terhenti. Begitu juga dengan kunyahan Farhan. Pandangan mereka bersabung.

"Apa tu?"

"Umi!" Ayra pantas bangkit dari kerusinya. Tuala di kepala dicampak ke lantai lalu tudung ibunya yang tersedia di kerusi dapur disarung ke kepala. Melihat Ayra yang berlari ke dia turut bergerak bangun dari kerusi.

"Ayra-"

Berderau darahnya melihat mentuanya yang hampir di kasari seorang lelaki separuh abad . Ayra di tolak ke belakangnya dan berlari laju menyepak tubuh lelaki berkulit gelap yang menindih Puan Mariana.

"Ergh! Kau siapa ha?"

Kolar baju lelaki itu ditarik merapati wajahnya. Setelah di selidik latar belakang keluarga Ayra, rasanya inilah Ahmat yang dikatakan oleh Haji Anuar. Lelaki dayus yang berkali kali cuba memperkosa adik tiri sendiri.

"Berapa hutang dia? Aku bayar" macam orang kaya ya! Heh, dia memang kaya pun...

"Wah, senangnya jadi kaya. Macam tu je bayar? Heh. Berlagak! Berambuslah ini urusan aku dengan perempuan tak sedar diri tu" Tangannya ditepis lelaki itu. Satu tumbukan dilepaskan ke rahangnya. Farhan mengetap sendiri rahang yang ditumbuk lelaki itu.

"Kalau berlagak, then blah! Jangan dekat keluarga ni"

"Dia hutang dengan aku-"

"Berapa? Cakap, aku bayar! Duit aku, duit diorang juga" menumbuk di angkat, hampir mengena pipi lelaki itu namun, di tahan.

"Farhan jangan..." Puan Mariana yang berada dalam pelukan Ayra dipandang sekilas sebelum mengalihkan pandangannya pada lelaki di hadapannya.

"Dia, yang tak nak. Tapi, aku nak. Jauhkan diri kau dari keluarga ni. Urusan kau dengan aku sahaja"

"Or else what?"

Bibir merah milik Farhan mengoyak satu senyuman sinis penuh muslihat. Bibir dirapatkan, berbisik pada lelaki itu.

"Or  else i kill from bottom to top and bring you to your new hell. Ada pilihan, samada kubur atau penjara and of course, destinasi utama dari dunia menuju akhirat...neraka" perlahan dan sinis bisikan itu mengetuk gegendang telinga lelaki itu. Wajah itu bertukar gusar dan berpeluh. Dia ketawa sinis.

"Blah! Jumpa nanti aku bawa duitnya" badan lelaki itu ditolak kasar. Pemergian lelaki itu dipandang dengan panahan helang. Rambut di raup kebelakang.

Tak pernah disangka konflik keluarga ini, boleh membawa pada sesuatu yang 'di luar jangkaan.' Amarah pada Haji Anuar kian memuncak. Keluhan berat dilepaskan. Entah apa yang lelaki itu tengah buat sekarang, keluarga dekat sini tengah di ancam berbagai bagai orang pun masih tidak dipedulikan.

"Awak"

Dia berpaling kesebelah. Tangan Ayra yang naik menyentuh rahangnya ditangkap.

"Kenapa?"

Pap!

"Auch, sakitlah!" Bahunya diusap. Ya Allah, dia baru je kena tumbuk tadi.

"Kenapa dia tumbuk awak, awak tak tumbuk balik?"

"Entah. Dia still lagi tua dari saya. Saya tak boleh, saya rasa bersalah, walaupun dia tumbuk saya dengan rasa bangga" dia ketawa seraya kepala Ayra diusap persis anak kecil yang cuba memahami situasi ibu bapanya.

"Dah, jom masuk. Saya nak bincang sesuatu dengan awak semua" Bahu Ayra dipusing menghadap kebelakang dan menolak perlahan tubuh genit membantu masuk ke dalam rumah.

"Bincang apa?"

"You'll know it soon"

Masuk sahaja di dalam rumah kelibat Puan Mariana yang menyapu minyak di kakinya menyapa pandangan. Terdetik rasa kasihan pada wanita itu.

Dengan sukarela Ayra menghulur bantuan, untuk menyapu sendiri minyak itu pada kaki ibunya. Puan Mariana mengalah dan membenarkan anak gadisnya mengurut kakinya yang bengkak.

"Ibu...dia buat apa je tadi dekat ibu?" Ayra menyoal sambil tangan mengurut kaki ibunya.

"Tak ada buat apa pun. Alhamdulillah, ibu kuat lagi"

"Tula, ibu ni cantik sangat! Kalau Ayra berdiri sebelah ibu memang orang tak boleh beza ibu ni, ibu ke kakak Ayra" Ayra menarik muncung. Tawa berdekah Farhan dan Puan Mariana bersatu. Dia termalu sendiri.

"Ala, lelaki zaman sekarang kalau tak cantik pun mereka okay aje asalkan mereka dapat apa yang mereka nak"

'Abang, Mar sakit' sebak didada datang bertandang. Wajah yang mendung mula mencarik satu senyuman, menyembunyikan rasa yang dalam menikam benaknya.

"Awak"

"Hmm?" Kepala diangkat memandang ke arah isterinya.

"Awak tak macam tu kan?"

"Macam apa? Ouh, no. Of course not. If I want it, i will ask you for it" kenyitan mata dihadiahkan buat Ayra. Puan Mariana ketawa sahaja melihat 'kemesraan' anak dan menantunya. Terasa separuh dari bebannya hilang begitu sahaja.

"Otak dia kotorlah ibu. Jangan layan!" Lengan ibunya di tarik agar tidak berpaling pada Farhan.

"Ibu"

"Ye?" Kepala dipalingkan ke arah menantunya yang berada di hadapan.

"Farhan nak pelawa ibu something ni"

"Apa dia?" Kali ini Ayra pula menyampuk. Farhan menjegil pada isterinya. Eh, sibuk je!

"Farhan nak hadiahkan ibu satu rumah yang Farhan beli dekat area sini. Dekat dengan sekolah kembar.

"Ha?" Dua wanita itu terkejut.

"Bukan apa, kalau ayah tak ada kat sini...semua orang akan ancam pada ibu. Ini untuk keselamatan ibu dan keselesaan ibu" Farhan senyum dan meletakkan satu pamplet beserta kunci rumah di atas meja kopi.

"Ni pasal tadi ke? Cepatnya kamu buat kerja. Jangan risau, ibu okay, tak ada apa pun" pelawaan menantunya cuba ditolak.

"Tak. Farhan dah beli lama. Rasanya, ni boleh jadi masa yang sesuai" Farhan hulur senyum ikhlas.

"Rumah ni macam mana?"

"Boleh pulangkan semula pada tuan rumah"

Puan Mariana tergamam.

"Macam mana kamu tau ni rumah tumpangan?"

"Farhan tanya banyak benda dekat ayah. Rasanya, dah tak ada rahsia dah antara kita" Ayra mencerlung tajam ke arah Farhan. Gigih betul lelaki ni!

"Emm, nanti bila ibu dah ada duit ibu bayar ye?" Sebersalah pula menerima pelawaan menantunya itu. Kunci rumah itu di tenung lama.

Kenapa Farhan pula yang beria untuk keluarganya? Kenapa bukan suaminya? Ketulusan anak muda ini benar benar tiada  tandingannya. Dia tersenyum manis.

"Terima kasih Farhan. Kamu memang antara menantu yang baik" Farhan balas semula senyuman itu.

"Bukan ke dia sorang je menantu ibu?" Soal Ayra polos.

"Ish, kamu lah spoil lah Ayra!" Bahu anak gadisnya di tampar perlahan.

"Betul lah kan?" Farhan dipandang. Lelaki itu ketawa lalu bangun mendekatinya.

"Ye lah awak betul" dahi Ayra dikucup sekilas sebelum berlalu ke dapur mengingatkan semula makanan yang ditinggalkan tadi. Laparlah pula layan Ayra!

"Hesy, jangan mengedik depan ibu lah!" Bahu Farhan ditampar tampar. Lelaki itu malah mengendahkan dia galak ketawa berlalu menuju ke dapur.

"Tengok gaya kamu berdua, ibu rasa ibu akan dapat 'hasil' setahun sekali" Puan Mariana tersenyum mengusik.

"Ibu!"

TBC

🤍🕊️

Continua a leggere

Ti piacerΓ  anche

9K 1.2K 38
Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan lemah fizikalnya tetapi sangat pintar dala...
177K 12.8K 70
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
775K 31.8K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
199K 7.6K 61
[IN EDITING] (terlalu banyak typo. Fikir dulu sebelum nak baca) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka buat hal sendiri. Tapi kalau berkaitan dengan sa...