OG | Last Legacy: Princess Co...

By kayli_bhan

89.9K 7.2K 761

💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si... More

CAST (BOYS)
CAST (GIRLS)
CAST (FAMILY 1)
Author's Note
0 1
0 2
0 3
0 4
0 5
0 6
0 7
0 8
0 9
1 0
1 1
1 2
1 3
1 4
1 5
1 6
1 7
1 8
1 9
2 0
2 1
2 2
2 3
2 4
2 5
2 6
2 7
2 8
2 9
3 0
CAST (FAMILY 2)
3 1
3 2
3 3
3 4
3 5
3 6
3 7
3 8
3 9
4 0
4 1
4 2
4 3
4 4
✨REQUEST✨
4 5
4 6
4 7
4 8
4 9
5 0
5 1
5 2
5 3
5 4
5 5
5 6
5 7
5 8
5 9
6 0
6 1
6 2
H I A T U S
LATEST CAST (HN-RL)
6 3
6 5
6 6

6 4

971 80 21
By kayli_bhan

Vertigo @ Banyan Tree, Kuala Lumpur.

"It's been a while since we both have an actual date, isn't it?"

Rihanna tersenyum kecil mendengar soalan lelaki yang duduk di hadapannya itu. Dia membasahkan tekaknya dengan air Fruit De La Passion yang dipesannya sebelum menjawab soalan itu.

"Kalau aku kira, aku boleh hitung guna jari berapa kali kita pernah keluar bersama." jawab Rihanna dengan keningnya terangkat.

Ternaik hujung bibir Zayden mendengar jawapan gadis itu. Tidak dinafikan kerana kesibukan mereka berdua, mereka tidak dapat berjumpa kerap kali. Kalau jumpa pun, hanya untuk makan malam dan pada hujung minggu tetapi masa itu pun digunakan untuk berehat.

"Elrey," panggil Zayden sambil tangannya memutarkan garfu pada makanan di pinggannya, agilo-olio. Dia sudah lama mahu menyoal Rihanna tentang itu tetapi tidak kesampaian. Dia yakni masanya sudah tiba.

"Hmm," gumam Rihanna dengan mulutnya sedang mengunyah sambil tangannya ligat memotong Chicken Chop kepada bahagian kecil tanpa mengangkat kepalanya.

Zayden menyusun ayatnya sebelum bersuara, tidak mahu gadis di hadapannya terasa. "How did you manage to live with the Dilariers' even after you knew their not your blood relation?" Lelaki itu perasan tangan gadis di hadapannya sudah berhenti memotong hidangannya. "Aku yang tahu sejak aku berumur 2 tahun pun merana but how did you...?"

Rihanna meletakkan garfu dan pisau yang dipegang di sisi pinggannya sebelum mengalihkan pandangan ke tepi. Menara Berkembar Petronas yang bercahaya dan memikat hati sesiapa sahaja menyapa pandangannya. Pemandangan yang indah itu dikaburi oleh air mata yang mula bergenang di kelopak matanya.

"It was like walking on a path full of thorns." Rihanna membalas dengan senyuman sayu di wajah mulusnya itu sambil merenung anak mata Zayden yang turut memandangnya.

"Aku rasa aku ditipu hidup-hidup. Aku tak salahkan mama dan papa. Tapi lepas dah tahu mereka bukan ibu bapa sebenar aku, mama bukan ibu yang sebenar mengandungkan aku, papa bukan ayah yang sebenar perlu membesarkan aku, Tok Wan dan Tok Mi bukan datuk nenek yang sebenar perlu memanjakan aku, Zyn bukan abang yang sebenar aku kongsi sebahagian rahsia dan bergaduh manja like what other siblings do...the pain was unbearable,"

Zayden mahu menyumpah serenah dirinya kerana tertanya soalan itu.

"Dah makan, sayang. Salah aku yang tanya," pujuk Zayden lembut sambil mengusap perlahan jari runcing gadis di hadapannya.

"Bukan salah kau. Memang satu hari nanti, aku kena jawab juga soalan ini. Thankfully, it's today. How about you? Macam mana kau lalu?" soal Rihanna semula lalu menyisip airnya sebelum merenung Zayden redup.

"Aku selalu doa harap-harap ni semua mimpi but it's the truth however. Lagi pula mereka anggap aku yang punca Arene kemalangan. I don't want to blame them too for this because mereka jaga aku sampai aku berdiri di atas kaki sendiri pun aku dah bersyukur sangat. Aku masih masih ingat walid dengan bonda gaduh tengah malam tentang urusan persekolah aku just to decide to use whose name as my fathers'. Sejak itu lah aku tahu kebenaran yang lebih pahit."

Lelaki yang tidak pernah menunjukkan kesedihannya sebelum ini mula membuka kisahnya yang lebih menjentik hati.

"Aku mula bercakap apabila disoal sahaja. Lepas Arene lahir, dia menjadi penghibur hati dan tempat aku mengadu masalah walaupun dia baru berusia beberapa bulan. Lepas dia dah faham orang cakap apa, aku mengadu dekat dia masa dia dah tidur. Arene was my only strength and weakness,"

Zayden menenangkan diri yang terasa mahu menangis mengenang memori bersama Tengku Risya Arene, anak bongsu Tengku Zayn Helmi dan Tengku Reyna Alana.

"She was my another mother to be very honest. Dia selalu kata 'Along nanti jangan nakal-nakal tau' sebelum keluar pergi main ke atau pergi tadika. It was her sentence only for me. Arene selalu pesan jangan buat ini, jangan buat itu. Aku yang jaganya selalu sebab walid dan bonda sibuk. Raisya pula bonda bawa dia ikut business trip. Zafril dia tak ada sangat di rumah kalau ada walid baru nampak mukanya. It was only me, Arene, Mak Nab and Pak Din. Actually she knew I'm not her biological brother but she never breathe a word to anyone or asked a thing. I really miss Arene so much, sunshine. If she was here, she will be the happiest person to see you."

Zayden menceritakan memorinya bersama keluarganya atau lebih tepat keluarga angkatnya.

Rihanna mengesat pipinya yang sudah basah dengan air mata. Dia yang mendengar pun sudah pilu apatah lagi yang melaluinya.

"Dah makan. Memories will be our strength to walk through our future," Rihanna yakin semua orang mempunyai masa silam yang tidak dapat dilupakan walaupun sudah lama.

Zayden mengangguk dengan senyum nipis lalu menyambung semula untuk menjamah makanan. Dia bukannya tidak rapat dengan satu-satu adik kandungnya, Tengku Afryna Emilia Ryad Lee tetapi sejak dia mula bercakap, keluarga Tengku Zayn Helmi menjadi tatapannya. Lagipun dia baru bertemu dengan keluarga kandungnya 4 tahun yang lepas. Dia membesar dan menjaga Tengku Risya sejak arwah lahir lagi, jadi dia lebih merindui gadis itu melebihi segala-galanya.

Masa silam itu merupakan satu pengajaran untuk seseorang melalui likuk kehidupan dengan lebih semangat supaya tidak mengulangi sejarah lama itu. Kebanyakan sejarah lama yang berulang adalah sejarah yang membawa kesan negatif. Semakin banyak memori masa lalu hilang dari ingatan, semakin tinggi kemungkinan untuk sejarah berulang semula.

History tends to repeat itself.

***

"Argh! Bastards! F**k," Rihanna mengamuk dengan carutan lalu menolak semua kertas dan peralatan di atas meja kerjanya.

Orang kanannya sudah tertunduk mendengar amukan gadis di hadapan mereka.

"Siapa? Siapa yang berani sangat? Jawab!" jerit Rihanna lalu mencekak kolar baju Felix yang berada di hadapannya.

Felix mendiamkan diri membiarkan gadis itu mencekak kolarnya.

"Ya Allah!" Rihanna melepaskan kolar baju Felix kerana dia tidak sepatutnya melepaskan kemarahannya pada orang yang tidak bersalah.

Rihanna melangkah ke arah meja kerjanya semula.

"Where was grandpa's last location?" soal Rihanna mendatar.

"According to Lucas, his last location was at the main gate of White Ivy Mansion before being kidnapped by several masked men there. Two of them was successfully captured by the bodyguards and taken to our hideout," Audrey membaca mesej yang baru diterimanya dari Lucas.

Lucas merupakan penggodam terbaik Aigle Oeil selepas ketuanya, Rihanna.

"Aku akan datang sekejap lagi. Korang gerak dulu. I'll deal with that shit myself," arah Rihanna sebelum duduk di atas kerusi meja kerjanya.

Orang kanan gadis itu keluar dari bilik kerja itu sebaik sahaja menerima arahan itu.

'Ya Allah, kau selamatkanlah grandpa dari segala ancaman yang akan memudaratkannya dan permudahkanlah urusanku untuk menyelamatinya secepat mungkin.'

Rihanna mendoa dalam hati sambil merenung skrin iPhone miliknya yang menunjukkan perbualan terakhir bersama insan yang paling disayanginya itu.

Grandpa❤️

Assalamualaikum Elly. Grandpa minta
maaf sebab buat keputusan yang tak
betul dan hampir menghancurkan
kebahagian kamu. Grandpa tak ada
apa-apa sebab pun nak reject Zayden as
your life partner but still, I chose Adam.
I'm really sorry dear. Grandpa restu
hubungan kamu berdua. Nanti suruh
Zayden datang jumpa grandpa. Grandpa
menyesal sangat pilih Adam sebagai teman 
hidup kamu. Take care of yourself, cherish
every moment in your life with your loved
ones and do not give up easily. Many out
there are waiting to make you fall and
abdicate the throne even though they can't
succeed in abdicating it. Be careful and do
not trust anyone except for the one you
really trust. Rule the country wisely and
listen to your heart. Follow your heart when
you are confused to make a decision. You're
a princess and queen-to-be so don't let your
crown fall at any cost. Chin up, princess!
Love you my Princessa❤️

Waalaikumsalam grandpa. Grandpa tak
buat apa-apa salah pun untuk maafkan.
Lagipun sebagai seorang atuk, you've
done your part. Thank you so much for
approving our relationship. Nanti Elly
suruh Zay jumpa grandpa. Apa pula nak
bagi nasihat bagai untuk jadi queen.
Lama lagi grandpa. When the coronation
day for me as a Queen, you'll be there to
guide me to rule the country. No worries.
Take care grandpa. Love you too❤️

Rihanna mengeluh berat melihat mesej yang dihantarnya masih lagi bertanda 'unseen' di mana ia bermaksud Tengku Sam masih belum lagi membaca balasannya. Dia sangat risau akan keselamatan Tengku Sam selepas diculik di hadapan rumah agam Dilarier sejam yang lalu.

Gadis itu pasti ini adalah angkara musuhnya yang masih mengintipnya dan menunggu masa yang sesuai di luar sana untuk menjatuhkannya. Jika dirinya sudah tiada, secara automatiknya syarikat Henderson akan jatuh ke tangan orang yang salah kerana dia merupakan autoroti tertinggi untuk membuat keputusan penting syarikat selepas Tengku Sam diikuti oleh Raiden dan Rufawi. Dari segi pemerintahan negara England pula, dia tidak perlu risau langsung kerana walaupun dirinya tiada ia akan mengikut susur galur pewarisan takhta seterusnya iaitu Raiden dan Rufawi.

***

"Mana?" soal Rihanna sebaik sahaja wajah Ethan menyapa layar matanya di pintu masuk rumah agam bertingkat empat di tengah hutan itu.

Markas Aigle Oeil terletak jauh dari bandar dan dikelilingi hutan sekitarnya. Markas itu merupakan sebuah rumah agam bertingkat empat dengan satu tingkat di bawah tanah.

"Bawah," Ethan menjawab sepatah lalu berjalan menuju ke arah lif di tengah tepi ruang tamu itu. 

Rihanna yang baru sahaja mahu berjalan melepasi ruang tamu mengikuti langkah Ethan terhenti melihat beberapa orang yag sedang duduk di sofa.

"Korang buat apa dekat sini?" soal Rihanna dingin.

"Saja. Nak belasah sikit anak ikan bangsat yang culik grandpa. Lepas gian dah lama tak bunuh orang," jawab Dylan dengan sengihan lalu bangun dari duduknya diikuti yang lain.

"Betul jugak. Dah lama tak bunuh orang jadi apa kata kita guna peluang ni?"

Zayden berlaga tangan dengan Dylan di sisinya.

Rihanna mengurut tepi kepalanya, pening dengan kerenah sepupunya dan pemilik hatinya itu. Zayden dan Dylan mempunyai perangai yang hampir sama tetapi Zayden lebih matang daripada Dylan.

"Lepas gian my foot."

Raiden mencerlung tajam ke arah Dylan yang sedang berdiri di antara Zayden dan Dariel. Dia tidak tahan dengan perangai masuk air kedua-dua lelaki itu lagi-lagi Dylan.

"Ikut dan diam." Rihanna melangkah ke arah Ethan yang setia menunggu di tepi lif.

Zayden menyaingi langkah gadis itu dan memaut bahu gadis itu. 

"Sempat lagi kau, bro." Dylan mengusik Zayden seraya melangkah masuk ke dalam lif diikuti yang lain.

Zayden tidak membalas, hanya sengihan kecil diberikan sambil menunggu lif bergerak ke tingkat bawah. Dirinya tahu ini bukan masa untuk bermanja tetapi dia hanya mahu menenangkan si gadis yang sedang membara dengan kemarahan memuncak disebabkan penculikan Tengku Sam. 

Ting!

"What. Is. He. Doing. Here?"

Rihanna meraup mukannya untuk menenangkan dirinya apabila melihat wajah yang menyapa pandangannya sebaik sahaja melangkah keluar dari lif.

"Macam kau tak tahu perangainya. Kalau orang kata jangan, itulah yang dibuatnya." perli Raiden sambil memanah tajam wajah lelaki itu.

"I just want to join you guys. Aku pun selamatkan grandpa. Dia grandpa aku juga, bukan korang je." bidas Rufawi dengan cebikan bibirnya.

Dariel tersenyum nipis melihat kelakuan Rufawi. Dua kali lima sahaja dengan perangai Rihanna. Ramai mungkin menganggap, Rihanna dan Rufawi tidak mempunyai perangai atau kelakuan yang sama tetapi itulah kebenaran yang ramai tidak tahu. Rihanna dan Raiden sepatutnya mempunyai persamaan yang banyak tetapi berbeza dalam situasi adik beradik ini. Hampir lapan puluh peratus perangai Rihanna ada pada Rufawi. 

"Ada aku cakap grandpa bukan grandpa kau?"

Rihanna mengangkat keningnya kepada Rufawi yang sedang memuncungkan bibirnya selepas diajukan soalan sebegitu.

"Only here, Rufawi Elias Ayden Henderson. Don't make me repeat twice. I'm not in the mood,"

Rihanna memberikan kebenaran untuk Rufawi berada di ruangan bawah tanah itu untuk menyiasat 'anak ikan' penculik Tengku Sam sekali dengan amaran supaya Rufawi tidak akan memujuknya.

Rufawi mengangguk pasrah kerana kakaknya membenarkan dirinya di ruangan bawah tanah semasa soal siasat pun sudah mencukupi. Dirinya sudah menjejak kaki ke dalam kumpulan Aeigil Oeil sejak tahun lepas tetapi belum lagi dibenarkan untuk menyertai misi, hanya latihan dan kerja-kerja dalaman diberikan setakat ini.

"Dah jom."

Zayden sekadar memujuk lelaki itu lalu melangkah ke bilik yang menempatkan 'anak ikan' itu bersama Rufawi di sebelahnya.

Raiden bermain mata dengan Rihanna yang turut memandangnya. Dia pasti emosi kembarnya tidak stabil dan sedang menyalahkan dirinya sendiri untuk penculikan Tengku Sam.

'Everything happens for a reason,'

***

"Hisham Faliq bin Ferren Abdullah, umur 28 tahun, masih bujang lagi dan salah seorang anak buah terkuat Zyad's."

Evan memberitahu gadis yang sedang duduk di hadapan seorang lelaki yang sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan duduk dan berlumuran darah di setiap anggota badannya.

"Wake him up," arah Rihanna kepada dua orang anak buahnya yang berdiri di sisi lelaki yang diikat di kerusi itu.

Raiden, Rufawi, Zayden, Dylan dan Dariel hanya menjadi pemerhati dari belakang gadis itu.

"Uhuk...uhuk..." Hisham tersedar dengan mulut yang mengeluarkan darah apabila disimbah air beberapa kali secara kasar di wajahnya. Dia menggelengkan kepalanya untuk menjelaskan pandangannya yang kelam.

"The princess is here, huh?" Hisham menyoal sinis selepas menyedari gerangan yang duduk di hadapannya itu.

"Kenapa? Rasa bertuah sangat ke dapat jumpa dengan aku?" soal Rihanna tenang mengikuti rentak lelaki itu.

"Kau nak apa?" Hisham terus ke perkara yang diingini oleh gadis itu walaupun dia sudah tahu apa yang dikehendakinya.

"How shameful? Anak buah terkuat Zyad's jatuh macam tu je dalam tangan bodyguards aku. Edward tak ada duit ke sampai nak ada anak buah yang kuat pun tak mampu?"

Rihanna senyum mengejek ke arah Hisham yang sedang merenungnya tajam.

"Mana grandpa aku?" Rihanna terus menyuarakan perkara yang dikehendaki kerana dirinya khuatir jika Edward mengapa-apakan Tengku Sam.

"Aku. Tak. Tahu."

Hisham menjawab soalan gadis di hadapannya satu per satu.

"Atuk kau tu nak kata bodoh pun tak boleh sebab dah pernah jadi raja kan? Kenapa jadi pengecut sangat sampai biarkan perempuan macam kau jadi ketua mafia? Kalau aku, aku akan rasa kau dulu dan jual je dekat tempat pelacuran. Lagi untung aku...atau pun jadikan perempuan simpanan aku,"

Kata-kata Hisham membangkitkan kemarahan jejaka-jejaka di belakang Rihanna.

"Apa kata kau jadikan adik kau perempuan simpanan kau. Lagi syok rasanya. Dapat rasa darah daging sendiri,"

Rihanna membalas sambil mengangkat tangannya, menghalang Zayden yang hampir membelasah Hisham itu.

Wajah Hisham memucat sebaik sahaja adiknya dilibatkan dalam perkara itu.

"Ma...macam mana kau tahu?" soal Hisham tergagap-gagap melihat raut wajah gadis di hadapannya yang sedang mengukirkan senyuman sinis.

"Bring her,"

Seorang gadis berumur 20-an diheret masuk oleh seorang lelaki lalu ditolak sehingga gadis itu terjelopok jatuh di antara Hisham dan Rihanna.

"How are you my dear, Fashana Helena? Did my mens' treat you well?"

Dagu Fashana ditarik kasar oleh Rihanna untuk menghadapnya. Wajah gadis itu sudah dipenuhi luka dan darah kering akibat dipukul oleh anak buahnya semasa hendak membawanya ke markasnya.

"Leave her, Rihanna. Ini urusan kau dan aku," Hisham separuh merayu kerana dia tidak pernah terfikir untuk melibatkan adiknya yang merupakan satu-satunya keluarganya itu selepas ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan 10 tahun lepas. Dirinya akui yang dia sanggup menggadaikan tubuh adiknya untuk kepentingan diri tetapi bukan nyawanya.

"Adik kau ni pun bukannya anak gadis lagi kan? Dah kena tebuk dengan berapa lelaki entah. Aku pun tak ada selera nak tengok dia."

Dariel menghampiri Fashana sambil tersenyum mengejek ke arah Hisham.

Pemakaian gadis itu sudah menerangkan segalanya. Sehelai dress yang ketat dan singkat membaluti tubuh Fashana tidak mampu untuk menutup bahagian yang sepatutnya. Semua maklumat mengenai Fashana dan abangnya sudah diberitahu oleh Evan sebelum mereka memasuki bilik itu.

"Ada aku suruh kau tengok aku? Tak ada selera, blah lah. Aku pun tak hadap kau," Fashana yang diam sejak tadi mengomel perlahan. Dirinya bukan rela untuk ditiduri lelaki lain kalau bukan paksaan abangnya itu.

Rihanna tersenyum kecil kerana dia tahu apa yang dilalui oleh gadis malang itu. Semua tentang adik-beradik itu berada di tangannya.

"Kau..."

"Enough,"

Rihanna mencelah percakapan Dariel kerana mereka bukannya di sana untuk berjenaka dan bergurau.

Dariel merengus geram. Jika Rihanna tidak berada di situ, gadis yang bermulut lancang itu akan diajarnya.

"Bawa dia keluar." arah Rihanna kepada lelaki yang membawa Fashana tadi.

"So now, shall we talk business?" Rihanna menyoal perkara yang diperlukannya selepas Fashana dibawa keluar. Dia tidak akan menamatkan riwayat orang yang tidak bersalah.

Lucas tidak boleh mengesan kedudukan Tengku Sam kerana Edward sangat licik kali ini sehingga tempat persembunyiannya sebelum ini sanggup diletupkan agar kedudukan mereka tidak dapat dikesan. Rihanna tidak akan menghabiskan masa di hadapan Hisham untuk mendapatkan kedudukan Edward yang baharu jika Lucas sudah dapat kedudukan Tengku Sam.

"Kau nak bunuh dia pun, aku tak heran. Lebih senang hidup aku," balas Hisham terpaksa kerana dia tidak akan menjawab soalan Rihanna mengenai Tengku Sam walaupun Fashana dibunuh.

Rihanna menghulurkan tangannya ke arah Felix yang berdiri di sebelah kanannya manakala Evan pula di sebelah kirinya.

"Where.Is.My.Grandpa."

Rihanna menoreh lengan kiri Hisham menggunakan pisau lipat yang tajam sambil mencerlung tajam wajah Hisham.

"Argh!" Hisham menjerit kesakitan lalu menggoyangkan badannya untuk melepaskan diri yang telah diikat.

"Jawab bodoh!" jerkah Rihanna yang sudah hilang kesabaran. Tangannya yang memegang pisau lipat sudah dibasahi darah Hisham.

Hisham menyeringai kesakitan semula sehingga air mata jantannya mengalir di pipi berdarahnya apabila gadis di hadapannya terus menikam bahagian atas tapak tangan tangan yang ditoreh berkali-kali sebelum membiarkan pisau itu di situ tanpa mengeluarkan pisau yang tertusuk itu.

"Kakak aku ke itu?" Rufawi berbisik kepada dirinya, seram melihat perubahan mendadak Rihanna. Sebelum ini, gadis itu tidak akan mengotori tangannya sebegini semasa soal siasat dengan 'anak ikan' musuhnya tetapi kali ini agak berbeza.

Zayden diam memerhati tindakan gadis pujaannya kerana dirinya turut mahu menyeksa lelaki itu. Jika Rihanna tidak menghalangnya tadi, mahu sahaja dirinya membelasah lelaki bermulut puaka itu.

"Stop!"

Hisham menggelepur kesakitan semula apabila puteri diraja itu mula bertindak menghiris jarinya sehingga jarinya kelihatan seperti terpotong tetapi tidak sepenuhnya.

"One last time, Hisham. Where is my grandpa?"

Rihanna duduk semula di kerusinya sambil menunggu Hisham menjawab soalannya.

"Kau..."

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan itu membantutkan tindakan Rihanna untuk menyoal kembali lelaki itu.

"F**k!," jerit Hisham kesakitan apabila kedua-dua betisnya ditembak apabila dia tidak membuka mulut untuk menjawab soalan Rihanna tadi.

"Mana?"

Hisham terdiam. Mulutnya terketar-ketar mahu menjawab soalan lelaki yang menembaknya.

Bang!

"Argh! Stop!" Hisham menggelupur kesakitan semula selepas bahu sebelah kirinya turut ditembak.

Zayden menyisipkan pistolnya di belakang badannya sebelum medekati Hisham yang tercungap-cungap kerana kesakitan yang menjalar di seluruh badannya.

"Hu...hulu Langat," Hisham menjawab perlahan akibat darah yang membuak-buak keluar di bahagian betis dan tangan serta bahunya.

Rihanna terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik itu diikuti yang lain meninggalkan Zayden yang sedang mencerlung tajam Hisham.

"Kau bernasib baik sebab adik kau. If not you'll be dead by now for the words you spoke about my woman,"

Hisham memejamkan matanya sambil menundukkan kepalanya. Dirinya terlalu lemah untuk bersuara walaupun seksaan yang dihadapi tidak begitu parah tetapi kehilangan darah yang banyak.

"Rawat dia." arah Zayden kepada lelaki-lelaki yang berada di dalam bilik itu sebelum keluar dari bilik itu.

'You mess with my woman, you mess with me.'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤STAY SAFE GUYS❤

Continue Reading

You'll Also Like

32.4K 2.2K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
113K 1.5K 6
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
1.6M 76.6K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...