Princess of Alfa Kingdom

By DemiRoseff

133K 12.1K 1K

Princess Diana, puteri yang dibesarkan sepenuhnya di istana. Semua rakyat mengenalinya tapi hanya mengenali n... More

Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
author
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
author 2
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42
author 3
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
author 4 (last)
Thank you
Special Chapter
Special Chapter 2

bab 26

1.8K 166 17
By DemiRoseff

     "Kau bodoh, Diana."

     Aku memandang jejaka itu. Dia berdiri manakala aku duduk. Aku menahan perasaan amarah aku. Aku ingin membakar jejaka itu hidup-hidup. Biar dia rasa betapa sakitnya hati aku sekarang ni.

     "Aku tak akan biarkan kau rampas kingdom aku. Kau langkah mayat aku dulu."

     "HAHAHAH. Diana, Diana. Aduh, penat aku gelak. Kau tengok sekarang ni. Aku dah ambil alih Blue State ni. Cuba kau tengok."

     Aku langsung tidak mengalihkan pandangan aku daripada jejaka itu.

     "Aku kata pandang-pandang la!" Jejaka itu menolak kepala aku dengan kasar. Aku terkedu dengan apa yang aku lihat. Ramai askar aku mati di bunuh. Sakitnya hati aku.

     "Kau memang bodoh. Tak sedar kau tengah berlawan dengan siapa." Aku dapat rasakan sesuatu yang membara dalam jantung aku. Benda yang berkuasa. Aku pegang jantung aku.

     "Tapikan kau tak boleh mati lagi. Aku kena la rasa kau dulu." Aku langsung tidak peduli bila jejaka itu memegang rambutku. Jantung aku sangat sakit. Macam nak meletup.

     "AHHHHHH!!" Diana menjerit dengan sekuat hatinya. Bukan, bukan yang tu bukan sekadar mimpi. Memang betul memori Diana. Diana dapat rasa cecair mengalir di dahinya. Peluh. Diana berpeluh.

     "Diana, kau okay tak? Kenapa kau menjerit? Kau sakit ke? Badan kau panas ni." Leona dapat rasa badan Diana sangat panas walaupun hanya menyentuh tangannya.

     Diana tidak mengeluarkan suara. Mimpi tadi membuatkan nafasnya tercunggap-cunggap. Diana mengangkat tangan dan mengurut kepalanya. Pening betul kepalanya.

     "Diana, kau okay tak ni? Diam je. Jangan la diam. Risau la."

     "Aku okay."

     "Kau nak pergi sekolah tak esok?"

     "Tak sure lagi. Kalau aku boleh pergi aku pergi, kalau tak aku duduk dalam bilik je."

     "Baiklah. Aku sambung tidur balik. Tidur aku berharga."

     "Hmm. Aku pun."

     Tapi Diana langsung tak sambung tidur walaupun Diana mengantuk. Diana dapat rasakan mimpi itu petunjuk tapi mungkin juga memori Diana. Takkan la Diana. Takkan la umur Diana lebih dari 100 tahun. Tak mungkin, tak mungkin.

     Diana ada gambar umur Diana waktu umur 3 tahun tapi tak ada gambar waktu bayi. Diana terus bangun dari baringannya. Duduk menjadi pilihan.

     Kenapa dia tak ada gambar waktu bayi? Bukan kebanyakkan parent mesti diaorang akan tangkap gambar anak-anak mereka waktu masih bayi ke? Takkan King Dean dan Queen Dona tak ingat nak mengambil gambarnya?

     Mimpi itu mesti wujud ada sebabnya. Diana perlu mencari asbab kenapa mimpi itu muncul. Kalau betul dia ada waktu peperangan Blue State itu, mesti ada sebab juga kenapa dia dikurungkan di istana.

     Tiba-tiba, jantungnya sakit. Diana memegang jantungnya. Sakitnya. Kenapa dia rasa sakit sangat? Sakit dia macam ni ke waktu dia kat peperangan Blue State itu? Diana rasa nak menangis. Sakit betul ni. Rasa macam nyawa di hujung pangkal.

     Air mata Diana mengalir di pipinya. Diana membiarkan sahaja. Diana rasa pandangannya makin kabur. Diana menoleh ke kiri, memandang Leona.

     "Leona..."

     Akhirnya, semua hitam. Diana rasa dirinya jatuh dari katil itu dan jatuh di lantai. Sakit memang sakit tapi lagi sakit jantungnya. Diana mendengar Leona menjerit namanya tetapi dia tak mampu membalas. Semuanya hitam.

______________________________________

     Diana tersedar dari lenanya. Kali ini dia tidak mimpi apa-apa mungkin mimpi Diana berkhawin dengan Brad Pitt. Yeah dapat Brad Pitt.

     "Eryna!" Selamat Leona tidak menjerit nama betul Diana kalau tak kantoi.

     "Aku kat bilik kesihatan ke?"

     "Ahah kau pengsan tadi. Selamat aku tak tidur betul-betul lagi. Kalau tak aku mesti tak perasan kau pengsan. Kan aku dah cakap, kalau sakit cakap. Bukan diam. Bukan pura-pura kuat. Kan dah pengsan. Risau aku tau tak. Aku pun tak pergi sekolah hari ni." Bebel Leona. Sakit kepala pulak Diana dibuatnya. Diana mengurut kepalanya.

     "Kau sakit kepala ke? Jap aku panggil doktor." Diana menangkap tangan Leona. Leona menoleh memandang Diana.

     "Sekarang pukul berapa?"

     "Pukul 10 pagi."

     "Hmm. Lama jugak aku pengsan."

     "Mana tak ye. Kau demam panas.'

     "Ye ke? Okay la kalau macam tu."

     "Aku panggil doktor tau. Tadi doktor bagitau aku kalau kau dah sedar aku kena panggil doctor."

     "Hmm. Okay." Leona keluar dari bilik kesihatan itu pergi mencari doktor yang ditugaskan untuk merawat Diana.

     Diana memandang ke luar tingkap. Patut la sejuk hujan rupanya.

     "TUANKU"

     Diana mengingati mimpi itu kembali. Diana tak tahu kenapa dia rasakan dia pernah melihat wajah lelaki yang menyelamatkan dia sewaktu dia hampir lemas. Tapi siapa dan dimana.

     Pintu biliknya dibuka. "Princess Eryna, how are you?"

     "Good." Nak je Diana cakap 'Tak la, kalau tak kenapa aku kat bilik kesihatan ni. Aduhh, tu pun tak boleh fikir.' Tapi Diana bersabar.

     "Bagus la kalau macam tu." Doktor itu menjalankan tugasnya dengan tekun. Diana membiarkan doctor itu melalukan kerjanya cuma Leona je yang tak rilex. Ikut doktor tu pergi mana-mana.

     "Cik Leona, saya nak buat kerja saya. Cik tak perlu ikut saya ke mana-mana." Hampir tergelak Diana dibuatnya. Padan muka kau Leona siapa suruh kau follow je doktor tu.

     "Oohh, baiklah. Sorry." Leona mengaru kepalanya yang tidak gatal. Malu la tu.

     "Princess Eryna."

     "Ye saya."

     "Okay, tuan puteri kena stay dalam bilik kesihatan ni dulu. Esok baru boleh keluar tapi kalau suhu badan naik balik saya galakkan tuan puteri stay sini dulu." Diana mengangguk.

     "Cik Leona."

     "Ye saya." Berdiri tegak Leona bila namanya dipanggil.

     "Cik Leona pergi sekolah ke tidak?"

     "Tak saya akan jaga Eryna sampai sihat."

     "Bagus la kalau macam tu. Saya gerak dulu."

     "Baik, doktor. Terima kasih."

     Doktor itu keluar dari bilik Diana ditempatkan dan pergi ke bilik kerjanya. Diana masih lagi mendiamkan diri, tidak tahu ingin balas apa.

     "Eryna, aku pergi bilik sekejap. Aku ambil baju kau."

     "Baiklah."

     Leona turut keluar dari bilik itu. Diana bangun dari baringannya ingin menuju ke bilik air. Dia berdiri dan

     "Auchh." Ada sesuatu kena kepalanya. Diana pandang ke bawah dan mendapati ada sepucuk surat. Dia menunduk dan mengambil surat itu. Surat yang sama. Bau yang sama. Mesti dihantar oleh orang yang sama.

     Diana membuka surat itu dan membaca.

Jangan mati lagi. Biar aku yang bunuh kau.


     Diana mengoyakkan kertas itu dan buangnya di tong sampah. Keluhan dilepaskan. Diana duduk kembali. Sakit jantungnya mula berkurang tapi masih sakit lagi.

     Hampir 30 minit Leona keluar mengambil baju Diana dan Diana sudah bosan menunggu. Asal la lambat sangat Leona ni.

     "Sorry wey, aku lambat. Aku sakit perut tadi pastu Jasmin tanya aku macam-macam. Kenapa tak pergi sekolah? Diana dah sembuh ke? Dan macam-macam lagi. Aku nak text kau tapi telefon kau dekat aku. So sorry sangat-sangat."

     "Hmm yelah. Aku dah nak mereput dalam sini tahu tak."

     "Ala jangan la cakap macam tu, kau nak makan apa? Aku cuba carikan."

     "Aku rasa aku nak bubur la tapi aku nak ikut kau keluar."

     "Tak payah kau tu sakit. Duduk sini je." Leona perasan dengan tingkah laku Diana. "Kau okay tak, Diana?"

      "Orang tu bagi surat lagi."

      "Hah, mana surat tu?"

      "Aku dah buang."

      "Dia cakap apa?" Leona terus menghampiri Diana.

      "Dia cakap 'Jangan mati lagi. Biar aku yang bunuh kau'." Terbeliak mata Leona. "Tu je ke?" Diana mengangguk.

      "Aku rasakan Leona, orang tu bukan ye nak duit asrama atau document tapi nak aku."

      "Maksud kau? Dia suka kau?"

      "Bukan dia suka aku, apalah kau ni. Orang jahat tu dia simpan dendam kat aku. Dan dia nak bunuh aku. Aku tak tahu kenapa aku rasakan dia memang nak bunuh aku. Dia curi duit asrama ni pun untuk nakkan perhatian kita dan bila dia dapat dia cuba rapatkan diri dengan kita and booom kita terperangkap. Pastu aku mati."

      "Wait, wait, wait tadi kau ada cakap pasal rapatkan diri kan?"

      "Ahah, aku rasa yang tu plan orang jahat tu tapi tak tahu la betul ke tidak."

      "Macam mana kalau betul."

      "Leona, kau fikir macam mana aku fikir ke?"

      "Aku fikir kalau tekaan kau betul, kita boleh siasat orang terdekat kita. Sebab dia nak mesti jadi kawan baik kita."

      "So kau rasa siapa, Leona?"

      "Tu yang aku tak sure. Kawan-kawan kita semua prince dan princess state kecuali Aaron. Aku tak rasa diaorang nak rosakkan kingdom sendiri. Aku rasa orang tu mesti tengah cuba rapatkan diri dengan kita."

      "So, kita tunggu je. Tapi kita kena focus. Jangan senang percaya orang. Dan yang paling penting, jangan bagitau sesiapa pun pasal plan kita. Walaupun, kita perlukan pertolongan diaorang."

      "Kecuali Lewis, Leo dan Aaron."

      "Betul kecuali tiga ekor tu."

      "Kau panggil abang aku, ekor. Kesian diaorang teringin nak jadi manusia." Diana tertawa dengan apa yang Leona katakan.

      "Kau nak makan apa?"

      "Bubur, kan tadi aku dah cakap."

      "Ye ek, tak perasan pulak. Okay, aku keluar dulu. Nanti kalau nak apa-apa lagi, message aku. Kalau aku tak reply, call je."

      "Okay. Dah pergi beli, aku lapar."

      "Baik boss."

      Leona berlari keluar dari bilik kesihatan itu. Diana berjalan menuju ke tong sampah tempat Diana buang surat itu.

      "Kau tunggu. Aku akan cari diri aku dan aku akan pastikan kau mati terseksa." Diana tersenyum sinis.
      


    

Continue Reading

You'll Also Like

238K 15.6K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1.1M 53K 50
Puteri Fatein Alyssa - Seorang Puteri Raja . Cantik , baik hati , pendiam . Menyembunyikan identiti nya sebagai seorang puteri raja di sekolah . Seo...
116K 2.6K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
113K 8.2K 53
[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in a...