LOVE YOU, ENCIK HAKIM

By dearnovels

2.7K 114 1

KARYA TERBAHARU CAHAYA AINN More

BLURB
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 7

150 8 0
By dearnovels

"MACAM mana dengan kerja? Okey?" Datin Harlina bersuara, membuka bicara apabila masing-masing mendiamkan diri di meja makan.

"Bolehlah." Hakim menjawab sepatah.

Datin Harlina memandang suaminya yang turut mendiamkan diri sejak dari tadi.

"Am, mama cakap sikit boleh?"

Hakim hanya diam dan menyuap nasi ke mulut. Dia seperti boleh merasakan apa yang mahu wanita itu katakan.

Buat kali kedua, Datin Harlina menjeling sekilas ke arah suaminya yang masih diam membisu.

"Hmm, mama dan papa ada bercakap-cakap pasal kompeni Am tu. Mama dan papa rasa, kompeni Am tu ada potensi nak dikembangkan."

Hakim berhenti menyuap nasi. Kepala diangkat, merenung wajah mamanya sebelum pandangan mata teralih pula ke arah papa.

Melihatkan ada reaksi positif daripada anak lelakinya itu, Datin Harlina semakin bersemangat. Dia yakin, kali ini anak lelakinya pasti bersetuju.

"Macam ni, papa dan mama dah bincang. Mama rasa Am pun akan setuju dengan cadangan kami."

"Cadangan apa?" soal Hakim sambil memandang Datin Harlina dan Dato'' Aznan silih berganti.

"Macam ni, papa rasa papa nak suntik dana dan besarkan lagi syarikat Am tu." Datin Harlina berkata teruja.

Dia menjangkakan Hakim pasti akan gembira dengan berita tersebut.

Dahi Hakim berkerut sedikit. "Suntik dana? Kenapa tiba-tiba sahaja?"

"Sebab papa rasa syarikat Am tu ada potensi nak dikembangkan. Papa rasa syarikat Am boleh join venture dengan hotel kita. Lagipun, hotel kita pun memang perlukan printing company. Yalah, banyak benda kita boleh buat dan papa rasa..."

"Maaf. Am hargai cadangan papa dan mama. Tapi, Am minta maaf sebab Am terpaksa tolak tawaran tu." Hakim berkata tenang.

Dia tahu kenapa papanya mahu berbuat demikian. Tak lain dan tak bukan, lelaki itu pasti mahu dia mengambil alih perniagaan hotel yang diuruskan oleh keluarga mereka sejak turun temurun lagi.

Raut wajah Dato' Aznan mula bertukar kemerahan, seolah-olah menahan marah.

Menyedari keadaan sudah mulai tegang, membuatkan Datin Harlina cepat-cepat bersuara.

"Am, kenapa Am tak nak terima? Am tak nak ke tengok syarikat Am tu berkembang? Am sendiri yang akui dulu yang Am lebih minat nak menceburi bidang printing macam tu. Jadi, bila papa nak suntik dana dan kembangkan perniagaan Am, kenapa Am nak tolak pula?"

Hakim mencapai air basuh tangan, lalu membasuh tangannya. Perut yang tadinya lapar, tiba-tiba terasa kenyang.

"Am bukan apa. Macam yang Am cakap tadi, Am hargai niat papa dan mama tu. Tapi, Am nak berusha sendiri. Am nak kembangkan syarikat tu dengan hasil usaha Am sendiri."

Tubuh Dato' Aznan mula menggigil menahan kemarahan.

"Kenapa Am degil sangat? Kenapa Am tak nak fikir, apa yang papa buat ni demi kebaikan Am? Susah sangat ke Am nak terima tawaran papa? Kalau Am terima, Am boleh ambil alih perniagaan kita dan dalam masa yang sama Am boleh uruskan syarikat Am."

Hakim tarik nafas dalam-dalam sebelum berdiri. Seperti yang dia sudah jangka. Memang itu pun niat asal papanya. Mahu dia ambil alih perniagaan keluarga walaupun dia sudah tegaskan dari dulu yang dia tak berminat mahu menceburkan diri dalam perniagaan begitu.

"Am nak ke mana?" Datin Harlina bertanya apabila melihat anak lelakinya sudah pun berdiri.

"Am nak minta diri dulu. Terima kasih sebab jemput Am dinner sama-sama. Am gerak dulu. Take care." Hakim berkata, seraya mencium pipi wanita tersebut.

"Am balik dulu, pa." Hakim berkata sebelum menghulurkan tangan, mahu menyalami lelaki itu.

Dato' Aznan langsung tidak menyambut tangan anak lelakinya, membuatkan Hakim akhirnya akur. Dia melangkah meninggalkan ruang tersebut.

"Apa yang menarik sangat pasal syarikat pencetakan tu? Am ingat Am boleh jadi kaya-raya hanya dengan perniagaan macam tu? Come on, Am. You can do better that that!"

Langkah kaki Hakim terhenti buat seketika. Tangan tergenggam kuat, menahan perasaan. Hatinya tergores mendengar kata-kata tersebut.

Dia tahu papanya sering memandang rendah akan usahanya mahu membangunkan syarikat tersebut. Di mata papanya, perniagaan percetakan itu takkan mampu membawanya ke mana-mana.

"Am, kalau bukan kamu yang ambil alih perniagaan kita, siapa lagi?" Dato' Aznan bertanya lagi apabila anak lelakinya itu langsung tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kata-katanya.

Hakim menoleh. Matanya tajam merenung wajah lelaki separuh umur itu.

"Am rasa, papa sendiri dah tahu siapa yang lebih layak nak ambil alih perniagaan papa tu." Hakim berkata, kemudian meneruskan langkah kaki.

Tanpa menoleh lagi.

Datin Harlina segera menyentuh lengan suaminya apabila merasakan suaminya mahu bersuara lagi. Dia tahu, jika dia membiarkan perkara ini, pasti akan mencetuskan pergaduhan dua beranak itu lagi.

"Tak apalah, bang. Biarkan dia. Bagi dia masa. Lagipun, dia masih mentah lagi. Masih tak boleh fikir dengan matang lagi." Datin Harlina berkata sambil memujuk hati suaminya itu.

"Huh! Itulah awak. Suka sangat bagi muka kepada dia lagi. Apa dia nak, semua awak biarkan."

Datin Halina tak mampu nak berkata apa-apa lagi ketika anak matanya hanya mampu melihat susuk tubuh anak lelakinya itu hilang daripada pandangan mata.


HAKIM mencampak kunci kereta di atas meja kaca. Dia merebahkan tubuh pada sofa. Kepala didongak merenung siling. Fikirannya kembali runsing.

Runsing memikirkan tentang masa depannya. Runsing memikirkan desakan mama dan papa yang tak habis-habis mahu dia mengambil alih perniagaan perhotelan mereka.

Dia tahu, selagi dia tak membuktikan kepada kedua-dua orang tuanya yang syarikatnya itu mampu pergi lebih jauh, selagi itu papanya akan memaksanya mengambil alih hotel tersebut.

Hakim meraup muka beberapa kali. Tangan mencapai alat kawalan jauh sebelum dia memicit punat secara rambang. Terasa bosan dengan siaran yang ditayangkan, Hakim terus mematikan televisyen dan mencampakkan alat kawalan jauh di atas meja.

Tubuh terasa luar biasa letih. Mungkin sebab fikirannya asyik memikirkan kata-kata papa dan mamanya tadi.

Dengan perasaan malas, Hakim bangun dari tempat duduk dan berjalan lemah, menuju ke bilik tidurnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus merebahkan tubuh di atas katil. Mata dipejam, cuba memaksa diri untuk tidur.

Hakim baru sahaja mahu melelapkan mata, apabila telinganya terdengar bunyi telefon pintarnya berbunyi, menandakan ada panggilan yang masuk. Dengan rasa malas, Hakim menarik telefon pintar dari dalam poket seluar jean.

Skrin telefon pintarnya direnung buat seketika. Dahi Hakim berkerut sedikit apabila melihat nama Alisa muncul pada skrin tersebut.

"Helo..."

"Encik Hakim, err... boleh tak encik datang ofis kejap?"

Hakim terus bangun daripada baringan.

"Kenapa pulak?" Hakim bertanya sambil menjeling jam di tangan.

Hampir pukul 9.00 malam.

"Err... sebab... err..."

"Sebab apa, Alisa?!" Nada suara lelaki itu sudah mula berubah.

Apa hal pula malam-malam begini tiba-tiba gadis itu nak suruh dia ke pejabat pula?

Alisa pejam mata, cuba mencari kekuatan untuk berterus terang. Dia tahu, pasti sekejap lagi dia bakal dihadiahkan dengan pekikan halilintar. Namun, dia tak punya pilihan. Memang salahnya juga sebab cuai.

"Saya tak jumpa kunciofis. Dah dekat dua jam saya cari, tapi tak jumpa juga. Saya dah cuba telefon Khadijah dan Hani, tapi dia orang tak dapat datang sebab ada hal." Alisa berkata terketar-ketar.

"Apa?! Macam mana boleh hilang? Awak ni, benda kecil macam tu pun tak boleh nak buat! Sudah. Tunggu dekat atas tu. Jangan ke mana-mana. Kunci pintu dari luar dan jangan bagi sesiapa masuk melainkan saya."

"Err, okey. Saya minta maaf..."

Pap!

Alisa gigit bibir apabila Hakim terus sahaja memutuskan talian sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. Habislah kau kali ni, Alisa! Pasti kali ini kau bakal kena pecat!

Continue Reading

You'll Also Like

156K 11.9K 68
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
265K 14.8K 56
BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lel...
21.8K 2.1K 41
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
69K 3.1K 57
[COMPLETE] Color Code : Orange Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love the moon, but this time I chose th...