ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.9K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 37: Harapan [EDITED]

604 81 61
By shirxyvki

🔺 EVERYTHING THAT HAPPENS ON THIS CHAPTER IS FULLY INSPIRED. IT HAS NOTHING TO DO WITH THE ORIGINAL SERIES. 🔻

 

 

 

 

 

DEMI waktu Dhuha. Dan waktu malam apabila ia sunyi sepi. Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu dan tidak pula Dia membencimu.

Tatkala dugaan menimpa, apa benar kau sangka itu adalah murka? Apa benar kau beranggapan ujian itu adalah kerana Dia sudah tidak lagi cinta?

Kau sangka ujian itu murka, namun itu ialah suatu bentuk bicara cinta. Tanpa akal yang cerdik, kau meledakkan marah. Walaupun bayu ujian yang berdesir itu adalah sebenar-benar hikmah.

Kau lupakanNya, Dia sentiasa mengingatimu melalui ujianNya. Kau sisihkanNya, Dia kekal bersamamu di saat kau meminta-minta. Kau tidak yakin denganNya, maka melalui kepayahanmu Dia membuktikan kekuasaan dan kewujudanNya.

Jadi apa lagi yang kau tak puas hati?

Takkan kau mampu melihat kehadiran Rabbi andai jiwa itu mati. Seni yang ditinta Sang Pena agung Ilahi, takkan dapat kau fahami andai masih tercari nikmat yang tak pernah pergi.

.

.

.

"Wuish banyaknya kau dapat! Aku nak sikit boleh?"

"Tukarlah! Mana boleh amik je. Kau punya mana?"

"Aku... tak dapat la harini... ehehe."

Aku menayang wajah sebal sebelum menghela keluh kecil pula.

"Amiklah, nanti ganti."

Bersinar mata kawan aku melihat karipap itu. Jujur aku memahami. Takkanlah aku nak kejam sangat sedangkan aku pun alami situasi yang sama.

"Woy! Ada budak-budak sesat kat sini rupanya."

Terkalih kepalaku sebaik herdikan dan bunyi tong ditendang menampar gegendang telinga. Berubah tegang wajahku.

Ah, samseng ni datang balik.

"Apa korang buat dekat kawasan kitorang ni? Datang sini kena bayar, tau tak!"

Hanya kerana aku dari golongan lemah, mereka buat sesuka hati saja pada aku. Mungkin kerana aku tak punya sesiapa membuatkan mereka rasa bebas untuk melakukan apa-apa saja.

"Tak boleh! Kalau nak, pergilah cari sendiri!"

Aku lawan tanpa gentar. Apa? Ingat dengan gerakan asabiyah kau tu, aku takut ke? Dasar pembuli.

"Tak sedar diri punya budak. Belasah!"

Mengerang sakit aku tika dilempar dan terhempas di atas tanah yang kasar. Luka kecil yang tercipta aku endahkan. Kawan-kawan aku semua dah larikan diri.

Budak sebaya aku bangun pagi pergi sekolah. Aku di usia kecil bangun pagi jadi pencuri dan dihentak hari-hari. Sampai bila aku mampu jaga diri sendiri? Macam orang lain, aku pun nak rasa dilindungi.

Walaupun aku dapat tundukkan mereka buat beberapa waktu, tapi jumlah mereka terlalu ramai. Dan jika dibanding dengan kudrat, aku memang langsung takda harapan.

Sedar-sedar saja aku sudah dilempar ke atas plastik sampah. Sengal rasa tulang-temulangku tatkala berdentum dengannya.

Tak puas melempar, masing-masing mengerumuni aku pula. Seolah mengambil giliran ingin memukul aku lagi.

Zap!

Tak sehinggalah dia muncul.

Salah seorang daripada mereka tumbang tiba-tiba akibat diserang asap hitam. Terkejut aku.

Apa tu?

"Apa benda tadi tu?"

Keadaan sunyi buat seketika dek kemunculan asap hitam yang entah dari mana datangnya. Aku masih di tempat sama menahan senak di dada.

Sama seperti mereka, aku pun takut juga. Kepulan asap hitam yang muncul tanpa sempat aku berkelip betul-betul buat aku tak senang.

Tanpa aku sangka, seorang lagi di antara mereka tumbang dipukul asap tersebut.

"Apahal?"

Zap!

Selesai dia uruskan si kepala samseng, perlahan-lahan kakinya menapak ke arah aku. Aku bingkas bangun lalu bersiaga di hadapannya dengan wajah tegang.

"Kau memang ada potensi..."

Mendengarkan saja kata itu, wajahku semerta dikendurkan. Tubuhku juga sudah tidak sekeras tadi. Setelah aku amati wajahnya itu, aku tergamam.

Sah! Ini lelaki yang aku cuba nak curi...

"Apa kata aku tolong asahkan kebolehan kau."

... dompet dia.

Djin.

Aku terkedu. Melihat huluran tangan dan senyuman itu, aku betul-betul terkesima. Dia ikut aku sampai sini? Dia perhatikan aku daripada tadi?

Ketua Teras Inviso.

Sungguh lelaki itu kelihatan begitu besar di mata dan hati aku. Tanpa dia, mungkin aku masih membesar di tempat yang sama dan menjadi pencuri. Jadi tak salah kalau aku idolakan penyelamat aku sendiri?

Kan?

"Jaga sikit mulut korang! Jangan main cakap je yang bukan-bukan!"

Dan kerana itu aku tak percaya khabar mengenai Djin yang membelot M.A.T.A. dan semua ketua teras. Aku tak mahu percaya.

Aku tahu mesti ada sebab Djin buat begitu. Mustahil lelaki yang pernah tolong aku sanggup membelot rakan sendiri dan agensi yang mereka bina. Djin banyak berkorban!

Tapi sejak malam tu.

"Jangan halang laluan aku!"

Terbungkam.

Bodohnya aku kerana kekal bersangka baik. Kerana jasa, sanggup aku butakan mata, pekakkan telinga. Tak pernah aku terfikir lelaki yang pernah aku pandang tinggi selama ini, benar-benar berubah hanya kerana dendam dan kuasa.

Hebat juga mainan dunia.

Jadi selama ini Djin hanya melihat aku sebagai senjata sajalah. Bukan sebagai seorang manusia yang perlukan bantuan?

Atau anak kecil yang perlukan seseorang...

Agaknya kalau aku tak punya apa-apa kemahiran di usia muda, aku masih akan direkrut dan dilatih ke?

Atau sekurang-kurangnya dibantu?

Aku faham dengan aturan dunia yang dicipta manusia. Dan aku sepatutnya sedar. Selagi namanya orang luar, kau takkan diambil peduli melainkan kau ada sesuatu yang mereka mahu.

Kau takkan dibantu.

"Saya betul-betul risau pasal awak."

Bila dia cakap dia peduli, jujur aku tak sangka. Aku gembira...

Dan takut.

Aku tahu yang sedang hulurkan tangan itu Iman. Aku tahu yang ingin bantu aku itu Iman. Aku tahu semua itu Iman.

Aku tahu.

Tapi kepala aku, mata aku, hati aku — aku nampak dia. Di balik pandangan ikhlas iris dan senyuman tulus itu...

Aku nampak Djin.

Walaupun di waktu nikmat ingatan aku ditarik, hati aku berdetak sakit tak mahu menerima apatah lagi percaya.

"Kau, dengan rasa bersalah kau boleh pergi mati!"

Body memories.

Trauma yang tubuh aku alami seakan memberi peringatan. Setiap sendi aku ingat apa yang berlaku pada waktu akal aku sendiri buntu.

Paranoid. Bimbang aku dengan benda yang sama akan berulang lagi.

Aku gila? Mungkin.

Jadi bagitau aku. Bagitau aku macam mana aku nak lari daripada Djin yang dah lama takda. Macam mana? Sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia.

Lelaki yang menghunuskan pedangnya ke arah aku ialah lelaki sama yang pernah bantu aku dulu. Macam mana aku nak buang perasaan ni?

Aku penat!

Aku ni tak ubah macam anak serigala yang terpisah dari kawanan sejak kecil. Walaupun anak serigala itu kecil, dia tetap akan membesar jadi pemangsa. Dan mungkin itu apa yang orang nampak dari aku, kan?

Walaupun aku masih kecil, aku tetap pencuri. Aku masih pendosa. Aku tetap seorang yang tak guna.

Aku tahu diri aku sering menimbulkan salah faham, yang mana sering buat orang salah anggap. Aku tak salahkan sesiapa, aku sendiri sedar yang hakikat aku ni biadab.

Mungkin takkan semua faham perasaan aku, tapi meletakkan salah lebih mudah dari menyandarkan harapan. Mencari jalan keluar lebih mudah dari mencari jawapan. Dan meragui - lebih mudah dari mempercayai.

It always feels the same when you got no one but yourself to be blame.

Pada siapa aku nak berharap kalau pada diri pun... aku takda harapan?

Aku benci diri sendiri!

Mungkin sebab itu aku susah nak percayakan orang.

Aku penat dengan apa yang aku rasa!

Aku nak percayakan Iman.

Aku dah terlalu biasa hidup seorang diri. Sampai ke tahap aku sendiri tak tahu macam mana perasaannya bila dia cakap dia peduli.

"Aku takut, kau tau tak!"

Aku tak tipu bila aku cakap aku takut. Pergi mati kalau aku dah lukakan hati dia. Aku boleh tahan kalau Iman masih berdegil nak ambil berat. Tapi dalam hal itu nyawa dia lagi penting.

Belum pernah aku takut sampai macam tu sekali. Sampai macam-macam aku fikir. Macam mana kalau balingan gari aku terlepas? Macam mana kalau aku tak sempat bertindak? Macam mana...

... kalau aku berdiri saja dan tak buat apa-apa?

Iman sendiri cakap dia mahu tolong aku sampai sembuh. Jadi bila aku dah sembuh macam ni mestilah dia pun akan tinggalkan aku juga, kan?

"Kalau saya tahu rasa bersalah saya akan jadi punca awak jadi macam ni..."

Iman...

"... saya takkan cuba cari awak."

I never dare let you near me.

"Kalau macam tu, aku takkan kenal Islam."

Because I'm scared that you'll leave me the same.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"EHMN!"

Kasar sekali kedengaran dengusannya. Kelopak mata cuba dibuka, namun sebaik cahaya terang menerobos masuk ke dalam kornea, pantas dia mendesis sakit lalu mengatup kelopaknya semula.

Ah, kenapa dia tak belajar dari kesilapan? Rudy menggerutu dalam hati. Dia menahan rasa kepalanya yang berpinar. Terasa seluruh tubuh berada di awangan.

"Djin bukan pembelot!"

Dahi Rudy berkerut semerta mendengar suara itu. Suaranya yang dulu.

"Kalau dia tu baik sangat, apahal kau tak ikut je dia sekali!"

Tercelik mata Rudy sepenuhnya lalu bangkit dari baring secara mendadak. Jeritan kecil seorang gadis menyapa ke halwa langsung diendahkan.

Dadanya yang terasa sesak dipegang lalu dicengkam kolar baju itu. Keringat yang merecik mula membanjiri dahi ke pelipis dan sehingga ke leher. Sekeliling Rudy terasa panas biarpun suhu di wad ini sudah cukup sejuk.

"Rudy?"

Lantas kepalanya berpaling tatkala nama dipanggil.

"Ima..."

"Jangan halang laluan aku!"

Rudy mengerang lagi. Segera tangannya beralih ke kepala.

"Hey, hey." Cemas riak Iman mendekati lelaki itu.

"Dd... da... datang balik..." desir Rudy dalam sekat dek nafasnya yang tak terkawal.

Dahi Iman berkerut semerta. Datang balik? Apa yang datang balik?

"Ejen Geeth... ss!" Rudy mendesis sakit dek kepalanya yang kembali mencucuk. Lemas.

Panggil Ejen Geetha! Separuh menjerit hati adamnya dengan lontaran yang tidak terkeluar. Rudy perlukan wanita itu.

Buntu. Sungguh Iman mati akal. Apa kena dengan Rudy ni? Belum pernah dia melihat Rudy dalam keadaan tak terkawal seperti ini.

"Rudy!"

Iman spontan menoleh dek jeritan wanita yang cukup dikenali. Ejen Geetha dengan riak terkejutnya, lantas fail di tangan diletakkan di atas meja dan pantas berlari keluar. Sesaat, Ejen Geetha kembali semula dengan beg kertas berwarna coklat di tangan.

"Ambil beg ni, hembus."

Rudy pantas mengambil beg kertas dan terus bernafas menerusinya. Ejen Geetha yang sedang mengusap belakang tubuh dan bahunya itu dibiarkan.

Hiperventilasi.

Disedutnya kembali gas karbon dioksida sama yang dikeluarkan untuk mengembalikan semula aturan pernafasannya yang luar kawalan. Tika Rudy terasa dirinya akan beransur tenang, satu lagi pukulan menghentak dia.

"Kau bertuah kepala tu aku tak takik je dengan parang!"

Jantung Rudy kembali berombak ganas. Kotak memori itu memainkan semula insiden kepalanya dihentak botol kaca sebelum ditendang ke dinding.

"Tak dapat!"

Rudy membuang beg kertas yang ada di tangannya. Dia mula bergerak agresif di atas tilam sehingga Ejen Geetha terpaksa duduk di sebelah lelaki itu demi menenangkannya.

Rudy rasa seakan dadanya diikat. Oksigen yang disedut sikit pun tak terasa sampai ke otak. Rudy tahu di mana dia berada. Demi Tuhan mata dan kepalanya dapat menangkap susuk tubuh Ejen Geetha, Iman, meja, locker. Semuanya!

Namun tidak pada jasadnya. Tubuh Rudy masih tersepit dengan trauma yang pernah menjadi ancaman kepadanya. Hinggakan jantung sendiri mengepam darah dengan kadar yang maksima kerana ketakutan.

Iman yang tidak mahu duduk diam segera mendekati. Biarpun tubuhnya jelas menggeletar.

"Rudy, cuba ikut saya. La hawla wala..."

"Tak boleh!" Rudy merentang dengan wajahnya yang merah padam. Berselang-seli aturan tak terkawal nafas dengan esakan. Pecah empangan air mata tanpa sempat tubir menahannya.

Iman mengetap bibirnya. Belum pernah dia melihat lelaki ini dalam keadaan begini. Tipulah kalau dia tak terkesan.

"Rudy, Rudy pandang Iman. Pandang Iman. Iman ada dengan Rudy." Iman mula bermain psikologi. Ditukar penggunaan bahasa dari awak-saya kepada nama masing-masing.

Seolah terpana, Rudy terus pandang Iman. Dipandangnya wajah penuh kerisauan gadis itu dengan situasinya.

"Rudy cuba ikut Iman. Ikut Iman... tolong." Separuh merayu Iman meminta. Berharap sangat Rudy memberi peluang kepadanya untuk membantu.

"La hawla wala..."

"La hawla wala..." Rudy akur cuba mengulangi.

"... quwwata illa billah hil aliyil azdhim."

"... quwwata illa billah... hil... aliyil azdhim." Zikir itu dilafaz sepenuhnya dalam sekat.

Bahu Rudy dipeluk erat dan diusap tanpa henti oleh Ejen Geetha. Dia membiarkan anak itu menggenggam tangannya dengan erat demi menyalurkan kekuatan walaupun secebis.

Serangan panik Rudy datang balik dan kali ini lebih teruk. Jarang teknik beg kertas tak berhasil. Walaupun serangan panik satu-satunya anxiety disorder yang tak memerlukan ubat-ubatan khas, namun bahayanya tetap tidak boleh dijangka andai tidak tahu cara merawatnya.

Separuh hati Ejen Geetha retak setiap kali dia melihat pelajarnya dalam keadaan tak terkawal begini. Rudy terlalu muda untuk diserang serangan panik. Penyakit benar-benar tak kenal usia.

"La hawla wala... quwwata illa billah... hil aliyil azdhim."

Tiada daya dan kekuatan melainkan izinMu Ya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Hawqalah. Zikir yang dititip saat ditimpa musibah atau di dalam keadaan yang luar kawalan.

Iman mengangguk mendengar bacaan lelaki itu.

"Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad." Selawat dititip Iman pula menjunjung keagungan rasul akhir zaman.

"Allahumma salli 'ala... sayyidina muhammad..."

Ya Allah, berilah rahmat ke atas Muhammad. Selawat.

"Ulang semua. Ejen Geetha ada dengan awak, saya pun ada. Awak tak apa-apa," pujuk Iman selembut yang mampu.

Rudy mengangguk tanpa sedar. Ibarat anak kecil yang menurutkan saja.

Demi zikir itu diratib, segenap sendinya juga seakan memahami. Tangannya yang menggenggam Ejen Geetha sudah tidak lagi menggeletar. Jantungnya juga perlahan-lahan mula membentuk degupan yang normal.

Ejen Geetha meleraikan pelukan saat merasakan tangannya sudah tidak lagi digenggam erat. Tak menunggu lama, terus wanita itu bangkit dari katil.

Sesaat, mata Rudy terkatup lalu nafas ditarik secara perlahan-lahan. Sebaik lelaki itu akhirnya beransur tenang, bilik itu kembali dihuni sepi.

"Kamu okey, Rudy?" soal Ejen Geetha ikhlas.

"Saya nak masa bersendirian kejap," pinta Rudy hampir berbisik. Sedikit pun dia tidak memandang wajah mentornya.

"Baik." Ejen Geetha mengangguk memahami.

"Saya akan datang balik untuk buat pemeriksaan. Mari, Iman," kata wanita itu lagi lalu mengajak Iman mengikutnya. Gadis itu pula hanya akur.

Sebaik pintu wad tertutup, Rudy menggigit bibirnya sesaat lalu mengulangi zikir tadi. Sebelah lututnya dibawa dekat ke dada bersama sebelah tangan yang menggenggam erat akar rambut sendiri.

Benar kata Iman, dia tak apa-apa. Semua itu dah berlalu dan dia masih hidup. Dia masih hidup.

"La hawla wala quwwata illa billah hil aliyil azdhim."

Aku ada Tuhan. Aku ada Tuhan.

Rudy tak tahu apa-apa doa, hatta bacaan surah pun masih terkial. Hanya bekalan zikir yang diajarkan tadi saja yang mampu dia lafazkan.

Episod serangan panik itu ibarat pasir jerlus. Yang mana dengan bergelut hanya akan membuatkan diri semakin terbenam. Lalu lemas di dalam ketakutan yang dicipta minda dan emosi.

Kuat kedengaran satu persatu titisan lakrimasi yang pecah menghempas selimut. Rudy pedulikan semua. Air matanya dibiarkan mengalir dengan esakan membisu.

Sudah lama dia tidak menangis begini. Dalam tempoh yang lama itu langsung dia tidak berlaku jujur dengan diri sendiri.

"Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad."

Zikir yang diratib puluhan kali itu berjaya menghancurkan tembok keegoannya. Tembok yang selama ini menyembunyikan hakikat bahawa Rudy hanyalah sekerat jiwa yang lemah.

Kenapa dia masih tak boleh lupakan? Bila semua ini nak berakhir? Segenap jiwa Rudy meronta mahukan memori ini cumalah satu kepalsuan dan khayalan yang sekadar memintas di benak.

Kau tak layak menangis Rudy.

Tergenggam selimut Rudy tika suara dari kepalanya memukul. Saat dia mahu meluahkan rasa, desiran di pituitari membuatkan dia berasa yang dia tidak punya hak untuk menjadi manusia.

Sial.

"I'm impressed Djin." Tergelak sinis Rudy biarpun air mata setia menghujani.

"Even now... you still got the best of me." Mata Rudy terkatup dengan dahi yang berkerut, cuba bertenang.

Sesaat, dia mula meliar ke sekeliling melihat bilik yang membawa kekeliruan pada benaknya. Rudy juga perasan yang pakaiannya sudah bertukar dari hoodie sweater ke baju pusat rawatan agensi ini.

Kelibat Ali dan Jet pun sudah tidak kelihatan. Apa yang dah terjadi?

"Aku pengsan ke?"

Rudy bermonolog sendiri. Laju dia mencapai telefonnya yang terletak di atas laci kecil bersebelahan katil. Sebaik skrin telefon menyala, Rudy memandang kosong pada angka jam 6:30 petang.

Semerta tubuh lelaki itu tertegak bersama mata yang terbuntang luas. Tarikh dan hari yang tertera pada skrin tersebut berjaya membuatkan hati adam itu terkejut.

"Sa... Sabtu?" Terkebil-kebil dia.

Hari ini dah hari Sabtu?!

Masih terbungkam Rudy di tempatnya. Kalau sebelum ini dia sedar pada hari Khamis dan hari ini sudah hari Sabtu, bermakna sudah dua harilah Rudy pengsan semula.

Lantas keluhan besar dihela Rudy lalu bersandar dia pada kepala katil. Rambutnya yang sedikit merimaskan wajah segera diraup ke belakang.

Macam mana aku boleh pengsan balik? Detik hati kecilnya.

Seketika pintu wadnya terbuka. Spontan kepala Rudy terkalih melihat wajah Ejen Geetha yang sudah terjengul di situ.

"Sudah 23 minit, boleh saya buat pemeriksaan?"

Melihat anggukan Rudy, wanita itu terus mendekati. Ejen Geetha meneruskan beberapa pemeriksaan awal sebelum diaphragm stetoskop dikeluarkannya pula.

Diaphragm itu dialihkan beberapa kali di tempat yang berbeza. Ingin memeriksa setiap bahagian aorta dan arteri sebelum dia dapat membuat kesimpulan.

Seketika, stetoskop ditanggalkan dan Ejen Geetha menegakkan tubuhnya. Dia mengeluh kecil dalam hati dengan keadaan kesihatan Rudy.

"Apa yang kamu fikir, Rudy? Kenapa keluar wad tanpa kebenaran? Dengan baju tebal macam tu lagi, kamu nak ke mana?" soal wanita itu tanpa selindung. Nadanya berlagu sedih dan kecewa.

"Kamu tahu kan kamu masih dalam keadaan kritikal? Baju tebal itu hanya akan memburukkan lagi luka tembakan kamu. Mujur saja Ali dan Jet sempat bawa kamu balik ke bilik. Kalau tidak, kamu terpaksa menjalani pembedahan buat kali kedua, kamu nak ke?" Sedikit tinggi nada Ejen Geetha kini namun masih terkawal.

Walaupun Ejen Geetha sangat bersimpati dengan nasib Rudy, tapi itu tidak menyembunyikan hakikat yang dia sedang marahkan pelajarnya sekarang ini.

Biarpun Rudy beruntung pneumotoraks dia tak serius, tapi tak mustahil Ejen Geetha terpaksa cucuk juga jarum-jarum pada badannya untuk singkirkan segala udara yang berlebihan.

"Saya minta maaf," pohon Rudy tertunduk.

Dia tahu Ejen Geetha sedang marahkannya. Sebelum dia keluar wad dua hari lepas pun dia sudah jangka. Kini baru Rudy faham macam mana dia boleh pengsan. Mungkin hoodie sweatshirt itu telah menyekat kadar pernafasannya semasa di luar.

Ah, bodoh kau Rudy.

"Rudy..." Ejen Geetha mengeluh perlahan. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan katil.

"Saya takkan boleh faham sepenuhnya apa yang kamu rasa, tapi saya selalu cuba." Redup pandangan wanita itu pada Rudy.

"Saya tak paksa kamu cerita masalah kamu, cuma..." Satu keluhan kecil dilepaskan sebelum dia menyambung semula.

"Cuma janganlah pendam. Tolong jangan simpan sorang-sorang."

"Jangan takut nak minta tolong, Rudy. Takda siapa yang boleh berjalan dalam hidup ini seorang diri," kata Ejen Geetha lagi. Klise. Tapi itulah hakikatnya.

"Kamu ada saya. Ada Iman. Dan semua kawan-kawan, mentor-mentor yang lain."

Rudy masih terdiam. Kalaulah menyeru pertolongan itu semudah tuturan yang dilontarkan. Berkongsi masalah bermakna dia telah mengizinkan seseorang untuk masuk ke dalam dunianya. Yang mana Rudy tak rasa dia sudah bersedia.

"Saya minta maaf, Rudy. Tapi buat masa sekarang, kamu terpaksa ditahan buat beberapa minggu lagi," pohon Ejen Geetha bingkas bangun.

"Saya faham."

"Saya minta diri dulu," pamitnya selepas mengusap belakang tubuh Rudy.

Ejen Geetha melangkah pergi. Sebaik pintu terbuka, dia mengulum senyum nipis pada Iman. Kepalanya terangguk kecil, membenarkan gadis itu masuk untuk seketika seperti yang telah diizinkan tadi.

Iman membalas senyuman Ejen Geetha. Terketap saja bibirnya sebaik anak mata jatuh pada Rudy pula. Iman mengambil tapak selangkah mendekati.

"Rudy."

Mengeras tubuh lelaki itu tika namanya diseru dengan empunya suara yang tidak dia sangka. Jantungnya mula berombak lantas liurnya diteguk. Gemuruh tak pasal-pasal.

Separuh hati Rudy gembira mendengar suara lunak itu. Namun separuh lagi membenci dan menyampah dengan diri sendiri kerana senang dengan kehadiran Iman. Ah, perasaan ini benar-benar tak guna.

"Saya minta maaf," pohon Iman tanpa berbasa-basi. Dia dah tak mahu berlapik lagi.

"Saya tak sepatutnya lari haritu ataupun datang. Saya sepatutnya dah tahu sejak awal. Semua salah saya, awak jadi macam ni lagi. Saya betul-betul minta maaf."

Terketap rahang Rudy seiring tangannya yang sudah tergenggam di bawah selimut. Wajah mula bertukar merah dek menahan gelodak hatinya yang sakit mendengar kata maaf itu.

Maaf? Kata maaf yang keluar dari mulut Iman hanya membuatkan Rudy semakin benci. Benci dengan dirinya sendiri.

Kau pengecut, Rudy!

Makin erat Rudy menggenggam selimut tatkala mendengar suara halus di belakang kepala bermadah.

Kau berlagak kuat padahal kau takut. Kau selalu takut!

Suara itu mengutuk lagi.

Terpejam mata Rudy sesaat. Berkerut dahinya memikirkan kesilapan sendiri. Macam mana dia boleh benarkan Iman menjadi rapat dengannya? Sehingga dia sendiri pun berasa selesa dengan kehadiran gadis itu.

Apa yang dah terjadi dengan dia selama ini? Mana pergi dirinya yang dingin, yang tak pernah ambil peduli. Kenapa mudah sangat hatinya dipengaruhi ketulusan Iman?

"Awak memang ada hak nak marah saya. Saya sedar saya banyak buat silap dengan awak. Dan saya pun sedar saya tak pernah sekali pun..."

"Iman."

Ayat Iman langsung terhenti dengan pintasan Rudy. Terketap bibir gadis itu. Terteguk liurnya memandang Rudy yang masih diam.

"Baliklah..." kata lelaki itu perlahan.

Iman tersentak. Terbeku dia sesaat.

"Aku tak suka kita dua je dalam ni. Aku nak kau balik," sambung lelaki itu lagi tanpa nada.

Spontan tangan Iman tergenggam sendiri. Bicara Rudy mungkin perlahan namun bahananya terasa seakan dia menerima tamparan yang kasar.

Rudy menghela keluh kecil saat kekatanya dibalas hening. Janganlah diam je! Pekik hati adamnya. Dia tahu Iman masih di situ. Jujur, Rudy berharap sangat agar Iman tak terasa.

Kelemahan yang tersirat dalam dirinya bukan bermakna dia membenci. Sikit pun tak. Sosial bukanlah benda yang Rudy pandai, dan dia pun tak tahu macam mana nak baiki.

"Iman..."

"Saya faham." Perlahan saja tuturan gadis itu. Pun begitu, berjaya juga ia memotong kekata Rudy.

"Awak penat, dan saya kacau awak rehat. Saya balik sekarang." Sebaik saja bicara itu ditutur, Iman lantas melangkah keluar.

Terhenti kakinya di luar wad Rudy. Cerah sekeliling namun terasa gelap. Hanyut Iman dibadai dunia yang dicipta kepala sendiri. Memikirkan keterlanjurannya tadi. Meskipun pedih namun harus dia akui kekhilafan sendiri.

Bohong kalau dikata Iman tidak resah. Gundah hati hawanya melihat Rudy yang diserang episod ketakutan. Walaupun hati Iman memberontak ingin membantu namun tetap dia perlu akur.

Kalau orang pun dah tak sudi, buat apa lagi dia perlu buang masa di sini? Iman menarik nafas panjang. Pintu wad Rudy dikerling sekilas sebelum dia berlalu dari situ.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

MALAM kian menyelimuti langit. Mengajak rembulan meninggi bagi menambah seri. Kejora agung yang tampak halus pada pancaindera hamba, sekali lagi berjaya menghiasi keindahan gelapnya cakerawala.

Telefon dibuka dan buat kesekian kali dia menghela nafas berat pada jam yang sudah melebihi 1 pagi. Apahal segar sangat mata ni?

Wajahnya diraup berkali-kali. Pelipis dan kening diurut pula sebagai terapi. Mata dipaksa katup.

Insomnia.

Namun tak kira apa cara sekalipun dia cuba, dia tetap tak boleh lena. Menyampah dengan diri sendiri, terus ubat di dalam laci sebelah disambar.

Penutup botol kecil itu dibuka dan semerta tingkahnya terhenti mendadak. Terbeku dia merenung botol sebesar tapak tangannya.

Perlu ke bergantung kepada ubat untuk tidur?

Dengan keluhan berat, kotak bertuliskan Ambien itu kembali disimpan. Tak berbaloi telan sebiji pil semata-mata nak lena satu malam dan mendapat kesan sampingan yang lebih teruk.

Amanah akalnya yang sihat daripada Tuhan itu perlu dia pelihara sebaiknya. Silap hari bulan, bukan sihat tapi ketagih. Kepala kembali dilabuhkan lalu lengan kanannya diletakkan ke atas dahi.

Tidurlah... nak jadi Pak Jaga ke kau malam-malam ni? Serabut sungguh!

"Dhuha..." Terlucur nama kalam itu tanpa sedar.

Semerta matanya tercelik saat nama surah yang disebut Ali itu melintas ke fikiran.

Rudy langsung bangun dari baringnya. Ibu jari dilekap pada pengesan cap jari di belakang telefon. Sebaik skrin itu menyala, laju mengetik laman ingin mencari jawapan yang dia mahu.

Rudy menarik nafasnya dalam lalu dihela perlahan. Jumpa saja, butang main terus ditekan. Separuh hatinya ingin tahu akan kebenaran yang ditutur Ali dua hari lepas.

Wadduha.

Demi waktu dhuha.

"Aku tahu kau masih baru."

Rudy mendengarkan surah yang disediakan sekali terjemahan itu. Berdebar jantungnya mahu tahu sejauh mana kebenaran kata-kata Ali tempoh hari.

Wallayli iza saja.

Dan waktu malam apabila ia sunyi sepi.

"Tapi aku tetap nak kongsi dengan kau..."

Ma wadda'aka rabbuka wa ma qala. Ayat ke-3.

Tuhanmu wahai Muhammad tidak pernah meninggalkanmu dan tidak pula Dia membencimu.

"... pasal satu surah ni."

Walal-akhiratu khayrun laka min al-oola.

Dan sesungguhnya pengakhiran keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Rudy terkesima membaca ayat keempat tersebut. Inilah bicara sama yang pernah disampaikan Iman kepadanya dahulu. Kerana ayat inilah hatinya terjentik ingin bergelar muslim.

"Nama surah ni surah Dhuha."

Meremang bulu roma Rudy saat merasa surah ini seakan bicara Tuhan dengannya.

Walasaufa yu'thiika rabbuka fatardha.

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, lalu hati kamu menjadi puas.

Tanpa disangka jantungnya berdegup lebih laju. Tuhan berikan dia kurnia? Maksudnya nikmat ke?

"Dalam surah ni kau nak tahu Allah cakap pasal apa?"

Rudy merasakan matanya hangat semerta. Merah berkaca retina dan hidungnya dalam gelap.

Alam yajitka yateeman faawa. Ayat ke-6.

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

Air mata Rudy tumpah setitik.
 

"Allah cakap pasal anak yatim."
 

Lantas tangan kekarnya tergenggam. Sungguh seisi sukma itu terkedu.
 

"Kau cakap kau anak yatim, Rudy. Tapi kau nak tahu? Rasulullah pun anak yatim."
 

Terlintas di jemala bicara Ali yang berupa pujukan kepadanya tempoh hari. Rudy mengacip giginya lebih kuat kali ini. Menghalang diri dari mengeluarkan sebarang esakan.

Tuhan... belum pernah dia rasa sebegini rapuh.

Wa wajadaka dhaallan fa haddan. Ayat ke-7.

Dan didapatiNya engkau mencari-cari jalan yang benar, lalu Dia memberikan hidayah petunjuk dengan wahyu — Al-Quran?

Lagi air mata Rudy jatuh. Wahyu Al-Quran? Yang Iman pernah nasihatkan dia seperti di ayat empat tadi itu ke?

Pengakhiran yang diambil kira.

Terlepas akhirnya esakan yang dia cuba tahan. Rudy mengepal tangan lalu diletak di dahi. Saking tepatnya terasa surah ini dengan jalan cereka hidupnya.

Jadi Allah tahu sakit aku sakit.

Allah tahu aku sunyi.

Terlepas lagi esakannya tatkala suara hati adam itu berdesir. Rudy mencengkam baju di dadanya, seakan menahan hati itu dari terus berkecamuk.

Dia silap. Selama ini dia buta.

Sangkanya sakit itu celaka namun tidak. Prejudis dia dengan kewujudan diri sehingga mulut terlanjur menyalahkan takdir. Dulu Rudy marah,  dia memberontak dengan kesialan yang menimpa.

Namun sebaik Tuhan zahirkan hikmah, lantas terdiam sang sukma. Tertekup mulut, sehinggakan diri rebah jatuh melutut.

Betapa manisnya ia... sehingga bergenang air mata.

Jadi inilah 'takdir' yang Ali maksudkan.

Iman kata dia mahu tolong. Dan sungguh gadis itu tidak mendustai janjinya. Rudy sendiri ingat betapa lancarnya dia melafazkan kata syukur dan berterima kasih kepada gadis itu.

Tapi mengapa dia meledakkan amukannya tempoh seolah Iman tak pernah berjasa? Macam mana dia boleh lupa akan gadis yang sanggup menjadi kayu akar penyokongnya.

Kejamnya dia pada Iman. Berkasar tatkala gadis itu punya niat yang baik.

Bukan itu saja, kerana sakit amnesianya ini hubungan dia dengan Jet pun bertambah rapat. Jika bukan kerana kawan itu, Rudy tak tahu apa kesudahannya sekarang.

Rudy mengatupkan matanya, muhasabah.

Sejak azali kisahnya anak yatim telah dikalam indah. Betapa Allah menaikkan darjat anak yang sudah tiada mak dan ayah di helaian suci Kalamullah.

Jelas terbukti dalil cintaNya terpancar. Ketiadaan pinjaman mak mahupun ayah di dunia tidak bermakna Dia lupa. Malah Dialah yang paling mengingati dan Dia jualah yang paling menyayangi.

Kerana ini ke Quran digelar lembaran juzuk cinta? Kerana setiap lembaran yang terjuzuk membuktikan betapa agungnya cinta Tuhan kepada hambaNya.

Allah pujuk kita. Allah belai kita. Allah beri harapan sebenar-benar harapan tanpa dusta.

Rudy menarik nafasnya dalam. Sesak dadanya kerana sebak. Dia meraup rambutnya ke atas lalu digenggam lembut.

Apa benar syahadah yang pernah dia ucapkan pertama kali? Ikhlaskah hati ini bersaksikan dua lafaz kalimah tersuci? Tuhan dan Rasul.

Muhammad.

Manusia yang sebenar-benar perlu dia sanjung. Manusia yang benar-benar perlu dia idolakan. Andai Djin banyak berkorban demi Cyberaya, maka baginda Rasulullah bertumpah darah demi jutaan umatnya.

Tergamaknya dia menyanjungi manusia selain baginda. Manusia yang juga punya banyak kekurangan sepertinya. Andai Rasulullah masih ada, macam mana agaknya perasaan baginda?

Sedih mungkin, dan kecewa yang teramat.

"Allahuakbar..." Rudy menunduk. Dibiarkan saja air mata membasahi wajah. Perlu hati adamnya akur, semakin jauh semakin hancur.

Bukan miliknya hati yang dia cuba jaga. Bukan kudratnya jua punya ketenangan sepanjang masa. Andai tidak meletakkan Allah di tangkai hati, maka jangan ditanya mengapa tidak dikurnia kebahagiaan hakiki.

Dalam tak sedar, terlena Rudy dengan telefon yang masih menyala. Bertemankan lakrimasi yang telah membantu menenangkan atmanya.

 

 

 

 

 

Kadang tanda cinta Allah terhadap seseorang itu adalah ketika Dia membiarkan hatinya hancur berkali-kali sampai tiada HARAPAN lagi di dunia ini. Dan itu menjadikan seseorang mempunyai HARAPAN hanya untuk Allah.

(Syeikh Abdul Qadir Jailani)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

══════
Total words: 4.6k (tacoddd 🙂🤝🏻😭)

Continue Reading

You'll Also Like

5.9K 548 44
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
3K 173 23
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
179K 3.3K 59
ONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang be...
23.3K 209 10
⚠️tentacles ⚠️yaoi ⚠️heat ⚠️18+ ⚠️mpreg ⚠️omegaverse kinda random :3 but enjoy!! •All characters are not mine •Semua character daripada Monsta Studio