ARABELLA

By dewihera_

114K 9.7K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟐𝟔.

3.5K 340 56
By dewihera_

TUBUH yang tersarung baju berlengan panjang berwarna putih dan sehelai skirt separas atas lutut direnung dari cermin. Cekak rambut berwarna biru muda seperti skirtnya dicapai dan diletakkan di atas kepala. Arabella tersenyum puas melihat penampilannya. Beg galas mini dicapai dan dia berlalu keluar.

Kaki panjang itu melangkah terus menuju ke pintu utama. Langkahnya menjadi perlahan saat matanya menangkap figura Ace yang sedang menunggu seseorang di sisi kereta milik Hayden. Kening Arabella terangkat. Dia menjeling ke dalam rumah, mencari kelibat Hayden.

Rasanya lelaki itu sudah keluar dari awal pagi lagi.

"Ace? Awak tunggu siapa?" Tanya Arabella sambil menyarungkan kasut.

"Tunggu puan. Tuan Hayden cakap hari ini puan nak keluar, kan? Dia suruh saya temankan." Jawab Ace sambil tersenyum manis.

Arabella mendongak. Wajahnya berkerut. Hayden menyuruh Ace menemaninya? Jika diingkatkan kejadian malam semalam, Hayden seperti marah akan dia.

"Takpelah, saya boleh pergi sendiri. Saya lebih suka jalan kaki. Awak duduk rumah, temankan Sashimi je, okay?" Balas Arabella kemudian memulakan langkahnya menuju ke pintu pagar.

Ace terkebil-kebil. Sashimi di dalam sangkar dan Arabella yang semakin menjauh, dipandang bergilir. Kakinya laju diangkat, mengejar wanita itu.

"Okay, kita jalan kaki."

Arabella menoleh. Dia tersenyum.

"Tempat kerja saya jauh tau. Jangan mengeluh penat."

Ace mencebik. "Saya lebih rela penat jalan kaki dengan Puan Love berbanding kena marah dengan Tuan Hayden."

Mendengar rungutan Ace, Arabella tertawa halus. Mereka terus berjalan beriringan menuju ke kafe milik Kai. Sesekali Ace akan mengajak Arabella untuk berhenti, pergi memetik bunga yang tumbuh liar di tepi jalan. Ternyata lelaki itu lebih teruja untuk berjalan kaki berbanding Arabella.

"Bunga tu pun cantik. Apa nama dia? Ros Jepun?" Ace berlari anak mendekati bunga kecil yang berada di dalam pasu di tepi jalan. Arabella hanya mengikut langkah Ace. Mereka berdua duduk bercangkung di hadapan pasu bunga itu, merenung kagum bunga ros Jepun yang hanya mekar pada waktu pagi.

"Menarik." Tutur Ace dengan bibir yang tercebik-cebik menilai kecantikan bunga ros Jepun itu. Arabella di sebelahnya mengangguk setuju.

"Nak bawa balik tak?" Arabella memberi cadangan. Ace menoleh.

"Boleh juga. Pasu dia pun can—"

"Hei! Apa awak buat dengan bunga saya tu?!"

Serentak pandangan Arabella dan Ace teralih kepada seorang wanita yang sedang mendekati mereka dengan sebatang penyapu. Mata mereka terbutang luas.

"Ni rumah orang lah, Ace!"

"Puan Love, lari!" Ace menarik tangan Arabella. Mereka memecut, melarikan diri dari situ. Tidak sedar bahawa mereka telah menceroboh masuk kawasan rumah seseorang. Automatis termati niat mereka untuk mengambil, atau lebih tepat lagi, mencuri bunga ros Jepun itu tadi.

"Hah! Kejap! Saya penat! Aduh!" Arabella terduduk di atas jalan raya diikuti oleh Ace. Lelaki itu mendongak ke atas, cuba untuk mencari nafas selepas penat berlari tadi. Nafasnya tercungap-cungap. Arabella pula sudah terbatuk-batuk kecil.

"Bila—bila masa ada rumah dekat situ? Hah! Penatnya!"

Arabella menjeling Ace tajam. "Awak tu yang suka sangat petik-petik bunga. Habis penuh dah beg saya ni."

"Saya cuma nak puan gembira." Balas Ace yang masih mendongak ke atas. Nafasnya sudah kembali stabil tetapi kakinya pula yang terasa lenguh. Mahu sahaja dia rebah di situ.

Ace mengalihkan pandangannya apabila Arabella sudah tidak lagi membebel. Keningnya terangkat saat melihat Arabella sedang tersengih-sengih sebelum ketawa wanita itu pecah.

"Tapi, kelakarlah! Hahaha!" Arabella menampar perlahan dada Ace sambil tertawa kuat.

Ace yang keliru tadi, ikut sama tergelak. Mereka hampir mencuri sebuah pasu bunga tetapi tertangkap pula oleh pemiliknya. Ini akan menjadi satu memori yang tak akan dia dan Arabella lupakan.

Ace bangun dan menghulurkan tangannya untuk membantu Arabella. Arabella menyambut huluran tangan Ace.

"Jom, kita pergi kerja. Hari pertama tak boleh lambat. Ini, biar saya yang bawakan." Ace mengambil beg mini milik Arabella lalu digalas pada bahunya. Arabella mengangguk laju dan mereka menyambung perjalanan yang terhenti tadi.

"Kita dah sampai!"

Arabella berlari menuju ke bangunan yang tertulis Il Caffè.

"Kai!" Panggil suara lembut itu saat mata birunya menangkap kelibat Kai yang sedang membersihkan meja di luar kafenya.

Senyuman Kai terukir. Apron pada pinggangnya dibuka dan bajunya dikemaskan. Dia berjalan mendapatkan Arabella.

"Arabella. Hai." Tangannya dilambaikan buat Arabella, dan kepada Ace yang sedang berdiri di belakang wanita itu, dia menghadiahkan segaris senyuman mesra. Ace membalas singkat senyuma itu.

"Saya bawa kawan saya hari ini. Ini, Ace. Ace, ini Kai." Arabella menarik lengan Ace supaya berdiri di sisinya. Kai dan Ace berjabat tangan.

"Saya Kai."

"Ace." Balas Ace pendek.

"Arabella, awak boleh mula bila-bila masa yang awak nak. Saya dah sediakan semuanya dan satu cawan coklat panas untuk awak. Ace, awak nak kopi?" Kai memandang Ace yang kelihatan agak kekok di hadapannya.

"Saya tak minum kopi. Saya nak coklat panas, sama macam Puan Love." Jawab lelaki itu dalam nada yang perlahan. Matanya naik turun, mengimbas Kai. Dia masih dalam proses untuk menilai lelaki itu, sama ada Kai itu orangnya baik dan selamat buat Arabella atau sebaliknya.

Kening Kai bertaut saat mendengar panggilan Ace buat Arabella.

'Puan?'

Dia menilik cara pemakaian Ace. Lelaki yang memakai suit mewah dengan tubuh yang agak fit itu, sekali pandang sahaja dia boleh membuat tanggapan bahawa profession Ace itu sama ada sebagai pengawal peribadi atau seorang usahawan. Yang penting, lelaki itu bukan orang biasa-biasa.

Bahunya diangkat. Tidak kisah. Yang penting lelaki itu bukan teman lelaki Arabella, itu sudah cukup untuk membuatkan dia berasa lega. Dia masih ada peluang untuk mencuri hati Arabella.

"Okay, coklat panas satu." Kai mengulang semula pesanan Ace dan berlalu masuk ke dalam kafenya.

Arabella menoleh. Mata bundarnya memandang Ace di sisi. "Kai tu baik, kan? Semalam, dia yang temankan saya pergi pantai. Pantai tu, cantik sangat-sangat! Lepas ni, saya bawa awak pula, ya?"

Ace mengangguk. "Tapi, sekarang saya nak tengok puan melukis. Puan nak melukis apa hari ini?"

"Ni!" Arabella menunjukkan lukisan yang diukir semalam di dalam bukunya. Senyuman Ace terbit. Matanya memandang lama lukisan itu. Ia seperti satu gabungan koleksi lukisan Arabella yang sebelum ini.

Perhatian Ace tertumpu pada satu sudut di dalam kertas putih itu. Senyumannya tadi bertukar hambar.

"Cantik." Puji Ace.

"Kan! Kai pun suka! Jadi, saya ingat, saya nak lukis yang ini lepas tu, tambah sikit-sikit dengan lukisan yang lain." Ujar Arabella sebelum dia terdiam seketika. Wajah Ace yang sedang ralit menilik lukisannya dipandang.

"Ace, boleh saya minta tolong?"

Ace mendongak. "Puan nak saya tolong apa? Kalau tolong melukis, saya lari dulu."

Arabella tertawa halus. Dia menggeleng perlahan.

"Tolong, jangan panggil saya puan."

Ace terkedu. Arabella yang sedang tersenyum manis di hadapannya ditatap. "Tapi...kenapa?"

"Sebab saya bukan majikan awak Ace, saya kawan awak dan saya masih belum berkahwin."

"Oh, okay. Tapi...mungkin ambil masa untuk saya biasakan panggil Puan Love tanpa puan." Ace menunduk malu dan menguis berkali-kali buku lukisan Arabella di atas ribanya.

"Saya faham." Balas Arabella lalu mengatur langkah menuju ke dinding, di mana dia akan melukis. Buku lukisannya dibiarkan bersama Ace.

Ace memerhati Arabella dari belakang. Dia tersenyum setiap kali mendengar nyanyian kecil Arabella, diselangi dengan cerita wanita itu tentang pantai. Pandangannya ditundukkan pada buku lukisan milik Arabella di tangannya.

Di dalam semua gabungan lukisan itu, masih terdapat sudut buat Hayden. Nama lelaki itu yang ditulis untuk memenuhi ruang kosong, ukiran klip tali leher yang sentiasa dipakai oleh Hayden dan cincin di jari manisnya.

"Saya betul-betul boleh buat sesuka hati saya? Nak lukis apa pun boleh?"

Suara Arabella yang sedang berbual bersama dengan Kai menarik tumpuan Ace.

"Ya, Arabella. Dinding ni saya serahkan pada awak. Awak jaga dinding ni baik-baik, okay?"

"Kalau saya robohkan boleh?"

"E—eh? Ja—janganlah."

Arabella tergelak suka. Ace yang hanya menjadi penonton dua manusia itu, tertawa kecil.

Look, Hayden. How happy she is even without you?


















































RAMBUT panjang Lucia diikat oleh Hayden atas permintaan wanita itu. Lucia di hadapannya pula tidak berhenti mengomel tentang apa yang dimimpikan ketika dia berada dalam koma dahulu. Hayden cuma mengiyakan setiap kali disoal. Rasanya sudah lebih lima kali cerita yang sama, diceritakan semula

"Oh, Hayden. Aryan ada cakap yang Love gantikan tempat saya masa saya koma. Betul ke?"

Pergerakan tangan Hayden terhenti. Dia berdehem perlahan. "Erm...ya. Mama yang minta." Jawab Hayden perlahan. Lucia di hadapannya cuma mengangguk sebelum wanita itu memalingkan wajahnya, menghadap Hayden.

"Saya ada jemputan ke majlis tari menari minggu depan. Saya terfikir kalau Love boleh gantikan tempat saya untuk ke sana nanti." Ujar Lucia bersahaja seperti tidak mengambil hati pun jika Arabella telah menggantikan tempatnya.

"Kenapa awak tak nak pergi?" Soal Hayden hairan.

Lucia mencebik. "Tengoklah muka saya ni. Saya tak nak orang tengok saya dengan muka kusam dan kulit kering macam ni. It takes time to get back my moist skin. Months! It's not that easy, okay?"

Hayden menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Hm, nanti saya beritahu Bella."

Mendengar balasan Hayden, kedua-dua kening Lucia terangkat. "Kenapa awak pula yang nak kena beritahu dia? Awak selalu jumpa Love ke?" Tanya Lucia. Matanya mengimbas lama Hayden yang mula nampak gelisah itu.

Hayden tergamam. Jarinya dilarikan berkali-kali ke rambut. "Aaaa...erm...ya, sebab mama minta saya jagakan Bella." Senyuman pada bibirnya terukir kekok. Hatinya terus berdoa supaya Lucia mempercayai sahaja semua kata-katanya tanpa soalan lagi.

Lucia masih memberikan pandangan aneh kepada Hayden sebelum lambat-lambat dia mengangguk.

"Hm, okaylah kalau macam tu." Gumam Lucia sambil mengemaskan rambutnya yang diikat oleh Hayden tadi. Hayden di belakang, melepaskan keluhan berat dan turun dari katil.

"Malam ni, awak teman saya lagi? Saya tak boleh tidur malam lah sekarang, Hayden. Saya asyik mimpi yang saya kena tembak, saya trauma." Lucia mendekati Hayden dan tubuh sasa itu dipeluk erat.

Hayden terkaku. Dakapan Lucia tidak dibalas mahupun bicara wanita itu. Dia hanya mampu diam membisu.

Lucia menjarakkan sedikit tubuhnya ketika tidak mendapat balasan daripada Hayden. Tangan lembut itu menyentuh pipi Hayden yang kelihatan seperti sedang mengelamun.

"Sayang, hei! Termenung pula dia."

"Ha?! Oh! Ya? Awak cakap apa tadi?"

Air muka Lucia berubah mendung. Tangannya yang berada di tubuh itu, perlahan-lahan jatuh ke sisi. Wajah Hayden yang nampak tidak bersemangat itu direnung seketika. Mengapa dia merasakan ada yang tidak kena akan lelaki itu? Sikap Hayden juga seperti berubah, tidak lagi tersenyum gembira seperti dahulu setiap kali mereka bersama. Atau semua ini hanya perasaan dia sahaja?

"Saya tanya, boleh ke kalau awak teman saya lagi malam ni?" Soal Lucia buat kali kedua. Hayden memandang Lucia. Dia mengambil masa beberapa saat sebelum menjawab.

"Esok saya ada mesyuarat." Dalih Hayden, memberi alasan walaupun dalam fikirannya ketika ini, dia mahu meluangkan masa bersama dengan Arabella dan berbincang tentang apa yang dikatakan oleh wanita itu semalam. Fikirannya masih terganggu dengan keputusan Arabella.

Lucia tersenyum tipis. Lengan Hayden dipaut erat. "Awak bawa jelah barang-barang awak, duduk dekat rumah saya untuk sementara waktu. Boleh?"

Hayden membisu seketika. Pandangannya dialihkan ke arah jendela di kamar Lucia. Sudah malam. Arabella sudah tidur atau belum, ya? Dia dah balik rumah, ke? Dia dah makan? Dia penat tak hari ini?

"Saya tak bawa kereta. Lepas ni, Ace yang akan ambil saya." Balas Hayden mendatar.

Senyuman Lucia mati. Tubuhnya dijauhkan kembali. Dia berpeluk tubuh, merenung Hayden tidak puas hati. "Apa guna lagi lima biji kereta awak dekat rumah tu? Kalau susah sangat awak nak luangkan masa dengan saya, biar saya je yang pindah masuk rumah awak."

Hayden memandang Lucia sebelum keluhan dilepaskan. Tubuhnya dipalingkan dan telefon bimbitnya dicapai untuk menghubungi Ace. "Lucia, kita dah bincang pasal ni. Selagi kita belum kahwin, saya tak boleh sesuka hati bawa awak tidur dekat rumah saya."

"Jadi, kahwinlah dengan saya! Awak tunggu apa lagi?!"

Jeda. Hayden tidak mengendahkan lentingan Lucia. Jarinya terus menari di atas papan kekunci, menghantar pesanan kepada Ace untuk mengambilnya di rumah Lucia.

Lucia mengetap rahang, menahan geram. "Hayden! Awak ni dah kenapa?! Kenapa sejak saya bangun dari koma, awak layan saya macam ni?! Saya masih tunang awak, awak sedar tak?!"

"Yang awak nak marah-marah ni, kenapa? Selama ni awak minta apa-apa saya bagi je kan? Takkanlah sebab saya tak nak teman awak malam ni, awak nak mengamuk?" Dengus Hayden dalam keadaan masih membelakangkan Lucia. Dia masih buat tidak peduli. Matanya kini sedang terarah pada gambar Arabella sedang melukis yang dihantar oleh Ace kepadanya pada petang tadi. Senyuman lembutnya terukir.

"Tch! Kalau tak disebabkan Love, saya tak tertekan macam ni lah! Awak ingat saya tak tahu yang awak tolong Love lari daripada Adam lepas dia bunuh lelaki tu? Dan saya yang kena tanggung salah Love?! Adil ke macam tu?!" Bentak Lucia.

Senyuman Hayden mati. Ekspresi pada wajahnya berubah tegang. Dia menoleh. Lucia yang sedang menatap dia tajam itu dipandang dingin. Tubuhnya dibalikkan dan langkahnya dibawa mendekati wanita itu. Hayden tersenyum sinis.

"Tak adil, Lucia. Nak bandingkan apa yang terjadi pada Bella dan apa yang terjadi pada awak. Bagi saya, masih tak adil. Awak dah dapat kontak balik mama awak? Sebab, saya betul-betul nak jumpa dia." Tutur Hayden dengan senyuman sarkastik yang terukir tajam pada bibir merahnya.

Lucia menelan liur. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang. Wajahnya berkerut melihat air muka bengis milik Hayden.

"A—apa maksud awak?" Tanya Lucia dengan suara yang mula bergetar.

Hayden tidak menjawab. Hanya jelingan tajam diberi sebelum kakinya diangkat, keluar dari pangsapuri mewah itu, meninggalkan Lucia yang masih terpana di tempatnya.

Lucia menggenggam erat buku lima. Belakang tubuh Hayden diperhati sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya. Telefon bimbit di atas katil dicapai kasar dan nombor seseorang didail.

"Aryan, saya tahu awak masih sembunyikan sesuatu daripada saya tentang Hayden dan saya nak awak beritahu semuanya hari ini juga!"








































































"BELLA, okay?"

"Okay, tuan."

Hayden mengangguk perlahan dan suasana di dalam kereta bertukar sunyi. Ace mengerling majikannya dari cermin pandang belakang.

"Puan Love gembira betul setiap kali dia melukis. Saya rasa dia ada bakat jadi pengilustrasi. Mungkin dia boleh mula dengan melukis untuk buku cerita kanak-kanak. Betul tak, tuan?"

Jeda. Hayden tidak menjawab. Fokus lelaki itu hanya terarah pada pemandangan gelap di luar tingkap.

"Orang yang ambil Puan Love bekerja tu pun baik. Nama dia Kai."

"Lelaki?" Tanya Hayden dingin.

Ace mengemam bibir. Lambat-lambat dia mengangguk. "Tapi, Kai baik. Dia sediakan semuanya untuk Puan Love. Dia siap belanja saya coklat panas. Air yang dia buat semua sedap-sedap."

Hayden menggulingkan mata. Mula rasa menyampah dengan lelaki bernama Kai itu.

"Lepas ni, awak pun kerjalah dengan dia."

"Okay." Balas Ace bersahaja membuatkan Hayden berdengus perlahan.

"Esok, awak tak perlu hantar Bella pergi kerja lagi. Saya sendiri yang akan teman dia." Pesan Hayden dengan suara yang masih tidak berperasaan itu. Ace cuma membisu, berfikir jika membiarkan Hayden menemani Arabella pada esok hari adalah satu berita baik atau sebaliknya.

Kerana sikap Hayden ketika bersama Arabella sangat berbeza berbanding ketika dia bersama dengan Lucia. Bersama-sama Arabella, ego dan cemburu lelaki itu pada langit yang sama. Langit ketujuh. Dia tidak boleh jamin jika Hayden tidak akan mengamuk kalau lelaki itu melihat betapa mesranya hubungan Kai dengan Arabella.

Ace berdehem dan nafasnya ditarik dalam.

"Tuan Hayden, saya rasa mungkin tuan perlu bagi ruang pada Puan Love untuk dia dapatkan apa yang dia nak, dengan usaha dia sendiri. Macam mana Cik Lucia boleh bebas dan berjaya dalam kerjaya dia, macam tu lah Puan Love harapkan untuk hidup dia. Tuan faham, kan maksud saya? Lepas apa yang Puan Love lalui, tak adil untuk dia. Dia ada hak untuk tentukan hidup dia sendiri. Dia ada hak untuk rasa bahagia." Tegas Ace dalam memberi nasihat. Suara dan riaknya juga sudah bertukar serius. Dia betul-betul mahu Hayden menghadam segala perkataannya tadi.

Dia sayangkan Arabella seperti ahli keluarganya sendiri. Mustahil dia mahu melihat adik perempuan, ibu atau kakaknya dilayan seperti hamba oleh lelaki yang tidak ada kena mengena dalam hidup mereka.

"Tuan masih ingat kan, yang Puan Love bukan isteri tuan? You have no right to tell her of what she can and can't do. Puan Love pun dah mula minta saya berhenti panggil dia puan. Dia sedar dekat mana tempat dia, tuan pula?"

Hayden masih mendiamkan diri. Fokusnya terus tertumpu kepada pemandangan di luar walaupun bicara akhir Ace itu agak menyentapkan dadanya.

"Maaf, tuan kalau tuan rasa, saya sibuk jaga tepi kain tuan tapi, saya cuma tak nak Puan Love putus asa...lagi." Tutur Ace lirih sebelum melangkah keluar dari kereta sebaik sahaja kereta sudah diparkir di dalam garaj.

Hayden memerhati Ace yang meninggalkan dia begitu sahaja. Keluhan berat dilepaskan kemudian dia juga ikut sama keluar dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Langkahnya terus diatur menuju ke tingkat atas. Kakinya berhenti seketika di hadapan pintu bilik Arabella yang tertutup rapat. Buat kesekian kalinya, nafas panjangnya dihela. Tubuh dibalikkan menghadap biliknya yang berada di hadapan kamar tidur Arabella.

Baru sahaja tangannya mahu mencapai tombol pintu, perbuatannya terhenti saat matanya mendarat pada sekeping kertas yang diselitkan di antara celahan pintunya. Kertas yang ternyata sekeping sampul surat itu dicapai dan tulisan yang berada di atas sampul itu dibaca.

Saya bayar sikit-sikit dulu, okay?

Kening Hayden ternaik. Sampul surat itu segera dibuka. Rahangnya diketap rapat tatkala melihat beberapa keping wang kertas di dalamnya. Dia menoleh, merenung sayu pintu bilik Arabella.

"Awak betul-betul nak pergi, hm?" Bisiknya perit.

'Tuan masih ingat kan, yang Puan Love bukan isteri tuan? You have no right to tell her of what she can and can't do.'

Bicara Ace di dalam kereta tadi kembali berulang di dalam mindanya. Hayden tersenyum pahit. Sejujurnya, dia terlupa tentang kenyataan itu.

Kenyataan bahawa Arabella tidak pernah pun menjadi miliknya.

Continue Reading

You'll Also Like

231K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
165K 10K 60
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
38.2K 4K 42
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
52.6K 2K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...