ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

42.1K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 35: Love

903 74 55
By shirxyvki

LEMAH langkah Iman di dalam kawasan sekolah dengan baju sekolah. Dia baru saja selesai misi. Teguran Ejen Leon berkenaan persembahannya sebentar tadi, masih sakan berdesing di telinga. Dan itu sedikit sebanyak meruntuhkan semangat Iman.

Susahnya nak jadi ejen.

Keluh hati Iman. Letih dan sedih. Tanpa dipinta kakinya diorak menaiki tangga. Iman terasa ingin mengambil udara segar di bumbung sekolah.

Sementelah juga ingin memujuk diri sendiri. Setelah apa yang terjadi hari ini, Iman semakin tak yakin pada diri. Kerana dia, misi mereka gagal. Lagi.

Boleh ke dia direkrut ke akademi? Layak ke? Iman merengus memikirkan semua itu untuk kesekian kali. Sarat persoalan tanpa jawapan mengundang curiga pada diri.

Sudah dia kata seni wushu bukan seni yang spesifik untuk pertahanan tetapi persembahan. Gerakannya lebih kepada tarian bukan berlawan. Wushu tak sama macam Kung Fu atau taekwando atau Karate atau Muay Thai atau silat pencak semua itu. Iman mengeluh lagi.

Ya Allah... kenapa dalam ramai-ramai, aku Kau pilih untuk berkhidmat di bawah M.A.T.A.? Iman menguak pintu bumbung sekolah.

"If You love me... why did You do this to me?"

Terus terhenti langkah gadis itu. Tangannya pada tombol pintu tak teralih. Terkebil Iman sesaat. Suara yang seakan merintih itu membuatkan tubuhnya membeku.

"If this is what You called 'love', why is it hurt?"

Rintihan itu kedengaran lagi. Mencipta kerut pada dahi Iman. Love?

Cinta? Ke sayang? Eh... tapi apa beza?

Iman mengetap bibir. Bermacam andaian bermain di fikiran kurang matangnya itu.

"I could barely sleep every night. I'm trying my best to understand, but all I got was nothing but self pain. I was paralyzingly numb with this agony so please... take it from me. Take all these pain... left nothing inside of me but empty."

Semakin Iman terpinga, semakin kuat juga andaian yang bermain di kepala. Perempuan itu bercakap dengan siapa? Gaduh ke?

Kira-kira 30 saat yang hanya berlagukan esakan sayu, Iman membuat keputusan untuk pergi saja dari situ. Tak mahulah dia ganggu perempuan yang tidak dikenalinya melayan perasaan.

Nampaknya bumbung dah dicop. Iman mengeluh perlahan. Pergi Taman Herba sekolah ajelah. Di situ ada kolam Ikan Koi. Boleh la juga ikan-ikan itu jadi peneman duka nestapanya. Tombol dilepaskan sebelum dia berlalu pergi.

"Why... just why, ya Allah..."

Lagi, Iman terhenti. Terus terbuntang sesaat mata bundar miliknya. Dia tak silap dengar bukan?

Bibir Iman digigit perlahan. Jadi perempuan ini sedang bertutur dengan Tuhannya. Bertutur dengan Tuhan sewaktu tiada sesiapa di sekitar.

Iman memusingkan kembali tubuhnya. Terbatal niatnya ingin ke taman dek rasa ingin tahunya yang membuak-buak.

Nampaknya bukan jiwa Iman saja yang diuji Allah tika ini. Dia bersembunyi di balik pintu, tak mahu dirinya kelihatan. Telinga dipasang, menangkap setiap bait kekata perempuan yang membelakanginya.

"Why did You created me in the first place, if You just gonna give me the massive agony!" soalnya tersedu sedan. Dada kecilnya dipukul berkali-kali. Cuba menghalau segala sakitnya pergi namun tak berkesan.

Konkrit dingin bumbung itu menjadi tempat dia merebah seluruh sendi. Melutut hanya pada Sang Rabbi. Lemah... lemah sangat jiwa hawa yang kian diperhampa seisi duniawi.

Air mata yang berjuraian di pipi, tidak lagi asing baginya. Tangan digenggam kuat sehingga dapat dia rasakan benaman kuku ke dalam isi. Sisa kekuatan dalam diri cuba digali, berharap ia masih berbaki walau sekelumit.

"Or... or do You actually hate me?" tebaknya setelah seminit membisu.

Iman tersentak dengan prasangka melulu perempuan itu. Hampir ternaik tangannya ingin menekup mulut sendiri. Kenapa begitu berani sekali dia persoalkan kasih Allah? Berat sangat ke dugaan Allah padanya?

"Do You hate me that much until You made everything hard for me? What, am I forbidden to be happy? To be love?" soalnya bertubi-tubi dengan suara bergetar.

"Is it too much to ask for me to at least be happy with my father who won't hurt me? Or be with my brother freely everytime I felt lonely? Or at least... having a friend to have a normal teenage life, God! I can't even sleep with these bruises all over my body!" rentangnya sekuat hati. Membuatkan bahu Iman terhinjut akibat terkejut.

Apa yang terkalam di hati, dilontar tanpa secalit rasa bersalah. Kecelaruan jiwa menyebabkan dia tidak sedar betapa diri telah mudahnya diperbodohkan syaitan laknatullah. Lantaran berlaku zalim pada Allah.

"I'm just Your another... little... weak human, ya Allah..." Dia berdesir kasar, menaikkan jemarinya ke ubun lalu menggenggam rambut ikalnya. Seolah sakit itu berpindah dari hati ke kepala pula. Sehingga dapat dia rasakan sehelai dua rambutnya tercabut dari akar jemala.

"Why? Why in the billion people on this world, must have You chose me to live as Maria Lania?" soalnya lagi meninggikan nada di akhir kata. Air mata di pipi, dibiar mengalir deras tanpa dikesat.

Iman menggigit bawah bibirnya. Tanpa sedar, telah membawa genggamannya ke atas dada. Maria... jadi itulah nama dia.

"Yes, I know... being human isn't easy. Because Heaven can only be bought with patience. I know... and I'm sick of reminding myself that!" tempiknya masih tidak menyedari diri diperhati.

Dia tahu dia perlu bersabar. Tapi sampai bila? Sampai bila dia perlu kekal tabah? Dia juga mahu merasa bahagia. Kenapa orang lain boleh, dia tak boleh? Sikit pun takkan dia tak layak?

Hidupnya laksana burung di dalam sangkar. Hanya mata saja bebas melihat dunia luar sementara jasad dikurung tanpa rela di rumah besar.

Apa guna tinggal di rumah mewah, andai jubin dingin itu ibarat pentas dirinya didera bapa sendiri? Juga saksi tubuhnya menerima libasan berkali-kali. Serta menjadi baldi menadah kolam darahnya sendiri.

"I always hurt You, didn't I?" Suaranya dikendurkan setelah dua minit berdiam. Genggaman pada rambutnya semerta dilepaskan. Dirinya tidak lagi rasa ingin menangis.

"Maybe that was the reason I'm always like this. I hurt You." Dia berkata seolah tersedar akan dosanya sebentar tadi.

"Then what's the point of living if I keep hurting You?" soalnya tiba-tiba. Jelas di sini syaitan masih belum puas mencacatkan fikiran anak Adam.

"Wouldn't it be better if I just..." Katanya terhenti saat dia mengangkat kepalanya memandang tembok dinding putih di hadapan.

"Go?" soalnya dalam nada bisik.

Perlahan-lahan dia bangun sebelum menapak mendekati dinding yang menjadi pagar tinggi di kawasan bumbung sekolahnya. Tangannya menyentuh permukaan dinding yang dipenuhi bebintik kecil.

"But that will only make You even more hurt..." desisnya tiba-tiba, lantas menarik tangannya semula dan melangkah ke belakang menjauhi dinding tersebut.

"That will make You mad at me. And I don't want You to be mad at me." Mata sembabnya dibawa ke bawah, memandang simen dingin yang dipijak.

"But..." Dia sebak kembali. Hatinya hancur lagi.

"I'm also hurt." Kakinya diorak semula ke hadapan.

"I'm in pain!" Tanpa berfikir, terus memanjat dinding itu.

Sungguh emosinya seperti roller coaster. Sekejap begitu, kemudian begini. Seolah ada dua jiwa yang berbeza bermain di dalam satu jasad yang sama. Membuatkan dia tanpa sedar bermain 'tarik tali' dengan mati.

Kening Iman tercantum. Telinganya tak dapat menangkap apa yang dibicara perempuan tadi kerana dia bercakap perlahan sangat. Tak semena, hati kecilnya mula rasa tak sedap.

Iman mengambil keputusan untuk membuka pintu itu sepenuhnya dan menapak keluar. Dan alangkah terkejutnya dia melihat perempuan itu sudah berdiri di atas dinding tembok tinggi.

Dengan wajah yang basah dibanjiri air mata, dia memandang kaki langit. Di mana Matahari semakin tenggelam memberi penamat buat hari ini.

"If You truly love me, You would have send someone to help me," bicaranya dengan kerongkong yang pedih.

"I can't do this alone, You know I can't." Hujung baju sekolahnya digenggam kuat sambil menggeleng perlahan.

Iman mahu menghentikan tindak gila perempuan itu. Maka laju kakinya berlari tetapi terus terhenti tika mendengar perempuan itu menyeru lagi nama Ilahi.

"Ya Allah..." Dia mengangkat wajahnya menatap dada langit pula. Seiring dengan namanya 'Lania' yang bererti langit dan Syurga.

"I know You are up there. I know You can hear me..." katanya sambil memandang langit perang tidak berawan itu.

Semakin kencang dada Iman berombak. Entah macam mana kakinya terpaku di tempatnya berdiri. Suaranya pula tak mahu keluar. Iman terkedu melihat cara perempuan ini meminta perhatian Allah.

"You said if I call upon You, You will respond. So hear me, Ya Allah... there is something I really want... that only You can give me," katanya tersekat dek derapan nafasnya yang tak terkawal.

Spontan matanya terkatup saat angin kecil tiba-tiba menderu perlahan. Membelai lembut tubuh lampainya yang kecil. Seakan suatu tanda yang menunjukkan bahawa Tuhan Pencipta Arasy dan Kursi itu sudi mendengar permintaan dia anak Hawa.

"I want You to love me." Mata dibuka dan lantas air mata tumpah saat dia mengemis cinta Sang Agung.

Tanpa disangka, air mata Iman juga jatuh dan itu membuatkan dia terkejut. Wajahnya lantas dikesat. Sejak bila air mata ini bergenang?

"I want You to show me that You love me." Bergetar bibir dia menyebut setiap bait kata.

"Prove it to me." Teresak dia lagi, tak lepas memandang langit tinggi.

"Make me understand the ways of You loving me." Sekali lagi air matanya tumpah membentuk dua batang sungai kecil yang deras pada wajah.

Sungguh, seisi hatinya ingin mengerti cara halus Allah menzahirkan cinta. Melalui apa, dengan apa, bagaimana? Dia mahu tahu semua itu. Kerana sebabnya cuma satu.

"Cause I want to love You," lafaznya, tak mampu lagi mengawal diri. Pandangan kaburnya dicampak pada tanah yang kelihatan kecil tetapi luas.

Tanpa dipinta, kakinya diangkat ingin mengambil selangkah lagi ke hadapan. Ingin mengakhiri semua.

"Jangan!"

Terjerit kecil Marla saat tangannya direntap kasar dari belakang. Hampir luruh jantungnya ketika itu.

Mata merah Marla mendarat pada seorang gadis yang masih tak lepas menggenggam lengannya dan menikamnya dengan mata berkaca dan wajah berona.

Kening Marla tercantum hairan. Siapa...

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"JANGAN jadi kejam dengan Tuhan sendiri."

Itulah teguran Iman di atas bumbung berteduhkan langit senja sebagai saksi... dua tahun yang lepas.

Pada mata Iman ketika itu, Marla telah berlaku zalim terhadap Allah. Kerana hanya hati yang tidak beriman saja ingin segera meninggalkan duniawi dengan menarik nyawa sendiri.

Betapa Iman kecewa dengan makhluk sepertinya. Jika benar Marla ingin Tuhan menyayanginya, dia terlebih dahulu harus belajar percaya yang Tuhan sentiasa menyayanginya.

Menurut Kitab Injil yang telah disongsang kaum musyrik, Maria bermaksud lautan kedukaan. Lautan yang hanya dibanjiri aliran perit dan larutan pahit. Sea of sorrow.

Sedang di Islam Maria itulah salah seorang golongan ahli Syurga, Ummul Mu'minin. Isteri kekasih Allah.

Maria al-Qibtiyya. Wanita Mesir yang cantik parasnya. Satu-satunya wanita yang telah melahirkan cahaya mata kepada baginda selepas Saidatina Khadijah.

Tika mana Allah tidak memberikan zuriat kepada para isteri yang lain, Dia menghembuskan roh ke dalam rahim Maria Si Qibti dan memberi wanita itu rahmat. Namun sayang, anak itu tidak hidup lama.

Maria Ibn. Sam'un kehilangan anaknya, Ibrahim seawal usia anak itu tersangat muda. Sementara Maria Lania kehilangan ibunya, Carmila Lania seawal usianya sesaat mengenal dunia.

Seperti mana Rasulullah ﷺ  sanggup mengharamkan dirinya ke atas Maria al-Qibtiyyah —  semata-mata ingin menjaga hati Ummahatul Mu'minin, begitu jugalah tindakan Marla yang sanggup menjauhkan dirinya dari insan tersayang agar tidak dizalimi baran bapa sendiri.

"Assalamualaikum." Iman memberi salam dari belakang.

"Waalaikumussalam." Dua pasangan suami isteri itu menoleh.

"Iman?" Seorang remaja lelaki memandangnya terkejut.

Iman tersenyum tawar ke arah Hanzalah. Tahu silapnya kerana menganggu waktu mereka sekeluarga. Tak sangka pula dia mereka pun ada di tanah yang masih merah ini.

"Ini ke Iman?" Si isteri bingkas bangun lalu mencapai tangan Iman.

"Ya, saya Iman," kata Iman, mengangguk perlahan. Sesaat, dia dibawa ke dakapan wanita awal 40-an itu.

"Maria banyak cerita pasal kamu," ujarnya memeluk erat tubuh kecil Iman.

Iman tidak membalas dengan kata.  Hanya perlukannya saja yang melakukan segala bicara. Seperti yang tertulis di dalam diari Marla, tentunya ini Puan Hana. Ibu susuan Marla.

"Terima kasih sebab selalu ada bersama Maria. Walaupun masanya cuma singkat." Si suami berkata pula dengan pandangan redup.

Iman hanya membalas dengan senyuman kecil. Ini pula pastinya Tuan Imran, bapa susuan Marla. Mereka inilah ibu bapa Ketua Pengawas sekolahnya, Hanzalah Aryan.

Dan itu menjadikan Senior Hanzalah abang susuan kepada Marla yang sudah dikira mahram meskipun daripada ibu bapa yang berlainan.

"Kalau kamu nak lawat Maria, lawatlah," pelawa Tuan Imran.

"Nak makcik teman?" soal Puan Hana setelah meleraikan pelukan.

"Takpa... saya okey." Iman menolak dengan baik.

Puan Hana mengangguk dan tersenyum senang. Dia mengalihkan pula pandangannya pada anak lelaki yang tak lepas dari menjatuhkan kepala di atas batu itu.

"Zal... jom." Puan Hana mengusap lembut belakang tubuh anak tunggalnya itu.

Hanzalah mengangkat wajahnya. Air mata yang jatuh cepat-cepat dikesat. Batu itu diusap perlahan untuk kali terakhir. Seolah sedang mengusap kepala adiknya itu.  Rindu sangat.

Aku balik dulu, Maria. Bisik hati adamnya sebelum menapak pergi bersama ibu dan abahnya ke kereta.

Iman menghantar kepulangan mereka sekeluarga dengan anak mata. Sebaik kereta mereka membelah jalan, Iman duduk bersimpuh di atas tikar kuning lusuh yang sedikit kasar itu.

Assalamualaikum, Maria. Iman memberi salam seraya memegang batu nisan.

Kenapa awak tak cakap awak sakit? Kenapa perlu awak simpan sendiri? Awak buat saya rasa teruk.

Iman menahan sebak. Bicara dia dengan Marla hanya berlagu di hati. Iman tak mahulah membuka mulut mengeluarkan suara dan bercakap dengan roh yang sudah pergi. Bimbang itu akan memesongkan akidahnya sebagai umat Islam.

Iman menarik nafas dalam, mula bertenang. Dengan mata yang terkatup, dia menadah ingin mengirim doa yang panjang buat sahabatnya.

Setelah lebih sedekad dibadai gerhana, akhirnya... Tuhan telah memberi anak Hawa itu rehat buat selamanya.

Marla menghidap penyakit barah otak selama dua tahun. Doktor kata ia berpunca dari hentakan yang kuat seperti dipukul besi. Kerana terlalu banyak darah beku yang terkumpul di otaknya, Marla telah menghembuskan nafas terakhir semasa di bilik pembedahan untuk kali kedua.

Marla telah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan di Subuh pada hari Jumaat dua minggu lepas.

Hubungan persabahatan mereka hanya menyala selama sebulan. Setelah dua tahun ukhwah mereka terombang tanpa tiang, akhirnya mereka berdiri kembali di permukaan rata.

Namun hanya seorang saja yang berdiri di hadapan pusara itu. Kerana hanya seorang saja yang tertanam di dalam pusara itu.

Menitis air mata Iman mengaminkan doanya. Tak sempat dia mendakap tubuh Marla yang masih bernyawa buat kali terakhir.

Batu nisan di bahagian kepala itu diusap lagi. Pandangan redup diberi sebelum kepala dijatuhkan ke atas batu itu. Matanya terpejam rapat.

Maria... yang mewarnai dada langit, adalah Tuhan sama yang mewarnai hidup awak. Iman berbisik di hati sambil mengetap bibirnya yang bergetar.

Awak dah habiskan air mata awak, keringat awak, tubuh malah darah awak juga... untuk merasa bahagia yang dijanjiNya.

Saya doakan taman Jannah buat awak di sini. Sungguh... pertemuan dan perpisahan kita adalah kerana Allah.

Always in my mind you will find... a girl who once struggle to breathe.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

KAKINYA pantas bergegas ke pusat rawatan sebaik misinya dengan Ejen Karya, Ali dan Jet selesai. Setelah dua minggu akhirnya lelaki itu sudah sedar. Sungguh hatinya melompat gembira dan bersyukur sangat.

Hampir saja dia tiba di unit yang dituju, langkah kakinya diperlahankan sebelum sepenuhnya terhenti. Iman perasan ada beberapa ejen di dalam bilik itu dan sedang berura-ura untuk keluar. Lantas Iman bersembunyi di balik dinding.

"Baik... itu saja. Kamu dah boleh berehat."

"Terima kasih."

Iman terdengar suara Rudy yang menjawab dari dalam. Tak semena jantungnya berdebar. Sudah dua minggu dia tak dengar suara serak-serak basah lelaki itu.

Setelah Ejen Geetha dan para ejen yang lain beredar, Iman mengambil giliran untuk masuk ke dalam. Namun sedikit hampa hati Iman dibuatnya melihat Rudy yang agak lena tidur.

Jika tak silap sekarang sudah hampir enam petang. Mungkin Rudy penat sangat kot. Tebak Iman dalam diam.

Patutkah dia pulang? Tapi dia dah ada di sini. Hari ini saja dah hari Jumaat, jadi esok memang sah-sahlah tak boleh datang. Iman mengeluh perlahan.

Dia tak mahu tunggu minggu depan dan dia pun tak mahu mengganggu Rudy berehat. Mungkin ada baik saja dia pulang.

Seakan terasa ada orang di dalam bilik itu, mata Rudy dibuka perlahan-lahan. Dia mendengus halus sebaik terlihat Iman.

Kepala Iman lantas berkalih sebaik telinganya menangkap dengusan halus. Jadi Rudy masih terjaga? Melihat lelaki itu yang sedang berusaha untuk bangun, kaki Iman pantas menapak ke arahnya.

"Rudy... awak nak duduk ke?" Laju tangan Iman mencapai bantal di kepala Rudy untuk membantu kawan itu bersandar.

"Awak tak boleh terus bangun macam tu," kata Iman, menyelaraskan pula selimut Rudy.

"Awak baru sedar dan dada awak masih..."

Dan tanpa sebarang amaran, Rudy menepis kasar lengan Iman menjauhinya. Sehingga gadis itu terjerit kecil dan hampir terjatuh.

"Kau buat apa sini?"

Iman tersentak. Apa...












═══

[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.7k

**sigh

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 1K 53
Annyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact...
24.7K 402 21
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
41.7K 2.3K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
34.1K 1K 72
Act, RR ni first book..penulisan pun macam mabuk je😌 nanti lepas habis book Harris Zayder baru edit balik okey 😄 ...