ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

42.1K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 34: Sedar

549 66 65
By shirxyvki

RIUH di pantry itu dengan suara dua orang remaja. Dari kejauhan lagi boleh dengar mereka bergaduh sakan. Ada yang buat muka biasa. Mungkin dah lali agaknya. Tetapi ada juga yang menayang wajah sebal kerana mengganggu.

Tempat orang sakit kot. Ada juga yang kena bedil dengan meriam baru ciptaan M.A.T.A. ini karang.

"Apahal kau?" pekik Ali terseringai. Sakitnya hati dia apabila Alicia sesuka mak nenek aje merampas tin airnya.

"Kan Ejen Evan dan pesan, tak boleh minum air sejuk! Kau ni ada masalah nak kawal diri ke apa?" marah Alicia balik.

Tiga sahabat tersebut memandang penuh bosan. Iman menepuk dahi. Moon menayang wajah toya. Khai pula hanya menggelengkan kepala.

Ada bagus juga mereka dua ini digantung akademi buat seketika. Amanlah juga rasa pulau itu tanpa kekecohan perang mereka.

Bertekak macam anjing dengan kucing. Kucing dengan tikus. Tikus dengan tikus lagi satu yang saling berperang berebut keju yang cuma tinggal satu. Memang tak pernah sebulu.

"Erm... saya minta diri kejap," pinta Iman.

Moon lantas menoleh. Keningnya bertaut hairan.

"Haa? Kau nak pergi man... ouhh..." Moon mengangguk perlahan setelah memahami niat Iman.

"Nak aku teman?" pelawanya pula.

"Takpa. Saya pergi sekejap je." Iman menolak lembut sambil mengukir senyuman nipis.

"Okey." Moon mengangguk sambil membalas senyuman Iman. Dia menghantar pemergian gadis itu dengan ekor matanya.

Pandangan Moon kembali mendarat pada pasangan tak berapa nak bahagia itu. Wajah toyanya kembali dipamerkan. Dia menggeleng sambil bercekak sebelah pinggang.

"Shouldn't we stop them?" soal Khai masih tak mengalihkan mata daripada Ali dan Alicia. Setia dia menjadi penonton tanpa rela mereka.

Bila mereka nak sedar yang mereka sebenarnya berada di pusat rawatan M.A.T.A.? Nasib duduk di pantry. Jauhlah sikit dari orang sakit.

"Nah... you never understand their issue. Trust me, fighting is the whole part of the healing process." Moon berkata dalam nada tersempoi.

Kepala Khai mengangguk tanpa sedar, seakan setuju. Sesaat, keningnya tercantum pula. Dia berkalih memandang Moon kehairanan.

Pergaduhan adalah proses penyembuhan? Keningnya yang tidak gatal digaru. Tak fahamlah dia.

"Weyh, aku laparlah. Beli makanan jom," ajak Moon tiba-tiba. Perut kecilnya diusap perlahan.

"Hm, jomlah. Lama-lama kat sini makin pening kepala." Khai berkata seraya melangkah keluar diikuti Moon.

Maka tinggallah mereka berdua saja di dalam pantry itu. Dan nampaknya memang mereka tak sedar.

Ali terpaksa datang semula ke pusat rawatan M.A.T.A. setelah mengadu pada Uncle Bakar yang tulang belakangnya terasa sengal semula. Benda boleh aje pergi klinik biasa. Tapi sebab Uncle Bakar berkeras juga mahu Ali mendapat rawatan di sini, maka tersekatlah dia dengan Alicia.

Lagi.

Patutnya dia di rumah sekarang. Main game. Main dengan Comot. Comot dekat rumah itu tengah tidur agaknya. Nikmat betul.

"Suka hati akulah nak minum apapun! Yang kau nak risau sangat apahal?" Ali mendengus kasar dengan bebelan Alicia.

Alicia terseringai. Apa benda? Aku? Risaukan kau? Kalau aku tak risau pun, aku tak rugilah! Huh! Detak hati perempuannya.

"Kalau bukan sebab cikgu campak aku satu group dengan kau, memang taklah aku nak nasihat kau banyak-banyak. Kau punya ketidakhadiran efek aku punya markah, tau tak?" Alicia mendengus di akhir kata. Geram betul.

Seketika, dia menarik nafas dalam-dalam. Ingin bertenang. "Dah. Kita sambung semula latihan kita yang..."

"Aaahhhhhh!!!" Ali berbunyi menghenyak punggung di atas kerusi. Terlenggok kepalanya di atas meja.

"... tertangguh." Alicia menyambung ayatnya yang dipintas. Dia mengerling Ali atas bawah.

"Apahal kau?" soalnya pula.

"Kau ni... belajar, belajar, belajar. Aku tengah sakit lagi, kan? Kasilah aku rehat sehari dua lagi. Badan aku sengal lagi ni," ujar Ali masih meletakkan kepalanya di atas meja tersebut.

Alicia mengecilkan biji matanya memandang Ali. Ini nak marah ni.

"Tolong beringat sikit, Ali. Kau tu pelajar sekolah sains. Dan jangan kau ingat hanya sebab kau budak sains, kau dah cukup bagus." Alicia sudah mulakan bebelannya.

"Sakit bukan alasan kau untuk menangguh belajar. Dan cuti bukan tiket kau untuk tak sentuh buku... langsung!"

Tertanjat Ali tatkala Alicia menghempas beg yang sarat dengan buku di atas meja. Tegak terus badan dia. Dia memandang Alicia seriau.

"Science is not a fancy subject, nor a subject you can be brag of. It's the subject of struggle. A lot of crazy hard work." Alicia mengomel lagi.

"Kau kena banyak bertanya, banyak buat nota dan banyak buat latihan untuk kukuhkan pemahaman kau."

Ali cuba membuka mulutnya.

"Secara berterusan." Pantas Alicia memintas, menyebut setiap sari katanya satu persatu.

Lantas, Ali mengetap bibirnya. Air liur diteguk tanpa sedar. Alicia yang menikamnya dengan pandangan tajam membuatkan dia berdecit mengalah.

"Argh... yalah!"

Ali menarik muka masam. Ada betul juga kata Alicia tu. Kadang Ali rasa Alicia ni dah macam personal teacher dia. Bukan kerja berkumpulan dah. Tapi tutorial.

"Tapi buku aku... wargh!"

"Buku kau."

Naik turun dada Ali mengumpul nafas. Kus semangat! Seketika matanya menjeling Alicia yang baru saja menghempaskan buku latihannya di wajahnya.

Kurang asam. Perangai tak cun langsung! Kutuk Ali.

Dia mengambil buku latihannya lalu menyelak muka surat satu persatu.

"Kita berhenti kat..."

"118, Redoks." Laju Alicia menjawab dengan mendatar. Matanya tidak sedikit pun memandang Ali.

Ali menjeling Alicia sambil menyelak ke muka surat yang dimaklum. Dia ni... suka hati je potong ayat orang.

"Ingat lagi tak konsep dia macam mana?" soal Alicia, mengerling Ali sekilas. Buku dan pennya sudah tersedia di sebelah. Tinggal nak setting tablet saja untuk memudahkan perbincangan mereka nanti.

Ali menggaru kepala yang tidak gatal. Dia mengambil masa sedikit sebelum menggeleng.

Alicia mengeluh. Dah agak dah. Bila dah tak buat latihan, macam inilah dia. Terus lupa. Alicia mengambil buku nota dari dalam begnya.

"Ni. Tengok sini."

Alicia menempatkan buku notanya di sisi Ali. Dia menyuruh Ali membaca sepintas lalu sementara dia menyediakan slide untuk mereka berdua.

Walaupun di era kini yang sudah banyak platform dan aplikasi yang dikhaskan untuk pembelajaran, tetapi Alicia lebih gemar membuat nota secara fizikal.

Kerana menulis dengan tangan lebih efektif untuk meningkatkan daya ingatan berbanding menaip di gajet. Mata pun terasa cerah dan ringan saja melihat nota berwarna-warni pada buku.

Ali melihat nota Alicia dan sekali lagi, dia memuji kreativiti gadis ini. Nota-nota Alicia bukan saja sarat dengan isi dan senang difahami. Malah bukunya penuh dengan pemilihan warna yang sesuai. Highlight pun kemas. Langsung tak serabut mata.

Ali kalau nak buat nota secantik ini, memang taklah. Disalinnya semula apa dari buku. Dah macam buat buku teks kedua tak berbajet.

"Uish... nama atom ni boron, eh? Nasib bukan moron." Ali berseloroh sambil tergelak di akhir kata.

"Tak lawak, Ali. Serius tak kelakar," ujar Alicia secara tak langsung mematikan terus tawa Ali. Merah wajah lelaki itu menahan geram.

"Ada aku buat lawak untuk kau? Tak, kan? Kecoh." Ali mencebikkan bibirnya menyampah. Spoil mood betul.

"Dah la cepatlah start. Bosan betul dia ni," kutuknya pula masih tak berpuas hati.

Alicia menjeling tajam Ali di hadapannya. Suka hati dia nak bosankan kita. Belasah kang.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

IMAN menapak mendekati cermin kaca yang menjadi pemisah ruang antara di dalam dan di luar. Mesin ECG yang memain dan mencorak detak jantung dalam bentuk graf diperhati pancainderanya.

Kedengaran dengan jelas mesin itu berbunyi secara berkala. Dilihatnya juga ventilator yang bertindak sebagai alat pernafasan bagi pesakit yang kritikal. Macam tiada apa yang berubah.

"Iman."

"Ejen Geetha." Pantas kepala Iman menoleh. Tak perasan pula dia yang mentornya itu sudah keluar.

"Kalau kamu nak lawat Rudy, kamu boleh masuk," ujar Ejen Geetha yang baru selesai memeriksa keadaan lelaki itu.

"Takpa. Saya tengok dari luar je." Iman menggeleng kecil sambil tersenyum tawar.

"Baiklah kalau macam tu," kata Ejen Geetha dengan senyuman. Baru sahaja dia ingin berlalu, langkahnya terhenti dek panggilan Iman.

"Ejen Geetha."

"Ya?" Tubuh wanita itu dipusing kembali menghadap pelajarnya.

"Rudy tak sedar lagi?" soal Iman seperti sebelum ini.

"Buat masa sekarang, dia masih begitu," jawab Ejen Geetha.

"Tapi dah enam hari." Jelas kedengaran nada runsing bercampur sayu dalam lantunan suara Iman.

Ejen Geetha terkesima. Dia tak tahu nak jawab apa tapi dalam masa yang sama dia terharu untuk Rudy. Dalam ramai-ramai ejen muda, Iman nampaknya begitu mengambil berat tentang dia.

Agak mengejutkan apabila Iman yang pendiam ini boleh menjadi rapat dengan Rudy yang antisosial itu. Biarpun Rudy antara ejen muda yang terbaik namun sikapnya tak berapa disenangi.

Rudy tak suka berkomunikasi dan sering mengikut kepala sendiri. Susah juga nak kawal dia sebab Rudy memang kuat memberontak. Jenis kepala angin dia itu.

Memang hari-harilah Ejen Geetha dengar Ejen Karya naik pening dengan sikap Rudy. Tak habis-habis nak bersaing dengan ejen lain.

Rudy tak pernah menunjukkan sisi lainnya pada sesiapa. Dingin sepanjang masa. Tapi dengan Iman entah apa yang Ejen Geetha lihat Rudy nampak agak senang.

Mungkin ini yang baik untuk Rudy. Bersosial dengan ejen muda lebih kerap. Walaupun terasa agak mustahil tapi tak salah jika hendak meletak harapan.

"Kamu jangan risau. Kawan kamu sekarang berada dalam keadaan yang stabil. Kami akan cuba sehabis baik untuk bantu dia. Kalau Rudy bernasib baik, dia akan bangun dalam tempoh terdekat," kata Ejen Geetha, memegang bahu kiri Iman.

Mendengarkan itu, Iman sekadar menundukkan kepala. Sudah banyak kali dia mendapat jawapan sama.

Ejen Geetha hanya mampu mengeluh dalam diam. Dia faham perasaan Iman. Bukan Iman saja yang susah hati. Dia pun tak senang duduk juga.

Sampai sekarang dia masih tak tahu apa punca Rudy belum sedar. Anesthesia pun sepatutnya dah beransur pergi sejak malam Rudy habis pembedahan lagi.

Tatkala Ejen Geetha di pusat rawatan ini, apa yang dilihatnya bukanlah organ, mesin atau jarum. Tetapi seorang manusia. Manusia yang bergantung kepada bantuan mesin untuk bernafas.

Kata orang putih, human being.

Walaupun Rudy tidak menunjukkan apa-apa tanda, tetapi Ejen Geetha yakin dibalik kelopak mata yang terpejam itu, Rudy sedang berlawan. Buktinya, pelajarnya itu masih bernafas.

"Saya minta diri dulu," pamit Ejen Geetha setelah lama berdiam.

Iman tersenyum pahit dan mengangguk perlahan. Pasti Ejen Geetha sibuk waktu ini. Dia tak mahulah pula mengganggu kerjanya.

Iman menghantar pemergian Ejen Geetha dengan anak mata. Semakin lama, semakin kecil sehinggalah bayang wanita itu hilang di balik selekoh.

Iman membawa pandangannya pada Rudy. Direnungnya tubuh lelaki itu yang masih memakai ventilator. Pucat dan lesu saja. Masuk esok, genap seminggu Rudy dalam keadaan begitu.

Kalau tak serius kenapa Rudy belum bangun?

Iman menggigit bibirnya sebelum mengetap pula. Dia takkan berhenti risau selagi Rudy belum bangun.

Jendela kaca yang memisahkan bilik pesakit dan lorong luar itu ditekapnya dengan tapak tangan. Kenapa awak ambil masa yang lama?

"Iman!"

Tersentak Iman dengan sapaan Moon.

"Eh... kau..." Terbungkam Moon sebaik dia melihat mata merah Iman berkaca. Mati langsung senyumannya.

Dia kemudian mengeluh lalu melangkah mendekati Iman.

"Itulah... tadi aku offer teman tak nak. Kan, dah sedih," kata Moon turut melihat Rudy dari luar.

"Semua ni salah saya. Kalaulah saya halang Rudy masa tu, benda ni takkan jadi." Iman mengeluh untuk kesekian kali.

"Kau tak boleh la cakap macam tu. Ini namanya takdir. Tak kiralah Rudy kat mana pun waktu tu, kalau benda nak jadi, jadi juga," ujar Moon berharap dengan bicaranya, Iman boleh bertenang.

"Jadi ini takdir jugalah Rudy jadi macam tu?"

Mata Moon membulat sesaat sebelum kembali ke saiz normal semula. Dia memandang dengan pandangan tak sangka.

Ini bukan Iman. Iman yang dia kenal takkan mudah mengalah. Apatah lagi meletakkan salah.

"Tak..." Moon menarik nafas kecil sebelum mencapai tangan Iman.

"Ini ujian," katanya merenung tepat ke dalam iris coklat Iman.

Iman lantas terkedu. Tanpa sedar, membalas genggaman Moon.

"Kau juga yang bagitau aku dulu. Hanya sebab kita nakkan kebahagiaan, maka kita layak menerima seberat manapun ujian," sambung Moon lagi.

Semerta bulu roma Iman tertegak sendiri. Tersentap. Hati hawanya dijentik oleh kekata sendiri dari silam.

"Ingat tak?" soal Moon menggoncang lembut tangan sahabatnya.

Iman mengangguk. Dia mengulum senyum kecil. "Terima kasih."

Moon sekadar mengangkat sebelah bahunya ke atas.

"Aku cuma ulang balik nasihat kau kat aku dulu. Sometimes kau pun kena ambil nasihat sendiri tau," pesan Moon, mengecilkan bebola matanya sambil menunding jari.

Iman tergelak kecil. Betullah tu. Tapi bukan sometimes. All the times.

Iman tak sedar yang dia telah membiarkan dirinya tenggelam dengan emosi yang dihasut syaitan. Walhal apa yang dia selalu amalkan adalah mengucap. Dia perlu sentiasa ingat Tuhan. Namun apakan daya andai dia pun cuma manusia biasa. Dan manusia mudah lupa.

"Nak coklat? Aku beli satu untuk kau." Moon menghulurkan satu bar coklat susu kepada Iman. Memang tak silap hatinya terdetik hendak membeli lebih tadi.

"Terima kasih." Iman menerimanya dengan senang hati.

Syukur benar dia Allah tidak membiarkan dia terhanyut lama dengan mengirimkan sahabatnya. Tanpa nasihat Moon, pasti dia tetap menyalahkan takdir dengan menyalahkan diri.

"Kasihmu ku terima," jawab Moon berseloroh.

Iman tergelak kecil. Tubuh lesu Rudy dilirik beberapa saat sebelum dia berlalu dari situ bersama Moon.

Dia sedar khilafnya sebentar tadi. Sehingga dia terlupa hendak bersyukur kepada Allah kerana telah selamatkan Rudy dari tembakan itu.

Lagipun bila difikir semula, enam hari itu amatlah singkat jika hendak dibanding dengan rezeki kesihatan kurniaanNya selama ini.

Seperti kisahnya Nabi Ayub. Diuji dengan keluarga, harta dan kesihatan selama 20 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah mengeluh bahkan bersyukur.

Sehinggakan tahap kesabarannya dipuji Tuhan Arasy dan dikalam seindahnya di dalam quran. Sebagai bukti dan teladan buat umat akhir zaman.

Lalu Iman sedar dia perlu bersabar. Seperti sabarnya Nabi Ayub. Dan sentiasa bersyukur.

Pasti ada hikmah di sebalik ujian. Mungkin Allah ingin memberi Rudy berehat seketika dari duniawi. Kerana pasti terlalu banyak yang telah dilalui Rudy selama sendi-sendinya tegak berdiri.

"Eh? Mana Khai?" soal Iman. Baru dia perasan kawannya yang seorang lagi hilang.

"Hm? Oh. Bulat ada panggil dia tadi. Nak mintak tolong dengan tugasan tekno dia," jawab Moon sambil membuka balutan coklatnya.

"Ohh..." Iman mengangguk perlahan.

Seketika, dia pun membuka balutan bar coklat di tangannya. Namun lantas terhenti tatkala dia teringatkan sesuatu.

"Ya Allah, Moon! Tudung awak saya tak pulangkan pun lagi." Iman menepuk lembut dahinya. Lupa lagi dia nak bawa hari ini. Hampir sebulan dah dia buat harta.

"Tudung?" Kening Moon tercantum hairan. Tudung mana ni?

"Haah. Tudung yang awak kasi saya pinjam haritu. Awak lupa, eh?"

Moon terpinga. Ada ke? Dia terdiam sesaat berfikir. Namun belum sempat dia habis berfikir, kedengaran satu suara memanggil dari belakang.

"Iman."

Serentak dua gadis itu menoleh ke belakang. Kelihatan Roza dan Mika sedang mendekati mereka.

"Ya?" Iman berpusing melangkah setapak dua mendekati mereka.

"Alicia mana?" Roza bertanya pula.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"MACAM yang kau nampak, Sn dalam column ni..."

Ayat Alicia tergantung sendiri. Matanya terkebil-kebil.

"Kejap." Alicia meletakkan tabletnya di atas meja.

Ali spontan mengangkat kepala. Dia melihat Alicia sudah menegakkan tubuh. Kedua-dua tangan gadis itu pula dibawa merapati wajah. Mata pun sudah separa tertutup.

Ali mengerutkan dahi. Tengok dari gaya macam nak...

"Hachm!"

Alicia menekup mulutnya sebaik saja dia bersin. Rambutnya yang terjatuh akibat impak dia terdorong ke hadapan tadi, dikuis ke belakang telinga.

"Sorry." Alicia memohon sambil mendengus halus. Waktu tengah tutorlah hidung nak gatal. Mengada betul. Sungutnya dalam hati.

"Don't worry." Ali menggeleng sebelum mengetap bibirnya pula. Cuba menahan diri dari tertawa. Kepalanya dibawa tunduk ke bawah hendak menyorok senyum sendiri.

Garang bukan main. Tapi bersin pun macam kucing aje. Bisik hati adamnya. Ali berdehem perlahan ingin menghilangkan rasa tawa.

"Okey, sambung." Alicia berkata, mengambil semula tabletnya.

"Sn dalam column ni, kita boleh nampak yang dia mengalami perubahan. Sebab dari positif dua dia naik ke positif empat."

Ali mengangguk mendengar penerangan Alicia.

"Jadi macam mana kita nak tulis jawapan dia dalam jadual ni?" soal Alicia, mengangkat wajahnya.

"S... n?" Ali menjawab lambat-lambat kerana tak pasti.

"Apa yang Sn?" detak Alicia, sedikit tak puas hati.

Kening Ali tercantum. 'Apa yang Sn' apa?

Alicia mengeluh kecil. "Sn ni ion ke atom?"

"Hm? Oh, haahlah..." Ali memetikkan jarinya baru sedar.

"Ion Sn. Dan disebabkan dia ada cas jadi... Ion Sn two plus!" jawabnya penuh yakin.

"Haa, kena cakap kasi penuh. Mana boleh cakap Sn je. Kalau kau cakap Sn je, dia dah bukan ion tapi atom. Yang mana boleh jadi dalam bentuk logam," tegur Alicia dengan kecuaian Ali.

"Sains ni strict no mercy. Hilang satu patah perkataan, hilang dua markah kau walaupun jawapan dah betul. Faham?" sambungnya lagi berharap sangat Ali berhati-hati tika menjawab soalan selepas ini. Ali ni bukan tak pandai, pemalas aje. Malas nak guna otak.

"Faham," jawab Ali tak ubah seperti pelajar dan cikgunya. Kan dah kata Alicia dah macam personal teacher dia.

"Jadi... jawapan untuk column ni, Ion Sn two plus atau Ion Stanum(II) mengalami pengoksidaan kerana berlaku penambahan atau peningkatan nombor pengoksidaan dari positif dua ke positif empat." Alicia berkata sambil menulis jawapan di skrin tabletnya.

Ali menulis jawapan yang diberitahu Alicia pada buku latihannya. Slide yang dikongsi Alicia melalui telefonnya dikerling berkali-kali agar tiada perkataan yang tertinggal.

Mereka kini sedang membincang latihan soalan pengukuhan pengoksidaan bagi tindak balas terhadap nombor pengoksidaan.

Satu jawapan untuk dua markah pun lebih dari sepuluh patah perkataan. Ini baru soalan pertama. Banyak lagi kotak kosong di bawah ini.

Ali mengeluh sendiri. Betullah cakap Alicia. Science is a crazy hard work.

"Macam mana..." Alicia berbunyi tiba-tiba.

Terus Ali mengangkat kepalanya.

"Dari positif dua... dia naik ke cas positif empat?" soal Alicia mengusap bibirnya dengan jari telunjuk.

Ali terdiam. Ternaik sebelah keningnya melihat kepala Alicia yang tersengguk-sengguk merenung tablet di meja. Ah, sudah. Ali mula rasa tak sedap hati.

"Hm? Ali?" Alicia akhirnya mengangkat wajahnya memandang lelaki itu.

Kecut terus perut Ali tatkala mata mereka bersabung. Ah, dia paling benci waktu begini. Waktu bila mana Alicia memandangnya dengan tajam demi satu jawapan. Seram!

"Kita nak buat persamaan setengah ni. Kalau cas nak naik, nak kena buat apa?" Alicia bersandar pula pada kerusi sambil bersilang lengan. Sebelah keningnya terjongket setia menanti jawapan.

Langsung kepala Ali tertunduk melihat soalan pada buku latihannya. Haahlah. Kotak seterusnya meminta dia memberi half equation.

Keringat mula merecik di pelipis. Ali berdehem seraya membetulkan duduknya.

Bro dah gabra. Mampus.

Alicia tersenyum dalam diam. Oh, dia suka waktu begini. Waktu bila dia dapat kenakan Ali. Seronok sangat. Kelakar betul muka lelaki itu bila dah cuak tak tahu jawapan.

Kadang lepak dengan Ali ni best juga. Hilang stres belajar dia.

"Okey, senangnya macam ni la." Alicia kembali menegakkan tubuhnya. Bersalah pula rasa buli Ali lama-lama.

"Dia ibarat kau sedekahlah. Kalau kau sedekah, kan pahala kau naik?"

Ali mengangguk tekun mendengar.

"Awal tu pahala kau ada dua je, tapi sebab kau dah sedekah dua kali jadi naiklah pahala kau dari dua kepada empat," terang Alicia.

"Dan macam tu jugaklah cas ni naik. Disebabkan Stanum dah derma dua elektron, maka naiklah cas dia yang asalnya positif dua ke positif empat," sambung gadis itu lagi.

Drastik wajah Ali terus berubah. Melopong mulutnya kagum dengan penjelasan Alicia. Begitu! Baru dia faham.

"Jadi, Sn two plus - kau tulis dekat depan. Dia derma berapa elektron? Dua elektron - kau tulis dekat belakang. Sebab dia dah derma. Kepada siapa dia derma? Sn four plus."

"Maka lengkaplah persamaan setengah kita," kata Alicia meletakkan pennya.

"Nampak tak? Ini maksudnya kau faham dengan jawapan yang kau tulis tadi. Kalau kau boleh tulis sampai sini maksudnya kau faham."

Ali mengangguk kepala laju. Memang tak tipu bila dengan Alicia senang Ali nak serap ilmu. Mungkin kerana kaedah pembelajaran gadis ini sesuai dengan jiwa dia kot.

"Okey, soalan seterusnya. Bahan yang mengalami penuru..."

"Alicia mana?"

Terhenti ayat Alicia dek terdengar suara yang kedengaran sedang tercarinya.

"Dengan Ali rasanya."

Suara Moon pula kedengaran.

"Eh... ada orang cari kaulah," kata Ali pula setelah lama membisu.

Alicia menyusun pen dan buku latihannya sebelum menolak kerusi ke belakang dan bangun.

"Kau siapkan kerja kau. Pastikan bila aku dah datang, semua settle," pesan Alicia berbaur sedikit amaran.

"Yalah." Ali menjuling ke atas. Redha sungguh bunyi.

Alicia bergerak keluar dari pantry. Keluar saja dia terus ternampak Roza dan Mika yang membelakanginya.

"Kenapa?" soal gadis itu sebaik jarak mereka mengecil.

Spontan Roza dan Mika memusingkan tubuh mereka.

"Kau dengan Iman." Mika berkata sambil melirik ke arah Iman di belakangnya.

Kening Alicia tercantum. Asal pula dia dengan Iman?

"Jeneral nak jumpa."








══

[AKAN DIEDIT]
Total words: 3.2k

Apa masalah Wattpad ni? Mmg sengaja mintak dimaki ke apa...

Continue Reading

You'll Also Like

615K 37.4K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
3.8K 321 16
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
42.3K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
63.4K 308 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...