𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©

By Hanysfrh

70.2K 6.6K 882

Mystery | Romance 𝐀𝐲𝐫𝐚 𝐗 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 "I Accepted Her" ••• AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... More

AYRA X FARHAN
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10💍
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

Bab 5

1.4K 146 13
By Hanysfrh

KUKU jari digigit. Bahang di mukanya makin menjadi jadi. Nafas ditarik dan dihembuskan berulang kali. Kaki tidak berhenti henti menggeser rumput di tanah. 'sabar Ayra, kau bukan seorang yang gelojoh'

Farhan menguak rambutnya di tengah tengah padang itu. Ayra terduduk. Mujur ada kerusi di sediakan disitu. Pipi ditampar sendiri. Cuba menyedarkan diri dari 'mimpi' yang terasa nyata ini.

"Gosh, he's hot!"

"Damn, Farhan Khairi hit different!"

"Farhan single tak?"

"Idris ke Farhan eh? Hmm, dua dua pun bolehlah"

Bisikan bisikan para gadis ditepi itu membuatkan dia meluat. Kemudian di bersandar semula.

"Kenapa dengan kau ni Ayra. Cair ke? Hei! Keluar kau syaitan. Keluar kau" dada di tepuk tepuk.

"Apa tepuk dada sendiri ni. Sakitlah nanti" lengannya ditarik oleh Farhan yang entah dari mana datangnya. Menyedari akan kehadiran Farhan di disitu, kepala dikalihkan ke belakang. Gadia gadis tadi sudah tercebik cebik. Ayra menyengih.

"Dah kenapa pula... tersengih sengih ni. Seramlah Ayra!" Farhan mengerutkan dahinya. Haih, apa apa ajelah yang bermain difikiran gadis itu.

"Tak ada apa apa. Adik adik saya mana?" Badan Farhan ditolak ke tepi. Aiman dan Aniq yang sedang berehat di tepi padang tidak jauh darinya dituju. Senyumnya melebar.

"Ceh, ada ke di tolaknya aku! Sampai hati..." Farhan merungut perlahan. Tinggal satu lagi pusingan dan permainan bakal tamat. Ayra diam duduk dikerusi yang di sediakan khas berdekatan dengan pemain pemain lain.

Kerusi yang diduduki Ayra tadi didudukinya. Air mineral diteguk rakus. Wajah ceria Ayra bersama adik adiknya terbias. Farhan senyum sendiri. Retina mata mula menangkap pandangan pandangan liar yang tidak berhenti dari memerhatinya.

Rimas dengan usikan usikan mereka. Walaupun bercakap sesama mereka, tapi cukup untuk sampai ke gegendang telinganya.

'Tu girlfriend dia ke?'

'Farhan mana main couple couple ni. Aku rasa tu skandal dia!'

Farhan mengerutkan dahinya. Wait a minute...apa beza skandal dengan couple? Sama sama haram aje!

Dengan malas dia berpaling ke arah tiga orang gadis dibelakangnya. Menyedari akan balasan pandangan dari Farhan, terus mereka tersengih sengih dan menjerit suka!

Farhan berpaling semula kehadapan. Dia menayang wajah tidak senang. Haih, perempuan zaman sekarang sudah hilang malunya. Baju ketat yang menyerlahkan segala aset itu benar benar buat dia rasa mahu sedekahkan telekung. Haa, kan labuh tu! HAHAHAH.

•••

Gabungan tenaga antara Farhan dan pasukan Astana Courts itu berjaya menggemparkan mereka semua dengan mata tertinggi dibandingkan dengan pasukan lawan.

Aiman dan Aniq bergerak mendekati pasukan lawan mereka. Salah dihulur, tapi di balas dengan tamparan diperut.

"Aduh!" Aniq mengaduh.

"Nice game. Aku suka. It's fun! Jarang nak jumpa team macam korang. Great job!" Danish, ketua kumpulan Srikandi Warrior menyapa. Kagum dengan skil dan kelincahan mereka dalam permainan tadi. Dia sendiri bingung bagaimana hendak mengawal pasukannya. Mereka terlalu...unexpected!

Aiman dan Aniq berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum tipis. Ingat nak cari gaduh tadi. Fuh!

"Tak adalah. Kami biasa biasa je. Tapi, betullah. Nice game! Korang semua pun bagus juga. Pandai kau train team kau" bahu Danish ditepuk. Kemudian datang pemain pemain yang lain. Menyalam dan menyapa satu sama lain.

Silaturrahim yang terjalin membentuk peribadi ummah yang bersatu. Dari lawan bertukar kawan. Sungguh indah ukhwah yang Allah hadiahkan. Masyaallah.

"Hai, nice game. Congratulations Astana Courts! Abang proud of you" Idris datang menyapa. Farhan diam tersenyum di belakang.

"Thank you abang" Mereka membalas. Pihak SMK Srikandi sudah meminta izin untuk pulang. Segala urusan dan majlis tamat berjalan dengan lancar.

Idris, Farhan, Aiman dan Aniq beredar ke tepi padang bersiap untuk pulang. Sempat Farhan memanjangkan leher mencari Ayra yang sepatutnya ada di kerusi yang dia sediakan tadi.

"Abang berdua ni, nak terus balik ke macam mana?" Aiman menyoal. Beg disandang ke bahu bersahaja.

"Err...kejap, abang nak cakap dengan Kak Ayra" Idris membalas dengan berhati hati. Risau remaja itu memikirkan yang bukan bukan.

"Abang Farhan?" Aniq pula bersuara.

"Abang...emm, err, abang...nak cakap dengan Tuan Fadhil dulu" Tuan Fadhil, pengetua SMK Sri Astana sejak lima tahun yang lalu.

Kembar itu mengangguk sebelum mendekati kakaknya yang sedang bersandar di pagar sekolah. Entah kenapa tiba tiba Ayra berada di situ.

"Kak" Ayra tersentak. Dia berpaling. Air mata di kesat. Berkerut empat jejaka itu melihat wajah Ayra yang merah bak tomato serta sisa air mata yang masih jelas di pipi.

Tubuh Ayra yang separas bahunya dipeluk Aiman. Menyalurkan kekuatan.

"Kita balik" Pelukan dilepaskan. Wajah dua jejaka yang berada dibelakang mereka dipandang.

"Kitorang kena balik dulu. Kak Ayra tak sihat. Abang Idris, nak cakap dengan Kak Ayrakan? Boleh guna nombor ni. Assalamualaikum" tiga beradik itu melangkah pergi. Farhan kaku disitu. Sementara Idris cuba memerah otak tentang apa yang berlaku oada gadis itu.

"Idris, aku balik dululah" bahu lelaki itu ditepuk. Salam dihulur dan disambut mesra.

"Kata nak jumpa Tuan Fadhil?"

"Takpelah. Esok esok pun boleh" perginya Farhan meninggalkan dia termanggu berperang dengan perasaan kelirunya sendiri.

•••

Jurang jambatan ditenung. Jasadnya statik bersandar pada kerusi kereta. Namun, fikirannya jauh membelah langit mendung itu.

"Khair, kereta belakang itu...awak perasan tak dia asyik follow kita?" gadis manis disebelahnya bersuara.

"Mana ada. Dia.. memang nak pergi sehala dengan kita kut" Farhan membalas gugup. Ye, dia perasan. Terpaksa menipu agar teman wanitanya itu tidak kerisauan. Kelajuan kereta ditingkatkan, memotong kereta kereta dihadapannya selagi dia mampu.

"Khair, awak ni dah kenapa? Bawa slow slowlah" risau melihat teman lelakinya yang seolah olah melarikan diri dari sesuatu.

'sreeet....'

'bom'

Kereta mereka dirempuh dari belakang. Farhan tersentak. Siapa yang berani buat onar dengan dia ditengah tengah jalan jalan ni!

"Khair, saya takut" tangan gadis itu mula menarik hujung bajunya. Mata terpejam rapat.

"Ayra Hijanna. Tak ada apalah. Just relax. Sekarangkan tengah jem, normallah terlanggar sikit sikit"

Relax? No way! Dia sendiri rasa nak pecah kepala memikirkan keselamatan mereka berdua.

"Relax awak suruh relax?! Kita boleh mati tau tak!"

"Diam! Saya cakap tenang tenang ajelah. Kalah awak serabut, saya pun serabut!" Suaranya naik seoktaf. Rambut dikusutkan. Ayra yang disebelah sudah hilang pertimbangan buat bersuara lagi. Hanya zikir dan doa sahaja mampu dia lafazkan.

Kereta mereka dirempuh beberapa kali. Stereng kereta dipusingkan sekuatnya bagi menstabilkan semula kedudukan mereka ditengah jalan raya.

'Bam!'

"Khair..saya takut"

Farhan diam. Ayra sudah teresak esak menangis. Segala kudrat digunakan bagi mengelak dari merah dibelakang mereka.

"Inshallah tak ada apa" Farhan bersuara keras. Tubir matanya bergenang. Ya Allah, kau selamatkanlah kami berdua ya Allah.

'Bam!'

Mereka tersungkur dan jatuh merepuh pagar jambatan. Lautan yang luas terbentang menjadi satu satunya pemandangan.

"Ya Allah!"

Stereng kereta dihentak kasar. Air mata lelakinya jatuh. Bodoh kerana menyuruh Ayra tenang ketika itu. Apa yang berada di dalam fikirannya pun dia tidak pasti. Kenalkah dia dengan pemilik kereta itu? Atau sekadar hendak melarikan diri?

Dia tidak pasti. Peristiwa itu tidak pernah dilupakan. Sejak kemalangan itu Ayra disahkan amnesia. Dia hilang hampir separuh dari memorinya. Tentang Farhan, kemalangan itu sendiri, segala memori tentang mereka ditarik Yang Maha Esa.

Dia redha. Kegigihan merebut semula hati gadis itu membuak buak. Namun kali ini, dia hendak mengambil hati itu dengan cara menghalalkan. Dosa dosa dulu memberi impak yang besar dalam hidupnya. Mungkin kemalangan itu juga sebahagian dari ujian dan terguran Allah S.W.T tentang dosa mereka sebagai pasangan bercinta tanpa ikatan.

Nafas ditarik dalam dalam. Cuba melepaskan kekusutan yang memenuhi segenap ruang mindanya.

Telefonnya menjerit minta diangkat. Nama yang tertera di skrin buat dia tertanya tanya.

"Hello, Farhan Khairi. Awakkan?"

"Ye saya doktor. Ada apa ye?"

"Macam ni, saya ada jumpa maklumat baru tentang kemalangan tu. Boleh datang hospital tak? Pihak polis akan ada sekali" Farhan tersentak. Harini dia terima banyak kejutan!

"Inshallah doktor, tapi...saya kena pergi sendiri sebab-"

"Saya faham. Awak boleh datang sendiri"

Farhan senyum tipis. Talian dimatikan.

TBC

SELAMAT HARI RAYA ❤️🌙

Harini ingat nak kasi 800+ words je. Tapi terlebih 🤣


Continue Reading

You'll Also Like

498K 19.4K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...
32K 1.4K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
114K 3.7K 32
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
58.6K 2.2K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...