πŠπ„π„π 𝐇𝐄𝐑 Β©

Von Hanysfrh

72.4K 6.8K 882

Mystery | Romance π€π²π«πš 𝐗 π…πšπ«π‘πšπ§ "I Accepted Her" β€’β€’β€’ AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... Mehr

AYRA X FARHAN
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10πŸ’
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

PROLOGUE

3.6K 243 18
Von Hanysfrh

JENDELA yang terbuka luas dibiliknya ditenung. Awanan yang mulai gelap serta petir yang sabung menyabung menandakan hujan bakal turun. Namun, ia tidak membatasi menungan seorang gadis tika ini.

"Abang lepas! Sakit! Abang saya merayu..."

"Ah, kau...menyusahkan! Aku siang malam keluar cari nafkah, kau boleh senang senang habiskan duit tu!"

Sakit hatinya mendengar bunyi kaca dan barangan yang pecah. Tangan diangkat menutup telinga. Air mata mengalir seiring dengan esakannya. Dia tak kuat untuk melihat keluar. Seluruh tubuhnya menggeletar. Manik manik peluh yang merinik di dahi terhasil.

"Abang...abang, tu kaca bang! Abang jangan bang!" Suara rayuan ibunya menambahkan gentar di hati. Gigi diketap, rahangnya bergerak gerak menahan geram.

No one can touch, my mother!

Bam!

Pintu biliknya dibuka kasar. Tergamam saat melihat ayahnya yang sedang mengangkat pasu kaca itu menghala kearah ibunya.

Nafasnya tersekat. Melihatkan kaca itu semakin hampir menghentam kepala ibunya, pantas dia berlari mendapatkan ayahnya. Lengan lelaki separuh abad itu ditahan. Pasu itu dirampas kemudian di campakkan ke dinding.

Jeritan nyaring yang keluar dari mulutnya berjaya menghentikan dan mendiamkan semua yang berada diruang tamu itu tika ini.

"Cukup! Cukup! Tolonglah...kenapa ayah selalu salahkan ibu! Apa yang ibu salah di mata ayah! Kalau ayah tak nak ibu, ayah lepaskan ibu!" Luahan dilepaskan.

"Apa kau merepek ni!" Suara Haji Anuar meninggi.

"Ibu tak salah! Ayah tu. Ibu terpaksa habiskan duit tu untuk tanggung hutang ayah! Cari nafkah? Ye, memang. Nafkah untuk siapa? Ayah pasti 'nafkah' yang ayah cari tu untuk ibu? Ayah jangan ingat kami tak tau yang ayah dah kahwin lain belakang kami"

Haji Anuar tersentap. Jadi anak perempuannya itu sudah tahu?

"Apa yang ayah beri pada kami? Duit hutang ah long. Lepastu apa? Siapa yang kena tempias? Ibu! Ayah yang berhutang kami yang ditempias. Ayah bersenang lenang di bandar. Kami bersusah payah sara hidup di Kampung. Ayah balik untuk apa? Untuk kaut duit meniaga ibu"

Separuh dari bebannya dibahu, bagaikan terlepas begitu sahaja.

"Ayah tak pernah ada masa kami perlukan ayah. Duit meniaga ibu, ayah kaut untuk sara isteri kedua ayah! Apa yang ayah harapkan untuk kami ada? Tak ada apa ayah...tak ada"

Linangan air mata dibuang kasar.

"Hey, kau tak tau apa apa. Baik kau diam. Kau cuma budak hingusan-"

"Budak hingusan nilah yang ayah tunggu masa kali pertama ibu melahirkan. Budak hingusan ni lah yang pertama sekali jadi penyeri dalam hubungan percintaan ibu dan ayah. Budak hingusan ni lah yang jadi orang pertama dengar lafaz cinta ayah pada ibu masa pertama kali kita lengkap sebangai satu keluarga"

Wajah ayahnya ditatap. Lupakah lelaki itu saat saat bahagia mereka? Lupakah lelaki itu saat mereka susah bersama?

"Dan sekarang...budak hingusan nilah, yang ayah sakitkan!"

Dosa meninggikan suara pada ibu bapa sudah lupus dari ingatan saat itu. Wajah berang ayahnya ditatap bersama linangan air mata. Terasa badannya ditolak. Kudrat dia tidak sekuat kudrat ayahnya.

"Kau keluar! Bawa adik adik kau sekali! Ini, urusan aku dengan mak kau! Jangan berani masuk campur. Kau bukan apa apa lagi dalam hidup aku! Kalau kau mati pun lagi bagus!"

Dia tersentak. Kalau kau mati pun lagi bagus!

Sedar tak sedar dirinya dicampak keluar rumah. Tangga yang berada kurang seinci dari belakangnya membuatkan dia jatuh ke bawah. Sakit yang terperi. Pintu terkatup kuat. Di gagahkan juga badan untuk bangkit. Suara garau adik adik lelakinya yang sedang menenangkan ayahnya itu kuat kedengaran dari luar.

Sikunya yang berdarah terseret dek tanah. Sekali lagi badan di gagahkan untuk bangkit. Setelah berjaya, pintu kayu di atas ditatap sayu.

Kaki melangkah berlalu pergi. Berharap agar semua ini bakal berakhir.

Dia tidak kuat melihat dua wajah itu. Rasa menyesal kerana dilahirkan dimuka bumi ini. Merasakan semua yang berlaku ini adalah kerana kewujudannya. Esakan ibu dan adik adiknya sungguh menyayat hati.

Kalau kau mati pun lagi bagus

Lagi dan lagi suara itu kerap berulang

Serabut. Bercelaru.

Hilang pergantungan.

•••

Hujan yang membasahi seluruh tubuhnya menambahkan sebak di dada. Kepala sweater hitam yang dipakainya diangkat menutupi rambut hitamnya. Rasa berdosa kerana mahkota yang selama jaga rapi terdedah begitu sahaja.

Bangunan bertingkat tingkat dihadapannya dipandang bersama 'harapan terakhir' .

Tiba di atap bumbung, kepala diangkat menadah wajah untuk dibasahi hujan. Bebas. Itu yang dia rasakan.

Bibir munggil itu mengukir senyuman. Namun, ia mati dalam sekelip mata apabila terpandangkan pemandangan dihadapannya.

'Bawah'

'jatuh'

'tamat'

Bagaikan tarikan magnet yang menarik dirinya. Kaki dibawa mendekati hujung tingkat itu. Kepala terpandangkan kebawah. Tinggi tak terkata.

Kakinya hanya tinggal satu inci dari hujung bumbung. Namun, di kekal tenang. Mata di pejam rapat.

"Okay semua senyum!"

'klik'

"Cantik!" Jurugambar itu memandang sebuah keluarga bertiga dihadapannya. Tampak bahagia. Si ibu yang manis dan si bapa yang tidak kalah kacaknya. Seorang kanak kanak yang ceria serta comel menambahkan lagi seri diantara mereka.

"Okay, kita ambil satu lagi gambar. Freestyle!"

"Ayra sayang"

Kanak kanak yang dipanggil Ayra itu berpaling kearah bapanya.

"Ye ayah?"

Tangan kecil itu naik memeluk leher bapanya. Si bapa tersenyum bahagia.

Bibir didekatkan ke telinga kecil itu, lalu membisikkan sesuatu.

"Ayah sayang Ayra. Ayah cintakan ibu. Ingat tau. Ayah sayang kamu berdua, selamanya"

Bibir kecil itu mengukir senyuman. Anggukan di beri. Sebuah kucupan dilabuhkan ke pipi bapanya.

'Klik!'

"Liar" setitis air mata jatuh menyembah bumi. Sebak mengingatkan semula detik bahagia mereka. Kepala diangkat, matanya masih terpejam. Senyuman sinis terukir.

"All men lie's" dia tertetawa dalam tangisan. Gila!

"Ayah kamu dah sah menikah dengan pekerjanya dua bulan lalu. Dia menikah tanpa ada apa apa. Sebab itu, dia selalu datang sini dan minta duit ibu kamu"

Hatinya tersentap kembali.

"Liar!" Dia melangkah selangkah kehadapan, sebelum...

"Ayra, harapan terakhir ibu" suara ibunya bermain diruang fikiran. Langkahnya terhenti. Namun, hati sudah melonjak lonjak untuk menamatkan semuanya harini. Mata terpejam rapat, mempertimbangkan semula keputusannya.

"Cik?"

Mata dibuka. Nasib tak menyebelahi dirinya lalu dia terdorong jatuh ke belakang. Mata terpejam rapat. Beberapa detik kemudian, terasa pegangan kejap pada bahunya. Deruan nafas seseorang mengena mukanya.

Perlahan mata dibuka.

"Cik...okay?" Terus sahaja dia bangun dari pelukan lelaki itu. Wajah terpinga pinga lelaki dihadapannya dipandang.

"A... awak siapa?"

"Saya...pekerja hotel ni. Cik ni, ada masalah ke?" Ayra renung tajam lelaki itu. Blur sungguh! Ada nampak dia gembira ke sekarang?

"Tak. Tak ada apa apa, awak boleh pergi" nampak macam menghalau, tapi tolonglah! Dia betul betul nak bersendirian.

"When women once said nothing, actually it's everything" tangan kekar itu naik berpeluk tubuh. Dia mencerlung tajam menikam wajah itu dalam samar samar cahaya bulan.

"Hidup saya, ikut sayalah"

"Hidup kau, Allah yang bagi" Dia mengangkat semula wajahnya memandang kearah lelaki berhoodie hitam itu.

"Saya tahu. Tapi, tak guna hidup kalau tak ada sikit pun cahaya yang nak terangai diri ni. Saya tak pernah rasa gembira dengan hidup saya, semuanya ujian, ujian dan ujian. What's kind of life is that? Allah bagi kebahagian pada orang yang dia sayang. Dia tak sayang saya, saya tak layak" Entah kenapa, lancar sahaja dia meluahkan kata kata yang sudah lama dia pendam itu kepada seseorang yang tidak dikenalinya tika ini

"Kau memang expect hidup ni untuk bahagia, gembira dan tersenyum je ke? Kau tak fikir ke kalau bukan dengan ujian semua tu, dengan apa kau nak masuk syurga?" Lancang lelaki itu berkata. Ayra tersentap namun wajah dikekalkan.

"Allah dah kata hidup ni tak kekal dan tujuan kita kat sini adalah untuk beribadah dan diuji keimanannya. Dunia bukan tempat rehat sebenar, well kau patut bersyukur allah sentiasa ada untuk uji dan bantu kau 'bangun' . At least, dia masih notice kau dekat dunia ni. Bayangkan kalau dia lepas tangan je dekat kau, hidayah tak de, reminder tak de, kau nak hidup dalam kekosongan ke? Lepastu kau sendiri yang meroyan" lelaki bersuara, semakin lama semakin bernada menyampah.

"Kau tak sayang family kau ke?"

Ayra mengangkat wajah. Wajah lelaki yang terhalang dengan topi itu dipandang. Tengok dagu macam helok! Menyempat kau Ayra.

"Sayanglah...itu 'nyawa' saya"

"Then, stop hurting your self"

Ayra terdiam dan tak mampu membuka bicara. Banyak yang dia perlu belajar tentang hidup ni sebenarnya...

"You hurt yourself, you hurt them too"
Lengannya ditarik oleh gerangan lelaki tersebut.

Jauh dari bumbung itu.

•••

"Thank you" Barista yang berkerja malam itu mengangguk.

Ayra meliarkan matanya memandang ke segenap ruang cafe. Dia diheret ketengah bandar oleh orang yang tak dikenali. Naik mereta mewah dan dibukakan pintu.

Satu perasaan dan suasana yang baru.

"Hey"

Ayra tersentak. Dia mula teringat ada makhluk dihadapannya. Pandangan bosan ditayang.

"Apa?"

"Nak?" Sepinggan chicken chop ditolak kehadapan. Air liur ditelan. Setelah penat beremosi, lapar pula perut.

Namun, ego harus dipertahankan.

Dia menggeleng.

Lelaki itu sekadar mengangkat bahu. Wajah dititupi hadapan topinya menghalang Ayra dari melihat wajah itu.

Melihatkan ayam yang dipotong oleh lelaki itu buat di terliur. Lapar!

Makin dekat.

Makin dekat...

Makin dekat....

Dan

"Cop!" Ayra menahan suapan lelaki itu. Pandangan 'simpati' ditayang. Lelaki itu tersenyum.

"Buka mulut" sudu disua kemulutnya.

"Saya boleh makan sendiri" Ayra menolak. Lelaki itu tetap berdegil. Mahu tak mahu dia membuka mulut.

Pinggan ditolak kehadapan. Memberi ruang buat Ayra makan sepuasnya. Maka, dengan senang hati Ayra menyambut pinggan itu.

"Siapa nama kau?"

Kepala diangkat memandang lelaki itu. Dia tergamam, sudu yang dipegang terjatuh kepinggannya. Kunyahan terhenti.

Handsome nya!

Mata kelabu lelaki itu buatkan menelan air liur! Too sexy to be seing!

"Ehem"

Ayra tersedar dari lamunannya. Kantoi tenung anak teruna orang!

"Apa nama kau?"

"N..nama saya, Ayra Hijanna"

Lelaki itu mengangguk.

"Aku, Farhan Khairi" salam dihulur. Namun, Ayra tidak menyambut. Dia tak adalah jahil mana!

Farhan menarik semula tangannya. Senyuman terukir. My taste!

"Apa yang kau cuba buat tadi?" Air kopi disisip seraya mata tak lepas dari memandang gadis dihadapannya. Nak gugur jantungnya melihat satu susuk tubuh makhluk yang menjerit malam malam buta dan hampir jatuh dari bangunan tinggi tadi.

Ayra tersentak.

"Err...mana ada buat apa apa, c..cuma, test vokal je tadi tu" bibir itu mengukir sengihan tak bersalah.

Test vokal abah kaulah!

"Huh, test vokal? Habis yang macam dah nak tamat riwayat pergi langkah kaki sampai dah nak jatuh bangunan kenapa?" Suara ditegaskan. Wajah cuak Ayra ditenung dengan pandangan maut.

Ayra terdiam disitu.

"Okaylah, aku faham kau tak selesa nak cerita dekat aku. Tapi, aku nak tanya kau satu soalan, boleh?"

Ayra mengangguk. Sedap betul ayam ni!

"Kau ada tak sesiapa yang kau sayang?"

"Mestilah. Soalan apa tu?" Pandangan bosan ditayang. Farhan tersenyum sinis.

"Lier. Kau pentingkan diri sendiri aje"

"Wait, who are you to judge me?"

"I'm a human , that's have problem too. Tapi, Tak delah sampai nak buat macam 'tu'"

Sudu dan garfu diletakkan diatas pinggan. Lelaki itu dipandang seraya menghela satu nafas berat.

"Setiap orang, lain lain masalah. Betul, awak manusia yang ada masalah juga. Tapi, allah turunkan ujian pada setiap orang dari segi yang berlainankan" Amboi Ayra, Baru nak ingat tuhan!

Farhan menarik jungkit dihujung bibirnya. Smirks!

"Kalau kau sayang diorang, kenapa kau pergi?" Soalan diajukan.

"Pernah terfikir, apa yang mereka bakal rasa bilamana kau pergi masa mereka perlukan kau? Kau bunuh diri sebab kau nak bebaskan diri kau dari masalah yang membelenggu diri kau. Tapi, kepergiaan kau yang bakal membelenggu diorang...ada kau fikir?" Panjang lebar Farhan bersyarah. Niatnya cuma satu, menyedarkan gadis itu.

Ayra mengeluh ringan. Kata kata Farhan sangat menyentap jiwanya.

"S...sa..saya-"

"It's okay. Aku cakap je. The rest, kau fikirlah sendiri" Dia bangun dari kerusi untuk membuat pembayaran.

Aish. Biul kau Ayra! Kan dah kena sembur dengan fabrice kuasa lima mamat tu. Malu!

"Jom. Aku hantar kau balik"

"Awak tau ke rumah saya kat mana?"

"Aku tak tau specifically kedudukan rumah kau. Tapi, tadi kau dekat one bangunan kat area banting. So, mestilah kau duduk area bantingkan?"

"Yakinnya" Ayra mengumam.

"Yelah. Kalau tak, what on earth kau possibly be there?" Pintu ditolak memberi laluan kepada gadis itu menuju ke kereta yang mereka naiki.

Suasana didalam kereta mewah itu sunyi dan hening. Hanya suara Dj radio sahaja yang memenuhi segenap kereta.

"Kau...ada berapa adik beradik?"

"3" Ayra membalas. Pandangan dibuang keluar tingkap.

"Sulung?"

"Hah"

"Ouh"

Mereka tiba di hadapan sebuah rumah kayu yang lusuh dan lama.

"We're here. Thanks for everything, Mr. Farhan Khairi. Kalau awak tak ada mungkin saya tak naik kereta mewah ni, tapi naik van jenazah" Ayra cuba beramah dalam nada tiada perasaan.

Farhan mengangguk.

"Sama sama"

Baru sahaja hendak menutup pintu kereta, namanya diseru kembali.

"Apa?" 'lagi' . Dia tak sampai hati nak marah marah pada Farhan, sebab lelaki itu dah selamatkan dia. Jadi Ayra cuba menahan.

"Kau kata kau sayang family kau. kalau kau pergi... siapa nak jaga diorang? Think"

Ayra tersentak lagi. Lagi dan lagi.

Kereta mewah berjenama Audi itu meluncur laju meninggalkan dia termanggu sendirian.

'kalau kau pergi, siapa nak jaga diorang? Think'

TBC

I update it in a new version!

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

203K 13.5K 38
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.2M 60.1K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
7.5K 153 32
Tuan Iskandar Tiara Farisya mereka dijodohkan oleh ibu mereka pada awalnya Iskandar bersikap dingin pada Tiara tapi lama kelamaan Iskandar cuba unt...
7.2K 413 40
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Hidup ini bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. Hidup ni kan sebuah pertaruhan. Sama ada kau...