Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

5.8K 630 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25

Chapter 13

142 23 0
By -Akio-Akeichi-

Sementara itu, kelihatan Eira dan Harraz sedang berjalan berdua untuk menuju ke kedai yang terdekat. Eira melihat senarai bahan yang perlu dibeli manakala Harraz melihat sekeliling sambil memimpin tangan isterinya. Berjaga-jaga agar isterinya itu tidak tersadung mahupun terlanggar sesuatu. Itu semua dilakukannya kerana ia melihat Eira yang saking khusyuknya melihat senarai barang yang perlu dibeli oleh mereka. Namun, disaat yang sama, keintiman mereka dilihat beberapa pasang mata yang berada di sekeliling pasangan pengantin baru tersebut. 

Tap!

Seseorang mencegat pasangan Eira dan Harraz sehingga membuat mereka berhenti. Eira menatap dua orang pemuda yang mencegat mereka berdua di tengah jalan. Dua anak muda yang berada tidak jauh umurnya dari Harraz. Eira kenal dengan mereka berdua memandangkan ia sering pulang ke kampung setiap musim cuti sekolah. Mereka adalah anak orang kaya yang terkenal di kampung tersebut. Mereka terkenal dengan sifat samseng mereka, dan kerap kali mereka mengusik anak dara yang ada di kampung tersebut. Mereka bernama Afwan dan Suhairi. Afwan merupakan anak pemilik ladang getah, manakala Suhairi merupakan anak pemilik ladang ternakan yang terbesar di kampung.

"Hai, Eira!" Sapa Afwan dengan nada manis ke arah Eira.

Eira tidak menyahut sapaan sang pemuda yang memiliki rambut berwarna hitam dimana di atasnya memiliki warna merah yang diwarnakan dengan pewarna rambut tersebut. Mata hitam Afwan menatap Eira dengan senyuman menggoda sambil tangan kekar yang berurat itu membetulkan letak baju kemejanya yang mahal agar terlihat kemas. Eira hanya menatap sahaja jejaka berpenampilan mewah itu dengan tatapan tidak senang sambil ia perlahan-lahan beranjak ke belakang suaminya. Ia begitu kenal dengan Afwan yang memang menyukai dirinya daripada dulu, namun sama sekali tidak ia layan. 

"Hey, tak baik tahu kalau orang sapa tak dibalas!" Tegur Suhairi dengan senyuman mengusik.

Suhairi Hasrullah! Sahabat baik kepada Afwan Ariffin yang memiliki sifat sombong dan kuat mengusik anak dara kampung. Walaupun ia terkenal dengan mengusik anak dara yang ada di kampung, namun ia tidak pernah menyentuh mereka. Pada hakikatnya, Suhairi masih menghormati mereka walaupun perangainya sangat buruk. Suhairi pernah menggilai Rafia, namun disebabkan Syahiril dikenali sebagai anak harimau kampung, maka ia tidak berani menyentuh tunang kepada jejaka kedua terkuat kampung setelah Hadwan. Itu kerana Suhairi pernah dipukul hingga babak belur oleh Syahiril gara-gara tunangnya diusik oleh Suhairi.

Oleh kerana itu, Suhairi tidak lagi berani mengusik Rafia, bahkan ia juga sudah serik dipukul oleh Rafia yang dikenali sebagai harimau betina kampung. Molek sungguh pasangan ini yang dikenali sebagai pasangan harimau yang begitu hebat dengan ilmu silat mereka. Namun, Eira sama sekali tidak mampu menghadapi mereka berdua. Sering sahaja ia menjadi mangsa usikan, bahkan ia sentiasa perlu berwaspada dengan dua orang jejaka tersebut. Disebabkan itulah ia memilih untuk bersembunyi di belakang Harraz. Harraz yang melihat sang isteri yang bersembunyi di belakangnya sedar akan apa yang difikirkan oleh sang isteri. Ia melihat ke arah dua pemuda tersebut sambil tersenyum lalu menghulurkan tangan kanannya.

"Assalammualaikum!" Sapa Harraz dengan lembut.

"Waalaikumsalam!" Sahut kedua pemuda tersebut dengan tatapan menyelidik.

Mereka menatap Harraz dari atas ke bawah. Namun, tidak mereka sambut huluran tangan Harraz kerana jengkel akan kedekatan Eira dengan Harraz. Harraz yang tahu bahawa huluran tangannya tidak disambut hanya menarik kembali tangannya. Namun, ia tetap tersenyum dengan lembut sambil menatap kedua pemuda tersebut. Tenang! Itulah yang sering dilakukan oleh Harraz tanpa memancarkan aura yang mengancam ataupun ingin mencari gaduh dengan mereka berdua. Afwan dan Suhairi tetap menatap Eira yang bersembunyi di belakang Harraz, dan pada masa yang sama melihat Harraz dengan tatapan mengancam.

"Bro! Kau siapa? Berani betul kau berpimpin tangan dengan primadona kampung kami ni?" Tanya Afwan dengan nada sombong bercampur hinaan.

"Entah! Setahu kami.. Eira ni gadis baik-baik! Dia tak akan berpimpin tangan dengan akhwat lelaki yang bukan mahramnya dia!" Ucap Suhairi sambil mengusap rambut hitam kemerahan miliknya ke belakang.

Harraz melihat gaya Suhairi dengan tatapan lembut. Melihat rambut jejaka yang hitam kemerahan itu, Harraz boleh memastikan bahawa warna rambut itu adalah asli, dan sama sekali tidak disembur dengan pewarna rambut. Kulitnya yang coklat akibat terbakar cahaya matahari terlihat di tubuh jejaka yang kekar tersebut. Pakaiannya sederhana, namun terlihat mewah. Matanya hitam berkilau, dan tatapannya tajam menatap ke arah Harraz. Berbeza dengan Afwan yang memiliki kulit putih dan penampilan mencolok, Suhairi masih terlihat sopan untuk ukuran seorang samseng kampung.

"Hmm.. saya memang tak nafikan kalau Eira adalah gadis yang sangat baik!" Ucap Harraz dengan gaya berfikir.

"Jadi kau ni siapa? Kami tak pernah tahu kalau Eira ada saudara kandung lelaki!" Tanya Afwan dengan nada tidak suka apabila melihat tangan Harraz dan Eira masih terpaut dengan erat.

"Kami bukan saudara kandung! Tapi, kami sah antara satu sama lain!" Ucap Harraz sambil menatap Eira di sampingnya dengan senyuman.

"Hah?" Tempik Afwan dan Suhairi dengan wajah penuh kebingungan.

"Ya! Eira adalah isteri saya yang sah! Tentu sahaja kami rapat, bahkan berpimpin tangan! Tidak salahkan untuk saya menjaga isteri saya dari terjatuh atau terlanggar sesuatu masa dia sedang membaca senarai barang yang kami ingin beli?" Jawab Harraz dengan penuh kelembutan.

"Apa? K-kau.. KAU SUAMI EIRA????" Tempik Afwan dengan sangat terkejut, begitu juga Suhairi yang menampilkan wajah terkejut.

"Ya! Kami dah berkahwin selepas Eira lulus SPM! Lebih kurang beberapa minggu yang lalu!" Jawab Harraz yang mengeratkan pegangan tangannya dengan Eira.

"...................................................................."

"Hmm.. rasanya dah lambat ni! Kami minta diri dululah ya! Nek Mah minta kami belikan barang! Kesian pulak kalau biarkan Nek Mah menunggu lama!" Ujar Harraz yang masih dengan nada lembut, dan senyuman di wajahnya tidak lenyap dari parasnya yang rupawan itu.

"Hmm.. ini first time Eira tengok Afwan dan Suhairi terpaku sampai macam tu sekali!" Gumam Eira yang lebih kepada dirinya sendiri.

Namun, sayangnya! Harraz sudah mendengar kata-kata sang isteri. Sudut bibirnya terangkat ke atas membentuk sebuah senyuman nakal, namun sedikit bangga. Di dalam hati Harraz ia sudah berkata-kata bahawa Eira adalah miliknya dan ia senang apabila melihat jejaka seperti Afwan dan Suhairi tercengang dengan apa yang ia katakan. Bagi diri Harraz sendiri, ia tidak suka melihat Eira ketakutan apabila berhadapan dengan sesuatu perkara. Jika ada sahaja yang menakuti atau merisaukan sang isteri, dia pasti akan cari cara untuk mengusir ketakutan tersebut. Yakni dalam hal ini, Afwan dan Suhairi telah menakuti sang isteri sehingga Eira bersembunyi di belakangnya. Jadi tidak salah jika ia ingin mengerjakan kedua jejaka tersebut.

Itulah mengapa Harraz begitu senang apabila melihat kedua orang itu tercengang, bahkan mematung akibat saking terkejutnya dengan kenyataan yang ia berikan. Walaupun Harraz dikenali dengan sifat lembut, baik, dan sangat alim... namun ia juga masih manusia biasa. Ia tetap memiliki sifat kejam dan sadis jika itu melibatkan seseorang yang ia sayang. Buktinya, senyuman nakal di wajahnya masih belum luntur sama sekali dan itu membuktikan bahawa ia senang kerana dendam kecilnya terbalaskan. Eira yang masih berjalan di sisi Harraz, entah mengapa merasakan bulu tengkuknya meremang secara tiba-tiba. Namun, ia sama sekali tidak sedar kalau punca bulu kuduknya berdiri adalah disebabkan oleh aura dingin suaminya itu.

Sementara itu, di halaman belakang rumah tok ketua kampung, kelihatan Rafia dan Fiqah sedang bersiap-siap untuk memetik beberapa jenis sayur untuk dibuat ulam-ulaman. Fiqah kelihatannya takjub apabila melihat kebun yang memiliki berbagai jenis sayur-sayuran itu. Walaupun kebun tersebut tidak berapa luas, namun terlihat banyak jenis sayur segar yang tertanam di sana. Melihat hal itu, membuatkan Fiqah yang selama ini merupakan anak jati bandar merasa teruja untuk memetik sayur-sayur yang ada.

"Hah, moh ler kita petik sayur ni haa~" Ajak Rafia dengan semangat.

"Huih! Selama ni aku petik teh dengan strawberi je.. kali ni banyak lagi yang aku boleh try petik!" Ucap Fiqah dengan semangat berkobar-kobar.

"Hahahahahaha.. inilah rasanya bila hidup di kampung! Kau petik strawberi dan teh tu cuma sekali dua kali! Itupun kalau kau pergi vacation! Hah, kalau kampung.. kau nak petik tiap hari pun.. takde masalah! Free of charge!" Tawa Rafia dengan sangat bangga.

"Haah~ tak sabar aku nak memetiknya ni!" Luah Fiqah dengan nada terharu.

"Ha! Pakai sarung tangan! Hati-hati dalam berjalan! Jangan tersalah langkah.. nanti sayur pulak jadi mangsa!" Pesan Rafia.

"Ai, Ai, Kapten!" Sahut Fiqah dengan semangat.

"Oii! Korang ni nak petik sayur atau nak pergi perang?" Tegur Fatin yang tiba-tiba muncul di halaman belakang dengan wajah jengkel apabila menyaksikan sikap dua orang sahabatnya itu.

"Hahahaha.. sorry, sorry! Nilaa jawabnya kalau terlebih semangat!" Ucap Fiqah dengan nada serba salah.

"Eh~~ petik sayur pun sama dengan perang tau!" Sampuk Rafia sambil bercekak pinggang.

"Hah? Apa kena mengena petik sayur dengan pergi berperang?" Tanya Fatin yang kebingungan dengan kenyataan dari Rafia.

"Masuk kebun sayur.. kena alert! Nak petik sayur.. kena hati-hati! Nak tanam sayur.. pergh~ lagi kena buat persediaan yang banyak! Kita berperang dengan masa, panas matahari, dengan ulat, dan musim!" Jelas Rafia ala-ala profesor.

"Hmph! Ada-ada jelaa kau ni Rafia~" Rengus Fatin sambil menggeleng-geleng kepala apabila melihat sikap sahabatnya yang satu itu.

"Ho? Begitu pun ada ye?" Ucap Fiqah sambil menganggukkan kepalanya.

"Sudah-sudah! Cepat petik sayur tu! Jangan tangguh-tangguhkan masa lagi!" Desak Fatin.

"Relax, relax~ Eira dan senior pun belum balik lagikan!" Ucap Rafia dengan santai.

"Memang dorang belum balik lagi! Tapi kalau kita siapkan kerja awal-awal tanpa bertangguhkan lebih baik! Nanti sampai titian sirat.. takdelah bertangguh kita nak masuk syurga atau neraka!" Ujar Fatin dengan nada pedas.

"Amboi! Sentap gila kata-kata! Hadeh~ yela, yela! Kitorang petik sekarang! Huuh~~" Sungut Rafia apabila mendengar kata-kata pedas dari sahabatnya yang satu itu.

Fatin hanya terkikik geli apabila melihat Rafia yang bersungut dengan kata-katanya. Segera sahaja ia beredar dari sana dan masuk semula ke dalam rumah, meninggalkan dua orang sahabatnya itu untuk menyambung semula pekerjaan mereka. Disaat Fatin yang ingin menaiki tangga rumah mula teringat akan tujuannya ke halaman belakang tersebut. Serta merta ia berbalik arah dan kembali menuju ke arah dua sahabatnya yang sibuk memetik sayur-sayur yang diperlukan. Terlihat di sana, Rafia dan Fiqah sudah mula melakukan pekerjaan mereka. Namun, apabila melihat Fatin kembali, Fiqah yang sedang menikmati kegiatannya itu, tidak dapat menahan diri daripada bertanya kepada sang sahabat.

"Kenapa patah balik, Fatin? Bukan tadi kau dah naik tangga ke rumah ke?" Tanya Fiqah sambil menatap sahabatnya itu.

"Aku lupa kalau aku datang sini untuk ambik beberapa cili padi! Nek Mah kata kalau dia nak buat sambal. Maklumlah, Eira suka dengan makanan pedas.. nak lagi kalau sambal cili padi! So, Nek Mah ingat nak buat sambal untuk Eira!" Jelas Fatin yang langsung menuju ke arah pasu bunga yang digunakan sebagai wadah tanaman cili padi.

"Sambal cili padi? Bak kata orang minang.. sambal lado! Hmmm.. dengar macam sedap! Tapi.. aku tak boleh makan pedas!" Gumam Fiqah.

"Bercakap tentang sambal lado.. Senior Harraz tu.. Orang Negeri Sembilankan?" Tanya Rafia yang mencelah perbualan kedua sahabatnya itu.

"Hmm.. tak silap aku, Senio Harraz memang orang Negeri! Cuma susah nak detect sebab cara senior bercakap tu.. tak nampak macam orang minang langsung!" Jawab Fatin.

"Tapi kenapa pulak tiba-tiba kau tanya ni?" Tanya Fiqah.

"Saje! Lagipun, orang Minangkan suka makan pedas! Mana tahu dua orang laki bini tu sehati sejiwa~" Jawab Rafia dalam nada bersenandung ria.

"Daripada kau sibuk ambil tahu tentang laki orang.. baik kau ambik tahu tentang selera tunang kau! Nak jadi isteri mithali di masa hadapan tu penting kalau kita ambik tahu semua kesukaan dia! Lagipun, syurga di bawah telapak kaki suami, sebaik sahaja kau jadi isteri dia!" Ujar Fatin sambil tersenyum nakal.

Blush~

"Hmm.. untunglah masing-masing dah berpunya! Aku ni jelaa yang single tak kesudah~" Ujar Fiqah dengan nada pahit apabila melihat wajah Rafia memerah akibat usikan Fatin.

"Aku boleh bagi cadangan dekat kau!" Ucap Rafia tiba-tiba.

"Cadangan apa yang boleh kau beri dekat orang single macam aku ni, Rafia?" Sindir Fiqah.

"Apa kata kau tackel je, Abang Hadwan!" Cadang Rafia dengan tatapan polos, suci lagi bersih ke arah Fiqah yang hanya menampilkan wajah tercengang apabila mendengar cadangan dari sahabat baik bak malaikatnya itu.

"........"

"What the Hell!!" Tempik Fatin yang tanpa sengaja tersembur kata-kata tidak sopan dari mulutnya.

"Ehem! Fatin, jaga bahasa tu! Tak elok mencarut! Dalam Islam kita kena jaga bahasa kita!" Tegur Fiqah yang terbatuk kecil kerana merasa gugup sebaik sahaja mendengar cadangan Rafia.

"Ups! Sorry!" Ucap Fatin yang segera menutup mulutnya.

"Dah kenapa kau pulak yang terkejut? Aku cadangkan benda ni untuk Fiqah! Bukan kau!" Ujar Rafia dengan wajah kebingungan.

"Errr.. tentu sahaja aku terkejut! Abang Hadwan tu kan.. abang angkat Eira! And kau pun katakan kalau abang Eira tu ada crush dengan adik angkat dia sendiri. Then kalau diikutkan.. first impression aku dekat Abang Hadwan tu.. umm.. dia terlalu dingin dan strict! Mana padan dengan Fiqah kita yang easy-going!" Luah Fatin dengan nada kekok apabila memikirkan cadangan sahabat baiknya itu.

"Hmm.. kalau tak sesuai.. kau boleh jer cari mana-mana jer jejaka kampung dekat sini! Kampung ni ada banyak jejaka yang tampan-tampan! Cuma dorang masih kalah dengan pesona Abang Hadwanlah! Kalau sifat baik, penyayang, easy-going, dan jejaka gagah tu.. lebih kepada Syahirillah! Bezanya, Abang Hadwan ni dikatakan sebagai jejaka paling popular kampung! Walaupun dia dingin dan strict macam tu.. tapi dia u merupakan jejaka rebutan para gadis! Paling popular dari Senior Haikal!" Jelas Rafia yang langsung membuat Fatin terkedu.

"Aku rasa macam kau betul-betul nak padankan Fiqah kita ni dengan Abang Hadwan tu je!" Fikir Fatin.

"Hmm.. soal jodoh semua ni aku tak memilih! Aku tak kisah siapa yang akan jadi jodoh aku! Tapi, kalau Allah tetapkan aku dengan Abang Hadwan tu pun.. aku terima jelah! Kalau tak.. taklah!" Jawab Fiqah dengan santai.

"Ouhhh~~~~ santainya Cik Fiqah kita ni! Dia selalu jadi orang yang paling tenang dan paling positif dalam geng kita ni! Haih!" Desah Fatin apabila melihat sikap Fiqah yang sangat tenang seolah-olah cadangan Rafia itu dianggap sebagai hal biasa sahaja bagi sang gadis.

"Yeah~ kalau aku menolak pun.. and andai jodoh aku betul-betul ada di kampung ni.. mahu ia samseng kampung ke.. aku terima jelah~" Jawab Fiqah.

".........."

"Okay! Aku dah selesai petik sayur! Jomlah kita masuk sekarang! Kesian pulak Nek Mah dan Kemy menunggu! Kita dah lama sangat dekat luar ni!" Ajak Fiqah yang langsung mengangkat bakul yang dipenuhi berbagai sayur yang telah ia petik.

"Ouh, umm.. baiklah!" Sahut Fatin dengan nada kekok.

Fiqah tersenyum senang. Ia segera bergerak meninggalkan kebun kecil itu sambil diikuti oleh Fatin yang telah selesai mengambil cili padi yang diinginkan olehnya. Hanya Rafia sahaja yang masih berdiri di sana tanpa bergerak. Matanya menatap sosok Fiqah dan Fatin dari belakang. Tatapan yang sungguh dalam dan sukar untuk diertikan apa maksud pandangan tersebut. Fi8qah dan Fatin tidak sedar akan tatapan dari Rafia kerana mereka sudah memasuki rumah terlebih dahulu. Perlahan-lahan, namun pasti.. sudut bibir Rafia mula terangkat sedikit membentuk sebuah senyuman yang sangat licik. Entah apa yang dirancangkan oleh otak kecil sang gadis itu.

Continue Reading

You'll Also Like

22.7K 848 13
Berikut merupakan kisah benar dan pengalaman aku sendiri sepanjang 5 tahun bergelar student di UiTM Segamat dan UiTM Puncak Alam. Kemungkinan ada pen...
10.3K 842 60
Mengisahkan Asya, seorang budak perempuan yang tinggal di kampung saka. Memiliki keunikan dan kemampuan biasa namun mampu menjadi luar biasa kerana i...
51.2K 11 1
Dilarang menyalin cerita ini walau dengan apa cara sekalipun kerana ia telah didaftarkan di bawah PERBADANAN HARTA INTELEK NEGARA dan layak dikenaka...
165K 3.3K 10
Sieg. Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah! Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan it...