KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANT...

By sweetseptember9

94.1K 4.4K 138

KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED. More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42

BAB 26

1.4K 80 0
By sweetseptember9

"J"

Aku tersentak sebab nama aku dipanggil.

"J"

Perlahan-lahan aku berpaling kebelakang. Rupanya anita dah sedar. Aku terus menuju ke arah anita dan duduk dekat kerusi.

"Kau okay?" Tanya aku.

"Okay. Cuma perut aku sakit."

"Oh tu sebab anak kau keluar kat situ. Tu yang kau rasa sakit."

Anita mengeluh perlahan. Matanya dipejam rapat.

"Aku haus lah j"

"Kejap eh. Aku panggil nurse kejap" Ucap aku lantas bangun berdiri.

"Aku haus!!" Tengking anita.

Aku tersentak.

"Weh rilek lah. Ekeh kau ni. Biar aku kasi tahu nurse yang kau dah sedar.

"Hmmm! Haus!" Ucap anita lagi dengan nada yang kasar.

"Kenapa ni?" Tanya seseorang dari arah belakang.

Aku berpaling kebelakang. Fara dan iris.

"Kenapa mei?"

"Boleh ke bagi dia minum air?" Tanya aku.

"Boleh. Kejap fara nak check bp dia kejap"

Aku hanya menganggukkan kepala dan memberi ruang untuk fara dan iris buat keje. Aku berdiri di tepi pintu sambil berpeluk tubuh memandang ke arah diorang.

"Aku haus!!"

"Erk! Puan kejap ye puan." Ucap fara.

"Kau siapa ha"

Fara dengan iris hanya terdiam. Tak lama selepas itu iris menuang air dan memberi kepada anita. Tanpa membuang masa, anita merampas cawan tersebut lalu diminum dengan rakus. Aku dengan fara berpandangan. Tak lama selepas itu, fara datang ke arah aku dan berdiri di sebelah aku.

"Kenapa dengan kawan mei tu?"

"Entah lah. Tadi elok je. Tiba-tiba dia mengamok."

"Pelik lah fara tengok."

"Kan. Saya lagi pelik."

Tengah aku bercakap-cakap dengan fara tu, tiba-tiba.

Pangggg!!

Bunyi kaca yang dibaling tu bergema satu wad. Aku terkejut. Apatah lagi fara. Iris yang dekat sebelah katil anita terus berlari menuju ke arah aku dengan fara. Pesakit yang tengah tidur bangun dan tengok apa yang terjadi. Aku melangkah ke arah anita yang membelakangkan aku.

"Kau kenapa?" Tanya aku lantas menarik bahu anita.

Pusing je anita mengadap aku, Allah! Muka anita terus berubah 100% dengan mata merahnya. Aku mengundur setapak kebelakang. Pesakit yang lain sedaya upaya turun dari katil dan berlari ke arah pintu.

"Mei! Sini mei!!" Jerit fara.

Mata aku beralih ke tangan anita. Mana gelang tangan yang aku pasang tadi tu? Melilau jugak aku mencari dalam keadaan macam tu. Tapi tak ada.

"Meii!! Sini mei!!" Jerit fara lagi.

Aku terus meninggalkan anita dan menuju ke arah fara.

"Tutup pintu! Tutup pintu!" Jerit iris.

Aku terus menarik daun pintu dan menutup dari luar. Aku bersandar dekat pintu tersebut. Tak lama kemudian.

"Nurse anak saya nurse!" Jerit salah seorang pesakit.

"Ha?"

Aku berpaling ke arah pesakit tu. Dahi aku berkerut seribu.

"Macam mana mei?" Tanya fara.

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 914 56
Hai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned
194K 11.1K 69
Menghilang Kan Tension And Gelak Selalu. #1 in lawak (19/6/2018 #2 in lol (19/6/2018 66 -In Random 6/1/2018 10:09AM 40 -in random 19/1/2018 12: 49AM
21K 1.5K 200
#SeventhBook_ Drama di sekeliling aku jauh lebih berbahaya daripada drama yang aku tonton "Sometimes fantasy is more beautiful than reality" Sambunga...
107K 5.3K 11
Hanya beberapa cerita seram yang suram, bolehlah dibaca untuk menghilangkan kebosanan. Sediakan milo panas dan biskut. Bacalah dalam keadaan yang ter...