KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANT...

By sweetseptember9

94.2K 4.4K 138

KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED. More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42

BAB 23

1.6K 86 0
By sweetseptember9

"Eh asilah bukan ke tadi kau ada kat pantry minum air? Macam mana kau ada kat sini buat kerja?"

Asilah tercengang bila fara cakap macam tu.

"Eh akak ni salah orang kot. Mana ada saya pergi ke pantry. Saya dari tadi lagi dekat sini buat kerja kat depan ni. Kehulu kehilir tarik menatang alah ni (mesin BP)"

"Serius lah asilah?"

"Sumpah kak"

Masa tu kalau toreh muka fara confirm tak keluar darah tau. Sampai sekarang fara tak percaya dengan apa yang fara nampak kat pantry tu adalah asilah. Fara tanya kawan-kawan yang lain. Diaorang cakap memang asilah tengah buat kerja itu dari tadi. Yang menjadi persoalannya, kalau betul tu bukan asilah, siapa kat pantry tu? Siap minum air pulak tu?"

"Member nak berkawan kot." Ucap aku lantas ketawa.

"Mei ni main-main lah"

"Haha. Okay-okay sorry. Cerita yang kedua pulak?" Tanya aku

"Okay malam tu malam kedua fara kerja dan malam tu juga fara rasa semacam sikit. Entahlah, mungkin perasaan fara je kot. Tapi memang lain sangat-sangat. Tapi yang peliknya malam tu fara terasa segar. Mata tak ada pulak menunjukkan tanda-tanda ngantuk ke apa-apa ke. Masa tu jam menunjukkan pukul 2 am. Senior dan yang lain-lain semua dah melelapkan mata kat kaunter. Tinggal fara je yang terkebil- kebil memandang sekeliling. Bosan tu jangan cakap lah. Tak ada kawan nak menyembang. Nak membawang. Patient malam tu pulak tak ramai. Adalah dalam 10 orang macam tu. Jadi kerja malam tu santai-santai je lah. Tengah fara terkebil-kebil tu, tiba-tiba call bell depan fara ni berbunyi. Bila fara tekan tak ada pulak suara orang. 2,3 kali jugak fara tekan tetap tak ada suara. Senyap je. Masa ni fara tak fikir bukan-bukan sebab anggapan fara mungkin patient salah tekan kot. So fara capai telefon dan buka game sebab nak memenuni ruang kebosanan sementara nak menunggu masa pukul 5am. Yelah nak ambik darah patient kan. Tengah fara leka-leka main game tu tiba-tiba call bell depan fara ni berbunyi lagi. Fara tengok jam dekat tangan pukul 4am. Seingat fara, fara tak ada pulak setting mesin drip patient habis pukul 4am. Tapi tak apa lah. Fara positifkan diri mungkin patient senior kot. Jadi fara pun tekan call bell itu untuk bercakap dengan patient. Disebabkan bunyi call bell tu terlampau bingit, fara cepat tekan. Selama fara kerja dekat sini, fara dah hafal dah no kod tu untuk call bell bilik patient tanpa tengok board nama-nama dekat depan fara. Okay nak dijadikan cerita call bell kali ni bilik 10 yang panggil. Sebelum tu call bell bilik 14.
Fara pun macam biasalah tekan sambil bertanya "ye kenapa tu" tetapi senyap. Fara ulang lagi bertanya " ye ada masalah ke puan?" Tak lama selepas itu "nurseeeee! air dah habissssss". Suara dia masa tu yaallah! mendayu-dayu. Ibarat macam dia tu duduk jauh sebatu. Fara masa tu terdiam dan pelik kenapa suara dia macam jauh sangat. Memang tak berapa nak dengar.

Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 914 56
Hai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned
115K 5.9K 16
Kau fikir stay di library sekolah kau selamat? Fikir 3 kali pun belum tentu SELAMAT!
23.1K 2.4K 73
Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbia...
19.3K 1.1K 20
DISINI AKU INGIN MENCERITAKAN KISAH SERAM YANG BERLAKU DEKAT DIRI AKU SENDIRI. KISAH INI ADALAH KISAH SEBENAR. STAY TUNED.