Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

5.8K 630 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Late Notice
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25

Chapter 12

232 27 4
By -Akio-Akeichi-

"Macam tulah kejadiannya!" Ucap Rafia yang baru sahaja menyelesaikan ceritanya.

Mereka semua yang mendengar kisah tersebut hanya menampilkan berbagai-bagai reaksi. Ada yang terkejut, ada yang ternganga tidak percaya, dan ada juga yang menghela nafas lelah. Suasana menjadi hening seketika kerana semua orang terpaku akan kisah yang baru sahaja mereka dengar. Dari awal mereka tiba di rumah Tok Ketua hinggalah Rafia selesai bercerita, mereka semua hanya tertumpu kepada Rafia, kecuali Haikal yang kini masih terbaring sambil dijaga oleh Kemy. Air yang dihidang oleh Nek Mah sama sekali tidak terjamah kerana begitu fokusnya mereka mendengar cerita daripada Rafia.

"Bila kejadian ni berlaku?" Tanya Fiqah.

"Beberapa bulan sebelum kepergian tok wan!" Jawab Eira dengan wajah sedih.

"Hmm.. tak disangka kalau Eira akan mengalami kejadian yang macam tu! Mesti susahkan bila orang yang kita anggap sebagai abang ternyata menyukai kita dalam diam!" Gumam Fatin.

"Sebab tulah aku come up dengan topik senior masa tu! Aku takut Eira stress! Maklumlah, Eira tak boleh hadap stress.. nanti dia sakit!" Ujar Rafia yang akhirnya menjamah air kopi yang tidak tersentuh di hadapannya.

"Tapi tak sangka! Kebohongan yang kau buat akhirnya menjadi kenyataan!" Fikir Kemy yang melirik ke arah Harraz dan Eira.

"Aku sendiri pun tak sangka kalau kebohongan tu akan menjadi kenyataan! Awalnya, aku hanya jadikan itu sebagai alasan supaya Abang Hadwan tidak terlalu memaksa Eira, sekaligus mengalihkan perhatian orang dewasa! Eh, tak disangka kebohongan menjadi kenyataan!" Ucap Rafia.

"Itulah yang dinamakan sebagai takdir yang sudah ditentukan oleh Allah!" Sampuk Haikal sambil tersenyum nakal.

Perhatian semua orang langsung beralih kepada Haikal yang terbaring di sisi kanan tempat mereka berkumpul. Memang setelah pulang tadi, Haikal terbaring sahaja di atas tilam yang dibentangkan oleh Tok Ketua untuknya. Kelihatannya jejaka itu langsung diserang demam tinggi setelah kembali dari sekolah tahfiz, bahkan tuala basah yang disediakan Nek Mah juga terletak di atas dahinya. Namun, Haikal masih menyempatkan diri untuk mendengar cerita yang disampaikan oleh Rafia, bahkan sempat juga mengusik Harraz dan Eira.

"Heish~ pantang ada peluang sikit.. pasti nak mengusik orang!" Geram Kemy.

"Haha! Ini Haikallaa~ Of course tak boleh duduk diam even tubuh ni sakit!" Ucap Haikal dengan bangga.

"Hmm.. Harraz tak nafikan benda tu sebagai kekuasaan Allah! Tapi.. kalau macam tulah ceritanya.. So, tok wan kira dah kenallah dengan abang sebelum kepergiannya, ya?" Fikir Harraz.

"Bukan kenal sahaja! Tapi kami para orang tua tahu kalau Rafia hanya berbohong masa tu!" Celah Tok Ketua yang baru kembali dari luar.

"Ehhhhh!!! Tok tahu kalau Rafia bohong masa tu!!!" Tempik Rafia dengan wajah terkejut.

"Kalau tok tahu.. dan Nek Mah tahu.. So, tok wan?" Ucap Eira yang turut terkejut.

"Tentu sahaja Suhaira tahu kalau kamu berdua hanya mencari alasan masa tu! Dia orang pertama yang sedar kalau kamu berbohong, Rafia!" Jelas Nek Mah.

"Huh? Tapi macam mana?" Tanya Rafia.

"Sudah berapa lama Suhaira kenal dengan kamu, Rafia! Tentu sahaja dia sangat faham perangai kamu yang sudah dianggap sebagai cucu kandungnya sendiri!" Jelas Tok Ketua.

"Itu namanya orang tua lebih banyak makan garam dari orang muda!" Usik Kemy.

Hal itu langsung membuat mereka semua tertawa apabila mendengar usikan Kemy. Rafia pula hanya tersenyum-senyum malu apabila mengetahui bahawa kebohongan yang ia cipta sebelum ini ternyata sudah lama disedari oleh para orang tua ketika itu. Niatnya yang awal hanya ingin mengalihkan perhatian orang terhadap kisah rekaannya, malah berubah kepada sia-sia. Untung sahaja ketika itu, para orang tua mahu berpura-pura untuk melayani kebohongannya. Jika tidak, dari saat itu juga ia sudah tidak mahu bagaimana untuk menguruskan masalah yang ia lakukan. Eira yang melihat itu hanya tersenyum. Namun, sekilas ia mengingati apa yang telah berlaku saat itu. Ia bersyukur kerana Rafia membantunya, jika tidak.. tentu sahaja ia sukar untuk menatap wajah abang angkatnya itu. 

"Apa yang riuh sangat dari tadi tu!" Tegur seseorang yang tercegat di pintu rumah Tok Ketua.

"Syahiril?" Ucap mereka semua apabila melihat Syahiril tiba-tiba sahaja  muncul di hadapan rumah.

"Hahaha.. Assalammualaikum semua!" Tawa Syahiril yang langsung memberi salam.

"Waalaikumsalam!" Sahut mereka semua.

"Hmm.. apa yang diriuhkan tadi tu? Syahiril yang ada dekat bawah rumah ni boleh dengar suara gelak tawa semua orang tahu!" Tanya Syahiril sambil mencium tangan Tok Ketua, lalu bersalaman dengan Harraz dan Haikal.

"Ouh, kami hanya bercerita tentang kejadian masa lalu! Jadi adalah serba sedikit yang membawa kepada lawaknya tu!" Jawab Rafia.

"Hmm.. awal kau balik!" Tegur Eira.

"Ouh, actually aku mc hari ni!" Jawab Syahiril.

"Huh? Kalau mc... kenapa kau tak kembali dengan kitorang jer tadi?" Tanya Fiqah.

"Ada beberapa perkara yang aku kena uruskan dekat sekolah tadi! Sebab tu aku biarkan korang balik dulu! Lagipun, Senior Haikal ni kan tak berapa sihat! So, lebih baik korang balik dulu sebab urusan aku tu agak lama untuk diselesaikan!" Jelas Syahiril yang langsung duduk di sebelah pintu.

"Ooo.. macam tu!" Sahut Rafia.

"Senior Haikal macam mana? Dah okay ke tu?" Tanya Syahiril yang beralih kepada Haikal yang terbaring di atas tilam.

"Alhamdulillah! Senior Haikal dah okay sikit! Siap boleh melawak lagi!" Jawab Fatin.

"Ouh, ya? Kalau macam tu.. baguslah!" Ucap Syahiril yang tumpang gembira.

"Haih~ Haikal ni tahu buat orang risau jer! Kalau tahu diri tu dah sakit.. kenapa perlu juga ikut kami ke sekolah tu!" Keluh Harraz.

"Betul tu!" Sokong Kemy.

"Hehehehe.. aku bukan apa! Saje nak tahu tentang kes ni! Tak adillah kalau aku ditinggalkan macam tu sahaja! Aku pun bahagian dari siasatan ni juga tahu!"Ujar Haikal sambil tertawa santai sedangkan di hatinya sedang gelisah untuk menyembunyikan perkara sebenar.

Mereka yang lain hanya menatap ke arah Haikal sambil mengeluh. Sudah masak sebenarnya dengan perangai Haikal. Namun, tanpa mereka sedari.. Haikal bermati-matian menyembunyikan fakta yang sebenarnya. Ia sendiri juga musykil akan apa yang telah berlaku. Sedangkan semasa awal ia keluar dari rumah tadi.. ia merasakan bahawa ia sangat sihat dan baik-baik sahaja. Hinggalah ia menjejakkan kaki di sekolah tersebut, ia langsung merasa tidak baik. Ditambah dengan apa yang ia alami di tandas pelajar juga menjadi penyebab mengapa ia sakit pada saat ini. Namun, ia tidak mahu mengemukakan masalah tersebut kerana tidak mahu membuat sesiapa risau akan dirinya, terutama tunang kesayangannya tersebut. Ia tahu sifat Kemy bagaimana jika gadis itu panik. 

Jadi, ia lebih memilih untuk tidak memberitahu akan masalah tersebut dan berniat untuk mengabaikannya. Bagi Haikal, hal itu mungkin hanya khayalannya semata-mata dan itu tidak berguna untuk diperbesarkan. Oleh itu, ia memilih untuk membiarkan masalah tersebut dan fokus kepada rancangan ahli kumpulannya yang lain tentang cara untuk menghadapi masalah ini. Sebagai bekas ketua Skuad Polis Khas, Haikal tentu sahaja merasakan tanggungjawab besar dalam melindungi orang kampung, terutama kanak-kanak. Mendengar masalah kehilangan kanak-kanak membuat Haikal sama sekali tidak boleh diam. Itu juga kerana ia teringat akan kejadian yang pernah menimpa saudari angkatnya dahulu, iaitu Rika.

"Apa yang kau menungkan tu, Haikal?" Tegur Harraz yang menatap ke arah sahabatnya yang terbaring di atas tilam.

"Huh? O-oohh.. aku tak fikir apa-apa pun!" Jawab Haikal yang cepat-cepat berdalih.

"Hmm.. tapi kau nampak serius jer! So, aku ingat kau sedang fikirkan sesuatu!" Ujar Harraz.

"Takde apa-apalah! Aku cuma pening sikit!" Ucap Haikal sambil tersenyum.

"Yeke! Mari aku periksa suhu kau sekejap!" Ujar Harraz yang langsung meletakkan telapak tangan kanannya di atas dahi Haikal bagi tujuan untuk memeriksa suhu tubuh sang sahabat.

"........."

"Hmmm.. masih panas lagi ni! Tapi tak setinggi tadilah!" Gumam Harraz.

"Ada apa abang?" Tegur Eira yang mula berfokus kepada suaminya yang sedang memeriksa suhu tubuh Haikal setelah ia sibuk berbual dengan Syahiril.

"Ouh, takde! Abang cuma check suhu tubuh Haikal balik! Mana tahu masih tinggi macam tadi!" Sahut Harraz sambil tersenyum.

"Ha, masih tinggi ke?" Tanya Tok Ketua.

"Dah kurang sikit tok! Tak setinggi tadi!" Jawab Harraz.

"Haaahh~ aku dah okay! So, janganlah risau sangat!" Keluh Haikal.

"Mana boleh tak risau! Kau tadi dah macam mayat hidup jer tahu tak!" Sindir Kemy.

"Ecececececeh~ tunang saya risaukan saya~~~" Ucap Haikal dengan senang hati.

"Grrr... untunglah kau tengah sakit! Kalau tak.... dah lama buku lima ni hinggap dekat wajah kau tu!" Geram Kemy yang sedaya upaya menahan diri agar tidak menumbuk tunangnya itu.

"Haha! Kemy dah kembali seperti sediakala!" Tawa Rafia.

"Memangnya.. dia bersikap macam apa tadi?" Tanya Syahiril.

"Awak nak tahu! Tadi.. wajah Kemy tu bukan main risau bila tengok Senior Haikal sakit, terutama bila senior sendiri hampir nak pitam di saat kembali ke sini! Bukan main cemas wajah si Kemy! Itulah sebab kenapa Kemy jadi out of character hari ni! Awakkan tahu macam mana sikap Kemy terhadap Senior Haikal!" Jelas Rafia.

"Haha.. macam tu!" Tawa Syahiril.

"Cih!" Decih Kemy.

"Sudah-sudahlaa dengan sikap tsundere kau tu, Kemy-chan!" Ucap Eira.

"Aku bukan tsunderelaaaa~~" Geram Kemy.

"Haaaahhh~ susah nak cakap dengan orang yang keras kepala macam kau nilaa~" Keluh Fatin.

"Hmph!" Dengus Kemy sebagai tanda ia merajuk.

Mereka semua hanya tersenyum apabila melihat sikap Kemy. Sudah sangat biasa mereka melihat sikap Kemy yang sebegitu disebabkan Haikal sahaja. Haikal juga tidak begitu mempermasalahkan sikap Kemy. Itu kerana ia sangat terhibur apabila melihat sikap tunangnya. Jika, ia tidak suka, maka ia tidak akan melakukan berbagai cara untuk menjadikan Kemy sebagai tunangnya. Hanya tinggal mencari cara sahaja untuk buat Kemy menjadi isterinya secepat mungkin. Dan itu yang masih difikirkan Haikal buat saat ini. Dia masih merancang strategi yang tepat agar Kemy mahu berkahwin dengannya segera sama seperti Harraz dan Eira. Siapa yang boleh tahan lama-lama untuk bergelar status tunang apabila wanita yang ia cintai berada dihadapannya. Mereka masih terbatas antara satu sama lain.

"........."

"Apa yang kau fikirkan tu? Nampak serius jer!" Tegur Harraz.

"Takde papelah!" Jawab Haikal yang mengelak dari mengatakan perkara sebenar.

"Hmm.. tapi kau nampak serius jer dari tadi! Sebab tu aku tanya!" Ucap Harraz.

"Gila aku nak bagitahu! Silap haribulan habis aku dibelasah oleh Kemy! Masa aku perangkap dia sampai jadi tunang aku dulu tu pun dia mengamuk macam singa! Mustahil aku akan bagitahukan!" Batin Haikal dengan perasaan kecut.

"?????"

"Sudah ler tu! Kamu semua rehat sahajalah dulu dekat rumah ni! Syahiril pun berehatlah! Tak perlu kembali ke rumah dulu! Kamu pun masih sakit!" Celah Nek Mah yang keluar dari dapur.

"Baik Nek Mah!" Sahut mereka semua.

"Atoknya! Tolong pergi ke kedai! Belikan Mah barang-barang untuk buat gulai batang pisang!" Ujar Nek Mah.

"Nek Mah nak masak gulai batang pisang ke hari ni?" Tanya Rafia.

"Yelah! Kamu semua ada di sini! Jadi, Nek Mah nak masak makanan yang sedap-sedap untuk kamu semua!" Jawab Nek Mah sambil tersenyum.

"Biar kami bantu sekali!" Pelawa Fatin.

"Tak perlu! Kamu semua duduk dan berehat sahaja!" Tolak Nek Mah dengan lembut.

"Tak sedaplah kalau macam tu Nek Mah! Biarkanlah kami bantu apa yang patut!" Ujar Fiqah.

"Baiklah kalau macam tu!" Sahut Nek Mah yang akhirnya mengalah.

"Kalau macam tu.. biar Eira sahajalah yang pergi beli barang!" Ucap Eira yang langsung bangun.

"Bawa suami kamu kalau nak pergi beli barang, Eira! Seorang perempuan perlu ditemani oleh mahram lelaki jika ingin keluar! Itu lebih baik!" Pesan Tok Ketua.

"Baiklah tok!" Sahut Eira.

"Ciehh~ keluar beli barang berdua! Jangan dating lama-lama tahu! Tak makan kita semua nanti!" Usik Rafia.

"Hishh~ aku dan abang cuma akan beli barang jelah!" Geram Eira dengan wajah serba merah.

"Aku sokong dengan kata-kata Rafia tu!" Sokong Haikal.

"Kalau dating pun.. apa salahnya? Inikan isteri aku yang sah!" Jawab Harraz dengan senyuman manis.

"Wehy~~ sudah-sudah! Jangan sweet sweet sangat dekat sini! Pergilah beli barang tu cepat!" Celah Fiqah yang sudah tidak tahan dengan semua perkara manis di hadapannya itu.

"Baiklah! Kami pergi dulu kalau macam tu!" Ucap Eira.

"Ini duit beli barang!" Ujar Nek Mah yang menghulurkan duit kepada Eira lalu disambut oleh sang gadis.

"Kalau Eira dan Senior Harraz beli barang! Aku nak tolong Nek Mah masak~~" Sorak Kemy.

"Aku pun!" Sampuk Fatin.

"Dah tu.. aku nak buat apa?" Fikir Fiqah.

"Fiqah dan Rafia boleh tolong Nek Mah petikkan beberapa sayur di halaman belakang! Nek Mah ada bercucuk tanam! Lepastu ambilkan batang pisang yang ada di sana juga!" Arah Nek Mah.

"Baik!!!!" Sahut Rafia dan Fiqah dengan semangat.

"Tok pula nak keluar ke kandang! Dah tiba masa untuk mereka makan!" Ucap Tok Ketua yang langsung keluar rumah.

"Jangan lupa balik sebelum makan, atoknya!" Pesan Nek Mah.

"Baiklah, Mah!" Sahut Tok Ketua.

"Kalau macam tu.. kami pergi dulu! Assalammualaikum!" Ucap Harraz yang keluar dari rumah bersama Eira.

"Waalaikumsalam!" Sahut mereka semua.

"Jom mula sediakan barang!" Ajak Nek Mah.

"Baikkk!!!" Sahut Kemy dan Fatin dengan semangat.

"Jom Rafia! Kita pergi petik sayur!" Ajak Fiqah yang menuju ke pintu belakang.

"Yosh! Masa untuk memetik sayur~~~" Ucap Rafia dengan semangat.

Mereka semua langsung melakukan pekerjaan masing-masing. Kemy dan Fatin membantu Nek Mah memasak di dapur. Fiqah dan Rafia bergembira di halaman belakang untuk memetik beberapa sayur dan mengambil batang pisang. Eira dan Harraz keluar berdua untuk membeli barang, dan Tok Ketua pergi ke ladang ternakannya untuk memberi binatang ternakan makan. Maka, tinggallah Haikal dan Syahiril berdua di ruang tamu tanpa berbuat apa-apa. Disebabkan keduanya sakit, maka jadilah mereka dipinggirkan tanpa membuat sebarang kerja. Sedikit bosan juga, namun tidak ada apa yang boleh mereka lakukan. Hinggalah Syahiril bergerak ke arah salah satu rak yang terdapat televisyen bergaya lama di sana lalu membukanya.

"Cari apa tu?" Tegur Haikal.

"Senior pernah main weiqi?" Tanya Syahiril.

"Catur dari China tu?" Teka Haikal.

"Yup!" Sahut Syahiril.

"Pernah jugalah!" Jawab Haikal.

"Bagus! Kalau macam tu.. mari kita main weiqi!" Sorak Syahiril yang mengeluarkan papan catur dan buah hitam putih milik catur China itu.

"........"

"Ketua kampung kami ni memang sukakan permainan catur! Banyak jenis catur dari berbagai negara yang tok ketua kumpulkan! Salah satunya Catur China, Weiqi! Ini salah satu jenis yang mencabar untuk dimainkan!" Ujar Syahiril yang membawa catur tersebut ke hadapan Haikal.

"Wow, sebuah hobi yang menarik!" Ucap Haikal dengan sangat kagum.

"Sementara mereka semua buat kerja.. Kita yang takde kerja ni.. bolehlah luangkan masa sambil bermain catur ni! Sekurang-kurangnya tidaklah membazir masa!" Ujar Syahiril.

"Hmm.. bagus juga tu!" Fikir Haikal yang setuju dengan cadangan Syahiril.

"Senior nak warna apa?" Tanya Syahiril yang membuka papan catur yang berwarna kuning dan besar itu.

"Putihlah! Melambangkan kesucian pada Islam! Hahahahaha!" Tawa Haikal.

"Laaa.. takkan hitam saya nak cakap musuh islam pula~~~" Rengek Syahiril.

"Jangan begitu! Anggap sahaja hitam lambang keberanian! Think positive, jangan negatif!" Pujuk Haikal.

"Baik~~" Sahut Syahiril yang terubat hatinya.

"Baguslaa kalau macam tu! Senior bukanlah pandai sangat dalam kata-kata! Tapi ada satu kata-kata ni yang menjadi kesukaan senior! Islam kata.. bersangka baiklah kamu dalam sesuatu kepada semua perkara yang ada di dunia ini! Bersangka baiklah pada Allah yang memberikan kita ujian kehidupan! Bersangka baiklah pada sesama manusia kerana bersangka baik adalah sebuah perkara yang mulia di sisi Allah! Senior tak berapa pandai! Tapi.. senior sentiasa berpegang pada prinsip ni!" Ujar Haikal yang mula menggerakkan buah caturnya.

"Haha! Betul, juga tu! Sedangkan dalam al-Quran juga meminta kita bersangka baik! Kenapa Syahiril tak boleh buat macam tu, eh!" Gumam Syahiril dengan tawa yang terselit rasa kecewa akan dirinya sendiri.

"Hey, bersangka baik juga pada diri sendiri! Sebab manusia itu tidak sempurna! Kita akan berbuat kesalahan demi kesalahan! Tapi kita juga belajar dari kesalahan yang kita lakukan! Perbaiki diri, dan kembali ke Allah! Insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja! Lagipun, Allah Maha Penyayang! Dia tidak akan marah pada hamba-Nya kerana Dia sayang sangat pada kita! So, Allah akan tetap menunggu kita untuk kembali pada Dia! So, janganlah putus asa atau terasa hati! Bersangka baik pada diri sendiri juga membantu kita untuk pupuk rasa yakin untuk memperbaiki diri kita hanya untuk Allah!" Pujuk Haikal.

"Baik, senior! Terima kasih akan nasihatnya!" Ucap Syahiril yang akhirnya tersenyum kembali.

"Sedangkan pakar motivasi juga sentiasa meminta kita berfikir positif dari negatif! Ini lagi al-Quran yang sentiasa menyebut tentang prasangka baik! Ingat satu jer.. al-Quran adalah kata-kata Allah! Banyak kata-kata-Nya yang memujuk kita dan beri kita ketenangan! Al-Quran adalah kata-kata yang indah!" Tambah Haikal dengan senyuman manis.

"Hahahahahaha... syukur alhamdulillah! Syahiril makin tenang bila mendengarnya! Semakin Syahiril suka menjadi orang Islam!" Tawa Syahiril dengan sangat gembira.

"Alhamdulillah! Syukurlah kalau macam tu!" Ucap Haikal.

"Jom sambung!" Sorak Syahiril dengan semangat.

"Senior dari tadi dah start! Tunggu kamu sahaja!" Ujar Haikal dengan senyuman licik.

"Huih! Senior main start jer.. hadeh~~" Keluh Syahiril yang akhirnya mula meletakkan buah catur hitam miliknya di atas papan catur tersebut.

"Hehehehehehe.. lain kali fokus!" Kekeh Haikal yang tidak kalah.

"Cih, Syahiril tak akan kalah! Moga atas izin Allah.. Syahiril akan menang dari senior!" Ucap Syahiril dengan yakin.

"Senior pun tak akan kalah! Moga Allah mengizinkannya!" Ujar Haikal yang tidak kalah semangat dari Syahiril.

Maka, kedua jejaka berbeza umur itu melanjutkan permainan mereka dengan serius dan penuh semangat. Seolah-olah mereka berada di medan perang yang melawan antara satu sama lain. Walaupun begitu, mereka menganggap bahawa inilah masa untuk mereka merapatkan hubungan sesama ukhuwah antara mereka. Sambil mereka bermain, sambil itu juga mereka membualkan perkara-perkara yang berfaedah. Ada juga mereka membincangkan tentang isu-isu ummah yang berlaku sekarang, ada juga mereka membincangkan pengalaman mereka semasa menghadapi ujian terberat dari Allah. Bagi kedua jejaka tersebut, bermain-bermain jua, tapi bermain sambil mengisi sesuatu yang bermanfaat dalah sesuatu dakwah yang terbaik bagi mereka untuk tidak membuang masa secara sia-sia. Inilah yang dikatakan memberikan semua masa hanya untuk Allah.


Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 139 5
Tanpa adanya bicara, Mahupun sentuhan yang lara, Pasti ada yang peka, Menzahirkan yang telah tiada. Aku. Masih. Wujud.
1.6K 79 46
Mengkisahkan dua sepupu yang watak watak yang sanagat berbeza. Puteri Anastasia Eva Marissa Bte Razlan atau lebih kanali dengan nama Ana atau Tasia...
41.7K 4.1K 57
🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah la...
235K 15.8K 75
Safiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .M...