Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)

By lindaazhar2010

26.3K 3K 138

Sara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di bilikny... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
100 Finale
Special Chapter

99

227 28 2
By lindaazhar2010

Shu Wu JI mengelap peluh yang bertimbit di dahinya. Sesungguhnya jika tidak kena caranya Sara akan tinggal di istana malam itu. Sara yang kembali ke tempat duduk tadi cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Ann Di. Shu Wu JI mengisyaratkan kepada Ann Di untuk bangun dan memberikannya ruang untuk duduk di sisi Sara. Sara menarik baju Ann Di supaya tidak meninggalkannya tetapi Ann Di tetap beralih ke belakang sedikit.

"Shu Daren, ampunkan perbuatan hamba," sapa Tun Ishak seperti berbisik. "Hamba yang menjemput Cik Zheng dan Cik Ann Di ke mari," katanya lagi. Sara memberikan senyuman yang manis kepada Tun Ishak dan Delima di situ.

"Tadi datuk membawa isteri hamba ke mana?"tanya Shu Wu JI. 

"Kami ke istana Temenggung. Hamba memperkenalkan Cik Zheng dan Ann Di kepada ayahanda dan bonda kami," jawab Tun Ishak berbahasa. Shu Wu JI memegang tangan kanan Sara seeratnya.

"Hamba sangat menyayangi Shuang er, berpisah seketika seumpama berkurun lamanya," ucap Shu Wu JI. Sara cuba melepaskan pegangan erat itu tapi tak berjaya. Dari lirikan matanya, Sara melihat ramai pembesar dan Sultan sendiri sedang memerhatikan mereka berdua. Shu Wu JI memberikan satu kucupan kepada tangan kanan Sara dan dia pastikan semua memandangnya. Sara menarik nafas panjang. Kemeriahan malam itu diteruskan dengan tarian dan silat dan gurindam.

Walaupun ramai yang nampak begitu mengasihi Shu Wu Ji terhadapnya tapi Sara tahu yang Shu Wu Ji ibarat gunung berapi dan dia hanya menunggu masa untuk meletup.

"Datuk,"tegur Sara memanggil Tun Ishak. "Di mana ya err..."

"Hamba tau, mari hamba tunjukkan,"kata Tun Ishak.

"Eh, biar Delima saja,"sampuk Delima.

"Siapa pun boleh, hamba-"

"Baik-baik,"kata Delima bangun dan Sara mencuit Ann Di untuk mengikut bersama. Shu Wu Ji juga mahu mengikuti tetapi Tun Ishak menghalangnya.

"Shu Daren, ada perkara penting yang mahu saya bincangkan dengan daren,"kata Tun Ishak. Shu Wu Ji memandang Sara.

"Sayang jangan pergi terlalu lama,"kata Wu Ji dan Sara mengangkat tangan sambil berlalu.

"Sini Cik Zheng,"beritahu Delima. Tandas istana itu sungguh cantik dan Sara kagum.dengan sistem pembentungan yang moden.

Keluar sahaja Delima dari situ, Sara menyandarkan dirinya ke dinding.

"Kau kenapa ni?"tanya Ann Di. Sara memeluk Ann Di dia kerisauan kerana Sara menggigil. "Kau tak sihat ke ni Sara?"tanya Ann Di lagi menepuk-nepuk belakang Sara.

"Aku nak balik,"kata Sara teresak-esak.

"Kenapa tiba-tiba macam ni?"tanya Ann Di sekali lagi.

"Stress! Kenapa lepas jadi isteri Wu Ji aku rasa begini?"tanya Sara melepaskan pelukannya dan mengesat airmatanya. Ann Di mengeluh.

"Aku juga mahu kita kembali zaman kita. Di sini terlalu komplikated,"kata Ann Di perlahan. "Masa kau depan Sultan tu tadi aku takut dia perintahkan kau jadi gundik raja."

"Kau ingat kau sorang?Nyawa manusia zaman ini seperti benang. Terlalu rapuh. Say, apa yang kau risaukan pasal Yong liu?"

"Kalau teori aku betul dia ke mari kerana seseorang."

"Hang Li Po?"tanya Sara.

"Hang Li Po dan Zheng Shuang. Yong Qi dibunuh Pipit bukan? Semasa menyelamatkan kau. Aku khuatir dia sememangnya menunggu peluang untuk kau datang kepadanya."

Sara mengurut dahinya. Ann Di ternyata benar. Sara mengeluh. "Bila kita boleh pulang kepada mamatok?"

"Kau benar-benar mahu tinggalkan Wu Ji?"tanya Ann Di. Sara mengeluh berat. "Dia terlalu sayangkan kau Sara."

Sara meletakkan dahinya ke bahu cilik Ann Di.

"Sejujurnya berat aku hendak mengakui bahawa aku mahu hidup bersamanya,"kata Sara. Ann Di menepuk-nepuk belakangnya.

"Begini sahaja, Yong Liu mahu membalas dendam pada engkau dan Hang Li Po. Biar aku saja yang bertemu dengan Yong Liu. Orang-orangnya mengekori engkau bukan aku."

Sara mengangkat kepalanya dan memandang Ann Di.

"Apa yang kau nak tahu dari Yong Liu?"tanya Ann Di. Dia terdiam. Ini terlalu bahaya. Ann Di tidak terlatih dalam perisikan dan ketenteraan. "Sara, aku tanya ni,"tanya Ann Di sekali lagi.

"Aku nak-aku nak makan. Lapar giler kot,"kata Sara menepuk-nepuk bahu Ann Di. 'No, dia tidak membahayakan nyawa Ann Di,'bisik hatinya. Sara berjalan ke majlis gilang gemilang itu dan duduk di sisi Shu Wu Ji. Semasa itu mereka sedang menonton satu persembahan tarian zapin. Penari-penari itu apabila melihat Ann Di dan Sara masuk ke balai, cepat-cepat mereka menarik Sara dan Ann Di untuk menari bersama.

"Hei, takpe-takpe,"kata Sara menolak tapi tetap ditarik oleh penari itu. Dalam tidak mahu kerana mendapat tepukan gemuruh di balai itu. Sara dan  Ann Di ikut berjoget bersama. Ada beberapa orang pembesar termasuklah lima hang itu ditarik oleh penari untuk menari bersama. Shu Wu Ji yang merasa terganggu melihat perhatian yang diberikan kepada Sara perlahan-lahan membawa Sara keluar dari sekumpulan yang sedang menari. Wang He Lan merasa sangat termalu kerana Shu Wu Ji benar-benar tidak mahu menerima hatinya. Dia mengajak Swee Lee untuk pulang bersama..

"Kita balik sekarang,"bisik Wu Ji ke telinga Sara dan Sara mengangguk. Hatinya tidak tenang kerana akan disoalsiasat oleh Shu Wu Ji. Ann Di juga turut keluar dari orang ramai itu dan menuruti Shu Wu Ji dan Sara. Mereka menaiki kereta kuda dan sikap Shu Wu Ji yang terus mendiamkan diri membuatkan Sara merasa lebih seram. Mereka sampai di rumah rehat dan Shu Wu Ji menarik tangan Sara ke bilik Sara.

"Ann Di tinggalkan kami sendiri,"perintah Shu Wu Ji. Sara memandang Ann Di. Berputar-putar di fikirannya bagaimana mahu mempertahankan dirinya sebentar nanti. Shu Wu Ji menutup pintu dan bercekak pinggang.

"Sayang, kau ni memang suka mati cepat ya?"tanya Shu Wu Ji garang.

"Uih,"jawab Sara terketawa.

"Kenapa ketawa? Ini perkara yang bukan main-main!"

"Apa salah Sara ni?"tanya Sara cuba untuk nampak tenang.

"Kau, kau pergi bersama Tun Ishak tanpa keizinan Laokong kenapa?"

"Lah, bukan Sara rancang. Tiba-tiba abang Ishak datang nak bawa ke istana temenggung. Lagipun Wang xiaojie kan ada bersama laokong,"jawab Sara yang masih duduk jauh daripada suaminya.

"Itu satu lagi. Kenapa beria sangat nak suruh Wang He Lan kawin dengan Laokong?"tanya Shu Wu Ji. Sara memandang Shu Wu Ji tidak memberikan apa-apa jawapan."Sekarang laokong tahu kenapa Li Yang Jian boleh jadi gila beristerikan Sara,"sambung Shu Wu Ji. Sara yang tidak merasa marah sekarang darahnya mula mendidih.

"Oh ya? Kenapa agaknya Li Yang Jian jadi gila beristerikan Sara?"balas Sara memandang tajam keapda Shu Wu Ji. 'Malam ini apa nak jadi, jadilah!'bentak hati Sara. Shu Wu Ji yang belum pernah mendengar nada itu dari Sara terdiam. "Kenapa diam? Jawablah supaya senang Sara faham kenapa Li Yang Jian jadi gila?!"

"Kau seorang yang degil. Hanya mengikut kata hati dan perasaan tanpa mengira orang lain!"

"Orang lain?Seperti siapa?"tanya Sara berpeluk tubuh. Dia sangat rimas dengan semua ini. Dia hendak balik ke zamannya sekarang. Dia begitu penat menjaga hati Wu Ji dan dia penat kerana zaman in penuh dengan pantang larang. Shu Wu Ji terdiam. "Aku sudah menitipkan surat perceraian bukan? Dan aku percaya Jiaofu telah meminta kau lafazkan talak,bukan? Kalau kau rasa aku buat kau gila seperti Li Yang Jian. Kita berpisah sahaja!"tegas Sara.  Shu Wu Ji begitu terkejut dengan kata-kata Sara.

"Kau cakap apa ni? Sara apa hubungan ini satu permainan bagi kau? Aku ni tak penting dalam hidup kau?"

"Wu Ji, berilah aku seribu pilihan. Hanya satu yang aku mahukan dalam hidup ini iaitu pulang kepada mak dan mamatok. Tapi sampai sekarang aku masih di sini. Bukan kehendak aku untuk kekal lama di sini,"jawab Sara. Shu Wu Ji menelan air liur.

"Bukankah kau di sini kerana aku?"

"Ya, tapi bukan untuk menjadi isterimu tetapi hanya mahu melihat kau kembali ke asalmu dengan selamat. Perkahwinan ini sepatutnya tidak berlaku kerana aku kerana tempat ini bukan asalku,"jawab Sara. Dia memalingkan tubuhnya dan menarik nafas panjang memaksa airmatanya masuk semula. Dia memegang meja untuk keseimbangan. Dia tahu kata-kata itu tajam untuk Shu Wu Ji tetapi itulah yang dirasakan saat ini. Dia cuba melangkah walaupun lututya terasa lemah. Walau sedalam mana cintanya kepada Shu Wu Ji, dia lebih sayangkan kehidupannya di zaman moden. Kebebasan, hidup dengan aman, tanpa takut diserang dan dibunuh itulah yang dimahukan oleh Sara. Rantainya bergetar dengan kuat. Dia menyentuh rantai itu. 'Adakah aku akan pulang sekarang Popo?'tanya hatinya kepada rantai itu.

Ada airmata di bening Shu Wu Ji. Dia terlalu geram terhadap tindak-tanduk Sara selama ini dan malam ini dia faham mengapa. Dia berlari dan memeluk Sara dari belakang.

"Aku begitu marahkan kau sekarang aku rasa mahu mati,"bisik Wu Ji. "Tapi aku lebih rela kau tikam aku beribu kali dari aku lepaskan kau pergi,"bisik Wu Ji sambil menahan airmatanya jatuh. Sara akhirnya kecundang, airmatanya deras mengalir. Mereka berdua menangis di situ. "Sara, aku tahu kau akan meninggalkan aku, sebab itu aku begini. Setiap kali kau hilang dari mata aku jadi takut kau takkan kembali,"kata Shu Wu Ji dalam kepayahan. Sara tidak menjawab apa-apa kerana setiap perkataan yang diucapkan meruntun perasaannya.  "Maafkan Wu Ji, Wu Ji tarik balik kata-kata Wu Ji tentang Li Yang Jian,"ucap Shu Wu Ji. Sara hanya membatukan dirinya. Lagi lama dia di samping Shu Wu Ji dia takut dia tidak akan mahu kembali kepada mak dan mamatok. Sara meleraikan pelukan Shu Wu Ji dan berpaling kepadanya.

"Ampunkan Sara atas semua kesalahan, halalkan makan minum Sara selama ini,"kata Sara cuba menahan airmatanya dari terus mengalir.

"Sayang, tiada apa yang perlu diampunkan. Janganlah berbicara sebegini,tolong,"pujuk Shu Wu Ji mengesat airmata Sara di pipi. Tiba-tiba Pipit mengetuk pintu dengan kuat.

"Daren!Daren! Istana Temenggung diserang oleh lanun!"jerit Pipit. Sara menghela nafasnya. Dia memegang rantai mutiaranya. 'Patutlah, dia bergetar,'bisik hati Sara.

"Masuk!"arah Shu Wu Ji. Sara menoleh kepada Pipit masih tenang kerana dia tahu mungkin ini adalah malamnya yang terakhir di situ.

"Daren, Cempaka,"sapa Pipit yang masuk dengan Ann Di. "Istana Temenggung diserang dan istana Datuk Paduka Tun Ishak serentak!"

"Syahida?"tanya Sara. Pipit menggelengkan kepalanya.  "Wu Ji Yong Liu berada di Istana Temenggung di hujung kandang kuda liar,"beritahu Sara. Shu Wu Ji memandang Sara.

"Sebab itu kau ke sana bukan?"tanya Shu Wu Ji. Sara mengangguk.

"Kita tiada masa. Pengikut Yong lIu ramai. Sara akan menyelamatkan Syahida. Kita jumpa semula di sini,"kata Sara. "Ann Di,"ajak Sara. Shu Wu Ji menahannya. Dia berbisik sesuatu kepada Sara.

"Hanya kau isteriku dunia akhirat. Wo ai ni,"bisik Shu Wu Ji. Sara memeluk Shu Wu Ji dan mengucup tangan kanan Shu Wu Ji.

"Jika malam ini malam terakhir kita bersama, Sara benar cintakan Wu Ji,"bisik Sara kepada Shu Wu Ji. Hanya mereka mendengarnya. Mereka berpelukan dan mengucapkan selamat berjuang. Sara,Ann Di dan Pipit menunggang kuda dan membawa beberapa orang tentera untuk membantu.

Continue Reading

You'll Also Like

19.8K 1.6K 42
Dia seorang gadis yang sangat menyedihkan. Dia seorang pelajar yang tidak terkenal dan bekerja sebagai asassin.kepercayaan dan cintanya dikhianati. ...
179K 1.4K 21
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja dit...
1.6K 107 22
Mengisahkan tentang 9 gadis remaja yang berhasil selamat daripada sekolah mereka yang merupakan tempat permulaan virus zombie ini terjadi. "punca in...
805 210 20
𝘝𝘒𝘯𝘲𝘢π˜ͺ𝘴𝘩𝘦𝘳 π˜–π˜§ 𝘚𝘰𝘢𝘭 Sangkanya, cinta yang dia ada selamanya akan menjadi miliknya. Sangkanya, bahagia yang dia rasa adalah untuk selam...