Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)

By lindaazhar2010

24.9K 2.9K 128

Sara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di bilikny... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
99
100 Finale
Special Chapter

98

209 25 2
By lindaazhar2010

Ann Di menghentikan langkahnya dan itu mengejutkan Sara. Dia memandang Sara.

"Kau ni kenapa Ann Di?"tanya Sara kehairanan.

"Entahlah aku rasa macam tak sedap hati saja," jawab Ann Di. Sara memerhatikan sahaja Andrew versi gadis jelita di hadapannya.

"Kenapa adinda berdua berhenti?"tanya Tun Ishak. Dia melangkah menuju ke arah mereka.

"Hamba merasa seperti ada yang tidak kena," jawab Ann Di. Tun Ishak terdiam sebentar.

"Apa yang buat Ann Di berkata demikian?"tanya Tun Ishak.

"Yong Liu adalah lanun yang paling ganas dan paling ditakuti dan tak mungkin dia mudah ditangkap. Dia di sini kerana kemahuannya bukan kemahuan kita," jawab Ann Di. Sara juga merasakan demikian tetapi dia terlalu ingin mengetahui mengapa Yong Liu sanggup menjadi penghuni penjara di Tanah Melaka ini.

"Saudari Ann Di, apakah yang hamba dapat lakukan untuk menyenangkan sedikit hati saudari?"tanya Tun Ishak. Sara melihat cara Tun Ishak melayan Ann Di. 'Tun Ishak kau memang lady's man-lah,'puji Sara. Dia mengeluh dalam hati. Keprihatinan dan kepekaan Tun Ishak mengatasi Shu Wu Ji, Li Yang Jian dan Tun Daim.  Ann Di memerhatikan Tun Ishak.

"Kita buat begini,"Ann Di memulakan cadangannya. "Datuk, bawa Yong Liu keluar dari sini tetapi datuk mesti pengsankan dia."

"Kita nak bawa dia ke mana?"tanya Sara.

"Balik ke Tanah Ming," jawab Ann Di.

"Tapi-"

"Hamba rasa hamba faham kerisauan Ann Di," potong Tun Ishak. Sara memandang Tun Ishak dan Ann Di. Dia mengangkat kedua keningnya kerana dia langsung tidak dapat menangkap apa yang mereka sedang katakan. "Begini dinda," sambung Tun Ishak. Nada lembut Tun Ishak membuatkan Sara menyimpan senyumannya. Sungguh mempersonakan. 'Nasib baik bukan suami aku ni, kalau dak dia mintak kawin 4 pun aku angguk,'tegur Sara lalu ketawa dalam hati. "Dinda, kenapa dinda tersenyum-senyum ni?"tanya Tun Ishak masih lagi lembut. Sara memandang Ann Di tetapi dijeling tajam olehnya. 

"Teruskan-teruskan. Dinda melamun sebentar tadi. Maaf ya," jawab Sara. Tun Ishak terketawa kecil.

"Kita bersetuju bahawa Yong Liu memang mahu ditangkap dan ditahan di sini,bukan?"tanya Tun Ishak. Sara mengangguk. "Saudari Ann Di mengandaikan kita sekarang sedang mengikuti hajatnya." Sara mengangguk lagi. "Kalau kita bawa dia pulang ke tanah Ming, tanpa dia tahu, kita boleh menggagalkan apa sahaja rancangannya," cerita Tun Ishak lagi.

"Ada ke kapal hendak ke Ming bertolak segera?"tanya Sara. Tun Ishak menggelengkan kepalanya.

"Yang akan berlepas esok hanyalah kapal dagang bukan kapal utusan maharaja,"jawab Tun Ishak.

"Bukankah itu lebih baik?"tanya Sara lagi. "Ia kan kurangkan syak,"kata Sara. Tun Ishak melihat Sara dan mencubit kedua pipitnya. Sara menampar tangan Tun Ishak sambil mengaduh kesakitan. Tun Ishak ketawa lalu melepaskan pipi Sara yang sudah kemerahan.

"Ada sebuah kapal dagang membawa rempah balik ke Tanah Ming esok,"beritahu Tun Ishak. "Tetapi adinda baru sahaja berlabuh beberapa hari. Tinggallah di sini seberapa lama,"pujuk Tun Ishak. Ann Di tersenyum.

"Kalau dinda tak ikut siapa yang akan mengiringi?"tanya Sara.

"Kita serahkan kepada Shu Daren dan Liu Lu Daren untuk membuat perancangan.,"jawab Tun Ishak.

"Nak pergi jumpa Yong LIu boleh?"tanya Sara mencuba nasib. Ann Di menyentuh lengannya.

"Kan aku kata tak sedap hati," kata Ann Di. "Aku nasihatkan janganlah pergi," sambung Ann Di serius. Sara memandang Ann Di sedalamnya.

"Kenapa tadi kau kata ok?"tanya Sara masih mahukan kepastian.

"Aku rasa sepanjang perjalanan kita tadi biarpun kita berpusing-pusing, ada mata yang memerhati," jawab Ann Di serius. Tun Ishak memandang Ann Di dan Sara di hadapannya. Dua gadis yang begitu berkeupayaan. Susah hendak menemui gadis sebegini sekarang. Sara memandang Tun Ishak.

"Habis itu kita sudah di sini?"tanya Sara kepada Tun Ishak dan Ann Di.

"Apakata kita pergi mengadap ayahanda dan bonda?"cadang Tun Ishak. "Selepas itu kita pergi ada satu keramaian di istana,"katanya lagi.

"Keramaian?"tanya Sara berputar alam cuba memahami. "Ada majlis ya?"tanya Sara kembali. Tun Ishak mengangguk. Sara dan Ann Di melihat pakaian mereka dan memandang Tun Ishak. Tun Ishak memahaminya.

"Tak perlu risau. Kita akan minta tolong bonda dalam hal ini. Bonda akan selesaikan. Percaya abang, ya?"jawab Tun Ishak masih tersenyum. 'Hai, how can I say no to this face,'keluh Sara dalam hati.  

"Apa yang terbaik, kami turuti datuk," jawab Ann Di. Dia benar-benar tidak mahu Sara bertemu Yong Liu. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang buat dia merasa resah setiap kali nama itu disebut. 

"Mari, kita ke rumah utama," ajak Tun Ishak. Sara menelah hujung kandang itu. 'Mungkin aku patut membuat penyiasatan ini seorang,'kata hatinya.  Ann Di menarik tangannya mengikuti Tun Ishak. Sara pergi bertemu dengan Datuk Temenggung dan isterinya. Hatinya merasa sedikit sayu kerana dia pernah menjadi Cempaka. Tun Ishak menceritakan yang mereka hendak pergi menghadiri keramaian di Istana kerana semua pembesar dijemput memeriahkan. Datin Paduka Temenggung begitu berbesar hati membantu dua gadis jelita yang datang dari Tanah Ming berpakaian seperti gadis-gadis Melayu. Sara dan Ann Di dipakaikan baju kurung sutera berwarna lembut. Bersama kain tutup kepala songket dan rambut yang disanggul satu.  Semua yang berada di istana Temenggung itu begitu kagum melihat gadis seputih awan memakai pakaian melayu.

"Terima kasih, Datuk Paduka Temenggung dan Datin Paduka. Persalinan ini begitu indah sekali," kata Sara sambil menunduk hormat.

"Cik Zheng, kami yang berbesar hati. Pergilah ke keramaian itu dan nikmatilah hiburan suka-suka cara kami di sini,"ucap Datin Paduka. Mereka meminta diri dan Tun Ishak sendiri  mengiringi mereka.

Mereka pergi ke istana dengan menaiki kereta kuda.

"Abang, kanda Delima tidak marahkah jika abang temankan dinda berdua begini?"tanya Sara memecah kesunyian dalam kereta kuda.

"Dinda Delima sudah pun berada di sana. Jangan khuatir. Dinda Delima baik hatinya tak seperti wanita lain,"puji Tun Ishak. Sara tersenyum mendatar kepada Tun Ishak dan memberikan pandangan bermakna kepada Ann Di. "Abang tak tahulah apa akan terjadi sebentar lagi,"kata Tun Ishak. 

"Kenapa abang Ishak cakap begitu?"tanya Sara. Tun Ishak ketawa.

"Dinda Sara dan Ann Di sangatlah cantik malam ini. Abang takut ramai yang mahukan perhatian dinda berdua," jawab Tun Ishak. Sara dan Ann Di berpandangan lalu ketawa.

"Shu Wu JI tentu akan jadi singa jika dia juga ada di situ," usik Ann Di dan memudarkan senyuman Sara. Ann Di mengangkat bahunya.

"Abang Ishak tak salahkan Shu Daren sebab abang faham," balas Tun Ishak. Sara menjeling kepada Tun Ishak. "Aduh, jelingan Sara itu setajam pisau nampaknya," usik Tun Ishak. Mereka tiba di istana dan Sara pertama kalinya melihat Istana Melaka dengan mata kepalanya sendiri. 'Binaan ini berlainan sekali dengan apa yang ada dalam buku sejarah. Mewah dan indah sekali,'bisik hatinya. Mereka masuk bersama-sama dengan jemputan-jemputan yang lain. Lebih kurang 5oo orang hadirin bersama Sultan Melaka dan permaisurinya. Semua gundik dan hulubalang-hulubalang terkenal juga berada di situ.

"Kanda,"panggil Delima berjalan pantas menuju kepada suaminya. 

"Dinda, kanda bawa Cik Zheng dan Cik Ann Di sekali," balas Tun Ishak. 

"Mari, Cik Zheng dan Cik Ann Di ikut hamba," kata Delima tersenyum. Mereka duduk tidak jauh dari menteri-menteri penting dan mereka melihat kesemua lelaki purba berambut panjang dan bertengkolok. Muzik tradisional berkumandang dengan kuat. Walaupun dengan songket di atas kepala, setiap langkah mereka menjemput perhatian. Ada yang berbisik melihat gadis-gadis seputih salji berpakaian tradisi setempat.

"Yang Mulia nampaknya Cik Zheng dan Cik Ann Di berada di sini," bisik pembantunya. Puteri Hang Li Po melihat mereka sedang duduk bersama Tun Ishak dan isterinya. Dia melihat Wang He Lan yang sedang berbicara dengan Shu Wu Ji. Swee Lee memberitahu Wang He Lan yang Puteri Hang LI Po sedang memerhatikannya. Wang He Lan menghentikan kata-katanya dan melihat ke arah Puteri Hang Li Po. Shu Wu Ji yang memerhatikan kejadian itu memandang ke arah yang diisyaratkan oleh puteri itu. Dia terkejut kerana melihat Sara dan Ann Di duduk bersama Tun Ishak dan Delima. 

"Wah! Ramainya orang di sini Abang Ishak," tegur Sara berbisik. 

"Shuang er tengok tu 5 orang yang paling terkenal tu," bisik Tun Ishak. Sara dan Ann Di melihat ke arah itu.

"Siapa mereka?" tanya Sara perlahan.Biarpun majlis itu meriah dengan tarian dan nyanyian dengan iringan muzik,  Sara tidak dapat melupakan Yong Liu.

"Itulah Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir," jawab Tun Ishak berbisik. Sara dan Ann Di merasa terkejut. 

"Jadi Sultan itu ialah-"balas Sara.

"Sultan Mansur Syah," jawab Tun Ishak. Terbelalak mata Sara dan Ann Di. Mereka berpandangan sesama sendiri. Kerana terlalu terkejut kain kepala Sara dan Ann Di terlucut ke bahu tanpa sedar. Secara perlahan-lahan muzik berhenti, tarian juga dan suasana menjadi sedikit sunyi. Sara dan Ann di menoleh ke hadapan kerana keadaan itu. 

"Are they looking at us?"bisik Sara kepada Ann Di. 

"Uh-hmm,"balas Ann Di. 

"The five HANGs are looking at us too, kan?"tanya Sara. Dia tahu, dia sedar tapi dia mahukan kepastian.

"Not just the five HANGS begitu juga sultan yang legend itu," bisik Ann Di. Sara dan Ann Di memerhatikan sekeliling balai rong seri dan melihat ada yang tersengih, ada yang merenung, ada yang ternganga dan ada yang mengurut janggut mereka yang panjang. Dan mata Sara terhenti di satu tempat. Seorang lelaki yang tajam merenungnya.

"Tu Wu Ji kan?"tanya Sara berbisik masih lagi mata tertacap di hadapannya. Ann Di mengangguk. "Kau rasa kita akan kena bunuh ke sekejap lagi?"bisik Sara sambil menoleh kepada Ann di perlahan. Ann Dia menoleh kepada Sara dan mereka berdua mengangguk. Mereka serentak menggaru kepala mereka yang tidak gatal.

"Datuk Tun Ishak," suara itu bergema satu balai rong seri. Cepat-cepat Tun Ishak bangun dan merafak sembah.

"Tuanku, patik Tun Ishak datang mengadap," sapa Tun Ishak duduk di hadapan raja.

"Cantik sungguh adinda-adinda datuk malam ini,"puji Sultan. Tun Ishak merafak sembah lagi sekali. Shu Wu JI terus bangun dan pergi kepada Tun Ishak.

"Yang Mulia tuanku, patik Panglima Shu Wu JI wakil maharaja Dinasti Ming menghantar hadiah kepada Yang Mulia permaisuri Hang LI Po," sapa Shu Wu JI mengangkat hormat diraja.

"Panglima Shu Wu JI?Orang kanan Laksamana Laut Diraja Zheng He?"tanya Sultan. 

"Ya, tuanku,"jawab Shu Wu JI.

"Beta ucapkan setinggi penghargaan kepada maharaja kerana masih mengingati beta di sini,"titah Sultan Mansur Syah. "Permaisuri Hang LI Po, di manakah Cik Zheng Shuang yang begitu berani itu?"tanya Sultan kepada Puteri Hang Li Po. Puteri Hang LI Po berdiri dan menunduk hormat.

"Tuanku, itulah Cik Muda Zheng Shuang anak kepada Laksamana Laut Diraja Zheng He," balas Puteri Hang Li Po. Sara tanpa kerelaan bangun dan mengadap Sultan Mansur Syah. Dia duduk di sebelah Shu Wu JI kerana walaupun hatinya bergetar dan mahu sahaja duduk di sebelah Tun Ishak dia takut balik ke rumah rehat nanti telinganya akan tertanggal dengan leteran Shu WuJi.

"Mohon mengadap tuanku, patik Zheng Shuang, anak Laksamana Laut Diraja Zheng Shuang," Sara menunduk hormat.

"Tidak beta sangka cantik sungguh utusan dari Ming," puji Sultan. Wajah Sara kemerahan menerima sapaan begitu rupa.

"Tuanku, izinkan patik kenalkan Cik Zheng Shuang ini adalah isteri patik," kata Shu Wu JI. Balai menjadi hingar seketika. Sara menghela nafasnya dan menyembunyikan perasaan gementarnya dengan senyuman manis. Sultan Mansur Syah terkejut mendengarkan pengakuan itu dan ketawa. Wang He Lan merasa begitu kecewa kerana Shu Wu JI benar-benar menolaknya kini.

"Panglima, inikah dia wanita teristimewa itu?" tanya Puteri Hang LI Po. Shu Wu JI mengangguk.

"Ya Yang Mulia," jawab Shu Wu JI. Puteri Hang Li Po  berdiri dan berjalan menuju kepada Sara. 

"Tuanku, inilah wanita berani yang menangkap Yong Liu semasa perjalanannya ke mari," beritahu Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Syah dan semua yang ada di situ terkejut. Sara terpandang kepada lima Hang di sisi balai rong seri. 'Betul bagai dikata, nenek-moyang kita segak-segak belaka,'bisik hati Sara. Sultan Mansur Syah berdiri dan berjalan ke arah Sara.

"Bangunlah semua," titah Sultan Mansur Syah. Dia meneliti Sara yang kulitnya mulus tiada cela, matanya besar bersinar indah dan paras wajahnya sekali terpandang suka dilupakan. Dia memandang Puteri Hang Li Po. "Agaknya semua wanita dari Tanah Ming cantik-cantik belaka," tegur Sultan Mansur Syah tersenyum. Sara tidak berani mengangkat wajahnya. "Cik Muda Zheng Shuang," panggil Sultan Mansur Syah. Hati Shu Wu Ji  berdegup dengan kencang kerana dia tidak mahu Sultan Melaka itu mahu merampas Sara darinya. Puteri Hang LI Po dapat menelah perasaan Shu Wu JI itu kerana dia juga tidak mahu Sultan mempunyai perasaan lain terhadap Zheng Shuang.

"Ya, tuanku," balas Sara.

"Pandanglah ke sini," pinta Sultan Melaka. Sara menelan air liunya. 'Aku tak nak jadi gundik kau ok?'bentak hatinya.

"Patik, tidak layak untuk memandang tuanku," balas Sara. Sultan Mansur Syah memegang dagu Sara dan menaikkan wajahnya sampailah Sultan itu dapat melihat wajah Sara sebenarnya. Shu Wu Ji sudah berpeluh di situ.

 "Belum pernah beta melihat wajah yang begitu sempurna," puji Sultan lagi. Sara tersenyum. 

"Menjunjung kasih tuanku," ucap Sara. 

"Apa benar, Cik Muda isteri kepada Panglima Shu Wu JI?"tanya Sultan Mansur Syah itu masih lagi tersenyum. 

"Patik mengandungkan anak Panglima Shu Wu JI sekarang, tuanku," jawab Sara lembut. Shu Wu JI hampir pengsan dengan jawapan Sara itu. Dia memandang Sara menyorokkan rasa terkejutnya. Sultan juga merasa kaget dengan jawapan itu. 

"Baguslah, dengan ketampanan ayahnya dan kejelitaan ibunya, anak ini sudah tentu akan menjadi anak yang rupawan," kata Sultan itu tersenyum kelat. "Sudilah menikmati keramaian ini ya?" Sultan dan Puteri Hang LI Po berjalan semula ke tempat masing-masing. Tun Ishak bergerak ke tempatnya dan Sara mengikutinya. Shu Wu JI tidak pulang ke tempat Wang He Lan. Sebaliknya dia mengikuti Sara dengan rapat.

Continue Reading

You'll Also Like

2.5K 72 8
"Aku akan pastikan gambar ni bersambung balik satu hari nanti ." - Muhammad Faiq Hakimi . Nur Syuhaimi tidak faham akan maksud Faiq . Tapi dia tetap...
519K 1.2K 17
Mula mula
160K 5K 46
'Saya harap suatu hari nanti awak berubah'-Diana Isabella 'Aku nak keluar daripada geng ni.Aku nak cuci tangan.Aku tak nak buat keja kotor ni lagi'-D...
826 113 17
KAYREL. Sebut sahaja nama itu sekaligus wajah mahasiswi Universiti Malaya yang sugul boleh jadi ceria. Senyum sampai ke telinga tak ingat dunia! Lela...