◈ 24

1.8K 314 59
                                    

"Park Jisung, budak beku tu? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Park Jisung, budak beku tu? "

"Tch, dasar berlagak. Dia fikir dia siapa? "

"Siapa je nak kawan dengan dia. Menakutkan. "

"Jisung, ni dah kali keberapa appa ke sekolah kamu dan dapat tahu kamu buat hal. Kamu nak jadi apa Jisung? "

"Jisung sayang, eomma tahu kamu sebenarnya budak baik. Mereka cuma kacau kamu dan kamu marah kan? "

"Hyung tertanya, apa yang merasuk kau sampai buat semua ni? "

"Korang tak pernah faham aku. "

Mata Jisung terbuka, mukanya berpeluh-peluh. Dia pantas bangkit dari pembaringannya.

Kepalanya berdenyut kuat, membuatkan dia memicit kepalanya sekilas. Dia memandang sekeliling, kemudian matanya melirik memandang jam di dinding.

Pukul 6:31 p.m.

"Lama betul aku tidur. " gumamnya perlahan. Baru sahaja dia ingin melangkah turun dari katil, dia perasan tangannya dicucuk dengan iv drip di sebelahnya.

Dia mengeluh perlahan. "Perlu ke sampai macam ni sekali. " dia mencabut wayar yang berada di tangannya lalu cuba melangkah berhati-hati.

"A-akh... " dia memegang erat meja di tepi katilnya. Pedih yang amat sangat di kakinya membuatkan dia memejamkan matanya sekilas.

"Seriously.... " dia mendecit perlahan. Baru sahaja dia ingin melangkah lagi, pintu biliknya dibuka, dan terpacullah muka Jeno di muka pintu.

"Jisung! Kau dah sedar- aish kau memang degil kan? " dia berjalan menghampiri Jisung.

"Aku dah penat tidur. Bawa aku keluar. " ujarnya selamba. Jeno menjegilkan matanya.

"Tak sedar diri sakit. Kau pengsan tahu tak tadi? Taeyong hyung suruh kau rehat-"

"Aku dah rehat lama Jeno hyung. Jebal, bawa aku keluar. "

Malas mahu bertingkah, Jeno menolong Jisung berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan semua member yang lain berada di sana.

"JISUNG!!! " jerit mereka riang lalu mereka meluru ke arah Jisung.

"Jangan peluk-" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, mereka sudah memeluk Jisung erat.

countdown. pjsWhere stories live. Discover now