◈ 3

2.3K 333 75
                                    

Yemin melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yemin melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah. Fikirannya asyik terganggu, memikirkan kejadian semalam yang berlaku.

"Park Jisung? Budak nakal kelas sebelah tu ke? " soalnya sendirian. Takkanlah Park Jisung yang pendiam tu?

"Uit Yemin! " Chanmi tiba-tiba menerpa ke arahnya dan menepuk bahu milik Yemin, membuatkan Yemin terkejut.

"Aish kau ni terkejut aku. " ujar Yemin sambil mendecit perlahan. Dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas.

"Oi, semalam abang kau marah ke kita balik lambat? " soal Chanmi, berjalan seiringan dengan Yemin.

Yemin mengeluh perlahan. "Aku kena bebel kot dengan dia. Bukan selalu pun aku balik lambat. "

"Tu lah kau, nak sangat stalk si Beomgyu tu. Kan melepas. " terkekeh-kekeh Chanmi mengetawakannya.

"Tch. Tapikan, ada satu lagi benda yang jadi semalam. " Yemin memandang sekilas ke arah Chanmi kemudian pandangannya dialihkan ke dalam kelas 5-1B.

Matanya berlaga dengan panahan mata Jisung yang sedang memandangnya, membuatkan lidahnya terkaku.

"Mwo? Apa benda yang jadi? Ya, apahal kau diam tiba-tiba ? Sambung lah! " Chanmi menggoyangkan lengan Yemin berkali-kali, membuatkan dia menoleh memandang ke arah Chanmi semula.

"Nae? A-ah, k-kucing aku. Dia berak dekat tempat Hoseok semalam. HAHAHA" ujarnya, cuba lari topik.

Panahan anak mata Jisung tadi membuatkan dirinya menggeletar ketakutan.

"Jadi, dia satu sekolah dengan aku? "

+++

"Weh Jisung, apa jadi semalam? " Jisung menoleh sekilas ke arah Jeno yang melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Jisung.

"Hm? Takde apa-apa jadi. " jawabnya acuh tak acuh. Pandangannya dilemparkan ke luar kafeteria.

"Kau keluar waktu malam lagi. Sorang-sorang. Kau pergi mana? " soal Jaemin yang berada di sebelah Jeno.

"Aku ada hal yang nak kena settlekan. " ujarnya perlahan. Dia menyisip minuman yang dibelinya perlahan.

"Apa-apa je lah. Btw, Taeyong hyung telefon aku, katanya malam ni kita ada meeting. " kata Jeno sambil mengeluh perlahan.

"Lagi? Semalam bukan dah meeting ke? " soal Renjun pula. Jeno hanya mengangkat kedua belah bahunya.

"Gais, tadi Lee songsaenim tahan satu kelas aku tho sebab kitorang tak siapkan karangan yang dia bagi minggu lepas. " Chenle yang baru tiba mengambil tempat di sebelah Jisung.

"Satu kelas ke, kau je yang tak siap? " pertanyaan Renjun membuatkan Chenle menayang muka pokerfacenya.

"Bukan aku sorang lah, ramai je tak siap. " jawab Chenle, membela diri.

"Syok gila Haechan kat rumah. Aku rasa waktu ni dia membuta lagi tho, ataupun main game. " kata Jaemin sambil mencebikkan bibirnya.

"Ehhh, korang, cuba tengok dua orang tu. " tiba-tiba Jeno menundingkan jari telunjuknya ke arah dua orang pelajar perempuan yang baru melangkah masuk ke kafeteria.

"Kenapa dengan diorang? "

"Aku dengar cerita yang salah seorang dari diorang tahu yang kita ni mafia. "

Jisung menepuk meja di hadapannya kuat sehinggakan ramai pelajar memandang ke arah mereka.

"What the fuck Park Jisung? Kau kenapa? " soal Renjun dengan muka bengangnya.

"Macam mana diorang tahu? Jap, dari mana kau dengar? " soal Jisung. Terkebil-kebil mata Jeno memandang Jisung.

"Yang tahu kita mafia ni sorang je, tak lain tak bukan mestilah aku tahu dari Daehwi tu. Kau fikir senang nak tutup mulut dia-"

"Aish, macam mana di Daehwi tu tahu, yang perempuan tu tahu?! " soal Jisung lagi.

"Daehwi kata dia dengar perempuan tu cakap dengan kawan dia-"

"Siapa nama perempuan tu? " cantas Jisung laju.

"Uhm, Jung Yemin. "

+++

"Weh Yemin, aku kena balik awal harini. Eomma aku ada kerja jadi aku kena jaga adik aku dekat rumah. " ujar Chanmi sambil mengemas barang-barang di atas mejanya.

Yemin menganggukkan kepalanya. "Ha yelah. Jumpa esok. "

Selepas sahaja bayang Chanmi hilang dari pandangannya, dia bangun dari duduknya dan menggalas beg sekolahnya.

Memandangkan dia adalah orang terakhir di dalam kelas, dia menutup segala suis kipas dan melangkah keluar dari kelas.

Tiba-tiba, jalannya dihalang oleh seorang lelaki. Lelaki itu berdiri dihadapannya, membuatkan Yemin mendecit perlahan.

"Mwo? Aku nak jalan, bikyeo. " dia menapak ke tepi, diikuti dengan lelaki itu.

"Eh kau ni kenapa-" Yemin mengangkat wajahnya, dan kata-katanya terus mati apabila melihat wajah Jisung di hadapannya.

"J-Jisung? Kau nak apa lagi? Aku tak ambil kisah pasal kau dah-"

"Tipu. Kau bagitahu kawan kau pasal semalam ke? " soal Jisung, matanya tidak lepas memandang ke dalam anak mata Yemin.

Yemin segera melarikan pandangannya. "Mwo? A-Aku tak bagitahu pun kawan aku-"

"Jangan. Tipu. Aku. " Jisung menapak ke hadapan, mendekati Yemin.

Yemin pula menapak ke belakang, liurnya diteguk payah.

"Kau dah lupa ke janji kita? " Jisung tersengih sinis, kemudian sengihannya hilang dan wajahnya membengis.

"Aku tak bagitahu sesiapa, sumpah-"

"Jangan tipu akulah perempuan! " baru sahaja dia ingin mengeluarkan pistolnya, satu suara dari belakang mereka membuatkan perbuatannya terbantut.

"Park Jisung! "

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
countdown. pjsWhere stories live. Discover now