◈ 26

1.9K 336 82
                                    

Yemin membuka matanya perlahan-lahan, memandang sekeliling sepintas lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yemin membuka matanya perlahan-lahan, memandang sekeliling sepintas lalu.

Baru sahaja dia ingin bangkit dari pembaringannya, matanya membulat melihat Jisung yang berada betul-betul di belakangnya, posisi mereka sangat rapat sehinggakan Yemin dapat merasakan nafas hangat miliknya menerpa wajahnya.

Yemin meneguk liur payah, badannya serta merta kaku. Dia hanya memandang Jisung yang lena dalam tidurnya.

"Kau benci aku ke Jisung? " dia menyoal perlahan, matanya fokus memandang wajah Jisung.

"Aku tak tahu apa yang aku buat sampaikan kau benci aku. Tapi, aku nak minta maaf-" kata-katanya terhenti apabila tangan milik Jisung tiba-tiba menariknya mendekat, sekaligus membuatkan Yemin membulatkan matanya.

"Aku tak benci kau. " suara serak milik Jisung yang kedengaran seakan baru bangun tidur membuatkan Yemin terkedu.

"Aku... Aku cuma anggap perempuan ni menyusahkan. " ujarnya lagi, kini dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain, lama.

"Tapi bila aku nampak kau selalu nak tolong aku, aku rasa kau lain. Kau tak macam perempuan lain. "

Jisung seakan tersedar dengan kelakuannya, lalu dia bangun dari pembaringannya dan segera turun dari katil.

"Mian, aku tidur sebelah kau semalam. Aku tak berniat-"

"G-gwenchana. " pantas Yemin membalas, kedua anak mata mereka berlaga sekali lagi.

"Tentang yang kau cakap tadi... " Yemin menaikkan keningnya, menggigit pelan bibir bawahnya.

Jisung menggosok pelan tengkuknya kemudian dia berdehem kecil. "Aku minta maaf sebab aku layan kau kasar selama ni. "

Yemin bangun dari pembaringnnya dan menganggukkan kepalanya. "Hmm aku pun minta maaf sebab selalu sibuk dengan urusan kau. "

Jisung menganggukkan kepalanya. "Uh, aku keluar dul-" saat Jisung membuka pintu bilik, lima ketul lelaki duduk bertenggek di depan pintu, kini jatuh bergolek di hadapan Jisung.

"Arkhh! Jangan hempap aku lah! "

"Haish kau la ni Chenle, kan dah kantoi! "

"Eh aku pula, korang yang berbisik sakan dekat belakang-"

"Ehem. " Jisung berdehem, kemudian dia memandang satu persatu rakan-rakan yang berada di hadapannya.

"Ehehe, pis? "

+++

"Aku tak sangka korang curi-curi dengar aku. " Jisung meraup mukanya seketika, menahan malu yang kini menggelojak dalam dirinya.

"Ni semua plan Haechan hyung, kau patutnya marah dia. " balas Chenle, menjeling sekilas ke arah Haechan yang sedang menjegilkan matanya ke arah Chenle.

countdown. pjsWhere stories live. Discover now