Bab 3

80 8 1
                                    

Adra memerhati setiap novel yang tersusun di rak. Macam-macam tajuk ada. Rambang matanya mahu memilih. Lagi pula dia memang gemar membaca buku. Ikutkan hatinya memang satu rak dia mahu ambil. Namun ditahankan sahaja niatnya.

Sedang dia ralit memerhati setiap novel-novel tersebut, matanya tertancap pada satu novel yang agak menarik perhatiannya.

Dia syurgaku

Adra merenung lama buku itu. Entah kenapa hatinya sedikit tertarik. Agak lama dia berfikir sama ada mahu mengambil atau tidak. Kakinya mula lenguh. Dia mengeluh dalam hati. Baru berdiri sekejap, dah mula rasa lenguh. Tanpa berfikir panjang, tangannya mula mengambil buku itu namun terbantut apabila ada satu tangan lain terlebih dahulu mencapai buku tersebut.

Hatinya mendongkol geram. Sudah lah buku itu hanya tinggal satu sahaja. Mungkin satu stock sahaja yang tinggal.

Akibat geram yang melampau, kepala nya laju menoleh ingin melihat hamba Allah yang mana sesuka hati sahaja merampas hak orang.

Eh, masa bila buku itu jadi hak dia?

Sebaik sahaja Adra menoleh, dirinya bagai terkaku. Hatinya yang tadi mendongkol geram, serta merta hilang. Matanya mula panas.

"Cik?" tegur pemuda itu.

Adra tersentak. Dia berpusing laju membelakangi pemuda itu. Air mata yang ingin jatuh, dikesat perlahan. Adra segera istighfar bagi menenangkan dirinya. Dia sedar yang dia terlalu ikutkan perasaan.

Tak apa Adra, mungkin pelanduk dua serupa. Ramai lagi yang muka macam dia.

Adra cuba menyedapkan hatinya sendiri.

"Hello. Cik okay tak ni?" sekali lagi suara itu menegur.

Adra menarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan. Dia berpusing semula menghadap pemuda itu. Tapak tangannya diangkat ke arah pemuda itu menandakan 'sekejap'.

Kemudian tangannya menyeluk beg sandang tepinya dan mencapai satu objek kecil. Pemuda tadi yang hanya memerhati mula hairan. Agak pelik dengan sikap gadis di hadapannya ini.

Tidak lama kemudian kening pemuda itu berkerut apabila matanya tertancap pada satu objek yang dipegang oleh gadis di hadapannya ini.

Buku? Pen?

Adra pantas membuka buku tulis miliknya dan menulis sesuatu. Mujur sahaja ada rak kosong yang berdekatan dengan mereka. Habis sahaja menulis, Adra menghulur buku tersebut dengan berhati-hati kepada pemuda itu.

Pemuda itu hanya menyambut walaupun hatinya masih diserbu dengan perasaan hairan. Dia menunduk memandang buku itu sebelum matanya tertancap pada tulisan yang ditulis oleh gadis itu sebentar tadi.

Saya minta maaf banyak-banyak Encik. Saya tak boleh bercakap. Saya bisu. Kalau tak keberatan boleh Encik pulangkan buku saya balik?

Terkejut pemuda itu sebaik sahaja membaca ayat itu.

Bisu? Patutlah..

"Eh, buku ni saya yang dapat dulu. Kalau awak nak buku macam ni jugak, awak boleh cari yang lain. Masih berlambak lagi dalam kedai buku ni." ujar pemuda itu selamba. Tidak sedar wajah gadis di hadapannya ini sudah berkerut seribu bahasa.

Adra terlongo sendiri apa yang dibicarakan oleh pemuda itu yang dia sendiri tidak faham. Tidak tahu kah pemuda itu bahawa orang bisu sepertinya bukan sahaja tidak boleh bercakap?

Harap saja ada rupa, tapi otak tersangatlah cetek.

Kutuk Adra dalam hati. Namun Adra cepat-cepat istighfar setelah tersedar dia sudah mengutuk pemuda itu.

Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]Where stories live. Discover now