Bab 6

84 7 0
                                    

Adelia menjulingkan matanya ke atas tatkala melihat Adora yang dari tadi tidak berhenti membebel pada dia. Bibirnya sengaja dijuihkan. Bosan dia mendengar Adora membebel yang tidak ubah seperti orang tua-tua. Kesian betul siapa yang jadi suami gadis itu. Boleh lari abang iparnya nanti. Bayangkan saja kejadian itu membuatkan Adelia tergelak. Adora pula sudah bercekak pinggang dengan mata merenung tajam wajah Adelia.

"Eh, Adelia. Kau dengar tak kak Ngah cakap apa tadi? Penat-penat aku cakap panjang lebar, kau boleh pula gelak. Apa yang lawak sangat pun aku tak tahu lah." Adelia sudah menggaru keningnya yang tidak gatal dengan sengihan di bibir.

"Kak Ngah ni, cuba lah diam sekejap. Dari tadi tak berhenti membebel. Sakit telinga Adelia ni tahu tak?" rungut Adelia selamba. Adora berdecit geram. Ikutkan hati, mahu saja dia ketuk kepala adiknya dengan sudip yang dia pegang sekarang.

Mereka berdua tengah siapkan makan malam. Punca Adora membebel pada Adelia kerana Adelia malas mahu masuk dapur, tolong dia memasak sekali. Alasan, dia baru saja balik kerja. Penat tak habis lagi katanya. Dan, mendapat lah dia bebelan dari Kak Ngahnya.

Adra yang baru datang dari belakang tanpa mereka berdua sedar, perlahan-lahan kakinya mengatur langkah ke arah kedua-dua kakaknya tanpa sebarang bunyi. Sampai saja betul-betul di belakang mereka, lantas tubuh mereka berdua di peluk erat oleh Adra. Sepantas kilat Adora dan Adelia berpaling ke belakang dengan riak wajah terkejut. Adra yang terundur ke belakang dan tidak lagi memeluk mereka berdua hanya menayang sengihan tidak bersalah.

Adelia menjeling Adra sekilas. Geram dengan adiknya yang suka buat orang terkejut. Adora pula mengurut dadanya perlahan seraya menggeleng kepala melihat perangai Adra. Bukan Nur Adra Medina lah kalau tak buat orang terkejut.

"Bila Adra balik? Tak dengar pintu apa-apa pun. Ke Adra masuk rumah lepastu terus masuk bilik?" soal Adora melalui bahasa isyarat. Adara mengangguk dengan bibirnya tak lekang menyungging sengihan lucu. Terasa lucu tatkala membayangkan semula riak wajah terkejut mereka berdua sebentar tadi. Nasib baik kakak-kakaknya tidak garang mana dengan dia. Kalau tidak, kepalanya pasti sudah menjadi mangsa sudip-sudip yang berada di tangan mereka berdua.

"Tak apa lah kalau macam tu. Adra pergi lah duduk dekat ruang tamu sana. Kak ngah dengan kakak nak siapkan makanan sekejap." kata Adora lagi. Tetapi Adra menggeleng tidak mahu. Adora mengeluh melihat gelengan gadis itu. Tahu sangat kenapa adiknya menggeleng. Degil. Sibuk mahu menolong juga.

Adora mencapai jug air di atas kabinet bersebelahan dengan dapur lalu menghulur kepada Adra. Adra yang faham akan itu, terus mengambil lalu dia berjalan ke arah kabinet lagi satu untuk membuat air.

Selesai memasak, mereka bertiga menghidang makanan di atas meja makan. Serentak itu Puan Marina dan Encik Adha muncul.

Macam tahu-tahu saja makanan sudah siap.

Segaris senyuman manis terukir di bibir Puan Marina, tatkala makanan yang sudah terhidang di atas meja makan menyapa pandangannya. Kagum sungguh dia dengan anak-anak perempuannya. Semua pandai memasak. Tidak sia-sia dari dulu dia tegas dengan anak-anaknya kalau bab memasak.

"Ibu, ayah, duduk lah. Jom makan. Nanti sejuk pula lauk." ujar Adora lembut. Tangannya ligat membubuh nasi ke dalam pinggan satu persatu.

Puan Marina dan Encik Adha mengangguk lalu kerusi makan ditarik dan terus melabuhkan punggung di situ. Doa makan di baca oleh Encik Adha lalu mereka semua makan dengan berselera.

"Ya Allah, sedapnya anak-anak ayah masak." puji Encik Adha seraya tersenyum. Matanya mengerling ke arah wajah anak-anaknya.

"Eh, tengok ibu dia lah. Kalau ibu dia pandai masak, mestilah anak-anak dia pun sama," celah Puan Marina dengan senyuman bangga. Sempat wanita itu memuji dirinya sendiri. Adora dan Adelia tergelak. Terhibur dengan kata-kata ibunya. Encik Adha mencebik bibir. Isterinya kalau tak puji diri sendiri memang tak sah. Nasib baik sayang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]Where stories live. Discover now