+ TIMELESS | ji sooah - 1.

111 22 10
                                    

" sooah. "

" saya sayang awak. "

aku kaku. tubuh beku milik jaehyun yang bersandar di bahu aku, dipeluk erat. air mata yang bergelinang dari tadi mengalir deras di pipi.

aku mengoncang tubuh jaehyun dengan kuat apabila dia tidak menunjukkan apa apa reaksi.

suara yang terdesak menjerit memanggil sesiapa saja yang berada berdekatan taman tersebut dikeluarkan dengan nyaring.

" ...jaehyun.. jangan tinggalkan saya.. hsk.. jebal.. "

tenaga yang semakin kurang tidak mampu menampung jaehyun, membuatkan aku jatuh terduduk sambil memegang jaehyun erat di dalam pelukan.

aku berteriak, mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan pertolongan dari sesiapa sahaja.

" aniya.. jaehyun.. jaehyun-ah! "

-

aku terus terbangun dari mimpi tersebut. aku mengeluh. ini dah kali keberapa? aku sendiri hilang kiraan.

aku segera mencapai ubat tidur yang berada di meja tepi katil aku dan terus menelan beberapa biji. botol air yang semakin kekurangan isi dicapai untuk dibawa ke dapur.

perlahan lahan aku bergerak ke dapur untuk mengisi semula air di dalam botol. argh, kalau ikutkan hati memang malas nak bangun pagi pagi buta macamni.

mimpi yang sama pula asyik menghantui aku. aku menggelengkan kepala dan terus mengisi air di dalam botol.

" kenapa tak tido lagi ni? "

botol air yang dipegang tadi dilepaskan tanpa sengaja sebaik sahaja terdengar suara yang tersangatlah familiar. perlahan lahan aku menoleh ke belakang dengan ragu ragu.

serta merta air mata bergelinang tatkala melihat sekujur tubuh milik jung jaehyun yang berdiri memakai baju tidurnya di hadapan aku.

" jae...hyun...? "

jejaka tersebut segera mendekati aku dan mengusap lembut pipi yang dibasahi air mata tadi.

" ye ni saya, kenapa ni? nightmare? "

air mata mengalir semakin deras tatkala tersedar sesuatu. tangisan aku tiada tanda untuk berhenti.

ah, ini pun mimpi rupanya.

just like my memories,

you're right in front of me.

NO LONGER. | ↬ 𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐞𝐡𝐲𝐮𝐧.Where stories live. Discover now