× 24 ×

683 129 184
                                    

      "Asahi, Mashiho ! Kenapa korang balik lambat? Nak dekat senja tau!" tanya Sakura risau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


      "Asahi, Mashiho ! Kenapa korang balik lambat? Nak dekat senja tau!" tanya Sakura risau.

     Yalah mana tahu dua orang lelaki ni kena culik sebab yang seorang tu handsome sangat, yang seorang tu comel sangat.

      Mashiho dan Asahi meletakkan barang-barang yang mereka beli di atas meja.

       "Kitaorang jumpa Jaehyuk tadi," kata Mashiho.

       "Dia kena pukul," kata Asahi selamba dengan muka takde reaksi. Mashiho pandang Asahi dengan mata bulat. Dia menyiku Asahi.

        Adoi, tak boleh simpan rahsia betul. Baru tadi dia cakap dengan Asahi jangan bagitahu siapa-siapa pasal hal Jaehyuk. 

       Haih, kawan baik siapalah ni...

      "HAA APA?" jerit Sakura, terkejut. 

      "Kenapa ni?" tanya Mak Cik Aoi, penjaga mereka di asrama ini merangkap tukang masak asrama. Dia baru sahaja masuk ke dalam ruang dapur itu untuk menyambung sesi memasak untuk makan malam.

       Untuk pengetahuan semua ( ceh 😂), pelajar-pelajar dari Jepun akan tinggal dalam asrama yang telah disediakan sehinggalah mereka tamat bersekolah di Korea. Jadi tak hairanlah kalau Sakura ni asyik jumpa Mashiho dan Asahi ni.

        "Takde apa-apa mak cik, Sakura ni dia jerit sebab terlanggar kaki meja," kata Mashiho, lancar dan selamba sahaja,macam sudah ada skrip dalam otak dia.

         Sakura dan Asahi hanya angguk-angguk, menyakinkan Mak Cik Aoi. Untuk menambah unsur dramatik, Sakura buat-buat sakit sambil pegang hujung jari kakinya. Macam sakit sangatlah tu.

        "Oh okaylah. Mak Cik nak sambung masak. Nanti lambat pula kamu semua makan," kata Mak Cik Aoi lalu menyambung sesi masak yang tergendala.

         Ketiga-tiga manusia tadi menarik nafas lega.

        Sakura pandang sekeliling sebelum bertanya dengan suara berbisik," Haera tahu ke pasal Jaehyuk?"

        Dia yakin, kalau si Haera tu tahu mesti dia marah gila dengan Chanwook. Boleh jadi akan berlaku perang dunia ketiga antara mereka. Dia yakin seratus peratus!

       "Tak, Jaehyuk tak bagi kitaorang beritahu dia," kata Mashiho, berbisik seperti Sakura tadi.

         "Tapi...." Mashiho dan Sakura memandang tepat wajah naif Asahi.

          Buat pertama kalinya, wajah robotnya itu kelihatan seperti orang yang baru sahaja buat kesalahan paling besar dalam abad ini. Macam baru lepas bunuh orang. 

         "Tapi apa?" Mashiho pegang kedua-dua belah bahu Asahi lalu menggoyangkan badan Asahi berulang kali.

         Dia sangat berharap yang Asahi tak buat benda tu. Tolonglah!

• banana milk • yoon jaehyuk Where stories live. Discover now