BAB 4: Unexpected Confession

16 1 0
                                    

(p/s: buka lagu ni bila saya suruh)

"Hi!"

Syed Harris membuka pintu kereta untuk Amiera Nadia. Kereta yang tersedia bersama seorang pemandu itu dipandang dengan wajah teruja.

Amiera mengambil tempat duduk di belakang. Perjalanan menuju ke rumah Syed Harris dipenuhi dengan gelak tawa kerana Amiera sudah akrab dengan pemandu kereta milik Syed Harris itu.

"Mama tak tahu yang Miera nak datang. Harris nak buat surprise untuk mama," terukir senyuman yang manis di bibir Syed Harris apabila keretanya sudah diparkir di garaj rumahnya.

Terpaku Amiera melihat rumah yang tesergam indah itu. Walaupun dirinya kerap singgah di rumah itu ketika kecil, rasa teruja dan gementar masih ada di dalam dirinya. Terlalu banyak kenangan zaman kecilnya di rumah besar itu.

Amiera melihat Syed Harris yang sedang membuka kasut dan ingin melangkah masuk ke rumah. Laju langkahnya berlari lalu bersembunyi di belakang tubuh Syed Harris. Tubuh Syed Harris yang tegap itu mampu menutup seluruh tubuh kecil Amiera.

"Assalamualaikum, Ma! Pa!"

Tiada yang menjawab salam yang dilaung. Hanya Puan Hasmah, pembantu rumah Syed Harris yang datang menyapa. Syed Harris menunduk dan bersalaman dengan pembantu rumahnya diikuti dengan Amiera.

Syed Harris tergelak melihat reaksi Puan Hasmah yang jelas terkejut melihat kedatangan Amiera Nadia. Puan Hasmah sudah berkhidmat dalam keluarga Syed Arman sejak Syed Harris baru dilahirkan. Jadi, dirinya cukup kenal dengan rakan-rakan Syed Harris terutamanya Amiera.

Syed Harris bertanya keberadaan ibunya dengan menggunakan bahasa isyarat. Puan Hasmah menunding jari ke arah dapur sambil menahan tawa melihat anak majikannya berkelakuan seperti masih kecil.

Syed Harris dan Amiera Nadia berlari anak menuju ke dapur. Mereka mendekati Puan Marlia yang sedang khusyuk memotong sayur-sayuran untuk hidangan tengah hari. Perlahan-lahan Syed Harris mendakap tubuh ibunya dari belakang.

"Ya Allah, Harris! Terkejut mama. Nasib baik tak melayang pisau yang mama pegang ni," bergema suara Puan Marlia di dapur.

"Sorry, ma. Harris nak lepas rindu je," tersenyum Amiera melihat kebahagiaan keluarga rakannya itu. Tiba-tiba bayangan ibunya menyapa lalu Amiera cuba menahan sebak di dada.

"Ma, tutup mata. Harris ade surprise untuk mama," Puan Marlia mula berasa curiga tetapi diikutkan sahaja kehendak anaknya. Tubuh Puan Marlia yang membelakanginya itu dipusingkan menghadap dirinya.

"Assalamualaikum, Auntie!"

Puan Marlia perlahan-lahan membuka matanya lalu tepat matanya memandang susuk tubuh yang amat dikenali. Suasana sunyi seketika apabila Puan Marlia memegang tangan Amiera dan mencubit pipinya. Matanya meneliti Amiera dari atas hingga bawah.

"Harris, am I dreaming?" Tergelak Syed Harris mendengar soalan yang keluar dari mulut ibunya.

"No, ma. This is Amiera Nadia, your unofficial daughter." laju Puan Marlia mendakap tubuh kecil Amiera.

"ya Allah,Miera. Bila Miera pindah sini semula?"

Mereka bersalaman dan saling bertukar khabar. Syed Harris yang masih bediri di situ hanya tersenyum melihat senyuman ibunya.

"Miera, lunch dekat sini ye? Mama masak your favorite food. Pergilah round rumah dengan Harris dulu."

Kedua-dua Amiera dan Syed Harris ketawa melihat Puan Marlia yang terlalu teruja dengan kedatangan Amiera. Bulat mata Amiera apabila tangannya ditarik oleh Syed Harris dan dibawa ke suatu tempat.

Syed Harris membawa Amiera ke taman mini di rumahnya yang juga mempunyai kolam renang yang besar. Pegangan di tangannya dilonggarkan lalu Harris meninggalkan Amiera berseorangan di situ. Amiera yang sedang keliru hanya membiarkan saja dan terus mengambil tempat di bangku.

"Ingat tak the last thing kita buat dekat sini?" Syed Harris yang datang dengan gitar di tangannya itu terus duduk di sebelah Amiera.

FLASHBACK

"Miera, Miera! Tengok Harris main gitar ni," Amiera sedia melihat apa yang cuba dilakukan.

Syed Harris hanya petik sahaja tali-tali gitar itu. Amiera terus menutup telinganya. Syed Harris tidak hiraukan Amiera lalu tangannya semakin laju.

"Ish, Harris! Berhentilah, tak sedap!"

End flashback...

"Please don't do the same thing," Syed Harris hanya tersenyum menunjuk sebaris giginya.

"No, don't, Harris!" Amiera bersedia menekup telinganya dan matanya ditutup. Tiba-tiba satu melodi yang merdu keluar dari petikan gitar. Terus perhatian diberi sepenuhnya kepada Syed Harris.

(p/s: dah bleh start lagu)

Sumpah aku cinta kamu
Sampai mati sayang kamu
Sungguh aku rindu
Kepadamu saja

Mata Amiera terus bertembung dengan mata coklat milik Syed Harris. Hatinya mula berdegup kencang.

Apakah kau juga sama
Seperti yang aku rasa
Aku mohon sangat
Kamu cinta juga.

"Sejak bila pandai main gitar ni, Harris? Sedap pulak tu," Amiera cuba menghilangkan rasa gugupnya. Tetapi mata Syed Harris tetap memandang ke dalam mata Amiera sambil menyanyi.

Seandainya
kau tahu rasa cinta ini
Walau tak terbalaskan
aku cinta
Haruskah
ku simpan rasa cinta ini
Aku mengagumimu
dari jauh saja

Nyanyiannya diakhiri dengan petikan gitar yang mendayu. Mata Syed Harris masih tidak lepas memandang mata wanita di hadapannya itu. Suasana sunyi seketika apabila Syed Harris masih tidak mengalihkan pandangannya.

"Miera, what's this feeling that I feel right now? I have this feeling that I can't even explain it. It's hurt cause I keep this feeling since we were kids," terkedu Amiera mendengar kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu.

Syed Harris terus menundukkan pandangannya apabila dia tersedar dari dunianya sendiri. Terus satu senyuman manis dihadiahkan kepada Amiera sehingga teserlah lesung pipit di pipi kirinya.

"That's okay. Forget about it. Let's talk about something else," Syed Harris cuba mengubah topik tetapi Amiera masih memandangnya dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya.

"So, are you trying to confess to me? Using that song? Tak sweet langsung," Amiera menjulingkan matanya dan menjelirkan lidah kepada Syed Harris. Amiera terus berdiri dan cuba melarikan diri.

Tidak sempat Amiera ingin berlalu pergi, Syed Harris sudah menarik pergelangan tangannya dan membuatkan dirinya rapat dengan tubuh lelaki itu. Tepat mata mereka bertentangan sekali lagi.

"What should I do? You can make me fall deeper only by looking in your eyes," Amiera terus melarikan pendangannya ke arah lain. Merah mukanya menahan malu.

"Harris! Miera! Mari makan! Lunch dah siap dah ni," kuat suara Puan Marlia memanggil mereka dari dapur.

Amiera memandang semula ke arah Syed Harris. Tangannya perlahan diangkat seperti ingin mengusap kepala lelaki itu. Terkejut Syed Harris apabila Amiera tiba-tiba menarik telinganya.

"Catch me if you can," terus Amiera berlari masuk ke rumah meninggalkan Syed Harris yang sedang mengusap telinganya yg sakit.

"Wah, main-main pula dia," perlahan Syed Harris melangkah menuju ke ruang makan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

IN SECRETWhere stories live. Discover now