BAB 1

52.3K 1.7K 221
                                    

~not-edited~

BAB 1

Appreciate your haters. They are telling you loud and clear you are above them- Suria Andreana

Aku betulkan selendang merah jambu di atas kepalaku itu. Selit-selitkan beberapa anak rambut yang terkeluar supaya masuk balik ke dalam serkup tudung. Kemudian aku tarik sedikit selendang supaya awningnya nampak sedikit beralun. Hari ini mood aku mahu gayakan selendang secara loose style.

Setelah itu, aku tunduk memandang beberapa jenis botol minyak wangi yang tersusun di atas meja solekku itu. Tanpa ragu, terus aku capai satu. Chanel Coco Mademoiselle. Minyak wangi yang paling aku suka. Aku sembur sikit di pergelangan tangan dan ke tubuhku. Semerbak harum baunya.

Bila dah puas hati, aku orak senyum. Terpantul imej yang serupa di hadapanku.

"There you are. Gorgeous as always." Aku kenyit mata.

Ya.. aku bercakap dengan cermin! Bahasa mudah, aku puji diri sendiri. Nak lebih puitis sikit, masuk bakul, angkat sendiri. Apa boleh buat? Aku bangga dengan keterampilan diriku ini.

"Okey, gorgeous lady! Jom mulakan hari ini dengan senyuman." Sekali lagi aku senyum lebar-lebar, menampakkan gigiku yang berbaris cantik. Pada masa yang sama mahu melihat, manalah tahu ada lipstik yang terbabas ke gigi.

Setelah kurasa tiada cacat-cela, terus aku sambar beg tangan berwarna merah jambu itu sebelum keluar dari bilik. Hanya sepi menyapa. Tiada satu susuk pun kelihatan di tingkat dua rumah banglo dua tingkat itu. Semua pintu bilik tertutup rapi.

Apa nak pelik? Kat rumah besar ni hanya ada tiga orang. Aku, mama dan papa. Selain dua orang gaji. Abang aku, Andre sekali-sekala tunjuk muka. Itu pun bila sampai musim mama nak asah bakat pelakon soap opera dia, keluarkan hikayat Si Tanggang. Barulah menggelupur balik abangku itu.

Langkah ayu disusun untuk menuruni tangga bersusurkan kaca itu. Masih tiada bayang manusia. Kemudian aku belok ke kiri untuk menuju ke dapur. Baru nampak Makcik Gayah yang sedang mengemas dapur.

Aku sengih jahat.

"Good morning, makcik!" jeritku kuat.

"Eh, good morning, good night! Aku pening, aku penat!" Terus bersilat orang tua tu melatah. Mujur tak keluar mak yong.

Aku yang melihatnya terbahak-bahak ketawa. Kelakar sungguh! Dalam melatah, dah macam berpantun dua kerat.

"Haish.. Cik Suria! Terkejut tahu!" Makcik Gayah marah-marah manja. Berkerut mukanya tak puas hati.

Aku yang melihatnya hanya sengih sebelum meminta maaf. Macam tak biasa pula. Itu rutin aku tiap pagi kut! Tak lengkap hidup aku kalau tak tengok Makcik Gayah melatah. Banyak kali tengok pun tetap terhibur.

Ya.. ya.. aku jahat! So what?

"Cik Suria nak sarapan ke?" Makcik Gayah bertanyaku.

Aku geleng kepala.

"Takpelah.. Su nak minum kopi je," jawabku.

Makcik Gayah hanya angguk. Tahu aku sendiri yang akan membancuh kopi. Memang aku yang memilih untuk buat sendiri sebenarnya. Sebab tekak aku, hanya aku yang tahu. Bila orang lain buat, bukan maksudnya aku tak boleh telan langsung. Aku tak secerewet itu. Cuma akan rasa macam sesuatu yang tak kena.

Tas tangan aku letakkan di atas marble table top berwarna hitam itu. Kemudian berlalu ke arah tempat yang terletak mesin pembuat kopi. Kabinet atas aku buka untuk mencapai bekas yang tersimpan biji kopi medium roasted itu. Jauh aku import ni! Dari Hawaii.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now