BAB 15

21.5K 1K 133
                                    

~not-edited~

BAB 15

People are not scared of darkness. They're scared of what may lurk within it – Hans Aliff

Penat! Dan stres. Sebab nasib aku agak malang hari ini. Dahlah terpaksa balik agak lewat. Lepas tu, terlepas perhentian subway pula. Salahkan mata aku yang nampak kerusi kereta api itu macam nampak tilam King Koil. Lena yang amat aku terlelap! Tak pasal-pasal aku terlajak entah ke mana.

Tak pasal-pasal pukul sepuluh malam masih berada di dalam gerabak kereta api, mencari jalan pulang. Memandangkan bukan waktu puncak, memang tak ramai orang. Kerusi juga banyak kosong. Tapi kali ini aku dah segar. Bahana panik terlepas ke stesen subway yang aku tak pernah sampai, memang kesannya macam baru lepas teguk red bull. Tiga ratus enam puluh darjah terus mataku!

Tak pernah aku pulang selewat ini kalau menaiki subway. Kebiasaannya pasti dihantar oleh Aunty Muna atau anak-anak dia. Cuma hari ini aku ada hal lain. Ini kalau mereka tahu, aku grenti semua ambil giliran bebelkan aku.

Aku hanya duduk di atas satu kerusi plastik yang berdekatan dengan pintu. Hanya sendirian sepanjang-panjang tempat duduk itu. Di dalam gerabak itu hanya ada empat orang sahaja. Itu pun semua buat hal masing-masing. Semua nampaknya sepertiku. Wajah kepenatan, baru pulang dari kerja.

Beberapa minit perjalanan, akhirnya kereta api berhenti di stesen yang aku tunggu-tunggu. Stesen 110th Street-Cathedral Parkway. Aku terus melangkah keluar. Rasanya macam aku satu-satunya manusia yang berhenti di stesen itu.

Stesen subway itu agak sunyi. Suasana yang normal memandangkan sudah malam. Agak seram juga kerana stesen subway itu terletak di bawah tanah. Bila tiada kereta api lalu, rasa seperti sedang berada di dalam gua. Tambahan pula bila malam, kekerapan kereta api juga berkurangan. Seram kuasa dua.

Aku cepat-cepat berjalan ke arah tangga untuk keluar dari tempat ini. Dari sini, aku harus berjalan lebih kurang sepuluh minit lagi untuk ke bangunan apartmenku.

Aku tak pernah tahu laluan pejalan kaki seseram ini bila malam! Sebab untuk ke apartmenku, aku terpaksa melalui beberapa jalan yang agak gelap dan sunyi. Dan aku sumpah ini kali terakhir aku pulang dengan subway kalau lewat malam. Selepas ini, aku akan menaiki teksi atau minta tolong saja dengan Eshan atau Atisha.

Tiba-tiba aku agak tersentak apabila mendengar ada beberapa suara lelaki ketawa. Kaki automatik terpasung di tempat aku berdiri. Melihat di hadapanku. Ada tiga orang lelaki yang sedang menghisap rokok, bagaikan sedang melepak di belakang sebuah bangunan.

Mungkin baru sedar akan kehadiranku, perhatian ketiga-tiga lelaki itu teralih kepadaku. Terpaku sesaat sebelum aku nampak mereka senyum misteri. Daripada pemerhatianku, aku agak mereka masih remaja. Kalau ikutkan, mungkin jauh lebih muda daripadaku. Tapi, gara-gara genetik barat mereka, kesemuanya nampak jauh lebih matang dan tinggi.

Degupan jantung mula bertukar rentak. Laju. Telan liur apabila melihat mereka semua masih memandangku. Ada yang mula bersiul ke arahku. Agak kurang sopan dan buatkan aku jadi tidak selesa. Bila aku nampak ada yang macam nak datang ke arahku, tubuhku mula berjaga-jaga.

Fight or flight!

Sebab aku cerdik, harus saja aku pilih flight! Buat tak peduli dengan mereka dan terus cabut lari. Inilah masanya untuk mendabik dada dengan pencapaian juara lari pecut zaman tadika aku dulu. Jarak apartmenku dengan sini juga sudah dekat. Aku yakin aku mampu sampai dengan selamat.

Lagipun, kadang-kadang remaja-remaja macam ini hanya sekadar nakal dan mahu mengusik. Bukan betul-betul berniat jahat. Cuma.. aku haraplah mereka pun tergolong dalam golongan seperti itu. Tapi tak bermakna aku ada masa untuk melayan mereka.

King Haidar (PUBLISHED)Where stories live. Discover now