BAB 3: Old Friend

17 4 0
                                    

Tukk tukk

Ketukan di meja mengganggu lamunan Amiera. Kepala didongakkan lalu matanya tepat memandang mata hazel milik Tengku Hakeem di hadapannya. Terus dijeling dan diabaikan kewujudan lelaki itu.

"Amiera, where's my homework? Have you finished it?" suasana diam tanpa suara

"Amiera, look at me!"

Laju Amiera berdiri tanda geram akan gangguan itu. Amiera memandang tajam lelaki itu tanpa membuka mulut walau sepatah. Ketinggian Amiera yang di paras bahu Tengku Hakeem itu langsung tidak memberi rasa takut kepada lelaki itu.

"Answer my question before-" Amiera berlalu pergi tanpa menghiraukan kata-kata lelaki itu.

"Amiera Nadia, stop right there!"

Semua mata memandang Amiera yang laju berjalan keluar dari kelas. Pondok di belakang sekolah dituju. Amiera tidak mahu sesiapa mengganggu dirinya ketika itu.

Mata Amiera memandang pergelangan tangannya yang masih kebiruan. Keluhan yang berat dihembus. Sebak hatinya apabila memikirkan apa yang telah terjadi.

"Amy, are you okay?" laju perhatiannya berpindah kepada empunya suara.

Syed Harris mencapai pergelangan tangan Amiera lalu dilihat kesan lebam di tangan putih itu. Amiera terus menarik semula tangannya kerana rasa tidak selesa dengan perbuatan spontan lelaki itu.

"Boleh Harris duduk?"

Harris tersenyum lalu duduk di sebelah Amiera apabila diberi kebenaran oleh wanita dihadapannya itu.

"Hakeem buli lagi ke? Let me see your hand," tangan yang disorok itu dicapai lembut. Amiera terdiam dengan perbuatan Syed Harris.

"Erm... Amy dulu pelajar Sekolah Kebangsaan Permai, kan?" soalan spontan itu menimbulkan kekeliruan di minda Amiera. Perlahan kepala di angguk

Riak wajah Amiera itu membuat Syed Harris tersenyum manis sehingga teserlah lesung pipit di pipi kirinya. Mata yang sebelumnya fokus di tangan Amiera kini berpindah memandang tepat ke anak mata wanita itu.

'She's the one,' bisik hati Syed Harris.

"Dulu, Amy ugut Harris yang ayah Amy akan tembak guna senapang kalau Harris kacau Amy. Kalini, apa Amy nak ugut si Hakeem tu?" kata-kata Syed Harris itu cuba difahami. Terus Amiera mengimbau semula perkara yang pernah terjadi ketika dia masih berumur 7 tahun.

10 tahun lalu

Belakang tubuh ayahnya diperhati dengan mata yang penuh dengan takungan air mata. Perasaan takut mula menguasai dirinya.

"Hi, budak baru!" Bahu Amiera dirangkul dari belakang. Amiera terus meronta minta dilepaskan.

"Hey, sorry," lelaki itu terus meminta maaf apabila mendapati Amiera mula ingin menangis.

Amiera berjalan laju meninggalkan lelaki yang tidak dikenali itu di belakang. "Apa nama awak?" tanpa disedar, lelaki itu masih mengikut dirinya.

"Nama saya Harris. Awak tak nak bagitahu nama awak ke?"

Langkah Amiera yang laju diberhentikan secara tiba-tiba dan membuatkan Syed Harris terkejut.

"Boleh tak jangan ikut Miera? Kalau tak Miera suruh ayah Miera tembak awak guna senapang!" petah bibir kecil itu berbicara.

"Jadi... Nama awak Miera, kan?"

10 tahun kemudian

"Hey! Is that little annoying Harris is you?!" kuat Amiera menyoal kerana terlalu teruja.

Perlahan Syed Harris mengangguk lalu tergelak melihat senyuman teruja Amiera. Banyak perkara yang Syed Harris rindu tentang zaman kecilnya. Termasuklah senyuman manis wanita dihadapanya itu.

"My mom really miss you, Miera. Dia selalu tanya pasal Miera after Miera pindah," lembut Syed Harris bersuara.

"Aww.. I miss Auntie Marlia too! Kirim salam dekat auntie, ye?" rasa teruja masih tidak hilang. Puan Marlia, ibu Syed Harris sangat baik melayan dirinya. Puan Marlia sering melayan dirinya seperti anaknya sendiri.

"No, Harris nak bawa Miera visit my parents after sekolah. Miera boleh kirimkan salam sendiri. Nak?" semakin mekar senyuman di bibir Amiera mendengar pelawaan yang diberi.

"No problem! Lagipun Miera memang nak jumpa auntie and uncle. Rindu sangat," teruja Amiera menepuk tangan. Hidupnya begitu gembira ketika dirinya masih berkawan dengan Syed Harris. Keluarga lelaki itulah tempatnya menumpang kasih selepas pemergian ayahnya.

"Excuse me," Tengku Hakeem datang secara tiba-tiba lalu memotong perbualan Amiera dan Syed Harris.

Jelas riak bengang terpapar di wajah Tengku Hakeem. Terus lelaki itu mencapai pergelangan tangan Amiera yang cedera tanpa disedarinya.

"Ikut aku," tegas suara Tengku Hakeem.

Syed Harris cuba menahan tetapi Amiera sudah jauh dibawa pergi. Tangan Amiera terus ditarik dengan ganas menuju ke tempat yang tersembunyi.

"Hakeem, please. Let me go!" Jerit Amiera.

Tengku Hakeem melepaskan genggamannya lalu memandang tajam mata Amiera yang sudah berair menahan sakit.

"I warned you! Jangan layan or nak dekat dengan lelaki tu! Susah sangat ke?" terkejut Amiera mendengar tengkingan dari Tengku Hakeem.

"Kenapa? Kau jeles ke? Kau suka aku ke?" berkerut dahi Tengku Hakeem apabila dipersoalkan begitu. Perlahan Amiera melangkah mendekati Tengku Hakeem dan membuatkan Tengku Hakeem turut melangkah kebelakang.

"Kau tak jeles pun kan? Kau tak suka aku pun kan? Habistu kenapa kau nak larang aku berkawan or suka dia sekalipun? Kau siapa? Kau tak kenal pun aku siapa dan aku tak kenal pun kau! Tolonglah,"

Amiera menumbuk bertubi-tubi di bahu lelaki itu. Satu tumbukan yang kuat cuba diberi tetapi sempat ditahan oleh Tengku Hakeem. Bulat mata Tengku Hakeem memandang pergelangan tangan wanita itu yang kebiruan.

"Hey, kenapa ni? Are you okay? Siapa buat kau ni? Harris ke?"

Tengku Hakeem ingin mengatur langkah mencari Syed Harris tetapi ditahan oleh Amiera.

"Tepi, Amiera. Biar aku ajar lelaki tu," tetapi masih ditahan oleh badan kecil itu. Tengku Hakeem bengang dengan perbuatan Amiera yang baginya seolah-olah memihak kepada lelaki yang dibencinya itu.

"Please, kau tak tahu apa-apa pasal aku. Tolonglah buat macam tak tahu. Kalau nak arah aku apa-apa, aku tak kesah. Jangan libatkan orang sekeliling aku. Aku ada hak nak berkawan dengan sesiapa pun. So please, mind your own business,"

Amiera berlalu pergi meninggalkan Tengku Hakeem yang berdiri kaku di situ. Kata-kata yang diberi sungguh meninggalkan kesan dihatinya.

'Hakeem, kau kenapa?'

IN SECRETWhere stories live. Discover now