Bonda kata, pertabalan tersebut akan dilakukan di ruangan tengah tangga dibahagian atas.

Bonda kata, pertabalan tersebut akan dilakukan di ruangan tengah tangga dibahagian atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Irene!" Suara yang amat dikenalinya memanggil namanya dari bawah. Irene berpaling dan tersenyum kearah Rayana disampingnya Ariyan yang setia disisi.

Memandangkan orang tua mereka iaitu Miya, Redza, Lizz dan Ray merupakan salah satu pembesar atau pembantu di Istana, jadi mereka dibenarkan untuk memasuki dewan awal dari kebiasaan.

Irene melambai kembali kearah mereka. Dan membuat isyarat 'Kejap lagi' kerana Irene juga perlu menunggu kesemua Raja dan Permaisuri tiba.

Bam!

Pintu dewan Istana dibuka dengan gah. Para tetamu juga memasuki ruangan dewan Istana yang boleh memuatkan seramai lima ribu orang. Mereka bergaul tidak kira bangsawan atau desa.

Kini tetamu berada sebaris di kiri dan kanan meninggalkan lorong ditengah.

"Mengumumkan ketibaan, King Edward dan Queen Eliza dari Kerajaan Wertaz Land!"

Wertaz, laut.

Bunyi trompet bergema tanda untuk mengiringi pasangan Diraja dari Wertaz. Irene sudah berada di kerusi khas untuk Puteri Querna hanya melihat mereka berjalan menuju tahkta mereka.

Dibelakangnya seorang Putera Wertaz iaitu Putera Edhan Leonard juga tidak ketinggalan. Kali terakhir berjumpa Leo adalah sewaktu mereka ke Wertaz Land.

"Mengumumkan ketibaan, King Lucien dan Queen Eliza dari Kerajaan Tressa Land!"

Tressa, udara.

Bunyi trompet sekali lagi bergema disegenap ruangan dewan. Pakaian mereka anggun dan elegan dengan permata emerald hijau menghiasi pundaknya.

Tidak ketinggalan juga Putera Adarlan Lucien dan juga Puteri Adara yang setia mengikuti dari belakang.

King Khai dan Queen Luna sudah bersedia di tahkta mereka bersama Irene disisi.

Querna, darat.

"Dengan segala hormatnya, selamat datang ke Majlis pertabalan Putera Daryan Ralyn sebagai Putera Mahkota bagi seluruh Kerajaan. Dititahkan kepada hamba, untuk mempersembahkan pena dan tinta menjadi perjanjian si Putera Mahkota."

Kertas yang digulung dibuka dan dibaca.

"Putera Daryan Ralyn hendaklah menanggung segala derita dan bahagia. Menjadi pengganti utama King Luke Elane. Ketua dan pemimpin serta penaung Kerajaan, tidak lupa juga kepada Putera Darwin Ralyn," katanya terjeda seketika.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now