𝟙𝟠

901 126 10
                                    

[🌱🌱🌱]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[🌱🌱🌱]

"YEAAAAAYYY MERDEEEKAAAAAA" sorak kami bersepuluh . Aku menghembus nafas yang tak berapa nak lega . Masih ada satu lagi fasa yang penuh debaran iaitu result Espiyem . Huh huh .

Selepas sahaja habis menjawab peperiksaan pada hari ini , kami bersepuluh ke Royce Restaurant untuk celebrate sempena habis Espiyem . Harini Lutfi nak belanja , uhuks , jarang-jarang sekali dia jadi baik hati macam ni .

Bahu Fiya aku peluk . "You ni boleh tak helok sikit?" marah Fiya . Rindunya nak bermanja dengan dia . Sepanjang minggu peperiksaan aku tak dapat bercakap pon dengan dia tau tak? Kitorang tidur asing-asing . Lepas makan je terus Fiya masuk bilik dia . Fiya cakap taknak tercetusnya pergaduhan , so lebih baik kitorang tak payah bertegur sapa . Tetapi tanggungjawab dia sebagai isteri tetap berjalan seperti biasa .

"Bro sabar , kat rumah nanti nak berkelapa sawit pon takpe takde orang tengok" kata Mark . Mangkuk betullah dia ni .

"Depan orang single juga dia nak bersawit , menyampah titew" celah Aleena . Dia mencebik .

"Aku ajak kau couple taknak , jual mahal" kata Lutfi . Dia memuncung . Si Lutfi memang dah lama berkenan dengan Aleena sebab Aleena seorang gadis yang tak macam gadis sangat . Dia suka .

"Leena benda dah ada depan mata , bukakanlah hati ko untuk Lutfi , dah lama dia tunggu" tokok Jefri . Tu lah tu , kesian kawan aku yang asyik merungut nak kahwin dengan Aleena .

"Aku taknak couple , haram" .

"Kalau macamtu , jom kita kahwin" . Terdiam semua di meja ini . Aku memandang Lutfi dengan wajah 'Sies ah moonton?' .

"Ini makanan yang dipesankan" kata waiter di Royce Restaurant . Makanan yang berada di atas talam di pindahkan ke atas meja makan . "Terima kasih" .

"Erm jemput makan" kata Lutfi dengan suara yang sedikit bergetar . Kekok atau malu? Tak dapat nak dibincangkan .

"Cuba you rasa kuah dia" Fiya menghulurkan sudunya kepadaku . "Biar I guna sudu I je" .

"Aaa no no , guna sudu ni" . Sudunya yang berisi kuah char kuey tiaw disuakan kepadaku . Kuah itu aku masukkan ke dalam mulutku .

"Kenapa? sedap je I rasa" soalku .

"Takde apelah" . Fiya menyambung aktiviti makan-makannya . Pelik-pelik je budak ni .

"Mak buyung , kau cukup ke makan satu pinggan ni?" soal Fasya kepada Haelly .

"Aku mengandung je pon bukan bela hantu raya" .

GARUNK [✔️] | YUTAWhere stories live. Discover now