𝟙𝟝

1K 145 39
                                    

[🌱🌱🌱]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[🌱🌱🌱]

Aku dan Thaqeef hanya memerhati Haelly yang tak habis-habis lagi menangis . Aku bawa dia balik rumah tapi dia taknak duduk rumah dia . Nak berbincang tapi si Jefri takda kat rumah , mana tah laki tu pergi .

"Cuba kau bincang dengan dia elok-elok , manalah tahu tu kawan lama dia ke , ntah-ntah perempuan yang kau nampak tu makcik-makcik cina" kataku untuk memujuknya . Haelly cakap dia taknampak muka perempuan tu , jadi tak cam . Dia terus blah lepas nampak Jefri dengan seorang perempuan dekat starbucks .

"Takkan sampai pukul-pukul , gelak-gelak bagai" balasnya dengan teresak-esak . Tisu rumah aku dah 2 kotak dia habiskan , nak lap hingus lah nak lap air mata lah nak lap mulut lah , hati taknak lap pula .

"Dia gelak pon salah" sindir Thaqeef . Aku mengangguk setuju .

"Kau pesan dekat aku kalau gaduh berbincang elok-elok tapi kau sendiri tak guna pesanan kau" .

"Kau cuba lah pujuk aku ni nak marah-marah pula huaaaaa" . Aish mak buyung ni , aku santau kang . Sabar jelah dapat kawan macam dia ni .

Ktaaak , terpancullah kepala seorang Jefri sambil tersengih-sengih . "Eyh sayang kenapa ni?" soal Jefri . Bungkusan starbucks diletakkan di atas meja kaca berhadapan aku dan Thaqeef .

Haelly menolak Jefri yang cuba memeluknya . Aish nak berdrama balik rumah sendiri laa . Taik betul .

"Kenapa dia nangis?" soal Jefri kepada aku dan Thaqeef .

"Kau keluar dengan siapa tadi?" soal Thaqeef .

"Lelaki ke perempuan?" sambungku .

"Ofcourselah lelaki" .

"TIPU!!" jerit Haelly . Aku memandang Haelly tajam , nampak tak sekarang ni bahawasanya dia pandai berpesan dekat orang je tapi dekat diri dia tak guna pesanan dia tu .

"Aik buat apa saya nak tipu awak?" , Jefri melutut dihadapan Haelly . Bagaikan putera raja mahu melamar Cinderella cis .

"Kalau lelaki kenapa rambut panjang?" .

"Kawan saya memang suka simpan rambut , memang lah camtu" .

"Saya nak bukti" . Haelly memandang Jefri tajam .

Jefri mengeluarkan iPhonenya dari poket seluar . Haelly lekas merampas iPhonenya , Jefri hanya tenang malah tiada sedikit wajah cuak atau gelabah .

"Ha , lelaki kan?" soal Jefri . Dia memandang Haelly dalam-dalam , aaish .

"Kenapa muka dia macam perempuan?" Haelly masih tidak berpuas hati . Jefri menghembus nafas geramnya .

"Dia orang Korea sayang , dia kawan saya masa dekat Korea dulu , Jang Moonbok nama dia" .

"Uish , Moonbok? asal tak ajak aku bodo" kata Thaqeef . Lengan Jefri dipukulnya . "Aku terserempak masa nak beli air tadi , lepastu dia ajak lepak , tak janji pon" .

GARUNK [✔️] | YUTAWhere stories live. Discover now