"Kamu tak rasa abang berat ke?" Tegur Haikal yang perlahan-lahan melupakan rasa takutnya.

"Bolehlah! Tapi.. takkan saya nak biarkan abang macam tu sahaja!" Jujur sang remaja.

"Hahahaha.. menariklah kamu ni!" Tawa Haikal yang terhibur, terutama apabila melihat telinga sang remaja yang memerah walaupun raut wajahnya dingin.

"........"

"Nama kamu apa?" Tanya Haikal.

"Aril!" Jawab sang remaja dengan ringkas.

"Aril.. hmm sedap nama tu! Sesuai dengan kamu! By the way.. nama abang adalah Danny Haikal! Kamu boleh panggil Haikal sahaja sebab semua orang panggil abang macam tu!" Ujar Haikal dengan ramah.

"Baik, Abang Haikal!" Sahut Aril.

"Kamu pelajar tahun ke berapa dekat sini?" Tanya Haikal sambil melihat kawasan sekeliling.

"Saya pelajar Tingkatan 3!" Jawab Aril dengan nada suram.

"Tingkatan 3! Hmm.. means kamu 5 tahun lebih muda dari abanglah!" Gumam Haikal.

"Abang buat apa dekat sekolah kami?" Tanya Aril sambil menatap Haikal.

"Ouh, abang dan kawan-kawan datang sini sebab nak selesaikan masalah yang melanda sekolah kamu nilah! Supaya kamu semua dapat hidup dengan aman!" Jawab Haikal yang teringat kembali akan tujuan mereka datang ke sekolah tersebut.

"............"

"Ouh, dah sampai pun dekat pejabat! Jomlah masuk ke dalam! Boleh kenal dengan kawan-kawan abang, terutama gadis yang abang cintai!" Ajak Haikal dengan riang.

"Lain kalilah abang! Lagipun, tak sopan kalau menganggu semua orang yang sibuk!" Tolak Aril yang perlahan melepaskan Haikal.

"Eh, takdelah! Mungkin dengan kehadiran kamu.. kami dapat lagi tahu akan situasi sekolah ni.. memandangkan kamu adalah pelajar di sini! So, boleh kami tahu akan pandangan kamu pula!" Ujar Haikal yang sudah mampu untuk berdiri walaupun kedua kakinya masih lemah.

"It's okay!" Tolak Aril tanpa emosi.

"Betul kamu tak nak masuk ni?" Tanya Haikal untuk memastikan keputusan Aril kerana walaubagaimanapun ia merasa sayang untuk berpisah dengan remaja tersebut.

"Pergi dulu!" Ucap Aril yang berbalik dan langsung pergi begitu sahaja.

"Eh? Aril! Hey, Aril!" Panggil Haikal yang sama sekali tak diendahkan oleh Aril.

Klik!

"Haikal?" Tegur Kemy yang baru sahaja keluar dari dalam pejabat.

"Honey? Buat apa keluar ni?" Tanya Haikal apabila melihat kekasih hatinya keluar dari bilik tersebut.

"Cari awaklah! Siapa lagi! Semua orang risau bila awak tak balik-balik dari tadi!" Keluh Kemy sambil memicit keningnya.

"Saya okay! Cuma penat sikit!" Jawab Haikal sambil tersenyum lembut.

"........"

"Mungkin ini yang terbaik untuk tak memberitahu apa yang dah berlaku tadi!" Batin Haikal.

"Kalau sakit.. bagitahu! Jangan buat semua orang risau!" Keluh Kemy.

"Maaf!" Ucap Haikal yang tersenyum kekok.

"Betul okay ni? Kalau tak okay.. kita boleh pergi klinik!" Tanya Kemy yang was-was.

"Okay! Nanti kalau rehat sikit.. saya okaylah tu!" Jawab Haikal dengan ceria.

"Marilah kita masuk! Awak tak payah buat apa-apa pun! Dengar sahaja! Kalau tak larat.. Ustaz Qairul kata.. boleh jer baring dekat sofa!" Ujar Kemy yang perhatian akan tunangnya.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now