Bab 7

1.5K 26 6
                                    


Aku mengerling jam tangan di pergelangan. Sudah hampir setengah jam aku menunggu di bus stop ini , namun bayangan Husin belum muncul dari tadi .

Bercakap pasal Husin, hubungan kami menjadi semakin rapat. Setiap hujung minggu, ada saja agendanya nak bawa aku keluar. Tapi nak proceedkan hubungan kami untuk next level, rasanya belum lagi .

Hampir 2 bulan sejak kejadian amuk  itu berlaku , aku dah tak pernah nampak Jasmin. Dengar cerita dia meroyan sampai dipress . Tak boleh terima kenyataan yang Husin dah tawar hati untuk dia.Aku pun tak boleh salahkan Jasmin untuk cemburu dan tertekan . Dah Husin tu boyfriend dia . Haruslah sendu .

Husin pula , sepanjang hari ceria saja wajahnya . Langsung tak pernah sebut pasal Jasmin . Aku pun taknak lah rosakkan mood dia. Kang dia pun dah taknak kawan dengan aku.

Trauma dah. Cukup lah aku hilang Mikael.

Tak lama selepas itu , satu kereta berhenti di hadapanku. Tingkap disebelah penumpang diturunkan. Maka terpaparlah wajah Husin dengan senyuman bersalahnya.

" Masuklah " Ajaknya. Aku hanya menurut ." Maaf lah I lambat. Tadi stuck dalam jammed ." Katanya sambil menggaru-garu tepi kepalanya sambil tersenyum .

" Takpe . Bukan saya tak biasa tunggu lama-lama" Kataku kemudian memakai tali pinggang keledar.

" Perli nampak . Sorry eh . So , sekarang you nak pergi mana ?"

" Aik , dia yang ajak kita boleh pula tanya nak kemana ? "

Dia tersenyum kambing. Suka sangat macam ni . Nasib crush.

" Okay lah kalau macam tu, kita pergi hospital dulu boleh ?"

"Hospital ? Untuk apa ?"

" Lawat Jasmin. Semalam Mummy dia call I bagitau yang dia masuk wad "

Terbias wajah risaunya . Aku tak pula rasa cemburu tapi lebih kepada rasa simpati. Husin sangat cintakan Jasmin . Tapi oleh kerana darjat memisahkan , keduanya kena saling melupakan .

Darjat .

Tak semena aku teringat kisah hitam hidup aku . Yang membawa kepada aku yang hari ini . Dulu aku selalu berfikir, wujudkah kebahagiaan yang hakiki ?

Pendek kata . Kisah silam itu banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar . Bukan semua bahagia pada jalannya . Pasti ada liku di setiap takdir yang tertulis . Apa yang perlu kita lakukan adalah redha.

Redha..

" You dah sarapan " . Suara garau itu memecahkan tembuni lamunan hitam milikku . Untuk itu , aku cuma mengangguk mengiyakan .

"Err .. You tak kisah kan kalau kita pergi lawat Jasmin ? " Soalnya tanpa melihat aku.

" Takpe. Saya dah lupakan dan maafkan dia pasal perkara yang lepas .Saya taknak simpan apa-apa dendam pada dia . " Aku hanya tersenyum menuturkan ayat itu . "Lagipun dia kan girlfriend awak.Awak tu pulak kawan saya . So automaticly , dia pun kawan saya juga"

" Correction , ex-girlfriend " Senyum sumbing terukir di bibirnya .

" Kalau macam tu , dia pun ex -girlfriend saya juga lah "  . Kataku tak mahu kalah.

" Mana aci macam tu . Carilah ex lain. Ex I jugak yang you nak. Ke you ni takde ex ? Dari dulu single ke macam mana ?  "

Aku berikan dia renungan membunuh . Dia pula hanya tergelak seksi sambil memegang stereng .

Selepas itu , kami membiarkan kesunyian yang menghentam halwa. Dia diam , begitu juga aku . Aku yakin dalam kepala dia hanya Jasmin . Kerana semakin dekat jarak ke hospital , semakin galak peluh dia merembes keluar.

TrustWhere stories live. Discover now